gambar hiasan
عَنْ أَبَيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ :
قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : (( مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ ))[1])،
وفي لفظ مسلم: ((مَنْ أَتَى هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ ))[2].
Bermaksud:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa yang melakukan haji kerana Allah swt, tanpa bertutur dengan perkatan kotor dan tidak pula melakukan perbuatan fasiq, dia pulang seperti di hari dia baru dilahirkan oleh ibunya”
Dalam lafaz Imam Muslim : “ Sesiapa yang mengunjungi Baitillah ( Kaabah ) ini tanpa bertutur dengan perkatan kotor dan tidak pula melakukan perbuatan fasiq, dia pulang sebagaimana baru dilahirkan oleh ibunya”
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Pencerahan Hadith:
Hadith ini adalah satu perkhabaran yang sahih dari Rasulullah saw yang membawa berita gembira kepada tetamu al Rahman yang menerima jemputan ilahi untuk mengunjungi Baitillah melaksanakan haji. Dalam masa yang sama, ia juga adalah ransangan kepada seluruh umat Islam supaya pantas bersedia untuk menyertai perhimpunan terbesar umat sedunia itu sebagai menyahut perintah Allah swt yang mewajibkan syariat Haji.
Sebelum itu hadith ini membawa peringatan kepada mereka yang haji supaya benar-benar menghayati konsep, semangat dan manifestasi Haji itu sendiri. Ia mestilah tegak di atas ruh dalaman yang jujur lagi ikhlas dan disokong oleh perlakuan yang baik dan betul pada lahiriyahnya. Ketika itu, barulah haji benar-benar mengambil peranannya yang berkesan sebagaimana peranan syariat-syariat Islam yang lain iaitu ke arah memperkukuh hubungan dengan Allah dan pertalian persaudaraan sesama hamba Allah.
Justeru hadith ini seawalnya mempertegaskan dua ciri ini; iaitu tauhid dan ikhlas dalam amalan serta elok dan sempurna akhlak dalam perlakuan. Seawalnya juga hadith ini menahan keras dari syirik dan riya’ yang menggugurkan amalan serta mencegah dari kata-kata kotor dan amalan-amalan keji lagi hina yang menjatuh maruah dan meruntuhkan semangat persaudaraan.
Pencerahan hadith ini dengan sedikit huaraian dari petikan hadith perbincangan adalah dalam bentuk nota-nota berikut;
1. Sabda Rasulullullah saw :
مَنْ حَجَّ لِلَّهِ
Bermaksud : “Sesiapa yang melakukan haji kerana Allah swt.”
Ini bermakna asas pertama amalan haji, sebagaimana amalan-amalan Islam yang lain, adalah tauhid dan ikhlas. Ini berdasarkan ayat-ayat al Quran berikut;
]وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا الله مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ [ ([3])
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.
]إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْـحَقِّ فَاعْبُدِ الله مُخْلِصًا لَّهُ الدِّين * أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْـخَالِصُ [ ([4])
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik).
]قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لله رَبِّ الْعَالَمِينَ *
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْـمُسْلِمِينَ [ ([5]).
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
]الَّذِي خَلَقَ الْـمَوْتَ وَالْـحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً [ ([6])
“ Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.”
Tafsiran al Fudhail ibn Iyyadh terhadap ayat ini menarik untuk dibaca;
قال الفضيل بن عياض: هو أخلَصُهُ وأصوَبُهُ. قالوا: يا أبا علي: ما أخلصه وأصوبه؟
فقال: ((إن العمل إذا كان خالصًا ولم يكن صوابًا لم يُقبل، وإذا كان صوابًا ولم يكن خالصًا لم يُقبل، حتى يكون خالصًا صوابًا.
والخالص أن يكون لله، والصواب أن يكون على السنة([7]).
ثم قرأ قوله تعالى: ]فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِـحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا [([8])،
وقال تعالى: ]وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ ) ([9]).
فإسلام الوجه: إخلاص القصد والعمل لله، والإحسان فيه: متابعة رسول الله r وسنته([10]).
Kata al Fudhail ibn ‘Iyyadh : Maksud “ yang lebih baik amalnya ” ialah yang lebih ikhlas dan lebih betul amalnya. Pendengarnya bertanya : “ Wahai Abu Ali (gelaran al Fudhail ) ! Apa maksud “ yang lebih ikhlas dan lebih betul amalnya. ” Katanya : Sesuatu amal itu jika ikhlas tetapi tidak betul tidak akan diterima. Kalau betul tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima. Sehinggalah amal itu ikhlas dan betul barulah diterima. Yang ikhlas ialah yang dilakukan kerana Allah, yang betul ialah yang menurut sunnah. Kemudian beliau membaca ayat ;
]فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِـحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا [([11])
Bermaksud : sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Juga ayat :
( وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ ) ([12])
“ Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan.”
Maksud “menyerahkan dirinya kepada Allah” ialah mengikhlaskan haluan dan amalan kerana Allah, sementara maksud “berusaha mengerjakan kebaikan” iaitu dengan mengikuti Rasulullah saw dan menjejaki sunnah baginda saw.
gambar hiasan
Hadith Rasulullah saw pula ada meletakkan batu asas yang kukuh mengenai keutamaan Niat iaitu hadith ;
((إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى))([13])
Bermaksud: “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niatnya. Dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatnya”.
Ulama meletakkan hadith ini menjadi usul pangkal kepada separuh urusan agama dan menganggapkannya sebagi neraca kepada segala amalan hati dan urusan dalaman seorang muslim. ([14])
Khusus mengenai perihal haji, Rasulullah saw menjadi tauladan terbaik dalam menghayati makna keikhlasan. Berikut buktinya dari sunnah nabawiyyah;
عن أنس بن مالك t قال: حجَّ النبي r على رَحْلٍ رثٍّ وقطيفة([15]) تسْوى أربعة دراهم، أو لا تسْوَى ثم قال: ((اللهم حِجةٌ لا رياءَ فيها ولا سُمعة))([16]).
Dari Anas ibn Malik ra katanya: Nabu saw menunaikan haji menaiki seekor unta yang tua dan memakai kain yang selekeh menyamai 4 dirham atau tidak sampai lalu baginda saw berdoa : “Ya Allah! Terimalah ini sebagai suatu haji, tiada riya’ (menunjuk-menunjuk) padanya dan tiada suma’ah (memperdengar-dengarkan )”.
Tauhid dan ikhlas adalah nyawa kepada amalan Islam. Amal tanpa tauhid dan ikhlas adalah kerangka kosong seperta jasad tanpa ruh. Amal sehebat mana sekalipun dilakukan jika tidak lahir dari keikhlasan hanyalah hampas umpama habuk atau debu yang mudah diterbangkan angin. Allah swt berfirman:
]وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا[([17])
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.”
Oleh itu, para jemaah haji hendaklah bermuhasabah merenung jauh ke dalam diri sendiri sebelum menggerakkan langkah jauh dalam perjalanan Hajinya. Setiap kita berhak mempersoalkan diri sendiri tentang tauhidnya; adakah ianya jelas dan tulus kepada Allah semata-semata? Tentang aqidahnya kepada Allah; adakah ianya jitu, kukuh tersemat dan sahih keyakinannya? Juga tentang keikhlasannya; adakah ianya suci dari sebarang niat yang merosakkan agama atau amalnya.
Persiapan haji berkaitan hukum-hakam dan pantang larang haji mungkin cukup dipelajari dan dihadami. Namun itu baru separuh persiapan haji iaitu mengenai betul dan sahnya perlakuan haji secara zahir. Tetapi belum cukup separuh lagi yang lebih utama iaitu persiapan aqidah tauhid dan keikhlasan hati kerana Allah swt.
gambar hiasan
2. Sabda Rasulullah saw lagi;
فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ
“ tanpa bertutur dengan perkatan kotor dan tidak pula melakukan perbuatan fasiq”
Hadith ini memberi panduan kepada para jemaah haji supaya menjaga lidah dan anggota lain dari pelakuan dosa. Ia adalah tafsiran bagi al Quran al Karim yang menyebut;
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ ۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ [البقرة: 197]
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.”
3. Seorang yang sedang melaksanakan haji amat dipertegaskan supaya memelihara lidah dari pertuturan kotor terutamaya perbualan lucah berkaitan syahwat lelaki terhadap wanita.
Ibnu Abbas ra menghuraikan perkataan kotor ( rafath ) di dalam hadith ini ;
((إنما الرفث ما روجع به النساء))
iaitu “ pertuturan yang sering digunakan lelaki untuk menarik perhatian di hadapan perempuan ”
Seorang ahli Bahasa Arab, Al Azhari pula menyebut :
((الرفث: كلمة جامعة لكل ما يريده الرجل من المرأة )).
“ Rafath ialah kalimah yang membawa segala makna yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki oleh seorang lelaki dari seorang wanita ” [18]
Pentafsir agung, Imam Ibnu Kathir: pula mentafsir rafath sebagai persetubuhan bersandar kepada ayat puasa iaitu;
] أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ [ [البقرة: 187]
“ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”
Maka diharamkan kepada pengerja ibadat haji bersetubuh dan juga perkara-perkara yang menjuruskan kepadanya iaitu bersentuhan kulit, berciuman atau seumpamanya termasuklah percakapan tentang perkara demikian di hadapan perempuan. [19]
Pengarang syarah hadith terkenal, Al Qadhi ‘Iyyadh membuat rumusan;
وَالرَّفَث : اِسْم لِلْفُحْشِ مِنْ الْقَوْل , وَقِيلَ : هُوَ الْجِمَاع , وَهَذَا قَوْل الْجُمْهُور فِي الْآيَة قَالَ اللَّه تَعَالَى :
)) أُحِلّ لَكُمْ لَيْلَة الصِّيَام الرَّفَث إِلَى نِسَائِكُمْ [20] ((
Rafath adalah nama bagi bagi perkataan kotor (lucah). Juga dikatakan bermakna jimak bersetubuh ) yang merupakan pendapat jumhur dalam tafsiran firman Allah yang bermaksud : “ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”
Al Imam al Qurthubi dan Al Hafiz Ibnu Hajar pula cenderung kepada pandangan yang meluaskan konsep rafath tanpa membataskannya kepada persetubuhan semata-semata. Sandarannya ialah hadith ;
[21] " فَإِذَا كَانَ صَوْم أَحَدكُمْ فَلَا يَرْفُث "
Apabila seseorang itu telah berpuasa, janganlah sekali-kali dia bercakap kotor ( lucah ).
4. Mereka yang sedang melakukan ibadat haji diminta supaya mengawal tindak-tanduk dan memelihara adab kesopanan kerana menghayati suasana ibadat. Mereka dilarang keras dari melakukan perbuatan fasiq.
Menurut Ibnu al Athir pelakuan fasiq adalah ;
أصل الفسوق الخروج عن الاستقامة، والجور، وبه سُمِّيَ العاصي فاسقاً.
“ pelakuan fasiq adalah keluar dari istiqamah ( perlakuan yang betul mengikut jalan yang lurus ) dan penyelewengan.Pelaku maksiat maksiat adalah seorang fasiq. ” [22]
Tidak syak lagi segala perlakuan maksiat dan dosa adalah kerja fasiq. Ini pendapat yang dipilih oleh Ibnu Kathir dalam tafsiran ayat 197 : al Baqarah di atas.[23]
5. Antara yang jelas termasuk dalam perlakuan fasiq ialah mengutuk dan mencela sesama muslim. Rasulullah saw bersabda :
(سَبَابُ المُسْلِمِ فُسُوْقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ)
“ Mengutuk (mencela) orang islam itu adalah suatu kefasiqan. Sementara membunuhnya pula adalah kekufuran ” [24]
Maka para jemaah haji hendak memiliki kesabaran yang tinggi dan banyak bertenang berhadapan dengan pelbagai karenah dan aneka ragam kelakuan manusia dalam kesibukan melaksanakan tugasan haji. Sikap gopoh ingin bertelingkah dan suka bertengkar sehingga terkeluarnya kata-kata kesat berbentuk kutukan, celaan dan penghinaan adalah dilarang sama sekali kerana boleh menghilangkan pahala ganjaran amalan haji.
gambar hiasan
6. Kemuncaknya hadith ini membawa berita paling mengembirakan iaitu sabda Rasulullah saw ;
رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
“Dia pulang seperti di hari dia baru dilahirkan oleh ibunya” ( Riwayat al Bukhari dan Muslim )
رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
“Dia pulang sebagaimana baru dilahirkan oleh ibunya” ( Riwayat Muslim )
رَجَعَ كَهَيْئَتِهِ يَوْم وَلَدَتْهُ أُمّه
“Dia pulang sebagaimana keadaannya di hari ibunya melahirkannya”. ( Riwayat ad Darulqutniy ).
غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“ Allah ampunkan untuknya apa-apa yang lepas dari dosanya “ ( Riwayat at Thurmuzi )
Zahir hadith ini dengan kepelbagaian lafaz riwayatnya, membuktikan bahawa semua dosa pengerja haji tersebut diampunkan tanpa berbaki sedikitpun. Sama dosa kecil atau dosa besar dan termasuklah juga tabaat iaitu debu-debu dosa yang sangat sedikit tidak terkesan oleu empunyanya. Inilah pendapat yang dipersetujui oleh ulama’ pengarang syarah hadith terkemuka seperti al Qurthubi, Ibnu Hajr dan al Sindiy.[25]
Demikianlah besarnya ganjaran yang diperolehi oleh seseorang yang selamat melaksanakan ibadat haji dengan menjaga akhlak dan kesantuan. Mereka yang dapat mengawal lidah dan anggotanya dari perlakuan dosa dan perbuatan keji dan berjaya melepasi ujian dan kesusahan tanpa menyakiti muslim lain sepanjang melakukan ibadah besar ini.
Kepulangannya ke kampung halaman dan ke pangkuan keluarga bukan sahaja membawa perasaan penuh gembira melepaskan kerinduan bertemu dan berjumpa semula setelah lama berpisah, tetapi juga bersama dengan jiwa yang baru dan rohani yang penuh segar. Mekar menjadi manusia baru yang suci dari sebarang kesalahan dan kealpaan. Fitrahnya yang bersih seperti kelahiran baru atau kelahiran kali ke dua ke dunia ini. Kehidupan barunya umpama kain putih bersih setelah lama dikotori warna-warni dosa dan maksiat.
[1] متفق عليه: صحيح البخاري، كتاب الحج، باب فضل الحج والعمرة، برقم 1521، وكتاب المحصر، برقم 1819، ومسلم، كتاب الحج، باب فضل الحج والعمرة، برقم 1350.
[2] صحيح مسلم،برقم 1350، وفي الترمذي ((غفر له ما تقدم من ذنبه)).انظر:صحيح الترمذي1/245.
[3] سورة البينة، الآية: 5.
[4]سورة الزمر، الآيتان: 2- 3.
[5]سورة الأنعام، الآيتان: 162- 163.
([13]) متفق عليه: البخاري، كتاب بدء الوحي، باب كيف كان بدء الوحي إلى رسول الله r، برقم 1، ومسلم، كتاب الإمارة، باب قوله r: ((إنما الأعمال بالنية))، برقم 1907.
([16]) ابن ماجه، كتاب المناسك، باب الحج على الرحل، برقم 2890، والترمذي في الشمائل، برقم 327، وصححه الألباني في صحيح ابن ماجه، 3/ 7، وفي مختصر الشمائل، برقم 288، وفي صحيح الترغيب والترهيب، 2/ 17.
[19] تفسيرابن كثير في2/ 244
[20] شرح صحيح مسلم ، حديث رقم ( 2404 )
[21] صحيح البخاري، كتاب الصوم، باب فضل الصوم، برقم 1761
[22] النهاية في غريب الحديث، لابن الأثير، 3/ 446
[23] تفسيرابن كثير في2/ 244
[24] أخرجه البخاري برقم 6044، ومسلم، برقم 63
[25] فتح الباري بشرح صحيح البخاري ، حديث رقم ( 1424 ) . شرح سنن ابن ماجه للسندي ، حديث رقم ( 2880 )
assalamualaikum..ahlan syeikhuna,,tahniah dgn kemunculan blog ilmiah ini,,jgn lupa update selalu yerk:),,kalau lapang cuci2 sikit kereta tu:)huhuhuhu
BalasPadam