Al Azdiy mencatatkan bahawa Rom mengutuskan kepada Abu Ubaidah ra
sebelum peperangan Fahl supaya dia menghantar kepada mereka seorang yang
berwibawa untuk mereka berbincang dengannya. Abu Ubaidah menghantar Muaz ibn Jabal
ra. Muaz datang dengan kudanya dan kemudiannya berjalan menuju ke arah mereka.
Tiba-tiba dia mendapati pemimpin-pemimpin Rom duduk di atas permaidani,
tilam dan bantal. Apabila menghampiri mereka di berdiri. Ada seorang berkata:
Serahkah tungganganmu aku tolong memegangnya. Hampiri pembesar-pembesar dan
duduk di majlis mereka. Mereka tidak suka bercakap dengan kamu sambil duduk
sedang engkau berdiri. Duduklah bersama mereka.
Muaz berkata kepada penterjemahnya: Nabi kami perintahkan agar tidak
berdiri untuk sesiapa di kalangan makhluk Allah. Berdiri kami hanyalah untuk
Allah swt ketika solat, ibadat dan berdoa kepadanya. Berdiri aku ini bukannya
untuk kamu. Tapi aku berdiri kerana merasa tudak selesa untuk berjalan di
hamparan permaidani ini dan duduk di atas bantal yang kamu menikmatinya di atas
kesusahan rakyat kamu yang lemah dan penganut agama kamu.
Sebenarnya ia hanya perhiasan dunia dan tipudayanya. Allah swt telah
memperlekehkan dunia ini dan menghinanya. Dia melarang dari melampau dan
membazir. Maka aku duduk di sini di atas tanah. Kamu cakaplah tentang hajat
kamu dari sana. Penterjemah beoleh menjalankan tugasnya antara aku dan kamu.
Hendaklah dia memberi faham kepadaku apa yang kamu cakapkan dan fahamkan kamu
apa yang aku cakapkan.
Mereka memberitahu penterjemah : Katakan kepadanya sila beritahu kami
apa yang kamu mahukan ? Kepada apakah seruan kamu?
Muaz ra menjawab: Sebenarnya perkara pertama yang aku ajakkan kamu ialah
kepada Allah swt dengan beriman kepadanya semata-mata, kepada Muhammad saw,
sembahyang dengan sembahyang kami, mengadap kiblat kami, bersunnah dengan
sunnah kami, memecahkan salib, menjauhi minum arak, makan daging babi.
Jika kamu setuju maka kami sebahagian dari kami dan kami sebahagian dari
kamu. Kamu adalah keluarga kami dalam agama. Hak kamu seperti hak kami dan
tanggungjawab kamu sama seperti tanggungjawab kami. Jika kamu enggan, maka
serahkan jizyah kepada kami setiap tahun dengan kamu tunduk patuh dan kamilah
yang menahan kamu dari sebarang gangguan.
Jika kamu tidak boleh menerima dua perkara ini, maka tidak ada sebarang
benda dari ciptaan tuhan yang
kami boleh menerimanya dari kamu. Silalah
bertarung secara terbuka dengan kami sehingga Allah membuat keputusannya sesame
kita dan dialah sebaik-baik pembuat keputusan.
Apabila Muaz selesai dari bicaranya, mereka berkata : Nampaknya hubungan
antara kita ini semakin berjauhan. Ada satu perkara sahaja berbaki yang jika
kamu menerimanya maka itulah yang lebih baik untuk kamu dan jika kamu
menolaknya maka ia amat buruk untuk kamu.
Kami serahkan kepada kamu al Balqa'
dan semua daerah bersepadanan dengan kamu di kawasan subur Jordan dan sila
jauhi dari semua tanah dan bandar kami. Kamu sepatutnya memerangi kerajaan
Parsi dan kami bersama dengan kamu memberi bantuan sehingga kamu mengalahkan
mereka dan kamu menang melawan mereka.
Muaz menjawab: apa yang kamu tawarkan ini dan kamu memberinya
keseluruhannya ke tangan kami, dan jika sekali pun kamu serah semua yang di
tangan kamu yang belum kami kuasai dengan kamu menyekat salah satu dari tiga
perkara ini ".
Mereka sangat marah ketika itu
dan berkata: Kami mahu mendekati kamu sebaliknya kamu pula menjauhi kami.
Pulang kepada kawan-kawan kamu. Demi Allah kami berharap untuk memecahkan kamu
di bukit esok.
Muaz menjawab : Adapun bukit maka tidak. Tetapi demi Allah kamu akan
perangi kami sehingga ke benteng akhir kami atau kami yang menghalau kamu dari
bumi kamu degan hina sedang kamu tunduk rendah.
Muaz pulang berjumpa Abu Ubaidah ra dan memaklumkan kepadanya apa yang
mereka mereka perkatakan dan jawapannya kepada mereka.
[1] Peperangan Fahl berlaku pada bulan
ZulHijjah tahun 13 H berakhir dengan kekalahan besar tentera Rom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan