Nabi r sangat sayang kepada umatnya. Maka tidak pernah baginda saw diberi pilihan di antara dua perkara kecuali memilih yang termudah di antara keduanya, untuk memberikan kemudahan kepada umat dan ingin menghilangkan kesusahan darinya. Sebab itulah Nabi r bersabda:
إِنَّ اللهَ لَمْ يَبْعَثْنِي مُعَنِّتا وَلَا مُتَعَنِّتًا, وَلَكِنْ بَعَثَنِي مُعَلِّمًا مُيَسِّرًا" [رواه مسلم].
"Sesungguhnya Allah I tidak mengangkat aku sebagai seorang yang memaksakan kehendak dan tidak pula keras kepala, tetapi Dia I mengutusku sebagai guru yang suka memberikan kemudahan." (HR. Muslim).
Dan baginda saw bersabda:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ, وَيُعْطِي عَلَيْهِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ" [رَواهُ أَبُوداودَ وصحَّحَه الألبانيُّ].
"Sesungguhnya Allah I Yang Maha Lembut menyukai kelembutan dan memberikan kerana sikap lembut sesuatu yang tidak diberikan-Nya kepada kekerasan." HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh syaikh al-Albani.
Dan baginda saw r bersabda:
مَا كَانَ الرِّفْقُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ، وَمَا نُزِّعَ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانه" [رَواهُ مسْلِم].
"Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menghiasinya dan tidak dicabut sifat berlembut ini dari sesuatu kecuali ia mencemarinya."HR. Muslim.
Dan Allah I menggambarkan Nabi-Nya r dengan sifat kasih sayang, Dia I berfirman:
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ [التَّوبة: 128].
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min. (QS. at-Taubah:128)
Di antara kasih sayang Nabi r kepada umatnya, kisah seorang lelaki datang kepada Nabi r, dia berkata: " Aku binasa, wahai Rasulullah r." Baginda saw r bertanya: " Apakah yang telah membinasakan engkau?" Dia menjawab: " Aku menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan." Baginda saw r bertanya lagi: " Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memerdekakan budak? " Dia menjawab: "Tidak." Baginda saw bertanya lagi, 'Apakah engkau mampu puasa dua bulan berturut-turut? Dia menjawab: " Tidak." Baginda saw bertanya lagi: " Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memberi makan enam puluh (60) orang miskin? Dia menjawab: "Tidak." (Perawi) berkata, 'Kemudian dia duduk, lalu Nabi r diberikan satu karung yang berisi kurma. Maka baginda saw r bersabda, "Bersedekahlah dengan ini." Laki-laki itu bertanya: "Apakah kepada orang yang lebih miskin dari pada kami? Tidak ada di antara dua bukit batu ini (maksudnya kota Madinah) satu keluarga yang lebih memerlukannya dari pada kami." Maka Nabi r tertawa sehingga nampak giginya. Kemudian baginda saw bersabda: " Pergilah beri makan kepada keluargamu." (muttafaqun 'alaih).
Perhatikanlah kasih sayang Nabi r kepada lelaki yang bersalah ini, yang bersetubuh dengan isterinya di bulan Ramadhan. Sesungguhnya Nabi r bersikap lembut kepadanya dan memperturunkan dari hukuman yang berat kepada yang lebih ringan. Hingga akhirnya baginda saw yang memberikan sesuatu untuk menebus kesalahannya. Bahkan dia r mengizinkan untuknya mengambil pemberian ini dan memberi makan kepada keluarganya, kerana melihat kemiskinannya. Alangkan agungnya kasih sayang nabawi ini, alangkah indahnya kelembutan Nabi Muhammad r.
Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata: 'Ketika aku solat bersama Rasulullah r, tiba-tiba seorang laki-laki bersin. Maka aku berkata: 'Yarhamukallah (semoga Allah I memberi rahmat kepadamu).' Maka semua orang berpaling melihat aku. Aku berkata, "Kenapa kamu memandang saya? Maka mereka memukul tangan ke paha mereka. maka tatkala aku melihat mereka menyuruhku diam, aku pun diam. Maka tatkala Nabi r selesai solat, aku tidak pernah melihat sebelum dan sesudahnya seorang guru yang lebih baik pendidikan darinya r. Demi Allah, dia r tidak menggertak dan tidak pula memukulku. Baginda saw bersabda:
إِنَّ هذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيْهَا شَيْئٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ, وَإِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيْحُ وَالتَّكْبِيْرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
"Sesungguhnya solat ini tidak patut padanya sesuatu dari pembicaraan manusia. Sesungguhnya ia adalah tasbih, takbir dan membaca al-Qur`an." (HR. Muslim).
An-Nawawi rahimahullah berkata, 'Dalam hadith tersebut mengandungi keagungan akhlak Rasulullah r yang Allah I bersaksi baginya, kelembutannya kepada orang jahil dan kasih sayangnya kepadanya. Difahami dari hadith ini supaya berakhlak dengan akhlak Nabi r dalam sikap lemah lembutnya kepada orang jahil, pengajarannya yang baik, menyantuni dan mendekatkan kebenaran kepada pemahamannya."
Di antara kelembutan dan kasih sayang Nabi r kepada umatnya, bahwa baginda saw r melarang menyambung puasa kerana bimbang diwajibkan kepada manusia.
Di antara kelembutan Nabi r kepada umatnya, bahwa dia r melaksanakan solat di malam bulan Ramadhan di masjid selama tiga malam atau lebih, hingga berkumpul di belakangnya jemaah yang banyak. kemudian baginda r tidak keluar kepada orang ramai setelah itu kerana bimbang solat ini diwajibkan kepada manusia.
Di antara bukti kasih Nabi r kepada umatnya, bahwa baginda saw r dan sahabatnya masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba ada tali yang diikat di antara dua tiang. Baginda saw bertanya, 'Tali apa ini.' Mereka menjawab, 'Ini adalah tali Zainab, apabila dia merasa letih,dia bergantung dengannya.' Nabi r bersabda:
حُلُّوهُ، لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ، فَإِذَا فَتَرَ، فَلْيَقْعُدْ" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ]
'leraikan ikatan tali ini, seseorang darimu hendaklah solat sekadar kemampuannya. Apabila dia merasa letih hendaklah dia duduk." (Muttafaqun 'alaih).
Subhanallah... Begitu tinggi nilai kasih sayang Raslullah SAW kepada umatnya...
BalasPadamJadi ikut lah Rasullullah.......Beliaulah model ikutan kite...........perlu yakin........kenape kite tak ikut.......X caye ke........saye ambik satu contoh.kesihatan org sekrang.penyakit pelbagai.....macam 2 produk beli.........prabih duit.........kan nabi ade pesan cara makan dan apa yang sepatutnya kita amalkan..............takde rahsia......tak kena cukai pun...........murah lagi................semoge Allah beri kite petunjuk
BalasPadam