Ibn Kathir mencatatkan:
Apabila bertembungnya dua bala tentera ( Islam pimpinan Saad ibn Abi
Waqqas dan Parsi pimpinan Rustum di medah al Qadisiyyah ) Rustum mengutus utusan
kepada Saad supaya dihantar kepadanya seorang yang bijak dan tahu menjawab
soalannya. Saad mengirim al Mughirah ibn Syu'bah ra.
Apabila dia tiba, Rustum terus berkata kepadanya: " Kamu jiran
kami. Kami telah bersikap baik kepada kamu. Kami menahan diri dari menyakitkan
kamu. Pulang ke negeri kamu dan kami tidak akan menghalang kamu datang berniaga
ke negeri kami."
Al Mughirah menjawab: Kami bukannya mencari dunia. Keinginan dan
tuntutan kami adalah akhirat. Allah swt telah kirimkan seorang utusannya kepada
kami dengan membawa pesanan : " Aku serahkan kepada kumpulan ini untuk
menguasai setiap orang yang tidak beragama dengan agamaku dan aku menghukum
mereka melalui kumpulan ini. Aku tetap memberi jaminan bahawa kemenangan
menjadi milik mereka selama mana mereka berikrar dengan perkara ini. Ia adalah
agama kebenaran. Tidaklah membencinya kecuali dia pasti dihina. Tidaklah
berpegang teguh dengannya kecuali diberi mulia."
Rustum bertanya : Maka apa dia sebenarnya ?
Al Mughirah menjawab : Adapun tiang belakangnya yang tidak menjadi
sesuatu melainkan adanya ialah kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Muhammad saw pula adalah rasulullah saw dan memperakui dengan apa yang dibawa
dari Allah swt.
Rustum menjawab: Alangkah baiknya perkara ini ! Apa lagi ?
Al Mughirah menjawab : Membawa
keluar hamba-hamba dari penyembahan kepada sesame hamba kepada penyembahan
kepada Allah.
Rustum menjawab : Ini baik juga. Apa lagi ?
Dia menjawab : Manusia anak-anak Adam. Mereka semua bersaudara dari satu
bapa dan satu ibu.
Rustum menjawab : Baik juga. Adakah jika kami masuk agama kamu, apakah
kamu akan kembali dari negeri kami?
Dia menjawab : Semestinya demi Allah. Kami tidak mendekati negeri kami
melainkan untuk perniagaan dan apa-apa hajat.
Apabila al Mughirah keluar, Rustum berbincang dengan kumpulannya tentang
masuk Islam, namun mereka enggan menerima.
Semoga Allah menghina mereka dan demikian berlakunya.
Ibn Kathir seterusnya mencatat :
Kemudian Saad menghantar seorang lagi utusan dengan permintaan darinya
iaitu Rub'i ibn 'Amir.
Mereka bertanya : Apa yang membawa kedatangan kamu ?
Dia menjawab : Allah mengutuskan kami untuk kami membawa keluar sesiapa
yang dia pilih dari perhambaan sesama hamba kepada pehmbaan diri kepada Allah,
dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada
keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia
kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya.
Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah
swt.
Mereka bertanya : Apa janji Allah ?
Dia menjawab : Syurga bagi yang mati berperang sesiapa yag enggan dan
kemenangan bagi yang masih hidup ".
Rustum berkata : Aku telah dengar ucapan kamu. Apakah kamu boleh
tangguhkan urusan ini sehingga kami boleh bertenang dan kamu juga ?
Dia menjawab : Ya. Berapa lama kamu mahu? Sehari atau dua hari ?
Rustum menjawab : Tidak. Sehingga kami menulis surat penasihat-penasihat
dan pemimpin-pemimpin kami.
Rub'i berkata : Rasulullah saw tidak mengajar kami untuk menangguhkan
musuh ketika bertempur lebih dari tiga hari. Lihatlah urusan engakau dan mereka
itu dan pilih salah satu dari tiga ini dalam tempoh diberi.
Rustum bertanya: Adakah engkau ketua mereka?
Rub'i menjawab : Tidak. Tetapi kaum muslimin seperti satu jasad. Orang
yang paling rendah dilindungi oleh orang paling atas.
Rustum bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya.
Katanya: Adakah kamu
dapat melihat manusia lebih mulia dan lebih bijak dari kata-kata lelaki ini?
Mereka menjawab : Moga Allah melindungi! Mahukan enggau cenderung kepada
agama dia ini dan meninggalkan agama engkau kerana anjing ini. Engkau tidak
tengok bajunya?
Rustum menjawab: Celaka kamu. Jangan tengok kepada baju. Tengoklah
kepada pendapat, percakapan dan keperibadian. Orang Arab memang bermudah-mudah
dalam hal pakaian dan makanan, namun mereka menjaga maruah dan keturunan.
( al Bidayah Wan Nihayah 9:621-623 ).
Peperangan al Qadisiyyah
berlaku antara tentera Islam dan Parsi pada tahun 15 hijriyyah berakhir dengan
kekalahan kepada tentera Parsi.
( Tarikh Khalifah Ibn Khayyat ms131-132 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan