Ibnu Kathir menceritakan: Jarajah, salah seorang pembesar keluar dari
barisan tenteranya dan memanggil Khalid ibn al Walid.
Khalid datang dekat dengannya sehingga berlaga tengkuk kuda
kedua-duanya.
Jarajah berkata:
Hai Khalid ! Beritahuku dengan jujur dan jangan
berbohong. Orang merdeka tidak berbohong. Jangan berdolak dalih kerana orang
mulia tidak berdolak dalih dengan orang yang mempercayainya kerana Allah.
Apakah Allah pernah turunkan kepada Nabinya satu pedang dari langit dan
memberikannya kepadamu, maka tidak engkau hunuskan kepada sesiapa melainkan
engkan akan tewaskannya.
Khalid menjawab: Tidak.
Dia bertanya : Kenapa engkau dinamaka saifullah ( pedang Allah ) ?
Khalid menjawab :
Sebenarnya Allah mengutuskan Nabinya saw. Dialah yang
berdakwah kepada kami, lalu kami melarikan diri darinya dan tidak mahu
menerimanya.
Tiba-tiba ada sebahagian kami yang mempercayainya dan mengikutnya.
Sebahagian kami membohonginya dan menjauhinya. Akulah antara yang membohonginya
dan menjauhinya. Tiba-tiba Allah swt mengambil hati dan akal kami sehingga kami
mendapat hidayat dan kami berbaiah dengannya.
Rasulullah saw berkata kepadaku:
Engkau adalah satu pedang antara pedang-pedang Allah, Allah swt menghunusnya
kepada kaum musyrikin.
Jarajah berkata: Ya Khalid ! Kepada apa kamu dakwahkan?
Dia menjawab: Kepada kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt
dan Muhammad saw pula hamaba dan rasulnya serta bersetuju dengan apa yang
dibawanya dari Allah swt.
Jarajah bertanya: Sesiapa yang tidak menerimanya ?
Dia menjawab : Dia dikenakan Jizyah dan kamilah yang mempertahankannya.
Jarajah menjawab: Jika dia tidak membayarnya?
Dia menjawab : Kami isytiharkan peperangan dan memeranginya.
Jarajah bertanya: Maka apa kedudukan orang yang menyahut dan memasuki
agama ini hari ini?
Khalid menjawab : Kedudukan kita hanya sama sahaja dalam perkara yang
Allah fardukan samada orang mulia atau orang bawahan, orang lama atau orang
baru.
Jarajah berkata: Maka orang yang masuk ke dalam agama ini hari ini sama
pahala dan habuannya dengan kamu ( yang telah lama ) ?
Khalid menjawab : Ya bahkan lebih baik.
Jarajah berkata: Bagaimana boleh menyamai kamu sedang kamu telah
mendahului ?
Khalid menjawab :
Kami menerima agama ini secara paksaan. Kami baihkan
Nabi saw ketika baginda saw masih hidup. Berita langit turun dan dia beritakan
perihal kitab kepada kami. Dia juga menunjukkan mu'jizat.
Memang sepatutnya
bagi orang melihat apa yang kami lihat, mendengar apa yang kami demgar untuk
Islam dan berbaiah.
Adapun kamu yang yang tidak melihat apa yang kami lihat,
mendengar apa yang kami dengar tentang keajaiban dan hujah kenyataan, maka
sesiapa yang masuk ke dalam agama ini dengan benar dan niat ikhlas adlah lebih
baik dari kami.
Jarajah berkata: Demi Allah ! Engkau telah berkata benar dan tidak
membohongi kami.
Ketika itu Jarajah membalikkan besi penyangganya dan mendekati Khalid
sambil berkata: Ajarkan saya Islam.
Khalid membawanya ke khemahnya dan menyiramnya sebaldi air dan sembahyang
bersamanya dua rakaat.
Kemudian dia keluar bersama Khalid memerangi Rom. Rom melaku satu
serangan kuat sehingga tentera Islam terpaksa berundur dari kawasan mereka ke
al Muhamiah.
Khalid dan Jarajah ra berperang lasak sehingga Jarajah menemui syahid.
Dia hanya sempat solat dua rakaat sahaja iaitulah soalt bersama Khalid.
Sumber : al Bidayah wan Nihayah 7:13. Al Kamil 2:283.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan