Ahad, 3 Jun 2012

Tafsir Doa Kebaikan Dunia Dan Akhirat.



Tafsiran Doa.


Bermaksud :

Doa ini membawa makna kandungan yang sangat luas walaupun ungkapannya ringkas. Sedikit perkataan tetapi mendalam maksudnya dan agung pula nilainya. Ia termasuk dalam jawami'ul kalim ( perkataan lengkap padat ).

Bermula dengan panggilan rabbana.

Al Allamah Ibn Saadi pernah mencatatkan huraian mengenai panggilan rabbana :

Rabbana ( Wahai tuhan kami ) adalah panggilan yang mengandungi perakuan rububiyyah ( pemerintahan, pemeliharaan dan pengurusan ) yang menyeluruh untuk Allah swt yang membawa kepada tauhid uluhiyyah ( ibadat dan penyembahan ) . Maka mereka yang menyebut panggilan rabbana sebenarnya telah menghimpun semua jenis kandungan tauhid. Termasuklah rububiyyah khas iaitu pemeliharan dan naungan Allah untuk hamba-hambanya yang terpilih dengan penuh belas kasihnya. 

Dia memelihara kemaslahatan agama dan dunia insan-insan pilihan ini. Juga mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Perkara inilah yang membuatkan mereka bergantung harap dan juga hajat ( iftiqar ) mereka sepenuhnya kepada tuhan mereka. Mereka tidak mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri dari segala hal. Maka tiada yang terdaya untuk menaungi mereka selain tuhan mereka. Dia sahajalah yang mampu menjamin kemaslahatan dan kesejahteraan mereka.
( al Mawahib al Rabbaniah ms : 124 ).

Inilah nilai-nilai murni yang menjadi konsep panggilan rabbana yang patut dibawa hadir di dalam benuk fikiran mereka yang berdoa dengan panggilan ini. Terutamanya konsep rububiyyah umum dan khusus yang boleh membawa kepada sifat khusyu' ( ketenangan ) dan khudhu' ( ketundukan ) serta menghayati kemanisan munajat dan doa yang merupakan kemuncak keseronokan dan kesukaan.

آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

"Kurniakan kepada kami di dunia ini kebaikan"

Satu permohonan bagi segala kebaikan duniawi dengan ungkapan paling ringkas. Ia menghimpun segala keinginan dan idaman seseorang di muka dunia ini. Al Imam Ibn Kathir berkata : Kebaikan dunia meliputi segala kemahuan duniawi seperti kesihatan yang sempurna, kediaman yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak, ilmu yang berguna, amal yang soleh, kenderaan yang memudahkan, pujian ( sanjungan dan penghormatan ) dan lain-lain lagi. ( Tafsir Ibn Kathir 1:343 ).

وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً

"Juga ( kurniakanlah untuk kami ) di akhirat ini kebaikan"

Menurut at Thabari : Kebaikan di akhirat pula tidak syak lagi ianya adalah syurga. Justeru sesiapa yang tidak mendapat syurga maka dia sebenarnya diharamkan dari semua jenis kebaikan. ( Tafsir at Thabri 1:553 ).  Kebaikan di akhirat juga ialah perasaan aman dari  ketakutan terbesar pada hari mahsyar dan juga diberi kemudahan dan keringanan dalam hisab ( perhintungan amal ). ( Tafsir Ibn Kathir 1:342 ).      


"Dan peliharakanlah kami dari azan neraka"

Permohonan perlindungan dari azab neraka di akhirat ini bermakna memohon supaya Allah mempermudahkan taufiqnya agar dijauhi dan terpelihara dari perkara larangan dan dosa di dunia serta meninggalakan sumber syubhah dan haram. ( Tafsir Ibn Kathir 1:342). Dengan lain perkataan supaya tidak dimasukkan ke dalam neraka dengan maksiat-maksiatnya dan dikeluarkan darinya dengan pertolongan syafaat.

Mereka yang berdoa dengan doa ini akan mencapai darjat yang tinggi dan kedudukan yang lebih baik kerana memilih untuk kebahagian dunia dan akhirat. Allah swt memuji golongan ini dengan firmannya;


Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Oleh kerana doa ini penuh berkat dengan kandungannya yang sempurna, ianya menjadi amalan hidup Nabi saw sebagaimana diterangkan dalam hadith berikut;

عَنْ أَنَسٍ قَالَ : كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَقُولُ: " 
اللَّهُمَّ رَبَّنَا ، آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ " . 
 وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا ، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ. 

Bermaksud ;

Dari Anas katanya: Doa terbanyak yang didoakan Nabi saw adalah;

   اللَّهُمَّ رَبَّنَا ، آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Anas apabila hendak berdoa  dengan sesuatu doa, dia akan berdoa dengan doa ini. Apabila dia hendak memohon apa-apa dia akan memohon dengan doa ini.


عنْ أَنَسٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَادَ رَجُلًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ قَدْ صَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ . فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " هَلْ تَدْعُو اللَّهَ بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ ؟ " قَالَ : نَعَمْ ، كُنْتُ أَقُولُ : اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " سُبْحَانَ اللَّهِ ! لَا تُطِيقُهُ ، أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ ، فَهَلَّا قُلْتَ : رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ  " . قَالَ : فَدَعَا اللَّهَ ، فَشَفَاهُ . 

Anas menyebut bahawa Rasulullah saw melawat seorang lelaki islam yang sakit teruk sehingga kelihatan seperti anak ayam kemerahan. Lalu Rasululllah saw bersabda: " Adakah engkau berdoa kepada Allah sesuatu dan meminta darinya ? Dia menjawab : Ya. Aku sentiasa berkata: " Ya Allah ! Apa yang bakal engkau menghukumkan daku di akhirat maka percepatlah hukuman itu di dunia. Maka Rasulullah saw bersabda: " Subhanallah ! Engkau tidak akan mampu menanggungnya. Kenapa engkau tidak katakanan ;


Dia pun berdoa dengan doa ini lalu Allah menyembuhnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan