Sifat Penyantun Dan Pemaaaf Nabi saw
)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((
الأعراف: ١٩٩
Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang jahil." Surah al a'raf : 199.
Kisah Islamnya Pendeta Yahudi.
Abdullah ibn Salam menceritakan : Sesungguhnya apabila Allah swt ingin memberi hidayat kepada Zaid ibn Sa'nah ( seorang alim besar yahudi ), dia berkata: Bahawasanya tiada lagi tanda-tanda kenabiaan yang tidak dikenali apabila aku melihat wajah Nabi saw kecuali dua; penyantunnya yang mendahului kebodohannya dan tidak bertambah sikap kebodohan terhadapnya melainkan dia semakin penyantun. Maka mulalah aku bergaul dengan baginda saw agar aku mengetahui di mana sifat penyantun dan kebodohannya.
Beliau menceritakan: Rasulullah saw keluar dari biliknya pada suatu hari bersamanya Ali ibn Abi Thalib. Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki di atas tunggangan seperti seorang badawi. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perkampungan bani si anu telah menganut Islam. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka menganut Islam pasti akan datang kepada mereka rezeki yang melimpah ruah. Tetapi kemarau, kekeringan dan kepayahan hidup telah menimpa mereka sekarang. Sesungguhnya aku bimbang mereka keluar Islam kerana tamak sebagaimana mereka menganut Islam kerana tamak. Jika engkau berpendapat untuk menghantar sedikit bantuan kepada mereka.
Beliau mencerita lagi: Maka Nabi melihat kepada lelaki sebelahnya, aku agak itulah Ali. Ali berkata: Tiada apa-apa lagi yang berbaki wahai Rasulullah saw. Kata Zaid ibn Sa'nah: Aku mendekatinya dan berkata: Wahai Muhammad, Mahukah engkau jika aku membeli darimu tamar dengan kadar dimaklumi dari kebun bani si anu sehingga tempoh tertentu. Baginda saw bersabda: Tidak wahai si yahudi, namun aku boleh menjualnya kepada engkau tamar yang dimaklumi sehingga tempoh tertentu tanpa menamakan kebun siapa. Aku berkata : Ya. Aku menenyerahkan kepada baginda 80 mithqal emas sebagai bayaran. Nabi saw menyerahkan emas itu kepada lelaki badawi tadi dan bersabda: Cepat menuju kepada mereka dan selamatkan mereka.
Kata Zaid ibn Sa'nah : Apabila tempoh serahan jualan hampir tiba iaitu dua atau tiga hari, rasulullah saw keluar menziarahi jenazah seorang dari ansar. Bersama baginda adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman dalam sekumpulan sahabatnya. Selesai bersolat ke atas jenazah dan mendekati satu tembok untuk duduk di situ, aku mendatanginya dan memegang pengikat baju dan kainnya. Aku melihatnya dengan wajah marah. Aku berkata: Adakah engaku mahu menunaikan hakku wahai Muhammad. Demi Allah, aku tidak kenali kamu wahai keluarga Abdul Muttalib melainkan golongan yang menangguh-nangguhkan. Sesungguhnya aku berpengetahuan dalam hal ini dalam pergaulan dengan kamu.
Dia menceritakan: Umar melihat kepadaku dengan dua biji matanya mengelilingi wajahku seperti bintang yang mengelilingi orbitnya. Kemudian merenungku dengan hujung matanya: " Wahai musuh Allah, adakah engkau berkata kepada rasululah saw apa yang telah aku dengar, dan melakukan apa yang aku telah lihat. Demi tuhan yang mengutusnya dengan kebenaran, jika tidak kerana bimbangkan kehilangan sesuatu, pasti aku memenggal kepalamu dengan pedangku. Rasululullah saw melihat Umar dengan tenang dan tersenyum berkata: " Aku dan dia lebih berhajat sesuatu yang lain dari engkau wahai Umar. Engkau suruhlah aku baik dalam menunaikan hak dan engkau suruhlah dia supaya baik dalam menuntut hak. Pergi wahai Umar tunaikan haknya dan tambahlah 20 cupak lagi ganti tempat engkau menakutkannya.
Kata Zaid: Aku pergi bersama Umar dan dia tunaikan hakku dan ditambahnya 20 cupak tamar. Aku bertanya: Apa makna tambahan ini? Dia berkata: Rasulullauh saw yang perintahkan aku supaya aku menambah ini kerana aku telah menakut-nakutkan engkau. Aku berkata: Adakan engkau kenali aku wahai Umar? Katanya: Tidak. Aku berkata: Akulah Zaid ibn Sa'nah. Katanya: Pendita besar itu? Jawabku: Ya, pendita besar. Umar berkata: Apa yang membuatkan engkau ucapkan apa yang telah engkau ucapkan, lakukan apa yang engkau lakukan kepada Rasulullah saw? Aku menjawab: hai Umar, Semua tanda-tanda kenabian aku telah kenali sejak aku melihat wajah Rasulullah saw kecuali dua perkara yang aku belum mengujinya; penyantunnya yang mendahului kebodohannya, dan tidaklah bertambah melampau sikap bodoh diperlakukan kepadanya melainkan bertambah jualah sifat penyantunya. Sekarang aku telah mengujinya. Maka aku bersaksikan engkaubahawa aku redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, dan separuh hartaku – sedang akulah antara manusia paling kaya – adalah sedekah untuk umat Muhammad saw. Kata Umar: atau kepada sebahagian mereka kerana engkau tidak mampu meliputi semua mereka. Kata Zaid: atau sebahagian mereka.
Pulanglah Umar dan zaid kepada Rasulullah saw dan Zaid berkata: Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Muhammad saw adalah hambaNya dan rasulNya. Dia beriman kepadanya dan mengikutnya dan menghadiri banyak peperangan bersama Rasulullah saw. [1]
Kesantunan Umar.
Al Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas ra katanya: Uyainah ibn Husain ibn Huzaifah datang singgah di rumah anak saudaranya al Hurr ibn Qais. Dia adalah seorang yang didekati oleh Umar yang memang menjadikan ahli Quran sebagai ahli majlis mesyuarat baginda samada tua mahupun pemuda. Kata Uyainah kepada anak saudaranya itu: Bawa aku berjumpa Umar dan mohon izin darinya bagi pihakku. Kata Ibnu Abbas ra: al Hurr ibn Qais meminta izin untuk Uyainah dan dia diterima oleh Umar. Apabila dia masuk dia berkata: Hai Ibn al Khattab, demi Allah engakau tidak memberi kepada kamu harta yang banyak dan tidak berhukum kepada kami secara adil. Marahlah Umar ra sehingga Umar inggin bertindak kepadanya. Al Hurr berkata: Wahai Amirul Mu'minin, Allah berfirman :
)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((الأعراف: ١٩٩
Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang-orang jahil." Surah al a'raf : 199.
Sesungguhnya orang ini termasuk orang-orang jahil. Katanya Ibnu Abbas ra: Demi Allah, Umar terpaku disitu apabila dibacakan kepadanya ayat ini. Sememangnya dia seorang yang berdiri di sisi kitab Allsh ta'ala. [2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan