Selasa, 29 Disember 2009

Menginsafi Nikmat Umur.

Umur adalah modal hidup insan. Hakikatnya ia cukup untuk insan itu berbakti dan menyumbang untuk maslahat dirinya. Namun sikap tidak menghargai setiap detik dan setiap nafas kurnian tuhan menjadikannya sangat pantas berlalu seolah-olah tiada harga dan nilai.

Firman Allah :

{أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ} [فاطر:37]

" Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? "

Seorang penyair Arab menyebut:

دَقَّاتُ قَلْبِ الْمَرْءِ قَائِلَةٌ لَهُ

إِنَّ الْحَيَاةَ دَقِائِقٌ وَثَوَانِ

فَارْفَعْ لِنَفْسِكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ذِكْرَهَا

فَالذِّكْرُ للإنْسَانِ عُمْرٌ ثَانِ

Denyutan jantung seseorang berkata padanya

Sesungguhnya hidup ini hanya sejumlah minit dan saat

Maka angkatkan nama baik sebelum kematian

Kerana nama baik adalah umur kedua bagi insan.


Kata Bakr al Muzani :

Tiada suatu hari yang Allah jadikan melainkan dia akan berkata : Wahai Anak Adam ! Ambillah peluang dariku . Boleh jadi tiada tiada hari esok lagi untukmu. Malam pula berkata: Wahai anak Adam. Ambillah peluang dariku. Boleh jadi tiada malam esok lagi untukmu.

Allah berfirman di hadapan khalayak manusia di hari kiamat.

{قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ * قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَاسْأَلْ الْعَادِّينَ * قَالَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلا قَلِيلاً لَّوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ * فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ} [المؤمنون:112-116].

Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung."

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui"

Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia.


Hasan al Basari berkata :

المبادرة المبادرة، فإنما هي الأنفاس لو حبست انقطعت عنكم أعمالكم التي تتقربون بها إلى الله - عزَّ وجلَّ - رحم الله امرءًا نظر إلى نفسه وبكى على عدد ذنوبه، ثم قرأ هذه الآية: {إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمْ عَدًّا} [مريم:84].


" bersegera, bersegeralah ! Kamu hanya memiliki beberapa nafas. Jika tidak, terputuslah dari kamu peluang beramal untuk mendekati Allah. Telah mendapat rahmat Allah seseorang yang menyemak ke dalam diri lalu menangis kerana jumlah dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini ;


{إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمْ عَدًّا} [مريم:84]

" Kami hanya menghitung datangnya (hari siksaan) untuk mereka dengan perhitungan yang teliti."

Rasulullah saw jua insan pedoman terbaik dalam menginsafi nikmat umur lalu mengambil peluang dari setiap detik yang dilaluinya. Juga membawa pengajaran terbaik untuk sentiasa merasa resah dan bersalah kerana mengsia-siakan nikmat masa yang sentiasa berjalan itu.

قال عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -: كنا نعدّ لرسول الله - صلى الله عليه وسلم - في المجلس الواحد مئة مرة: ((رب اغفر لي وتب عليَّ إنك أنت التوَّاب الرحيم)) [1]

Dari Abdullah ibn Umar : " Kami menghintung 100 kali Rasulullah saw dalam satu majlis menyebut " Wahai Tuhanku ! Ampunilah daku dan terimalah taubat ( kepulanganku ). Sesungguhnya engkau tuhan yang sentiasa menerima taubat dan maha penyayang.

وعن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((والله إنِّي لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة)) [2]

Dari Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : " Demi Allah ! Aku sentiasa memohon ampun dari Allah swt dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih 70 kali.

Masa belum terlambat untuk kita membuat pembaikan diri dan kembali kepada Allah swt. Firman Allah swt ;

{وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ * أُوْلَـئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ}

[آل عمران:135-136].

" Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal."



[1] أخرجه أبو داود (2/85) رقم (1516). والترمذي (5/461) رقم (3430). وابن ماجه (2/1253) رقم (3814). قال الترمذي: حسن صحيح غريب وصححه الحاكم في المستدرك.

[2] أخرجه البخاري (7/145) كتاب الدعوات.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan