Sabtu, 6 November 2010

Persoalan Wudhu', Hadiah Fatihah dan Anak Angkat

1)..mengenai ambil wuduk...sekiranya kita tak sapu kepala dgn air sampai ke belakang tengkuk...ada ke sah wuduk itu?..sapu sedikit saja di bahagian depan...sebagaimana diajar oleh tok guru masa kcik2 dulu.

2) Boleh ke kita baca ALFATIHAH kpd ibu bapa kita yg belum meninggal?

3)..Adakah anak angkat sama dgn ank sendiri dlm beri didikan agama khasnya...kalau kita abaikan tanggung jawab itu akan disoal diakhirat nanti..

Jawapan : وبالله التوفيق


1) Wudu' :
1.Apa yang wajib adalah sapu,apa cara sekali pun
2. Cuma yg paling lengkap ikut cara sunnah iaitu :
letak dua tangan yang telah dibasahi di depan kepala dan dilalukan ke belakang kepala kemudian kembali ke depan semula.

2) al fatihah:
Ini bukanlan amalan sunnah dan salafulummah .. cuma ada ulama' mengharuskan dengan dikiaskan seperti doa dan sedekah ..

Berdoa dan bersedekan untuk orang lain samada ibu bapa atau lainnya, samada masih hidup atau telah mati .. inilah yg disepakati oleh semua ulama' sebagai amal terbaik untuk dihadiahkan pahala untuk org lain.

doa untuk ibubapa terbaik, doa quran ;
رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

3) Anak angkat

Mengambil anak angkat termasuk amalan mulia .. termasuk dalam sedekah sunat yg amat digalakkan. Jika keperluan kanak2 itu kepada kelurga angkat semaki terdesak ( anak yatim @ terbiar dll ) maka semakin besarlah pahala keluarga yang mengambilnya sebagai anak angkat.

Jika telah diambil, maka wajib berlayannya dengan baik .. memenuhi keperluan material dan spritualnya.. duniawi dan ukhrawi. `

Tiada ulasan:

Catat Ulasan