Sabtu, 1 Oktober 2011

Amalan-Amalan Berpahala Seperti Solat Malam

"Qiyamul lail" (solat malam) mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah -azzawajalla-. Ia adalah solat yang paling utama setelah solat "fardu" (wajib). Keistimewaannya tidak hanya menghapus dosa, tetapi juga mencegah pengamalnya terjatuh ke dalam dosa. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili -radiallahu'anhu- dari Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bahwa beliau bersabda,

[عليكم بقيام الليل، فإنه دأب الصالحين قبلكم، وقربة إلى ربكم، ومكفرة للسيئات، ومنهاة للإثم]

رواه الترمذي وابن خزيمة والحاكم وصححه الألباني

“Hendaklah kamu melaksanakan solat malam, kerana solat malam adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, pendekat kepada Tuhan kamu, penghapus kejelekan dan pencegah berbuatan dosa.”[1]

Dahulu para Salafusshalih -rahimahumullah- tidak melalaikan solat malam. Ketika Thâwus Ibn Kaisân[2]rahimahullah - hendak menemui seseorang menjelang subuh, dikatakan kepadanya bahawa orang itu masih tidur. Thâwus berkata, “Aku tidak menyangka bahwa ada orang yang tidur menjelang subuh.[3]

Sesungguhnya di antara rahmat Allah -azzawajalla- kepada hamba-hamba-Nya, Dia berikan kepada kita amalan-amalan mudah yang pahalanya menyamai pahala solat malam. Siapa yang luput melakukan solat malam atau lemah melaksanakannya, janganlah melewatkan amalan-amalan tersebut agar berat timbangan amalnya. Ini bukanlah ajakan untuk meninggalkan solat malam, "Salafusshalih" -rahimahumullah- (generasi terdahulu kita) tidak memahami seperti itu, mereka giat dalam setiap medan kebaikan.

Nabi -shalallahu alaihi wasallam- telah menunjukkan kepada para sahabatnya yang mulia beberapa amalan-amalan mudah bagi siapa yang tidak dapat memaksa dirinya melakukan solat malam. Motivasi dari Nabi -shalallahu alaihi wasallam- agar berbuat banyak kebaikan sehingga banyak pula pahala kebaikannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili -radiallahu'anhu-, katanya, "Rasul -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ من هاله الليل أن يكابده أو بخل بالمال أن ينفقه أو جبن عن العدو أن يقاتله فليكثر من سبحان الله وبحمده فإنها أحب إلى الله من جبل ذهب ينفقه في سبيل الله عز وجل ] رواه الطبراني في الكبير (7795)، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: صحيح لغيره (1541).

“Siapa yang dicegah oleh istirahat malamnya untuk melakukan ibadah atau kebakhilannya terhadap harta untuk berinfak atau ketakutannya kepada musuh untuk memeranginya, hendaknya memperbanyak mengucap: "subhanallah wa bi hamdihi" (Maha Suci Allah dan dengan segala pujian milik-Nya). Kerana yang demikian itu lebih disukai oleh Allah dari gunung emas yang diinfakkan di jalan-Nya -azzawajalla-.” [4]

Hadis-hadis yang dipaparkan ini sebetulnya adalah amal-amal yang pahalanya seperti pahala solat malam. Rasul kita saw menunjukkannya kepada kita untuk menambah kebaikan-kebaikan kita dan memberatkan timbangan kita. Marilah kita amalkan. Di antara yang terpenting:

1. Melaksanakan solat Isya dan Fajar berjamaah.

Utsman ibn ‘Affan -radiallahu'anhu- berkata, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ ] رواه الإمام مالك (371) ، وأحمد الفتح الرباني- (5/168) ، ومسلم (656) ، والترمذي (221) ، وأبو داود واللفظ له (555) ، والدارمي (1224) .

'Siapa yang solat Isya berjamaah maka seperti solat setengah malam dan siapa yang solat Isya dan Fajar berjamaah maka seperti solat semalam suntuk.”[5]

2. Melaksanakan solat empat rakaat sebelum solat Zuhur.

Dari Abi Shalih -rahimahullah-[6] bahwa Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ يَعْدِلْنَ بِصَلاَةِ السَّحَرِ ] رواه ابن أبي شيبة في مصنفه (5940) ، وحسنه الألباني في السلسلة الصحيحة (1431) .

“Empat rakaat sebelum Zuhur menyamai solat menjelang subuh.”[7]

Di antara keistimewaan empat rakaat ini dibukakan pintu-pintu langit, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari -radiallahu'anhu- bahwa Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ أربع قبل الظهر تفتح لهن أبواب السماء ] رواه أبو داود (3128) ، والترمذي في الشمائل ، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: حسن لغيره (585)

“Solat empat rakaat sebelum Zuhur dibukakan dengannya pintu-pintu langit.”[8]

Kerananya Nabi -shalallahu alaihi wasallam- konsisten melaksanakannya. Jika terluput kerana ada kepentingan yang tiba-tiba, beliau menggantinya dengan dilaksanakan setelah solat fardu, tidak meninggalkannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah -radiallahu'anha-, beliau berkata:

“Dahulu Nabi -shalallahu alaihi wasallam- jika belum melaksanakan solat empat rakaat sebelum Zuhur beliau laksanakan setelahnya.”[9]

Dalam riwayat lain ‘Aisyah berkata,

“Dahulu jika Nabi terluput melaksanakan empat rakaat sebelum Zuhur beliau laksanakan setelah Zuhur.”[10]

Abu ‘Isa at-Tirmidzi –rahimahullah- berkata,

Hadis (di atas) menunjukkan disyariatkannya menjaga pelaksanaan solat-solat sunnah sebelum fardu. Waktunya lapang sampai berakhir waktu solat fardu. Yang demikian kerana, jika waktunya usai bersama usainya pelaksanaan solat fardu tentu pelaksanaan setelahnya menjadi "qadha" (pengganti) sehingga mestinya dilakukan sebelum solat sunnah bakda Zuhur. Namun dari Hadis yang ini, jelas bahawa beliau melaksanakannya setelah solat sunnah dua rakaat selepas Zuhur. Pengertian yang seperti itu disebutkan oleh al-'Irâqi dan mengatakan, 'Inilah yang benar menurut Madzhab Syafi'iah.[11]

3. Melaksanakan solat tarawih bersama imam sampai selesai.

Abu Dzar al-Ghifari -radiallahu'anhu- berkata,

"Kami berpuasa bersama Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- pada bulan Ramadhan. Beliau tidak solat malam bersama kami hingga tersisa tujuh hari. Waktu itu beliau solat bersama kami sampai sepertiga malam. Pada sisa hari yang ke enam beliau tidak solat bersama kami. Pada sisa hari yang ke lima beliau solat bersama kami sampai tengah malam. Aku pun bertanya,

“Wahai Rasulullah, sudilah kiranya mengimami kami solat semalam penuh!”

Rasul bersabda:

[ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (5/11) ، وأبو داود واللفظ له (1375) ، والترمذي (806) ، والنسائي (1364) ، وابن ماجه (1327) ، وصححه الألباني في صحيح الجامع (1615) .

'Sesungguhnya seorang yang solat (tarawih) bersama imam sampai selesai dicatat baginya pahala solat semalam suntuk.” [12]

Ini merupakan keistimewaan bulan Ramadhan dari bulan-bulan lain. Mengenai hal ini Nabi -shalallahu alaihi wasallam- telah bersabda,

[ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (9/220) ، والبخاري (37) ، ومسلم (759) ، والترمذي (808) ، والنسائي (1602) ، وأبو داود (1371) .

“Siapa yang menegakkan solat malam pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan berharap pahala, diampuni baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”[13]

Demikian juga halnya dengan Lailatul Qadr. Mendirikan solat pada malam itu keutamaannya seperti solat seribu bulan, sebagaimana firman Allah -azzawajalla-,

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari pada seribu bulan.”(QS.al-Qodr:3)

4. Membaca seratus ayat al-Quran pada malam hari

Tamim ad-Dari berkata, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ قَرَأَ بِمِئَةِ آيَةٍ فِي لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ ] رواه الإمام أحمد واللفظ له الفتح الرباني- (18/11) ، والدارمي (3450) وصححه الألباني في صحيح الجامع (6468)

'Barang siapa membaca seratus ayat al-Quran pada malam hari dicatat baginya "qunut" (berdoa) malam suntuk.”[14]

Jika terlewatkan membacanya pada malam hari, gantilah pada waktu antara solat fajar sampai solat Zuhur. Sebagaimana yang diriwayatkan Umar ibn Khattab -radiallahu'anhu-, katanya, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda:

[ مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاةِ الْفَجْرِ وَصَلاةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (18/29) ، ومسلم واللفظ له (747) ، والترمذي (581) ، والنسائي (1790) ، وأبو داود (1313) ، وابن ماجه (1343) ، والدارمي (1477).

“Siapa yang tertidur dari "hizb"nya (membaca zikir, doa dan al-Quran) pada suatu malam atau sesuatu darinya, hendaknya dibaca setelah solat Fajar dan Zuhur. Dicatatkan baginya seperti membaca pada malam hari.” [15]

Al Mubarakfuri -rahimahullah- berkata berkaitan dengan Hadis Umar ibn Khattab -radiallahu'anhu- ini:

"Hadis tersebut menunjukkan disyari’atkannya membaca wirid pada malam hari dan disyari’atkan menggantinya jika terlewatkan kerana tertidur atau berbagai halangan. Barang siapa mengerjakannya di antara solat Fajar sampai solat Zuhur maka seperti yang mengerjakannya pada malam hari. Dari 'Aisyah dalam riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan selain keduanya bahwa jika Nabi -shalallahu alaihi wasallam- terluput melaksanakan solat malam kerana tertidur atau sakit, beliau menggantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat."[16]

Semoga Hadis ini mendorong kita selalu membaca wirid harian khususnya dari al Quran pada malam hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat pada malam hari agar tidak tercatat sebagai orang yang lalai.

Telah diriwayatkan dari ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Ash -radiallahu'anhuma- katanya, "Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ من قام بعشر آيات لم يُكتب من الغافلين ومن قام بمئة آية كُتب من القانتين ومن قام بألف آية كُتب من المقنطرين ]

رواه أبو داود اللفظ له (1398) ، وابن حبان (2572) ، وابن خزيمة (1144) ، والدارمي (3444) ، والحاكم (2041) ، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: حسن صحيح (639)

“Siapa yang membaca sepuluh ayat al-Quran tidak dicatat sebagai orang yang lalai. Siapa yang membaca seratus ayat dicatat sebagai orang yang taat dan siapa yang membaca seribu ayat dicatat sebagai almuqantarin[17].” [18]

5. Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah pada malam hari.

Abi Mas’ud -radiallahu'anhu- berkata, "Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (18/99) ، والبخاري واللفظ له (5010) ، ومسلم (807) ، والترمذي (2881) ، وأبو داود (1397) ، وابن ماجه (1369) ، والدارمي (1487).

“Barang siapa membaca dua ayat akhir surat al-Baqarah pada malam hari maka keduanya telah mencukupkannya.” [19]

An-Nawawi -rahimahullah- berkata,

"Ada yang mengatakan bahwa makna Hadis: mencukupkannya dari 'qiyamul lail’ (melakukan solat malam)’. ada juga yang mengatakan, perlindungan dari gangguan syaitan. Yang lain mengatakan, melindunginya dari keburukan". Semua makna ini berkemungkinan betul.[20]

Ibnu Hajar -rahimahullah- menguatkan pendapat ini dengan mengatakan: "Atas dasar inilah aku katakan, 'Boleh memaksudkan semua makna yang telah disebutkan tadi –wallahu a’lam-.

Makna pertama dengan jelas disebutkan dari jalan periwayatan ‘Ashim dari ‘Alqamah dari Abi Mas’ud secara tersambung:

[ مَنْ قَرَأَ خَاتِمَة الْبَقَرَة أَجْزَأَتْ عَنْهُ قِيَام لَيْلَة ] فتح الباري بشرح صحيح البخاري لابن حجر العسقلاني (8/673 ح 5010)

“Siapa yang membaca ayat penutup surat al-Baqarah, sudah cukup menggantikan 'qiyamul lail' (solat malam).” [21]

Membaca dua ayat tersebut merupakan sesuatu yang mudah sekali, kerana kebanyakan orang menghafalnya –segala puji bagi Allah-.



[1] HR. aT-Tirmidzi no.3549, ibnu Khuzaimah no.1135, al-Hakim no.1156 dan al-Albani berkata dalam Shahih at-Targib wa at-Tarhib: hasan li gairihi.

[2] Seorang ulama al-Quran dari generasi tabi’in.

[3] Lihat kitab Hilyatul Auliya wa Thabaqotul Ashfia` oleh Abu Nu’aim IV/6.

[4] HR. at-Thabarani dalam al-Kabir (7795) al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: shahih li ghairihi

[5] HR. al-Imam Malik no.371, Ahmad al-Fathu ar-Rabani IV/168, Muslim no.656, at-Tirmidzi no.221, Abu Daud dan lafadznya no.555 dan ad-Darimi no.1224.

[6] Hadits ini marfu' mursal.

[7] HR.Ibnu Abi Saibah dalam Mushannafah no.5940 al-Albani menghasankannya dalam as-Silsilah as-Shahihah no.1431.

[8] HR. Abu Daud no.3128, at-Tirmidzi dalam asy-Syamail, al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: hasan li ghairihi no.585

[9] HR.at-Tirmidzi no.426, al-Albani menghasankannya dalam Shahih at-Tirmidzi no.350

[10] HR. al-Baihaqi, al-Albani menghasankannya dalam Shahih al-Jami’ (426)

[11] Jami' at-Tirmidzi oleh Ibnu 'Isa at-Tirmidzi.

[12] HR. al-Imam Ahmad, lihat al-Fathu ar-Rabbani IV/11. Abu Dawud dan ini lafadznya no.1375. At-Tirmidzi no.806. An-Nasai no.1364. Ibnu Maajah no.1327. Disahihkan oelh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ no.1615.

[13] HR. al-Imam Ahmad al-Fathu ar-Rabbani IX/220. Al-Bukhari no.37. Muslim no.759. At-Tirmidzi no.808. An-Nasai no.1602. dan Abu Dawud no.1371.

[14] HR. Ahmad dan ini lafadznya. Lihat al-Fathu ar-Rabbani XVII/11. Ad-Darimi no.3450 dan al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’ no.6468.

[15] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- XVIII/29, Muslim dan ini lafadznya no.747, at-Tirmidzi no.581, an-Nasai no.1790, Abu Dawud no.1313, Ibnu Majah no.1343 dan ad-Darimi no.1477.

[16] Tuhfah al-Ahwadzi Syarh Jami’ at-Tirmidzi karya al-Mubarakfuri III/185 no.581.

[17] Yang memiliki segunung kebaikan.

[18] HR. Abu Dawud dan ini lafadznya no.1398, Ibnu Hibban no.2572, Ibnu Khuzaimah no.1144, ad-Darimi no.3444, al-Hakim no.2041 dan al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: hasan shahih no.639.

[19] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu Rabbani- XVIII/99, al-Bukhari dan ini lafadznya no.5010, Muslim no.807, at-Tirmidzi no.2881, Abu Dawud no.1397, Ibnu Majah no.1369 dan ad-Darimi no.1487.

[20] Shahih Muslim Syarh an-Nawawi VI/340 no.807.

[21] Fathul Bâri Syarh Shahih al-Bukhari karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani XIII/673 no.5010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan