Khamis, 15 Mac 2012

Adakah Kisah Muhajir Ummu Qais Menjadi Latar Hadith " Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat " ?

Hadith " Niat " adalah hadith pertama di dalam Sahih al Bukhari. Ianya diikuti oleh pengarang hadith selepasnya. Maka hadith ini menjadi terlalu masyhur. Iaitu hadith ;


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksud:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.


Sementara kisah Mujajir Ummi Qais ( Lelaki yang berhijrah kerana ingin mengahwini Ummi Qais ) pula selalu dikaitkan sebagai latar belakang kepada perisitiwa kemunculan sabdaan Nabi saw ini. Kaitan kisah ini dengan kandungan hadith ini tidak pernah dipertikaikan. Cuma adakah kisah ini menjadi sebab kepada terpacul khutbah Nabi sawn dalam hadith ini itulah yang menjadi pertikaian.


Berlaku khilaf di kalangan ulama’ mengenai adalah kisah Muhajir Ummi Qais menjadi sebab kepada kemunculan hadith ini.


Kisah Muhajir Ummi Qais diriwayat oleh Said bin Mansur dan at Thabarani dari Abdullah ibn Mas’ud ;


كان فينا رجل خطب امرأة يقال لها أم قيس فأبت أن تتزوجه حتى يهاجر فهاجر فتزوجها ، فكنا نسميه مهاجر أم قيس


“ Ada di kalangan kami seorang lelaki yang telah bertunag dengan seorang perempuan bernama Ummu Qais. Perempuan ini tidak mahu dikahwini kecuali jika si lelaki ini sanggup berhijrah. Maka dia berhijrah dan mengahwini perempuan itu. Kami namakan dia Muhajir Ummi Qais.”

Sanad kisah ini adalah sahih.


Cuma adakah kisah ini memcari sebab kepada ucapan Nabi saw ini ?


Ada dua aliran ulama’.

1. Ibnu Daqiqul Eid, Ibn Taimiah dan as Suyuti berpendapat bahawa kisah inilah sebab kepada hadith ini.

2. Ibn Rajab dan Ibn Hajar pula tidak bersetuju bahawa kisah ini menjadi sebab hadith kerana kisah ini sekalipun sahih tetapi tiada petunjuk jelas kaitannya dengan hadith ini.

Pendapat kedua mendapat sokongan tokoh pengkaji hadith kontemporari seperti Syeikh Ahmad Shakir dan Bakar Abu Zaid.[1]



[1] Lihat : Ihkam al ahkam 1: 11, Majmu’ al Fatawa 18: 253, 20:222, Tadrib al Rawi 2: 929, Jami’ al Ulum wa al Hikam 1:74,75, Fath al Bari 1:24, al Ta’sil 1: 73.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan