Peperangan ini dipimpin oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rhm menentang
tentera Tatar dan berlangsung selama dua hari iaitu hari pertama dan kedua
Ramadhan pada tahun 802H. Ianya berakhir dengan kemenangan berpihak kepada
tentera islam.
Ibn Kathir mencatatkan : Ibn Taimiyyah memberi perangsang kepada Sultan
supaya berperang dan memberi khabar gembira dengan janji kemenagan. Di
bersumpah dengan nama Allah dan menyebut insha Allah secara tahqiq (kepastian)
bukan ta'liq (bersyarat). Beliau juga berfatwa supaya tentera islam berbuka
sepanjang peperangan dan dia sendiri berbuka.
Bahkan dia berjalan mengelilingi kawasan ketua-ketua pasukan dan
pemimpin-peminpin, lalu mengambil makan yang ada pada mereka dan memakannya
sedikit untuk memberi pelajaran agar berbuka supaya mendapat kekuatan. Itu
lebih afdhal dan orang ramai semunya makanlah.
Al Bidayah wan Nihayah (18/26).
Adakah mereka yagn berperang di Suria sekarang ini, juga tidak berpuasa?
BalasPadam