Selasa, 13 April 2010

Ar-Rahiq al-Makhtum : Buku Sirah Nabi SAW Terbaik



Nama buku: Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah saw

Pengarang: Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri

Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar

Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Ketebalan: 733 muka surat


Buku bertajuk Ar-Rahiq al-Makhtum tulisan Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri ini sebenarnya telah terhasil dari pertandingan yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan. Syarat yang ketat dalam menghasilkan karya berkualiti tentang sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah disenaraikan. Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi pertandingan tersebut ialah:


1. Kajian mesti perspektif, berdasarkan urutan kejadian.

2. Mesti bagus kualitinya dan belum pernah diterbitkan.

3. Penulis mesti menyebut manuskrip dan sumber ilmiah yang menjadi landasan tulisan tersebut.

4. Penulis mesti menyebut biografi lengkap tentang diri penulis dan melampirkan karya-karya ilmiah yang pernah ditulis.

5. Kajian mesti ditulis dengan tulisan tangan yang rapi atau ditaip.

6. Tulisan bebas dalam bahasa apa pun.

7. Hasil tulisan akan diteliti oleh panel khusus yang terdiri dari para ulama yang pakar.


Sebanyak 171 kajian telah dihantar dari seluruh dunia. 84 darinya dalam bahasa Arab, 64 dalam bahasa Urdu, 22 dalam bahasa Inggeris dan 1 dalam bahasa Perancis. Pemenang bagi pertandingan tersebut adalah seperti berikut:


1. Tempat Pertama: Shaikh Safiyyurrahman al-Mubarakfuri dari Al-Jami’ah As-Salafiyah di India.

2. Tempat Kedua: Dr Majid Ali Khan dari Al-Jami’ah Al-Mahalliyah Al-Islamiyyah di India.

3. Tempat Ketiga: Dr Nushair Ahmad Nashir, Rektor Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Pakistan.

4. Tempat Keempat: Al-Ustadz Hamid Mahmud Muhammad Manshur Laimud dari Mesir.

5. Tempat Kelima: Al-Ustadz Abdussalam Hasyim Hafizh dari Madiah Al-Munawwarah, Arab Saudi.


Pengumuman pemenang telah diumumkan di Karachi, Pakistan pada 1398H dan telah mendapat liputan akhbar secara besar-besaran. Untuk penyerahan hadiah, satu acara khas yang penuh meriah telah diadakan pada 1399H di Makkah dengan dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh.

Tersebarnya buku Ar-Rahiq Al-Makhtum adalah hasil usaha dari Rabithah Al-Alam Al-Islami yang telah menyebarkan kajian yang menjadi juara dalam pertandingan tersebut dalam bentuk buku, dan diterbitkan dalam banyak bahasa.


Sumber : http://muzir.wordpress.com

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum abg.saya sagat-sangat berminat dengan buku Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum tetapi saya tidak dapat membelinya kerana ada sebab tertentu.Saya baru sahaja form 3 dan tahun ini bakal mengambil peperiksaan PMR.saya amat jahil mengenai sirah Rasulullah SAW ini.saya memang dah lama nak memiliki senaskah buku ni.abg ada ke?saya nak minta jasa baik abg agar menghadiahkan/menyedekahkan saya buku ni.kalau nak beli saya tak boleh..Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa baik abg.kalau abg nak bagi dekat saya, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan minta dihalalkan buku itu pada saya.kalau abg nak alamat saya abg email saya.email saya ialah adhazmi03@gmail.com .kalau abg beli online dah teruskan post ke alamat saya pun boleh, saya ada jumpa satu website yang jual buku ni online iaitu http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/product&product_id=846

    BalasPadam
  2. Adik Hazmi boleh download secara percuma disini dalamm bentuk pdf.Saya rasa penterjemahan dari sumber yang berbeza kerana buku keluaran yadim lebih lengkap (733) mukasurat. edisi pdf hanya 333 mukasurat. Mungkin telah diringkaskan untuk meringankan pembacaan.
    http://4shared.com/file/xSDRcl2y/

    BalasPadam