Khamis, 11 Februari 2010

Tanggungjawab Umat Kepada Nabi SAW (4).


Kelima: Menyebarkan dakwahnya:

Di antara bukti kesetiaan terhadap Rasulullah  adalah dengan melaksanakan tugas penyebaran Islam dan menyampaikan dakwah ke segenap pelusuk bumi. Nabi  bersabda:

بَلِّغُوْا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

"Sampaikanlah dariku, walau hanya satu ayat.' (HR. al-Bukhari)

Baginda  bersabda:
لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجَلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمُرِ النَّعَمِ
"Sungguh Allah  memberi petunjuk kepada seseorang dengan perantaraan engkau lebih baik bagimu dari unta merah." (Muttafaqun 'alaih).
Baginda saw membayangkan sesungguhnya baginda saw: 'berbangga dengan banyaknya jumlah kamu kepada semua umat di hari qiamat.' (HR. Ahmad dan ashhabus sunan)
Sememangnya antara penyebab banyaknya umat adalah melalui melaksanakan dakwah kepada Allah  dan masuknya manusia ke dalam agama Islam. Allah  menjelaskan bahawa dakwah kepadaNya adalah tugas para rasul dan para pengikutnya. FirmanNya:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاوَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَآأَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah:"Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (QS. Yusuf:108)
Maka umat harus berpegang kepada tugas Rasulullah saw yang Allah  bebankan kepada baginda saw, iaitu berdakwah, menyampaikan, menyuruh berbuat ma'ruf dan melarang dari perbuatan mungkar. Sebagaimana firman Allah :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (QS. Ali Imran :110)

Keenam: mengagungkannya , semasa hidup dan mati:

Ini juga antara hak Nabi  yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia. Firman Allah :

إِنَّآأَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا . لِّتُوْمِنُوا بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ وَتُسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً .
Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, * supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan (agama)Nya, membesarkan-Nya.Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (QS. al-Fath :8-9)

Ibnu as-Sa'di berkata: 'Menguatkan rasul dan membesarkannya: maksudnya: mengagungkan dan melaksanakan hak-haknya.

Para sahabat Nabi  telah membesarkannya dan menghormatinya sebagaimana mestinya. Sungguh apabila beliau berbicara, mereka menundukkan kepalanya, sehingga seolah-olah di atas kepala mereka adalah burung. Dan tatkala turun firman Allah :


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلاَتَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالَكُمْ وَأَنتُمْ لاَتَشْعُرُونَ .

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata padanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. (QS. al-Hujuraat:2)

Abu Bakar  berkata : " Demi Allah, aku tidak berbicara kepadamu sesudahnya kecuali seperti saudara (yang sedang berbicara) rahsia)."

Adapun membesarkannya  setelah wafatnya, maka dengan cara mengikuti sunnahnya, membesarkan perintahnya, menerima hukumnya, beradab dengan ucapannya, dan tidak menyanggahi hadithnya kerana suatu pendapat.

Al Imam asy-Syafi'i rahimahullah berkata: Semua kaum muslimin ijma' bahwa barangsiapa yang sudah jelas baginya sunnah Rasulullah , tidak boleh baginya meninggalkannya kerana ucapan seseorang.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan