Sabtu, 30 Januari 2010

Tanggungjawab Umat Kepada Nabi SAW (3).


Ketiga: mencintainya r:

Di antara hak Nabi r terhadap umatnya mencintainya dengan sepenuh hati, paling sempurna dan paling besar. Baginda r bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

"Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya dan orang tuanya, serta semua manusia." (Muttafaqun 'alaih).

Maka manusia manapun yang tidak mencintai Rasulullah r maka dia sebenarnta tidak beriman, sekalipun dia tergolong di kalangan kaum muslimin dan hidup bersama mereka.

Dan cinta terbesar adalah seorang mukmin mencintai Rasulullah r melebihi cintanya terhadap dirinya sendiri.

Umar bin al-Khaththab t berkata kepada Rasulullah r: " Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai dari segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri." Nabi r bersabda: " Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri." Umar t berkata, "Maka sesungguhnya sekarang –demi Allah- sungguh engkau ku cintai daripada diriku sendiri." Maka Nabi r bersabda: "Sekarang wahai Umar." (HR. al-Bukhari).

Keempat: membantunya r:

Ini adalah haknya yang paling kuat, iaitu membantu Nabi saw saat hidup dan mati baginda. Adapun di saat hidupnya r, para sahabat Nabi r telah melaksanakan tugas ini dengan sebaik-baiknya. Sementara sesudah wafatnya Nabi r, maka kita berkewajipan untuk membela sunnahnya apabila diserang atau deselewengkan, samada oleh mereka yang jahil atau beniat batil.

Demikian pula membela peribadinya yang mulia apabila seseorang berbuat jahat atau memperlekehkan baginda, atau melabelkan baginda dengan gelaran yang tidak layak dengan kedudukannya yang mulia.

Di masa sekarang, sudah banyak sekali berlaku propaganda yang digunakan untuk menyerang Nabi umat Islam r. Semua umat harus bergerak membela nabinya dengan segala kekuatan dan kuasa tekanan yang dimiliki, sehingga mereka berhenti dari pembohongan dan fitnah yang dilakukan.

Tanggungjawab Umat Kepada Nabi SAW (2).

Kedua: mengikutinya r (mutaba'ah):

Mengikuti Nabi r adalah bukti sebenar keimanan kepadanya. Maka sesiapa yang mengaku beriman kepada Nabi r, kemudian tidak pula melaksanakan perintahnya dan tidak berhenti melakukan perbuatan haram yang dilarang oleh Nabi r, serta tidak melaksanakan sunnahnya, maka ia adalah pembohong dalam pengakuan imannya. Sesungguhnya iman adalah yang tertanam di dalam jiwa dan dibenarkan oleh amal perbuatan.

Allah I telah menjelaskan bahwa rahmat-Nya menaungi orang-orang yang mengikuti Rasulullah saw. Firman Allah I:

وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِئَايَاتِنَا يُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ اْلأُمِّيَّ

dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi(QS. al-A'raf:156-157)

Demikian pula Allah I memberikan ancaman kepada orang-orang yang berpaling dari petunjuk Rasulullah r, yang menyalahi perintahnya, dengan siksaan yang teramat pedih, Dia I berfirman:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (QS. an-Nuur :63)

Allah I juga memerintahkan untuk pasrah berserah terhadap keputusan Rasulullah r dan berlapang dada menerima hukum dan ketetapan baginda. Allah I berfirman:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَيُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (QS. an-Nisaa:65)

Tanggungjawab Umat Kepada Nabi SAW (1).

Sesungguhnya Allah I telah memberikan kemuliaan kepada kita dengan mengutus nabi-Nya r, dan menganugerahkan kurnia kepada kita dengan bersinarnya pancaran cahaya risalah-Nya. Firman Allah I:

لَقَدْ مَنَّ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ

Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (QS. :164)

Sesungguhnya Rasulullah r mempunyai hak yang sangat banyak ke atas kita. Seharusnya kita tunaikan dan memeliharanya. Hendaklah kita berhati-hati dari mengsia-siakan atau mengabaikannya. Di antara hak-hak tersebut adalah:

Pertama: Beriman kepadanya r:

Sesungguhnya yang paling utama di antara hak-hak Nabi r adalah beriman kepadanya dan membenarkan risalahnya. Barang siapa yang tidak beriman kepada Rasulullah r dan sesungguhnya dia adalah penutup para nabi dan rasul, maka dia adalah kafir, sekalipun ia beriman kepada para nabi yang telah datang sebelumnya.

Al-Qur`an sarat dengan ayat-ayat yang menyuruh manusia untuk beriman kepada Rasulullah r dan tidak ragu-ragu terhadap risalahnya. Di antaranya adalah firman Allah I:

فَئَامِنُوا بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنزَلْنَا

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (al-Qur'an) yang telah Kami turunkan, (QS. at-Taghabun:8)

Dan Allah I berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu (QS. al-Hujurat:15)

Allah I menjelaskan bahawa kufur kepada Allah I dan Rasul-Nya r adalah penyebab kebinasaan dan siksaan yang pedih. Maka Allah I berfirman:

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللهَ وَرَسُولَه وَمَن يُشَاقِقِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(Ketentuan) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya. (QS. al-Anfaal :13)

Dan Nabi r bersabda:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ, لاَيَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هذِهِ اْلأُمَّةِ, يَهُوْدِيٍّ وَلاَنَصْرَانِيٍّ, ثُمَّ يَمُوْتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

"Demi (Allah I) yang jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya, tidak ada seorang pun yang mendengar (dakwah)ku dari umat ini, Yahudi atau Nashrani, kemudian ia meninggal dunia dan tidak beriman kepada risalah yang aku diutus dengannya, melainkan dia termasuk penghuni neraka." (HR. Muslim).

Khamis, 21 Januari 2010

Hadith Maudhui ( Tematik ) : Pendekatan Membina Ilmu dan Tamadun - 3

Langkah-langkah Kajian Hadith Maudhu’i.

Seseorang yang ingin mengkaji hadith secara maudhu’i akan melalui peringkat-peringkat berikut ; [1]

  1. Pemilihan tajuk: Pengkaji hadith maudhu’i akan memilih tajuk yang diperlukan oleh umat Islam masakini yang boleh menyumbang ke arah kemajuan, ketamadunan dan kebangkitan Islam atau tajuk yang boleh menghuraikan kekusutan umat Islam termasuklah isu-isu yang memerlukan penyelesaian dan jalan keluar.
  2. Pengumpulan hadith : Berusaha gigih untuk mengumpulkan semua hadith-hadith yang berkaitan dengan tajuk kajian dan dilakukan dengan penuh teliti dari semua sumber-sumber utama hadith.
  3. Kajian status hadith : Membuat kajian terhadap sanad hadith mengikut metod ahli hadith dengan menggunakan kaedah ilmu rijal, ilmu al jarh wa al taadil dan ilmu al ’iIal. Hadith yang terbukti boleh dibuat hujah sahaja yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam kajian.
  4. Berpegang kepada Manhaj iImi : Mestilah amanah dan jujur dalam naqal ( memindah pendapat ) dan naqad ( mengkritik pendapat ), bersikap telus dan tidak memihak dalam menangani perbezaan pandangan dalam pengambilan hukum dan kefahaman teks supaya mendapat keputusan dan rumusan yang terbaik.
  5. Analisis teks : Teks-teks hadith yang dipetik mestilah dianalisis secara tepat tanpa membebankan nas apa yang tidak tertanggungnya semata-mata kerana mahu membuktikan kehadiran hadith dalam topik perbincangan.

Peranan Hadith Maudhu’i Dalam Menangani Persoalan Keilmuan dan Ketamadunan Moden.

Matlamat asal diperkenalkan disiplin hadith maudhu’i iaitu menangani maudhu’ ( topik atau isu ) dan perbincangan yang bersifat semasa bagi menonjolkan sikap Islam dalam perkara ini berdasarkan sumber hadith. Justeru, Hadith Maudhui mestilah dilihat sebagai medan sebenar kesarjanaan dan kematangan disiplin hadith dalam menangani permasalahan yang timbul dengan membawa penyelesaian melalui manhaj nabawi.

Hadith Maudhu’i dewasa ini telah diterima sebagai salah satu daripada cabangan ulum hadith. Bahkan menurut sebahagian pengkaji, ilmu ini adalah hasil pencapaian sebenar setelah melalui semua pengajian disiplin hadith kerana ia memerlukan kepada kesemua kepelbagaian kemahiran dalam ilmu hadith. Tidak dapat dinafikan juga keperluan ilmu-ilmu tafsir, aqidah, sirah, tarikh, akhlak dalam memantapkan kajian hadith maudhu’i. Oleh kerana hadith maudhui menangani persoalan semasa, maka penguasaan disiplin ilmu-ilmu moden samada sains kemanusian, sains tulen atau ilmu-ilmu teknikal amat diperlukan bagi mendapatkan hasilan yang matang bagi sesebuah kajian atau penulisan hadith maudhu’i.

Antara peranan penting pengajian hadith maudhu’i dalam konteks hala tuju semasa ialah;

  1. Pengajian ini mampu untuk memenuhi tuntutan dan keperluan semasa yang semakin mendesak akhir-akhir ini untuk mencari penyelesaian dan pandangan Islam dalam semua lapangan keilmuan dan kehidupan. Dunia akademik yang kian bercambah bidang pengkhususannya sementara isu-isu kehidupan masyarakat manusia pula menjadi semakin rumit. Kepantasan dunia komunikasi dan infomasi masakini menambahkan lagi cabaran kepada cendikiawan Islam untuk menganalisa maklumat yang diberi, menangani persoalan yang ditimbulkan dan menjawab salah faham atau kekeliruan yang dibangkitkan. Di sinilah peranan hadith maudhu’i untuk melihat semua ini dari kaca mata petunjuk Nabawi.
  2. Hadith maudhu’i adalah wacana terbaik untuk menuju ke arah cita-cita integrasi ilmu dan pendidikan bersepadu yang menjadi idaman pencinta agama dan kebenaran. Umat Islam telah lama dikhayalkan dengan dualisme dalam pendidikan dan kehidupan. Manusia sejagat pula diganggu dengan kemelut pertembungan tamadun, percanggahan budaya dan metod pemikiran. Pendekatan Hadith Maudhu’i memerlukan pengetahuan dan kematangan maklumat ilmuan agama digarapkan dengan kepakaran dan kemahiran profesional dan teknorat. Tanpa demikian, proses ijtihad dalam hadith maudhu’i tidak berlangsung sempurna. Maka hadith maudhui mampu untuk menyatukan aliran tradisional dan moden, agamawan dan profesional. Apa yang penting adalah peranannya mengembalikan keilmuan dan ketamadunan moden ini ke pangkal asalnya iaitulah pendidikan rabbani yang berteraskan ayat Iqra’.
  3. Pengajian hadith maudhu’i berperanan penting untuk menonjolkan sudut-sudut mukjizat Islam dalam kepelbagaian bidang ilmu pengetahuan dan medan kehidupan. Mukjizat sentiasa mengikut cabaran semasa masyarakat manusia. Ia boleh berubah dan berbeza bentuk mengikut perubahan masa dan peredaran zaman. Namun matlamatnya akhir adalah sama iaitu terbuktinya kebenaran dan kebesaran ilahi di sebalik kelemahan dan kekerdilan manusiawi. Maka menjadi kewajipan ilmuan Islamlah untuk mengbongkar keajaiban yang tersirat di dalam wahyu Allah, al Quran dan al as Sunnah dalam kepelbagain sudut dan persembahannya. Ini mampu memperkuatkan lagi pembuktian hadith nabawi sebagai wahyu dari Allah swt kepada manusia buat selama-lamanya.
  4. Kemunculan ilmu-ilmu Islam yang baru adalah antara sumbangan terpenting pendekatan hadith maudhu’i selain tafsir maudhu’i. Ilmu-ilmu moden yang berteras Islam seperti kauseling Islam, komunikasi Islam, sosiologi Islam, psikologi Islam, kewartawanan Islam, ekonomi Islam, kesihatan atau rawatan Islam dan sebagainya memerlukan kepada kemahiran dalam hadith maudhu’i untuk mengaitkan hadith-hadith berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam disiplin keilmuan tersebut.
  5. Tugasan dakwah islamiyyah tidak dapat dipinggirkan walaupun dalam membicarakan soal keilmuan dan ketamadunan. Peranan dakwah penting dalam mengurus dan mengawasi perjalanan keilmuan dan ketamadunan. Dalam konteks ini, hadith maudhu’i memberi bekal dan aset yang yang tinggi nilainya bagi usaha dakwah kontemporari. Justeru, pengajian ini mestilah dihadam sebaiknya oleh para pendakwah yang ingin mempersembahkan Islam secara lebih efektif dengan hujah dan kupasan yang relevan dengan pencapaian ilmu manusia moden.
  6. Pengajian hadith maudhu’i berperanan secara berkesan dalam menyelesaikan hadith-hadith kontradiksi dalam konteks kontemporari. Ulama hadith kontemporarer seharus dilengkap dengan kemahiran menggunakan pendekatan hadith maudhu’i agar lebih bersedia memberikan interpretasi, penjelasan dan konklusi menyelesaikan percanggahan ini. Apatah lagi zaman mutakhir yang penuh dengan kemajuan dan penemuan dalam pelbagai lapangan, sering kali masyarakat disuakan dengan kekeliruan tentang hadith-hadith yang Nabi tinggalkan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lampau.

Penutup

Terbukti bahawa pendekatan pengajian hadith maudhu’i adalah penting bagi tujuan fiqhul hadith dalam konteks semasa. Hadith maudhu’i membuka ruang ijtihad baru kepada ulama’ hadith masa kini agar dapat mempersembahkan hadith dalam bentuk baru yang lebih memberangsangkan. Segala kepakaran dalam ulum hadith samada riwayah atau dirayah digarapkan demi mencari rumusan tebaik dalam hadith maudhu’i.

Justeru, pengajian hadith maudhu’i harus diperkasakan di peringkat IPT agar kemahiran berinteraksi dengan hadith dalam lingkungan isu-isu semasa dapat dikuasai baik oleh para pelajar. Penekanan perlu ditumpukan kepada tajuk-tajuk semasa dalam semua lapangan ilmu-ilmu moden seperti pendidikan, ekonomi, sains sosial, sains tulen, psikologi, pengurusan, undang-undang dan sebagainya.

Agenda pemulihan dan pembaharuan dalam mempersembahkan agama Allah swt kepada dunia moden sesungguhnya memerlukan kepada pemikiran kritis dan kreatif yang bertunjangkan kepada kefahaman yang jitu terhadap nas dan waqi’. Hadith maudhu’i mestilah dilihat mampu membawa gagasan mulia ini.



[1] al Zayyan : al Hadith al Maudhu’i; Dirasah Nazariyyah, h. 236.


Rabu, 20 Januari 2010

Hadith Maudhui ( Tematik ) : Pendekatan Membina Ilmu dan Tamadun - 2

Ciri-Ciri Khusus Hadith Maudhu’i.

Berdasarkan usaha pengolahan takrif-takrif yang tersebut sebelum ini, suatu gambaran mengenai ciri-ciri khusus disiplin ilmu ini iaitu seperti berikut;

1- Ilmu ini bersifat ijtihadik yang bertunjangkan penelitian yang mendalam terhadap realiti permasalahan, kefahaman yang sebenar terhadap nas pada teks dan konteksnya dan seterusnya memperturunkan nas secara tepat kepada isu perbincangan. Perbezaan pandangan dan kefahaman adalah diterima selagi ianya memenuhi disiplin dan semangat Ijtihad.

2- Perbahasan ilmu ini membawa semangat kontemporari yang memberi tumpuan kepada pemikiran dan persoalan yang menjadi perbincangan semasa bertujuan mencari penyelesaian atau pencerahan Islam berdasar nas-nas hadith sebagai sumber terpentingnya yang kedua selepas al Quran.

3- Tidak harus memperbahaskan disiplin ilmu ini di luar kotak limitasinya. Isu-isu yang tidak boleh dikaitkan dengan hadith-hadith secara lansung atau tidak lansung tidak termasuk dalam perbincangan hadith maudhu’i.

4- Pendekatan sebenar Hadith Maidhu’i adalah mengkaji sesuatu tajuk itu dengan mengumpulkan semua hadith-hadith berkaitan dari semua sumber asal rujukan hadith. Namun, keterbatasan masa dan kudrat mengizinkan pemilihan sumber-sumber terpililih seperti dari sember Sahih Bukhari dan Muslim sahaja, al Kubtub al Sittah sahaja, al Kutub al Tis’ah dan sebagainya.

5- Pemilihan satu topik dari satu hadith juga boleh dianggap sebagai pendekatan Hadith Maudhu’i iaitu dengan menghimpun semua jalan riwayat, membuat perbandingan lafaz-lafaz dan menganalisis teks hadith. Maka sesebuah hadith itu melalui proses tradisi disiplin hadith sebelum berakhir dengan ikatan dan kaitannya dengan permasalahan semasa yang menjadi topik perbincangan.

6- Penilaian terhadap status hadith adalah satu kemestian dalam pendekatan Hadith Maudhu’i. Hadith maudhu’ dan dhaif yang tidak boleh dibuat hujah tidak seharus dipilih untuk membina sesuatu pandangan dan penyelesaian Islam.

Perbezaan antara penyusunan Maudhu’i dan pendekatan Hadith Maudhu’i.

Penyusunan hadith secara maudhui memang telah menjadi amalan ulama’ hadith sejak dahulu lagi.[1] Bahkan penyusunan mengikut pendekatan inilah yang mula-mula sekali digunakan sejak peringkat pertama pembukuan hadith iaitu peringkat Jawami’ , Musannafat dan Muwatta’at yang mana kemuncak pencapaiannya ialah kemunculan kitab al Muwatta’ karangan al Imam Malik.

Hadith-hadith disusun mengikut topik besar atau utama yang dinamakan kitab, sebelum dipecah-pecahkan kepada sub topik yang dinamakan bab. Jawami’ yang menghimpunkan semua jenus hadith dalam semua topik utama agama. Musannafat pula mengandungi hadith marfu’, mauquf dan maqtu’ dan biasanya memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk fiqh islami. Muwatta’at pula menjadi nama pilihan sebahagian ulama’ dalam menulis musanafat.

Ini berbeza dengan peringkat kedua pembukuan hadith iaitu masanid yang menyusun hadith mengikut nama sahabat yang meriwayatkannya. Namun generasi ketiga pembukuan hadith iaitu peringkat sihah dan sunan memilih semula penyusunan hadith secara maudhu’i kerana beranggapan ia adalah lebih membantu dan memudahkan proses pencarian hadith.[2]

Perbandingan dan pertalian secara umum antara penyusunan hadith secara maudhu’i dan pendekatan hadith maudhu’i adalah seperti berikut;

1- Penyusunan hadith secara maudhu’i telah bermula seawal sejarah pembukuan hadith sementara pendekatan hadith maudhu’i pula baru bermula di zaman kini yang lahir kerana kesan dan pengaruh semangat kebangkitan dan kesedaran untuk kembali kepada penyelesaian dan sikap Islam bertunjangkan akidah bahawa Islam adalah penyelamat.

2- Penyusunan hadith secara maudhui, secara umumnya memberi tumpuan utama kepada kerja menghimpun dan mendokumenkan teks-teks hadith secara bersanad bagi tujuan pemeliharaan dan pembukuan. Sementara pendekatan hadith maudhu’i pula memberi tumpuan kepada kerja analisis, kupasan dan ulasan yang bertujuan mencari jawapan kepada pandangan dan penyelesaian Islam bagi kemelut semasa.

3- Hadith yang telah tersusun secara maudhu’i ini menjadi sumber rujukan asal kepada penulisan hadith maudhu’i. Penyusunan maudhu’i yang diasaskan oleh ulama hadith tradisional banyak membantu dan memudahkan pengkaji kontemporarer dalam lapangan hadith maudhu’i. Proses pencarian hadith-hadith dari sumber asal sekarang ini pula menjadi lebih mudah dan pantas dengan bantuan teknologi perisian komputer, laman web dan cakera padat.

4- Hasil karya penyusunan maudhu’i adalah bahan utama hadith sepanjang zaman yang menjamin keaslian sumber agama dan sesuai diambil guna untuk semua jenis pendekatan dalam penulisan dan kajian. Adapun penulisan hadith maudhu’i secara umumnya adalah usaha-usaha ijtihad ilmuan Islam dalam memahami teks-teks hadith dalam konteks semasa.


[1] Tedapat 5 kategori karya hadith yang disusun secara maudhu’i iaitu ; al Jawami’ , al Musannafat, al Sunan, al Mustadrakat dan al Mustakhrajat. Lihat : Dr Abdul Rahman ‘Itr. Maalim al Sunnah al Nabawiyyah, Jordan: Darul Manar 1987. h.91-94.

[2] Lihat Dr Akram Dhiya’ al Umariy : Buhuth fi Tarikh al Sunnah al Musyaraffah, Madinah: Maktabah al ‘Ulum wa Hikam, 1993 h. 300-308.

Hadith Maudhui ( Tematik ) : Pendekatan Membina Ilmu dan Tamadun - 1

Pendahuluan.

Usaha untuk memartabatkan hadith nabawi sebagai sumber keilmuan dan ketamadunan secara menyeluruh menjadi cabaran kepada kesarjanaan ahli hadith masa kini. Sasaran agenda ini adalah untuk membuat satu lonjakan besar mengeluarkan kongkongan yang selama ini membataskan kefahaman nas-nas hadith hanya dari perspektif akidah, perundangan hukum dan akhlak.

Sedangkan jika kita memperhatikan kandungan hadith-hadith Nabi SAW, kita akan dapati bahwa ianya menghimpunkan asas-asas agama dan persoalan-persoalan kehidupan. Tiada perkara dalam urusan al din ( cara hidup ) yang tidak mempunyai panduan, pesanan, tunjuk ajar dan keterangan dari Nabi SAW. Rasulullah SAW telah meninggalkan kita di atas landasan yang terang benderang. Malamnya umpama siang. Hanya manusia yang mencari kesengsaraan hidup boleh meninggalkannya.[1]

Menurut Dr Muhammad Lutfi al Sabbagh, realiti al sunnah di masa kini sangat memerlukan perhatian cendikiawan dan ulama Islam, lantaran berlakunya suatu lompang besar yang memisahkan antara pedoman nabawi dengan realiti kehidupan umat samada dalam lapangan keilmuan, pemikiran, peradaban dan kemasyarakatan.[2]

Pengajian hadith maudhu’i adalah salah satu pendekatan yang diguna pakai dalam mempersembahkan teks-teks hadith dalam konteks semasa. Pendekatan ini bukan bermakna menyampingkan pendekatan tradisional dalam menghuraikan hadith iaitu metod hadith tahlili. Sebalik hadith tahlili tetap menjadi asas dan sumber asal sebelum berlakunya pengolahan secara maudhu’i.

Pengenalan Hadith Maudhu’i.

Hadith Maudhui adalah istilah moden yang telah meluas penggunaannya di kalangan pengarang dan pengkaji mutakhir ini. Ia telah dianggap sebagai satu cabangan ilmu hadith baru yang tersendiri.

Definisi Hadith Maudhui yang dikemukan di sini adalah definisi yang diolah dan diadaptasi dari rujukan berkenaan teori Tafsir Madhu’i. Walaupun rujukan mengenai Tafsir Maudhui itu sendiri masih dirasai kekurangan bahannya di dalam perpustakaan Islam tetapi jauh terkehadapan berbanding rujukan dalam hadith maudhui.

Berikut beberapa takrifan Hadith Maudhui;[3]

1- Ilmu yang memperbahaskan sesuatu permasalahan menurut semangat dan ruh nabawi dengan melihatnya dari perspektif satu atau lebih hadith yang maqbul.

2- Ilmu yang menghimpun riwayat-riwayat hadith yang pelbagai dari sumber utama hadith yang berkenaan dengan sesuatu tajuk perbincangan samada yang bebetulan lafaz atau pada maknanya dan mengupas tajuk itu mengikut metod pengajian hadith.

3- Ilmu yang menghuraikan sesuatu tajuk dengan pencerahan Sunnah Nabawiah berdasar satu atau lebih sumber hadith.

4- Ilmu yang memperjelaskan tajuk-tajuk pemikiran, kemasyarakatan, perekonomian, alam semulajadi atau segala lapangan ilmu pengetahuan dan kehidupan dalam lingkungan hadith-hadith nabi SAW yang berkaitan dengannya bertujuan memperolehi konsep kefahaman dan jalan penyelesaian menurut manhaj nabawi.

5- Ilmu yang mengkhususkan himpunan dan kupasan hadith-hadith yang bersatu dan bersekutu pada sesuatu tajuk atau isu.



[1] Muhammad ‘Ali al Sobuniy, al Sunnah al Nabawiyyah: Qism min al Wahy al Ilahiy al Muanzzal. Mekah: Rabithah al ‘Alam al Islamiy. 1411h h.41.

[2] Dr Muhammad Lutfi al Sabbagh, al Hadith: Mustalahuhu wa balaghatuhu wa kutubuhu, Beirut: al Maktab al Islamiy, 1990 h.13

[3] Dr. Ramdhan Ishak al Zayyan, al Hadith al Maudhu’i; Dirasah Nazariyyah, Majallah al Jamiah al Islamiyyah, Jld 10 Bil 2 h. 213. Definisi-definisi ini diolah dari rujukan tafsir maudh’i seperti ;Dr Abdul Hayy al Farmawi. Al Bidayah fi al Tafsir al Maudhu’i. Kaherah: Matba’ah al Hadharah al ‘Arabiyyah 1997 h. 52, Dr Mustaffa Muslim, Mabahith fi al Tafsir al Maudhu’i. Damsyiq: Darul Qalam 1989 h.30 . Dr Abdul Sattar Fathullah Said, al Madkhal fi al Tafsir al Maudhu’i.Kaherah: Dar al Tiba’ah wa al Nasyr al Islamiyyah h.20. Dr Abdul Jalil Abdul Rahim: Al Tafsir al Maudhu’i Fi Kaffatai al Mizan: Amman.1992 h. 24.

Isnin, 11 Januari 2010

Kenali ALLAH Dari Surah Al-Ikhlas

video

Surah al Ikhlas
1. Katakanlah: "Dialah Allah yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. 4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Surah Al-Ikhlas: 1-4

Keistimewaan:

1. Kisah Sahabat menjadi imam.

عن أنس - رضي الله عنه -: كان رجلٌ من الأنصار يؤمُّهم في مسجد قُباء، وكان كُلَّما افتتح سورةً يقرأ بها لهم في الصلاة، مما يقرأ به افتتح بِـ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ حتى يفرغ منها، ثم يقرأ سورةً أخرى معها، وكان يصنع ذلك في كلِّ ركعة، فكلَّمه أصحابه فقالوا: إنك تفتتحُ بهذه السورة، ثم لا ترى أنها تُجْزِئُكَ حتى تقرأ بأخرى! فإما أن تقرأ بها، وإما أن تدعها وتقرأ بأخرى، فقال: ما أنا بتاركها، إنْ أَحْبَبْتُمْ أن أؤمَّكم بذلك فعلتُ، وإنْ كَرِهْتُم تَرَكْتُكُم - وكانوا يرون أنه من أفضلهم، وكرهوا أن يؤمَّهم غيره - فلما أتاهم النبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أخبروه الخبر، فقال: ((يا فلان، ما يَمْنَعُكَ أن تفعل ما يأمرك به أصحابك، وما يحملك على لزوم هذه السورة في كل ركعة؟))، فقال: إني أحبُّها - وفي رواية: "لأنها صفة الرحمن عزَّ وجل فقال: ((حُبُّكَ إياها أدخلكَ الجنَّة)).

Dari Anas ra menceritakan seorang lelaki dari Ansar menjadi imam orang ramai di Masjid Quba. Dan setiap kali dia kali membaca sesuatu surah di dalam solatnya maka dia selalu membukanya dengan:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Selesai membaca surah Al-Ikhlas barulah dia melanjutkannya dengan membaca surah yang lain. Demikianlah diamalkannya pada setiap rakaat dari solat. Para sahabat yang lain berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau selalu membuka bacaanmu dengan surah ini kemudian engkau berpendapat bahwa bacaan solatmu tidak sempurna sehingga engkau menambahkannya dengan surah yang lain. Samada engkau membaca surah ini (Al-Ikhlas) atau engkau meninggalkan membacanya dan menggantikannya dengan surah yang lain.

Sahabat tersebut menjawab: Aku tidak akan meninggalkannya. Maka jika kamu suka aku sebagai imam kamu dalam solat dengan tetap membaca surah tersebut maka aku boleh menjadi imam. Namun jika kamu tidak menyenangi tindakan aku itu maka aku akan meninggalkan kamu.

Mereka melihat bahawa orang tersebut adalah yang paling baik di antara mereka dan mereka tidak suka jika ada orang lain selainnya mengimami orang ramai. Lalu pada saat mereka datang kepada Nabi saw merekapun memberitahukan tentang perbuatan imam mereka. Maka Nabi saw bertanya kepadanya: Wahai si anu! apakah yang menegahmu melakukan apa yang diperintahkan oleh para sahabatmu, dan apakah yang mendorongmu untuk selalu membaca surah ini pada setiap raka’at?

Sahabat tersebut menjawab: Aku mencintainya. Di dalam sebuah riwayat disebutkan: Sebab surah tersebut mengandung sifat Allah Yang Maha Penyayang. Lalu Rasulullah saw bersabda: Cintamu kepada surah tersebut memasukkanmu ke dalam surga”.

2. Satu Pertiga al Quran.

وعن أبي سعيد الخُدْرِيّ - رضي الله عنه - قال: قال النبي - صلى الله عليه وسلم - لأصحابه: أيعجِزُ أحدكم أن يقرأ ثُلُثَ القرآن في ليلةٍ ؟ فشقَّ ذلك عليهم، وقالوا: أيُّنا يطيق ذلك يا رسول الله؟! فقال: " الله الواحد الصمد ثُلُثُ القرآن "[1]

Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra berkata: Nabi saw berkata kepada para sahabatnya: Apakah seseorang di antara kamu merasa tidak mampu membaca sepertiga Al-Qur’an pada setiap malam?. Maka hal ini menyulitkan bagi para sahabat, lalu mereka bertanya: Siapakah di antara kita yang mampu melakukan hal tersebut wahai Rasulullah?. Maka Nabi saw bersabda: قل هو الله أحد adalah sepertiga Al-Qur’an.

3. Penawar dan pendinding.

عن عائشة - رضي الله عنه -: أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - كان إذا أوى إلى فراشه كل ليلة، جمع كَفَّيْه، ثم نفث فيهما، فقرأ فيهما: {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده، يبدأ بها على رأسه ووجهه، وما أقبل من جسده، يَفْعَلُ ذلك ثلاث مَرَّاتٍ.[2]

Dari Aisyah ra bahwa apabila Nabi saw akan beranjak tidur pada setiap malamnya maka beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu meniup pada keduanya:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ - قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ - قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Kemudian beliau menggosok bahagian tubuh yang boleh dijangkau dengan tangannya, mulai dari kepala, muka dan bahagian depan tubuh baginda.Beliau melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali.

Tafsiran :

1.Allah swt berfirman: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Ibnu Kathir berkata: Iaitu Dialah Allah, Yang Esa lagi Tunggal, Yang tidak seorangpun setara denganNya, tidak ada pembantu, tidak ada tandingan bagiNya, tidak ada yang serupa dan tidak seorangpun yang sama denganNya, dan lafaz ini tidak boleh dinisbahkan secara mutlak kepada seorangpun dari makhluk Allah kecuali untuk Allah semata sebab Dialah Zat Yang Maha Sempurna dakan sifat dan perbuatanNya”.[3]

2.Firman Allah swt: اللَّهُ الصَّمَدُ

Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata: Zat yang bergantung kepadaNya seluruh makhluk dalam kebuntuan dan masalah mereka. Dan orang-orang Arab memberikan gelar bagi pemuka-pemuka mereka dengan sebutan: Ash-shomad. Abu Wa’il berkata: Ash-shomad adalahpeminpin yang memiliki kekuasaan yang tertinggi.

3.Firman Allah swt:

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

Maksudnya adalah tidak memiliki bapa, anak dan isteri.

Mujahid berkata: وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

Maksudnya tidak mempunyai teman sebagai pasangan hidup atau isteri sebagaimana firman Allah swt:

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنَّى يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُ صَاحِبَةٌ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ وهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia Pencipta langit dan bumi. bagaimana dia mempunyai anak padahal dia tidak mempunyai isteri. dia menciptakan segala sesuatu; dan dia mengetahui segala sesuatu. Al-An’am: 101

Allah swt juga memberi ancaman yang sangat keras kepada mereka yang mendakwa Allah swt ada anak. Ancamannya dalam bentuk langit yang boleh pecah dan bumi yang boleh terbelah serta gunung yang boleh runtuh kerana gerun dengan kemurkaan Allah swt dengan dakwan yang terlampau ini. Allah swt berfirman:

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً . لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئاً إِدّاً . تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً . أَن دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَداً . وَمَا يَنبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَداً . إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَنِ عَبْداً . لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدّاً .

88. Dan mereka berkata: "Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak". 89.Sesungguhnya kamu Telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90.Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh,

91. Kerana mereka menda'wakan Allah yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. 93. Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. 94. Sesungguhnya Allah Telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Surah Maryam: 88-94

Dalam hadith pula disebutkan;

عن أبي موسى الأشعريّ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُ -: أنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - قال: (( ما أحدٌ أصْبَر على أذًى سمعه من الله، يدعون له الولد ثم يعافيهم ويرزقهم )) [4]

Dari Abi Musa Al-Asya’ri ra bahwa Nabi saw bersabda: Tidak ada seorangpun yang lebih bersabar mendengar celaan selain Allah. Mereka mengatakan bahwa Dia memiliki anak kemudian Dia memaafkan mereka dan memberikan rezki kepada mereka”.

Hadith lain pula menyebut;

وعن أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: قال الله تعالى: كذبني ابن آدم ولم يكن له ذلك، وشَتَمَنِي ولم يكن له ذلك، فأما تكذيبه إياي، فقوله: لن يعيدني كما بدأني، وليس أوَّل الخلق بأهون علي من إعادته، وأما شتمه إياي، فقوله: اتخذ الله ولدًا، وأنا الأحد الصمد، لم ألد ولم أولد، ولم يكن لي كفوًا أحدٌ.[5]

Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: Allah swt berfirman: Anak Adam telah mendustakanku dan tidak sepatutnya dia melakukan hal tersebut. Dia mencelaku padahal dia tidak sepatutnya melakukan hal tersebut. Adapun pendustaannya terhadapku kerana dia berkata: Allah tidak akan mengembalikanku sebagaimana dia memulakan penciptaanku. Padahal tidaklah awal penciptaan tersebut lebih mudah daripada mengembalikannya. Adapun celaannya terhadapku adalah dia mengatakan Allah memiliki anak. Padahal Aku adalah Zat Yang Esa dan segala sesuatu bergantung kepadaKu, Aku tidak pernah melahirkan dan dilahirkan dan tidak ada seorangpun yang setara denganKu”.

Pengajaran:

Petama: Menetapkan keesaan Allah swt dan bantahan terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian yang menjadikan bagi Allah anak. Allah swt berfirman:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِؤُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

30. Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih (Isa) itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?. Al-Taubah: 30

Kedua: Surah ini mengandung nama Allah yang agung. Jika seseorang menyerunya nescaya dia akan diperkenankan dan apabila dia berdo’a maka do’anya akan dikabulkan.

فعن عبدالله بن بُرَيْدَة، عن أبيه - رضي الله عنه -: أنَّ النبيَّ - صلَّى اللَّهُ عليه وسلَّم - سمع رجلاً يقول: اللَّهُمَّ إنِّي أسألُكَ أنِّي أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كُفُوًا أحد، فقال: ((لقد سألتَ الله بالاسم الذي إذا سُئل به أعطى، وإذا دُعيَ به أجاب.

Dari Abdillah bin Buraidah dari Bapanya ra bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki berdo’a:

اللَّهُمَّ إنِّي أسألُكَ أنِّي أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كُفُوًا أحد

(Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu, kerana sesungguhnya aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah selain Dirimu Yang Maha Esa. Yang bergantung kepada Dirimu segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada seorangpun yang setara denganNya).

Maka Nabi saw bersabda setelah mendengar munajat orang tersebut: Sesungguhnya engkau telah memohon kepada Allah dengan namaNya yang apabila engkau memohon dengannya nescaya Dia akan memperkenankan permohonanmu dan jika engkau berdo’a dengannya maka Dia pasti menerima do’amu”.

Ketiga: Dianjurkan juga membacanya sebagai amalan harian pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali.


عن عبدالله بن خُبَيْب - رضي الله عنه - أنه قال: خرجنا في ليلةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شديدةٍ، نطلب رسولَ الله - صلى الله عليه وسلم - ليصلِّيَ لنا، فأدركناهُ، فقال: ((أَصَلَّيْتُمْ؟)) فلم أَقُلْ شيئًا، فقال: قُلْ. فلم أَقُلْ شيئًا، ثم قال: ((قُلْ))، فلم أَقُلْ شيئًا، ثم قال: قُلْ ، فقلت: يا رسول الله، ما أقولُ؟ قال: قل هو الله أحد، والمعوِّذتين، حين تُمْسي وحين تُصبِح، ثلاثَ مرَّاتٍ، تكفيكَ من كلِّ شيءٍ.[6]

Dari Abdullah bin Hubaib ra berkata: Kami keluar pada malam yang gelap dalam hujan lebat untuk mencari Rasulullah saw agar beliau berdoa untuk kami. Lalu kamipun menemuinya. Baginda saw bersabda: Apakah kamu telah berdoa”. Aku tidak menjawab apapun. Maka Nabi saw berkata kepada kami: Katakanlah! Namun aku tidak mengatakan sesuatu apapun. Kemudian beliau kembali berkata: Kataklah!, Namun aku tidak menjawab sesuatu apapun. Kemudian beliau kembali berkata: Kataklah! Lalu aku bertanya: Apakah yang semestinya aku katakana?. Beliau bersabda: Katakanlah: (قل هو الله أحد) dan Al-Mu’awwidzataini (surah al-falaq dan an-naas) pada saat pagi dan petang tiga kali maka dia menjagamu dari segala sesuatu”.

[1] صحيح البخاري (3/344) برقم (5015)، ورواه مسلم من طريق أبي الدرداء (1/556) برقم (811)

[2] صحيح البخاري (3/344) برقم (5017)

[3] تفسير ابن كثير (4/570)

[4] صحيح البخاري (4/379) برقم 7378.

[5] صحيح البخاري (3/334) برقم (4974)

[6] سنن أبي داود (4/322) برقم (5082) وسنن الترمذي برقم ( 3499 ) وقال : حسن صحيح غريب