Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru … Segeralah Berkebajikan ...


Selamat datang tahun baru 1431H ! Selamat tinggal 1430H dengan segala suka, duka, baik dan buruk dalamnya. Beruntung mereka yang mengisinya dengan ketaatan. Rugilah mereka yang mencemarinya dengan maksiat.

Kita mungkin lupa kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan. Namun Tuhan tidak pernah lalai dam lupa. Al Quran membawa gambaran penyesalan manusia ketika menerima catatan amalnya;

{وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا} [الكهف:49].

" Mereka berkata : Alangkah celakanya kita. Apa hal kitab ini ! Tidak ditinggalnya sekecil-kecil perkara dan sebesarnya. Semua dihintungnya. Mereka dapati amalnya tiba. Tuhanmu tidak menzalimi sesiapa pun.

Sungguh penting untuk bersegera melakukan amal baik sebelum terhalang dari berbuat demikian. Kemalangan atau kesibukan boleh datang mengganggu bila-bila masa sahaja. Ketika itu tiada guna lagi berazam untuk berbakti jika diberi peluang sekali lagi. Maka berbaktilah ketika peluang terbuka ini. Berbaktilah dengan masa ketika lapang, dengan tenaga ketika sihat, dengan harta benda ketika berada, dan dengan sisa-sisa kehidupan sebelum dijemput kembali kepada tuhan.

Dalam sebuah hadith disebut:

((بادروا بالأعمال سبعًا: هل تنتظرون إلا فقرًا مُنْسيًّا، أو غنى مطغيًا، أو مرضًا مفسدًا، أو هِرَمًا مفنِّدًا، أو موتًا مجهزًا، أو الدجَّال فشرُّ غائب ينتظر، أو الساعة، والساعة أدهى وأمر)).[1]

Bermaksud : " Bersegeralah melakukan amal sebelum tiba tujuh perkara. Adakah kamu menanti kefaqiran yang menjadikan kamu lupa ( untuk beribadat ), atau kekayaan yang menjadikan kamu melampau, atau sakit yang merosakkan, atau saat tua yang meletihkan, atau kematian yang kamu disiapkan (untuk ditanam), atau dajjal maka itulah seburuk-buruk perkara mendatang yang ditunggu, atau tiba kiamat maka itu adalah paling celaka dan petaka."

Al Hafiz Ibn Rajab mengulas : Maksud perkara ini semua ialah saat-saat yang boleh menyekat manusia dari beramal. Sebahagiannya adalah urusan peribadi seseorang seperti faqir, kaya, sakit, tua dan mati. Bakinya adalah bala umum iaitu keluar Dajjal ada bangkitnya qiamat. Qiamatlah yang paling dahsyat kerana tiada guna lagi amal selepasnya.

Allah berfirman :

{يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لاَ يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انتَظِرُواْ إِنَّا مُنتَظِرُونَ} [الأنعام:158].

Bermaksud : " Pada hari tibanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran tuhanmu, tiada lagi berguna iman seseorang yang belum beriman sebelumnya atau untuk berusaha mendapat kebaikan dari imannya. Katakanlah ( wahai Muhammad saw ! ) Kamu tunggulah ! Sesungguhnya kami juga menunggu ".

Hadith lain pula menyebut :

عن أبي هريرة، عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها، فإذا طلعت ورآها الناس آمنوا أجمعون فذلك حين لا ينفع نفسًا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرًا)). [2]

Bermaksud: " Tidak bangkit Qiamat sehingga munculnya matahari dari barat. Apabila ia muncul dan manusia semua dapat melihatnya, tiada lagi berguna iman seseorang yang belum beriman sebelumnya atau untuk berusaha mendapat kebaikan dari imannya. "

Sabda Rasulullah saw lagi :

((ثلاث إذا خرجن لم ينفع نفسًا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرًا: طلوع الشمس من مغربها، والدجال، ودابة الأرض)) [3]

Bermaksud : " Tiga peristiwa apabila berlaku, tiada lagi berguna iman seseorang yang belum beriman sebelumnya atau untuk berusaha mendapat kebaikan dari imannya ; keluar matahari dari sebelah barat, Dajjal dan binatang pelik yang merangkak di bumi ".


[1] أخرجه الترمذي (4/478، 479) رقم (2306) وقال: حسن غريب وضعفه الألباني كما في السلسلة الضعيفة رقم (1666).

[2] أخرجه البخاري (7/191) كتاب الرقاق، ومسلم (1/137) رقم (157).

[3] أخرجه مسلم (1/138) رقم (158).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan