1. Solat
Disunnahkan untuk bersegera dalam melakukan solat-solat fardhu dan memperbanyak solat-solat sunnah kerana solat adalah ibadah yang paling utama bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri dengan tuhannya.
Diriwayatkan dari Thauban -radhiyallahu ‘anhu- beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
عليك بكثرة السجود لله فإنك لا تسجد سجدة إلا رفعك إليه بها درجة، وحط عنك بها خطيئه
Hadits ini berlaku umum pada setiap waktu.
2. Puasa
Puasa termasuk amal soleh. Dari Hunaidah bin Khalid dari isterinya, dari isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata,
كان رسول الله يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر
Berkata Imam An-Nawawi tentang puasa pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah, bahwa puasa tersebut sangat dianjurkan.
3. Bertakbir, bertahlil, dan bertahmid
Sebagaimana dalam hadits Ibnu Umar yang terdahulu : “Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.”
Berkata Imam Al Bukhari -Rahimahullah-, “Ibnu Umar dan Abu Hurairah -Radhiyallahu ‘anhuma- keluar ke pasar, sambil mengumandangkan takbir, lalu orang-orang pun mengikuti takbirnya”. Beliau juga berkata, “Umar bertakbir di dalam khemahnya di Mina, hingga dapat didengar oleh orang-orang di masjid. Mereka pun mengikutinya, demikian juga orang-orang di pasar turut bertakbir. Hingga Mina dipenuhi oleh gema takbir”
Ibnu Umar bertakbir pada waktu itu di Mina setelah selesai solat, di atas hamparannya, di dalam khemahnya, di majlisnya dan ketika berjalan. Disunnahkan untuk mengangkat suara takbir sebagaimana yang dilakukan Umar, Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
Maka marilah kita menghidupkan sunnah yang hampir dilupakan ini hingga di kalangan para ahli kebajikan pun hampir-hampir lupa melakukannya berbeza halnya dengan orang-orang soleh terdahulu.
4. Puasa hari Arafah
Puasa hari arafah ditekankan untuk dilakukan oleh orang yang tidak menunaikan haji, sebagaimana hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hari Arafah, bahwa beliau berkata:
أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
“Aku berharap Allah akan melebur dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” (HR. Muslim)
5. Keutamaan hari raya korban
Sebahagian besar kaum muslimin lalai dari hari yang agung ini. Padahal sebahagian besar ulama’ berpendapat bahwa hari tersebut merupakan hari yang paling mulia secara mutlak termasuk hari Arafah sekalipun. Berkata Ibnu Qayyim -Rahimahullah- “Sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Yaum Nahr (hari raya korban), ia merupakan hari haji akbar”.
Sebagaimana dalam Sunan Abu Daud, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sesungguhnya hari yang paling agung di sisi Allah adalah Yaum Nahr, kemudian hari Qor”
Hari Qor adalah hari bermalam di Mina, iaitu hari ke sebelas bulan Dzulhijjah.
Ada pula yang berpendapat hari Arafah lebih utama kerana puasa pada hari tersebut dapat menghapus dosa selama dua tahun, tidak ada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka dari hari Arafah, dan Allah mendekat kepada hamba-hamba-Nya. Kemudian Allah berbangga kepada para malaikat dengan banyaknya orang-orang yang wukuf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan