Selasa, 2 Mac 2010

Keberanian Nabi SAW


Nabi r adalah manusia paling berani. Ini terbukti saat baginda saw berdiri sendirian menghadapi kekuatan kufur, mengajak kepada tauhid dan ikhlas dalam ibadah. Maka orang kafir menentangnya, memeranginya dari satu panahan, menyakitinya, berkonspirasi untuk membunuhnya, namun semua itu tidak membuatnya gentar dan tidak mengendurkan semangatnya. Sebaliknya menambah semangatnya dalam berdakwah dan berpegang teguh dengan kebenaran yang dipegangnya. Baginda saw bersabda dengan tegas, memberikan tentangan kepada orang-orang zalim di muka bumi:

وَاللهِ لَوْ وَضَعُوا الشَّمْسَ فِي يَمِينِي وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ مَا تَرَكْتُهُ, حَتَّى يُظْهِرَهُ اللهُ، أَوْ أَهْلِكَ دُونَهُ".

"Demi Allah, jikalau mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah I memenangkannya atau aku binasa kerananya."

Dari Anas bin Malik t, dia berkata: " Rasulullah r adalah manusia terbaik, manusia paling pemurah, manusia paling berani. Pada suatu malam, orang ramai merasa terkejut kerana mendengar satu suara tinggi. Maka orang-orang menuju ke arah tempat datangnya suara itu. Namun Rasulullah r ditemui menuju pulang dan dia r telah mendahului mereka ke arah tempat datangnya suara. Baginda r berada di atas kuda Abu Thalhah dan di lehernya ada pedang, dan baginda r bersabda: " Jangan takut, jangan takut."

An-Nawawi rahimahullah berkata: " Dalam hadith ini ada beberapa faedah: di antaranya, keberanian Nabi r kerana segeranya keluar menuju musuh dan mendahului semua orang, di mana baginda mencari berita dan kembali sebelum sampainya manusia lain.

Dari Jabir t, ia berkata, " Di perang Khandaq (parit) sedang kami menggali parit, tiba-tiba ada batu besar yang sangat keras. Mereka datang kepada Nabi r sambil berkata, " Ini ada batu besar yang menghalangi di parit." Nabi r bersabda: " Aku turun." Kemudian baginda berdiri, sedangkan perutnya diikat dengan batu, dan kami sudah tiga hari tidak merasakan makanan. Maka Rasulullah r mengambil cangkul, memukul batu besar, tiba-tiba batu itu hancur berkeping-keping. (HR. al-Bukhari).

Maksudnya, batu besar yang para sahabat tidak mampu memecahkannya ini, berubah menjadi kerikil kecil yang berhamburan kerana kerasnya pukulan Nabi r. Ini bukti menunjukkan kekuatan Nabi r.

Sesungguhnya Nabi r memiliki keberanian, keteguhan, ketegaran menghadapi huru hara walau seberat mana pun. Baginda di tempat tertinggi dalam hal ini yang tidak ada seorangpun yang menyerupainya.

Kerana inilah, Nabi r terlibat langsung dalam beberapa peperangan di setiap kehidupan jihadnya. Tidak pernah sekali pun baginda r ingin mundur dari tempat itu barang sejengkal pun. Posisi yang membuat baginda r selalu menjadi pusat perhatian di antara para sahabatnya. Inilah yang menjadikan baginda saw pemimpin yang ditaati, yang kecil dan besar segera mengikuti isyaratnya. Bukan kerana baginda seorang utusan Allah r sahaja, bahkan tatkala mereka melihat keberanian baginda r dibandingkan diri mereka, tidak ada apa-apanya. Padahal di antara mereka ada para pahlawan yang keberanian mereka dijadikan perumpamaan dalam hal keberanian dan ketangkasan.

Dalam hal ini, Ali bin Abu Thalib t berkata: " kami dahulunya ( di zaman Nabi saw ) , apabila peperangan telah menjadi sengit, dua kumpulan tentera bertembung, kami berlindung dengan Rasulullah r, maka tidak ada seorang pun dari kami yang lebih dekat kepada musuh dari pada baginda.' HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

Ali t juga berkata: " Sungguh kami melihat diri kami di perang Badar sedang kami berlindung dengan Nabi r, baginda r adalah yang paling dekat kepada musuh di antara kami. Baginda r adalah manusia paling kuat.' HR. Ahmad.

Dalam perang Uhud, Ubai bin Khalaf maju meluru di atas kudanya ingin membunuh Rasulullah r dan berkata: " Wahai Muhammad, aku tidak selamat jika engkau selamat." Orang ramai berkata : " Ya Rasulullah, bolehlah salah seorang dari kami menyerang dia? " Rasulullah r bersabda: " Biarkanlah dia." Maka tatkala dia sudah dekat, Rasulullah r mengambil pedang dari al-Harits bin ash-Shammah. Baginda menghayungnya ketika para sahabat sudah pecah bertempiaran. Kemudian Rasulullah r menghadapinya, lalu menusuknya di lehernya satu tusukan yang membuatkannya terpelanting jatuh dari kudanya. Lalu dia kembali kepada kaum Quraisy seraya berkata: " Muhammad telah membunuhku." Mereka berkata. " Tidak apa-apa." Dia berkata: " Jikalau dia berhadapan dengan semua manusia, nescaya dia mampu membunuh mereka. Bukankah dia telah berkata: "Aku akan membunuhmu, demi Allah". Jikalau dia meludahiku nescaya dia akan membunuhku." Akhirnya dia meninggal di perjalanan pulangnya.'[1]

Dalam perang Hunain, kaum muslimin bertempiaran lari ketika diserang hendap oleh kaum Hawazin dengan panah sedang Nabi r tetap teguh menghadapi musuh sambil bersabda:

أَنَـا النَّبِيُّ لَا كَـذِبْ أَنَــا ابْـنُ عَبْـدِ المطَّلِبْ

Aku adalah nabi yang tidak bohong. Aku adalah keturunan Abdul Muthalib [2]

Ya Allah, berilah rahmat dan kesejahteraan kepada nabi kami, kekasih kami Muhammad r, kumpulkanlah kami dengannya di negeri kemuliaan, berilah kami minuman dari tangannya yang mulia, minuman yang enak, tidak pernah haus lagi untuk selamanya.


[1] Sirah Nabawi, Ibnu Hisyam 3/174.

[2] Akhlak Nabi r dalam al-Qur`an dan as-Sunnah (3/1341)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan