Isnin, 11 Jun 2012

Membuatkan Diri Dikasihi.



Berakhlak dengan kesopanan dan kemesraan adalah menjadi kemestian buat seseorang pendakwah. Jika ianya benar-benar sempurna di dalam sebuah keperibadian, semestinya dia menjadi tarikan dan mudah diterima. Inilah keperibadian Rasulullah saw yang tersebut di dalam athar :

مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ 

"Sesiapa yang melihatnya sepintas lalu akan merasai kehebatannya. Sesiapa yang bergaul dengannya dengan mengenalinya akan mengasihinya ".

HR al Tirmizi no. 3718 – Dhaif. 

Keinginan untuk disayangi dan dikasihi bertitik tolak dari keinginan agar dakwahnya mudah diterima dan terbukanya hati manusia kepada seruannya. Sebagaimana Abu Hurairah ra yang pernah meminta dari Rasulullah saw :

 ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُحَبِّبَنِي وَأُمِّي إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ ، وَيحَبِّبَهُمْ إِلَيْنَا ، "

" Berdoalah kepada Allah agar saya dan ibu dikasihi oleh hamba-hambanya yang beriman dan juga agar mereka dikasihi oleh kami. "

Rasulullah saw berdoa :

: " اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا وَأُمَّهُ إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ ، وَحَبِّبْهُمْ إِلَيْهِمَا

" Ya Allah ! Kasihkan hambamu ini ( Abu Hurairah dan ibunya ) kepada hamba-hambamu dan jadikan mereka mengasihi hamba-hambamu yang beriman. "

Abu Hurairah ra menceritakan :

فَمَا عَلَى الأَرْضِ مُؤْمِنٌ وَلا مُؤْمِنَةٌ إِلا وَهُوَ يُحِبُّنِي وَأُحِبُهُ

Maka tiada seorang mu'min lelaki dan perempuan melainkan semua mengasihi aku dan aku mengasihinya.

HR Muslim 2491.


Di atas semangat yang sama, datangnya seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah saw sebgaimana hadith berikut  :

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ : أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ, فَقَالَ : يَا 
رَسُولَ اللَّهِ , دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ , وَأَحَبَّنِي النَّاسُ , فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ , وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ " .
Dari Sahl Ibn Sa'ad as Sa'idiy katanya : 

Datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah ! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku lakukan akan dikasihi Allah dan dikasihi oleh manusia ? "

Rasulullah saw menjawab : " Zuhudlah dalam urusan dunia kamu dikasihi Allah. Zuhudlah apa yang di tangan manusia kamu dikasihi mereka. "

HR Ibn Majah no 3310/ 4102 – Sahih.

Nabi saw menjadikan sifat kasih sayang di hati rakyat jelata terhadap pemimpin sebagai petanda kebaikan mereka. Sebaliknya sikap kebencian rakyat sebagai tanda kejahatan mereka.

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخِيَارِ أُمَرَائِكُمْ وَشِرَارِهِمْ خِيَارُهُمْ ؟ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَتَدْعُونَ لَهُمْ وَيَدْعُونَ لَكُمْ ، وَشِرَارُ أُمَرَائِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ " 

Dari Umar ibn al Khattab ra :  Sabda Rasulullah saw :
Mahukah kamu aku beritahu kamu pemimpin kamu yang terbaik dan terburuk ?
Yang terbaik adalah yang kamu menyayangi mereka dan mereka menyayangi kamu. Kamu berdoa untuk kebaikan mereka dan mereka berdoa untuk kebaikan kamu.
Pemimpin yang terburuk pula mereka yang kamu membenci mereka dan mereka pula membenci kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.

HR al Tirmizi no. 1845/2376 Sahih.

Cuma sikap ingin dikasihi ini mestilah kerana Allah supaya ianya kekal ikhlas dan dijauhi dari sifat nifaq dan mengampu. Sabda Rasulullah saw ;

مَنْ كَانَ يُحِبُّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ 

" Dan bahawa dia mengasihi seseorang yang tidaklah dia mengasihinya kecuali kerana Allah ".

HR al Bukhari

Inilah yang menjadi tanda kesempurnaan iman sebagimana hadith Nabi saw;

مَنْ أَحَبَّ للَّهِ وَأَبْغَضَ للَّهِ وَأَعْطَى للَّهِ وَمَنَعَ للَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ

" Sesiapa yang menyayangi kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, menahan kerana Allah, maka dia telah lengkapkan imannya ".

HR Abu Dawud no: 3915/ 4681.

Antara wasilah yang membawa kepada tarikan kasih manusia adalah;

1      *  Sifat kesopanan dan kesantunan.
2   *  Berwajah ceria dan baik pergaulan.
<      *  Berbuat kebajikan dan mendekati golongan bawahan dan fakir miskin.
<  *      Merendah diri dan bersikap belas kepada kaum mu'minin.
<  *      Menyelami perasaan persaudaraan dan menjiwai semangat kemanusian.



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan