Isnin, 18 Julai 2011

Ramadhan Gerbang Ke Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ( أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ )

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Hadith riwayat al Bukhari 3:32 dan Muslim ( no. 1079 )

Pelajaran hadith:

1. Ramadhan menjadi bulan pilihan Allah untuk pembersihan diri manusia dari dosa maka kembalilah mereka kepada kemuliaan fitrah sebagimana asal ciptaan. Dinamakan Ramadhan yang bermakna kepanasan atau kebakaran teruk dengan maksud terbakarnya dosa-dosa manusia untuk mereka menjadi suci bersih sebagaimana darjah kepanasan yang tinggi boleh membersihkan emas atau perak dari kotoran dan habuk.

2. Al Qhadi Iyyadh menyebut: Pembukaan pintu-pintu syurga, penutupan pintu-pintu neraka dan pembelengguan syaitan-syaitan ini boleh berlaku secara sebenar ( hakiki ) sebagaimana zahir lafaz hadith. Ia menjadi tanda kedatangan bulan ini dan satu gema kemegahan bagi kebesarannya. Terbelenggunya syaitan ini supaya mereka terhalang dari menyakitkan golongan mukminin dan menganggu mereka.

3. Al Qhadi juga menyebut: Semua ini juga boleh jadi perkara simbolik sebagai bayangan kepada betapa banyaknya pahala ganjaran dan juga keampuan. Syaitan juga kurang tipudaya mereka seolah-olah terbelenggu.

4. Al Qhadhi menyebut lagi: Ada kemungkinan yang dimaksudkan Allah membuka pintu-pintu syurga dengan makna kepelbagaian ibadat dan amal ketaatan yang berlangsung di bulan Ramadhan samada di berpuasa di siang hari atau menghidupkan malamnya. Termasuklah kepelbagaian kerja khairat dan meninggalkan amal maksiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan