Sabtu, 1 Oktober 2011

Amalan-Amalan Berpahala Seperti Solat Malam II

6. Akhlak yang baik.

‘Aisyah -radiallahu'anha- berkata,

"Aku mendengar Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَاتِ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ] رواه الإمام مالك (1675) ، وأحمد واللفظ له الفتح الرباني- (19/76) ، وأبو داود (4798) ، وابن حبان (480) ، والحاكم (199) ، وصححه الألباني في صحيح الجامع (1620) .

“Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlaknya yang baik akan mencapai darjat orang yang sentiasa solat di malam hari dan puasa di siang hari.” [1]

Abu Thayib Muhammad Syamsuddin Âbadi -rahimahullah- berkata,

"Orang yang berakhlak baik diberi keutamaan agung ini kerana, orang yang berpuasa dan solat malam melawan keinginan dirinya yang berat melakukannya, sedangkan orang yang melayani manusia dengan akhlak yang baik dengan keragaman tabiat dan akhlak mereka seperti melawan banyak jiwa, sehingga mendapatkan apa yang didapatkan oleh orang yang sentiasa berpuasa dan solat malam. Menjadi samalah darjatnya bahkan mungkin lebih.[2]

Sesungguhnya manusia tidaklah diberi sesuatu setelah iman yang lebih baik dari pada akhlak yang baik.

Nabi -shalallahu alaihi wasalam- memohon kepada Tuhan-Nya -azzawajalla- diberi akhlak yang baik, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir ibn Abdillah -rahimahullah- bahwa Nabi -shalallahu alaihi wasalam- jika membaca "istiftah" (bacaan pembuka solat setelah takbir) membaca:

[ إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين اللهم اهدني لأحسن الأعمال وأحسن الأخلاق لا يهدي لأحسنها إلا أنت وقني سيئ الأعمال وسيئ الأخلاق لا يقي سيئها إلا أنت ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (3/181) ، ومسلم (771) ، والترمذي (3421) ، والنسائي واللفظ له (897) ، وأبو داود (760) ، والدارمي (1238) ، وابن خزيمة (462) ، والبيهقي (2172) ، وأبو يعلى (285).

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam, tidak ada sekutu baginya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang berserah diri. Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku sebaik-baik amal dan sebaik-baik akhlak, tidak ada yang menunjukkan kepada kebaikannya kecuali Engkau, peliharalah aku dari seburuk-buruk amal dan seburuk-buruk akhlak, tidak ada yang memelihara dari keburukan kecuali Engkau.[3]

Demikian pula yang dilakukan Rasul -shalallahu alaihi wasalam- ketika melihat ke cermin sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud -radiallahu'anhu- katanya,

"Rasulullah -shalallahu alaihi wasalam- jika melihat ke cermin berdo’a:

[ اللهم كما حسنت خَلْقِي فحسن خُلُقِي ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (14/281) ، وابن حبان (959) ، وأبو يعلى (5075) ، والطيالسي واللفظ له (374) ، وصححه الألباني في صحيح الجامع (1307)

“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperbagus penciptaanku maka perbaguslah akhlakku.” [4]

Orang yang berakhlak baik adalah manusia yang paling mencintai Rasulullah -shalallahu alaihi wasalam- dan yang paling dekat majlisnya pada hari kiamat. Jabir -radiallahu'anhu- meriwayatkannya kepada kita bahwa Raasulullah -shalallahu alaihi wasalam- bersabda,

[ إن من أحبكم إلي وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة أحاسنكم أخلاقًا ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (23/13) ، والترمذي واللفظ له (2018) ، والطبراني في الكبير (10424) ، والبخاري في الأدب المفرد (272) ، وصححه الألباني في صحيح الترغيب والترهيب (2649) .

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat majlisnya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya.” [5]

Allah -azzawajalla- akan memberikan istana bagi yang berakhlak baik di surga yang paling tinggi, kerana begitu besar pahalanya, dan sebagai penghormatan baginya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili -radiallahu'anhu- bahwa Rasulullah -shalallahu alaihi wasalam- bersabda,

[ أنا زَعِيمٌ ببيت في رَبَضِ الجنة لمن ترك الْمِرَاءَ وإن كان محقا وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب وإن كان مازحا وببيت في أعلى الجنة لمن حَسَّنَ خُلُقَهُ ] رواه أبو داود واللفظ له (4800)، والبيهقي (20965)، والطبراني في الكبير (7488)، وحسنه الألباني في صحيح الجامع (1464).

"Aku adalah pemimpin pada rumah di dasar syurga bagi yang meninggalkan konflik sekalipun dia beteul, dan di pertengahan syurga bagi yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan di syurga yang paling tinggi bagi yang memperelok akhlaknya.” [6]

7. Berupaya berkhidmat kepada ibu tunggal dan orang-orang miskin.

Abu Hurairah -radiallahu'anhu- berkata, "Nabi -shalallahu alaihi wasalam- bersabda,

[ السَّاعِي عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (19/55) ، والبخاري واللفظ له (5353) ، ومسلم (2982) ، والترمذي (1969) ، والنسائي (2577) ، وابن ماجه (2140) ، وابن حبان (4245) ، والبيهقي (12444).

“Orang yang berusaha keras membantu ibu tunggal dan orang-orang miskin seperti mujahid di jalan Allah atau seperti orang yang solat 'qiyamul lail' dan puasa di siang hari.” [7]

8. Menjaga sebagian dari adab-adab Jumaat.

Aus ibn Aus ats-Tsaqafi -radiallahu'anhu- berkata,

“Aku mendengar Rasulullah -shalallahu alaihi wasalam- bersabda:

[ مَنْ غَسَّلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاغْتَسَلَ ثُمَّ بَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ وَدَنَا مِنْ الإِمَامِ فَاسْتَمَعَ وَلَمْ يَل كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ أَجْرُ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (6/51) ، والترمذي (496) ، وأبو داود واللفظ له (345) ، والنسائي (1381) ، وابن ماجه (1087) ، والدارمي (1547) ، والحاكم (1041) ، وابن خزيمة (1758) ، وصححه الألباني في صحيح الجامع (6405) .

“Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat kemudian bersegera (ke masjid) dengan berjalan kaki, tidak naik kendaraan, kemudian mendekat ke imam mendengarkan (khutbah Jumat), tidak bergurau, maka setiap satu langkahnya dihitung amal satu tahun pahala seperti pahala puasa dan solat malam” [8]

Satu langkah menuju solat Jumat bagi yang melaksanakan adab-adab yang disebutkan tidak menyamai pahala qiyamul lail satu kali, seminggu atau sebulan, akan tetapi menyamai pahala setahun penuh. perhatikanlah besarnya pahala ini.

9. “Ribât” (Menjaga perbatasan) di jalan Allah -azzawajalla- siang dan malam.

Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi -radiallahu'anhu-, katanya, “Aku mendengar Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأُجري عليه رزقه وأمِنَ الفتَّان ] رواه الإمام البخاري (2892) ، ومسلم واللفظ له (1913) ، والنسائي (3168).

“Menjaga perbatasan sehari semalam pahalanya lebih baik dari puasa dan qiyamul lail sebulan penuh. Jika meninggal (dalam tugasnya) mengalir kepadanya amalan yang selalu dia kerjakan dan diberikan kepadanya rezekinya dan aman dari “al-fattan” (pertanyaan-pertanyaan akhirat).” [9]

Al-Fattân yaitu ujian pertanyaan di dalam kubur.

10. Meniatkan qiyamul lail sebelum tidur

Abu Darda -radiallahu'anhu- meriwayatkan secara marfu kepada Nabi -shalallahu alaihi wasallam-. Sabdanya,

[ مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ وَهُوَ يَنْوِي أَنْ يَقُومَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى أَصْبَحَ كُتِبَ لَهُ مَا نَوَى وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ ] رواه النسائي (1787) ، وابن ماجه (1344) ، وحسنه الألباني في صحيح الجامع (5941).

“Siapa yang beranjak ke pembaringannya sedang dia berniat akan bangun melakukan solat malam, namun kantuk mengalahkannya sampai tiba waktu subuh, maka dicatat baginya apa yang telah diniatkannya, sedang tidurnya sebagai sedekah dari Tuhan-nya -azzawajalla-.”[10]

Tahukah engkau pentingnya niat, bahwa ia menduduki kedudukan amal?! Kerananya kita dapati ruginya orang yang tidur tanpa berniat akan melaksanakan solat fajar pada waktunya. Orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa besar. Jika meninggal dalam keadaan seperti itu, berarti telah “su’ul khâtimah” (buruk pengakhirannya) -kita berlindung kepada Allah dari padanya-.

Adapun orang yang meniatkan bangun untuk solat fajar dan telah berikhtiar ke arah itu kemudian dia tidak bangun, maka tidak ada celaan atasnya kerana tidak ada kelalaian dalam tidur. Kelalaian itu ada dalam keadaan terjaga.

Salawat dan Salam ke atas baginda junjujungan. Segala pujian hanya untuk Allah Ta’ala.



[1] HR. Imam Mâlik no.1675. Ahmad dan ini lafadznya, lihat kitab al-Fathur Rabbani XIX/76. Abu Dawud no.4798, Ibnu Hibban no.480, al-Hakim no.199. Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’ no.1620.

[2] ‘Aunu al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud karya Abu Thayib Muhammad Syamsuddin al-Haq al-‘Adzhim Abadi XIII/154 no. 4798.

[3] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- III/181, Muslim no.771, at-Tirmidzi no.3421, an-Nasai dan ini lafadhznya no.897, Abu Dawud no.760, ad-Darimi no.1238, Ibnu Khuzaimah no.462, al-Baihaqi no.2172 dan Abu Ya’la no.285.

[4] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- XIV/281, Ibnu Hibban no.959, Abu Ya’la no.5075, at-Thayalisi dan ini lafadhznya no.374 dan al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’ no.1307.

[5] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- XXIII/13, at-Tirmidzi dan ini lafadhznya no.2018, at-Thabarani dalam al-Kabir no.10424, al-Bukhari dalam al-Adab al-mufrad no.272 dan al-Albani menshahihkannya dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib no.2649.

[6] HR. Abu Dawud dan ini lafadhznya no.4800), al-Baihaqi no.20965, at-Thabarani dalam al-Kabir no.7488, dan al-Albani menghasankannya dalam Shahih al-Jami’ no.1464.

[7] HR. Imam al-Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- XIX/55, al-Bukhari dan ini lafadhznya no.5353, Muslim no.2982, at-Tirmidzi no.1969, an-Nasai no.2577, Ibnu Majah no.2140, Ibnu Hibban no.4345 dan al-Baihaqi no.12444.

[8] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani VI/51, at-Tirmidzi no.496, Abu Dawud dan ini lafadhznya no.345, an-Nasai no.1381, Ibnu Majah no.1087, ad-Darimi no.1547, al-Hakim no.1041, Ibnu Khuzaimah no.1758 dan al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’ no.6405.

[9] HR. al-Imam al-Bukhari no.2892, Muslim dan ini lafadhznya no.1913 dan an-Nasai no.3168.

[10] HR. an-Nasai no.1787, Ibnu Majah no.1344 dan al-Albani menghasankannya dalam Shahih al-Jami’ no.5941.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan