Solat urusan terpenting selepas tauhid, pembuktian pertama kepada iman, wahyu pertama untuk nabi-nabi as selepas wahyu ubudiyyah dan keperibadian utama Nabi kita Muhammad saw.
1. Solat terpenting selepas tauhid dalam semua syariat.
Allah berfirman;
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ . سورة البينة : 5
[5] Pada hal mereka ( ahli kitab terdahulu ) tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Demikian itulah agama yang benar.
Demikian kedudukan solat yang tidak pernah terubah dengan berubahnya syariat mana-mana nabi dan umat. Allah swt menamakannya sebagai syariat pengiring kepada tauhid dan ubudiyyah.
Ini dijelaskan lagi dengan hadith yang diriwayatkan dari al Harith al Ashaari, sabda Rasulullah saw:
إِنَّ اللَّهَ أَمَرَ يَحْيَى بْنَ زَكَرِيَّا بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ أَنْ يَعْمَلَ بِهَا ، وَيَأْمُرَ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، أَنْ يَعْمَلُوا بِهَا ، وَإِنَّهُ كَادَ أَنْ يُبْطِئَ بِهَا ، فَقَالَ عِيسَى : إِنَّ اللَّهَ أَمَرَكَ بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ لِتَعْمَلَ بِهَا وَتَأْمُرَ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، أَنْ يَعْمَلُوا بِهَا ، فَإِمَّا أَنْ تَأْمُرَهُمْ وَإِمَّا أَنْ آمُرَهُمْ ، فَقَالَ يَحْيَى : أَخْشَى إِنْ سَبَقْتَنِي بِهَا أَنْ يُخْسَفَ بِي أَوْ أُعَذَّبَ ، فَجَمَعَ النَّاسَ فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَامْتَلَأَ الْمَسْجِدُ وَقَعَدُوا عَلَى الشُّرَفِ ، فَقَالَ : إِنَّ اللَّهَ أَمَرَنِي بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ أَنْ أَعْمَلَ بِهِنَّ وَآمُرَكُمْ أَنْ تَعْمَلُوا بِهِنَّ ، أَوَّلُهُنَّ : أَنْ تَعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ، وَإِنَّ مَثَلَ مَنْ أَشْرَكَ بِاللَّهِ كَمَثَلِ رَجُلٍ اشْتَرَى عَبْدًا مِنْ خَالِصِ مَالِهِ بِذَهَبٍ أَوْ وَرِقٍ ، فَقَالَ : هَذِهِ دَارِي ، وَهَذَا عَمَلِي فَاعْمَلْ وَأَدِّ إِلَيَّ ، فَكَانَ يَعْمَلُ وَيُؤَدِّي إِلَى غَيْرِ سَيِّدِهِ ، فَأَيُّكُمْ يَرْضَى أَنْ يَكُونَ عَبْدُهُ كَذَلِكَ ، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ فَإِذَا صَلَّيْتُمْ فَلَا تَلْتَفِتُوا ، فَإِنَّ اللَّهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ .
"Allah saw perintahkah Yahya bin Zakariyya as lima perkara supaya dia beramal dan dia perintahkan Bani Israel untuk mengamalkannya. Yahya as terlewat sedikit menyampaikannya.
Lalu Isa as berkata: Allah perintahkan kamu lima perkara supaya engkau mengamalkannya dan engkau perintahkannya Bani Israel untuk mengamalkannya. Samada engkau yang perintahkannya atau aku yang perintahkannya. Yahya berkata: Aku takut jika engkau mendahului maka aku akan dihukum atau diazab.
Maka dia himpunkan orang ramai di Baitil Maqdis sehingga penuh masjid dan mereka terpaksa duduk di serambi. Yahya berkhutbah: Sesungguhnya Allah swt telah perintahkan aku lima perkara supaya aku lakukannya dan supaya aku perintahkan kamu pula melakukannya.
Pertamanya hendaklah kamu perhambakan diri kepada Allah swt dan jangan syirikkannya sesiapapun. Sesungguhnya perumpamaan seseorang yang mensyirikkan tuhannya seperti seorang lelaki yang membeli seorang hamba dengan emas atau perak dari hartanya sepenuhnya. Kemudian dia berkata: Inilah rumahku dan ini pula kerjaku. Engkau berkerjalah dan tunaikan ( hasilnya ) kepadaku. Tiba-tiba hamba itu berkerja dan menunaikan ( hasilnya ) kepada orang lain dari tuannya. Siapalah di antara kamu yang suka hambanya menjadi sedemikian rupa.
Maka Allah swt perintahkan kamu supaya bersembahyang. Apabila kamu bersembahyang maka janganlah kamu berpaling-paling. Lantaran Allah menegakkan wajahnya ke wajah hambanya di dalam solatnya selama mana dia belum berpaling .
Hadith riwayat at Turmuzi (2863): Hasan Gharib, Ibnu Khuzaimah (1895) Ibn Hibban dan al Hakim ( Mawarid az Zam'aan-1550 ). al Albani: Sahih al Isnad ( Sahih al Jami' as Shaghir-1720).
2. Solat petanda taubat dari kekufuran.
Firman Allah;
فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّمَرْصَدٍ ۚ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [surah at taubah: 5]
Ayat ini menjadikan solat sebagai bukti taubatnya si kafir harbi dalam peperangan. Maka terpeliharalah darah dan diterimalah taubat mereka. Mereka ketika itu adalah saudara seislam yang wajib dipertahankan sebagaimana ayat selepasnya menyebut;
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّين
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama. [surah attaubah: 11]
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ ، عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ ، إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ .
Dari Ibn Umar ra, bahawa RAsulullah saw bersabda: Aku diperintahkan memerangi manusia sehinggalah mereka saksikan bahawa tiada tuhan yang yang disembah melainkan Allah, Muhammad pula Rasulullah. Mereka melaksanakan solat dan menyerah zakat. Apabila mereka lalukan demikian, terpeliharalah mereka dari ku darah dan harta mereka kecuali dengan kebenaran Islam. Perhintungan mereka terpulang kepada Allah.
HR al Bukhari dan muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan