Jumaat, 8 Januari 2010

Mendapat Bantuan Dari Solat .. ( 1 )


Antara kelebihan terbesar solat adalah peranannya yang membantu manusia untuk mencapai kepentingan dirinya samada dalam urusan duniawi atau akhirat.

وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ [1]

Bermaksud: " Minta bantuanlah dengan sabar dan bersembahyang " .

Panduan ini sangat berguna dalam hidup manusia. Kelemahan adalah sifat semulajadi manusia. Mendapatkan pertolongan dan memohon bantuan adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Maka sembahyang adalah ruang yang terbuka luas untuk manusia mendapat pertolongan yang sentiasa diperlukan itu.

Bantuan untuk kepentingan akhirat ..

Untuk kepentingan akhirat, sembahyang sangat berkesan membantu mencapainya. Sesiapa yang memelihara sembahyang, keinginannya untuk melakukan kebaikan, kekuatannya untuk mentaati perintah Allah sentiasa berada di puncaknya. Segala amal soleh dilakukannya dengan penuh iman dan keyakinan.

Kepuasannya adalah untuk berkebajikan dan kebaktian. Hidupnya sentiasa dalam suasana iman atau lebih tepatnya iman di dalam dirinya yang sentiasa hidup. Sabda Rasulullulah saw :

وقال r «إذا رأيتم الرجل يعتاد المسجد فاشهدوا له بالإيمان، فإن الله يقول: إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر [2].

Maksudnya : Apabila engkau melihat seseorang itu mebiasakan diri dengan masjid, maka jadilah saksi bahawa dia seorang yang beriman. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ".

Maka solat adalah bukti hati yang makmur dengan kejujuran iman sementara mengabaikannya adalah ciri nifaq dan kufur. Menjaga solat lima waktu bermakna menghidupkan suasana iman dalam kehidupan peribadi dan umat. Dengan sendirinya juga hidup sentiasa bersih dan suci dari kotoran dosa dan karat maksiat yang sentiasa menjadi penyumbang kepada iman yang pudar dan akhir menjadi lemah dan kurang upaya.

Firman Allah swt :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ [3]

" Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Perbuatan keji dan mungkar inilah yang menjadi paksi kejahatan dalam hidup manusia. Jika manusia mampu membebaskan diri darinya maka dia adalah golangan baik yang terpilih. Solat menjadi anak kunci kebaikan dan penutup pintu kejahatan. Ia adalah pemandu kepada amal soleh dan pemelihara dari kerja jahat dan maksiat.

Tidak terhenti setakat itu, solat menjamin penghapusan dosa dan menyahkan segala karat-karat kesalahan hamba dengan tuhannya. Akhirnya manusia mejadi segar, bersih suci dan menjalani kehidupan sihat yang sebenarnya.

Sabda Rasulullah saw :

مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرٍ جَارٍ غمر عَلىَ بَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ قَالَ قَالَ الحَسَنُ وَمَا يُبْقِيْ ذَلِكَ مِنْ الدَّرْنِ [4]

Bermaksud : " Perumpamaan sembahyang lima waktu seperti sungai yang mengalir di hadapan pintu rumah seseorang di kalangan kamu. Dia mandi darinya setiap hari liama kali sehari. "

Al Hasan berkata : " Tidak tertinggal sebarang daki lagi "

لا يتوضأ رجل مسلم فيحسن الوضوء فيصلي صلاة إلا غفر الله له ما بينه وبين الصلاة التي تليها [5]

" Tiadaklah seorang muslim itu berwudhu' lalu dia memperelokkan wudhu'nya. Kemudian dia sembahyang satu sembahyang melainkan Allah ampunkan untuknya kesalahan yang berlaku antara sembahyang itu dan sembahyang seterusnya. " .

bersambung …والله المستعان


[1]سورة البقرة آية 45 و153.

[2] رواه الترمذي وقال حديث حسن.

[3] سورة العنكبوت : 45

[4] رواه مسلم .

[5] رواه مسلم .

2 ulasan:

  1. ape komen ustaz ttg solat hajat? kemudian dilakukan secara berjemaah. arju rokyak,,,syukran.

    BalasPadam
  2. tak boleh tanya lagi la pak yeop . Belum habis cerita .. bersambung tu.

    BalasPadam