Sabtu, 9 Januari 2010

Mendapat Bantuan Dari Solat .. ( 2 )



Meraih kasih Allah menjadi buruan manusia yang berjiwa hamba. Menjadi kekasih Allah bermakna menjadi makhluk yang sentiasa mendapat segala layanan istimewa. Di sinilah terserlah keindahan Islam yang membuka jalan menuju kepada pintu yang boleh menerima manusia sebagai kekasih Allah. Hanya perkhabaran wahyu yang boleh menjadi sumber berita dalam hal ini .

عن ‏أَبَي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ ‏ ‏يَقُولُ حَدَّثَنَا ‏صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ‏ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي ‏[1]

Bermaksud : Dari Abi Amr assyaibani katanya : Tuan punya rumah ini memberitahu kami. Dia menunjuk ke arah rumah Abdullah ( ibn Masuud ) ra. Dia memberitahu yang dia ada bertanya Rasulullah saw: " Apakah amal yang lebih dikasihi Allah ?". Baginda saw bersabda: " Sembahyang di awal waktu ". Ibn Masuud bertanya lagi : Kemudian apakah? Baginda menjawab: " Berbakti kepada kedua ibu bapa ".Beliau bertanya: " Kemudian apakah?" Baginda saw menjawab: " Jihad di jalan Allah ".Demikian baginda memberitahunya. Jika aku meminta tambahan pasti dia akan tambahkan lagi.

عَنْ ‏ ‏ثَوْبَانَ ‏ ‏قَالَ‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمْ الصَّلَاةَ وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ ‏[2]

Bermaksud: Dari Thauban ra katanya : Sabda Rasulullah saw : " Jejakilah jalan lurus ( istiqamah ) walaupun kamu tidak akan mampu sepenuhnya. Ketahuilah sebaik-baik amal kamu adalah solat dan tidak mampu memelihara untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu' melainkan mu'min. "

Demikian solat berperanan besar mendekatkan pertalian hamba dengan tuhannya. Justeru solat adalah sebaik-sebaik amal bakti dan seterusnya menjadi aktiviti yang paling diredhai Allah terhadap hambanya di bumi. Sekali lagi kita mendapat bantuan dari kerja solat untuk meraih kasih Allah yang menjadikan kehidupan kita bernaung di bawah teduhan rahmah dan inayahNya.


[1] رواه البخاري ومسلم

[2] رواه أحمد وابن ماجه والدارمي وابن حبان

Tiada ulasan:

Catat Ulasan