عن أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ : كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ إِلَّا مُؤْخِرَةُ الرَّحْلِ فَقَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثُمَّ سَارَ سَاعَةً ثُمَّ قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثُمَّ سَارَ سَاعَةً ثُمَّ قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ هَلْ تَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ثُمَّ سَارَ سَاعَةً قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ هَلْ تَدْرِي مَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ إِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ .
SAHIH MUSLIM:KITAB IMAN- Bab: Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t, Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga.
Hadis Muaz bin Jabal r.a katanya: Pernah aku berada di belakang Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di atas satu tunggangan. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi: Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka.
Petunjuk hadith :
1- Kebiksanaan Rasulullah SAW: Baginda SAW membuka pengajarannya dengan mengemukakan soalan bagi menarik perhatian para Sahabatnya.
2- Rendah diri Rasululullah SAW: Baginda SAW berakhlak mulia dalam pergaulannya sehingga tidak segan untuk menaiki keldai dan memboncengkan pula para sahabatnya walaupun anak muda seperti Muaz bin Jabal.
3- Tujuan hidup : Mengesakan Allah (tauhid) dalam perhambaan diri (ibadah),tanpa wujud sebarang bentuk penyengutuan (syirik) dalam hala tuju dan tindakan.
4- Ganjaran Tauhid: Jaminan Allah kepada mereka yang menunaikan tanggungjawab Tauhid dan memeliharanya sehingga akhir hayat adalah pembebasan dari azab neraka dan kurniaan syurga di akhirat.
5- Tauhid adalah satu berita gembira: Semua umat manusia sepatutnya menerima perkhabaran Rasululullah SAW ini sebagai berita yang paling menggembirakan dalam hidup mereka dan suatu pengharapan yang tidak patut disia-siakan.
6- Tanggungjawab dakwah kepada Tauhid: Umat Islam sewajibnya menyampaikan berita baik ini kepada semua umat manusia sebagai suatu tanggungjawab syahadah (kesaksian).
7- Kebimbangan dari tersilap faham: Jangan difahami dari nas ini untuk meninggalkan amalan-amalan Islam kerana berpada dengan akidah Tauhid. Amalan ketaatan adalah bukti tauhid yang sebenar dan syurga pula mempunyai tingkat-tingkatnya yang menjadi perlumbaan golongan ahli tauhid.
8- Tidak harus bergantung kepada Rahmat Allah yang luas semata-mata: Ini adalah sikap orang jahil dan alasan golongan pemalas untuk mengabaikan ketaatan dan meringan-ringankan pelakuan maksiat.
9- Tauhid sifatnya cergas bertindak dan rajin menyumbang, bukannya bersikap malas dan meruntuhkan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan