Rabu, 3 November 2010

Adab Nabawi: Memberi Maaf dan Berlapang Dada


عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : (( مَا خُيِّرَ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَالَمْ يَكُنْ إِثماً فَإِنْ كَانَ إثماً كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ للهِ صلى الله عليه وسلم لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ بِهَا(( رواه البخاري

11. Dari Aisyah t bahwasanya ia berkata: “Tidaklah Rasul e diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda saw mengambil yang paling mudah selama mana bukan dosa. Jika ianya berdosa maka baginda saw adalah manusia yang paling jauh dari dosa. Dan tidaklah Rasulullah e membalas dendam melainkan jika kehormatan Allah dirosakkan maka baginda saw membalaskannya kerana Allah” (HR Bukhari)[1]

Perawi Hadith:

‘Aisyah binti Abi Bakar As Siddiq –t-, isteri Rasul e, seorang ahli fikah, ilmuan unggul dan perawi banyak hadith.

Makna Secara Umum:

Dalam hadith tersebut menunjukkan akan kemudahan dan kelapangan Islam dan menunjukkan bahawa tidaklah Nabi e diberikan pilihan antara dua perkara dari perkara dunia melainkan baginda ambil yang termudah dan hal itu selama yang termudah tersebut tidak ada unsur dosa maka saat itu baginda saw memilih yang benar.

Baginda e tidak pernah membalas dendam untuk membela dirinya sendiri. Baginda saw pernah memaafkan seorang badwi yang kurang ajar mengangkat suara kepada beliau dan terhadap orang lain yang menarik kain serbannya sehingga membekas di tengkoknya. Ini memberikan petunjuk untuk memberi maaf kecuali dalam hak-hak Allah Ta’ala.

Tuntunan-Tuntunan:

1. Penjelasan bahwa Islam itu agama yang mudah dan toleran selama hal itu tidak berdosa

2. Memaafkan dan berlapang dada merupakan faktor saling bersatu dan bersaudara antara kaum muslimin.

3. Mencontohi Rasul e dalam hal pemberiaan maaf, toleransi dan kesabaran baginda saw.

1. Seorang muslim yang memaafkan dan berlapang dada mendapatkan pahala besar dari Allah Azza wa Jalla

2. Memaafkan dan berlapang dada bukan kerana lemah atau tak mampu melainkan semata-mata kerana mencari pahala

3. Mendiamkan kemungkaran bukan termasuk sifat pemaaf dan toleransi.



([1] ) Shahih Bukhari hadith no : 5898.

2 ulasan:

  1. dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(an-nur:22)

    BalasPadam