Isnin, 20 Februari 2012

Keunikan Sirah Rasulullah saw

Pertama:

Sirah hidup baginda saw tersebar dan tercatat tanpa sedikitpun ada sesuatu yang tersembunyi tentang baginda saw. Ulama islam tidak membiarkan satu bab pun dari bab-bab mengenai sejarah hidup Rasulullah saw dalam perjalanan sejarah kecuali mereka telah menyusunnya dalam suatu susunan tersendiri. Hal ini meliputi semua yang berkaitan tentang Rasulullah saw. Sehingga seorang muslim yang membaca sejarah Rasulullah saw. seolah-seolah sezaman dengan baginda saw dan menyaksikannya kerana lengkap dan jelasnya mengenai sejarah baginda saw.

Kita akan mendapatkan penjelasan mengenai hal ini ketika berbicara mengenai sumber-sumber sejarah Rasulullah saw. Cukup anda mengetahui, bahawa jumlah kitab mengenai Sejarah Rasulullah saw dalam bahasa Urdu sahaja melebihi dari seribu kitab, dan jumlah kitab dalam berbahasa Eropah pada masa yang sama melebihi 1300 kitab. Hal ini pada abad ke 13.

Kedua:

Istimewanya sejarah hidup baginda saw apabila ia dinukil atau dicatat dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab, setelah dibuat penelitian dengan cermat begitu juga perbandingan untuk lebih menguatkan proses pengambilan sejarah sehingga jelas terungkap yang benar dan yang silap dari sejarah tersebut. Disimpulkan di sini bahawa sejarah yang paling benar yang dinukilkan kepada kita adalah sejarah hidup Rasulullah saw. yang mulia.

Ketiga:

Risalah Rasulullah saw adalah umum, universal bagi seluruh makhluk, dan tetap kekal sepanjang zaman. Sejarah baginda saw adalah tauladan bagi seluruh manusia. Baginda saw menyamakan hak antara raja dan rakyat biasa, orang dewasa mahupun yang masih kecil boleh mengambil manfaat dari sejarah baginda saw. Mereka semua di dalam agama Allah swt adalah sama.

Keempat:

Risalah yang universal dan rukun dakwah yang kukuh. Baginda saw bersabda: “Nabi (sebelum Muhammad saw) hanya diutuskan kepada kaumnya sahaja. Sementara aku diutuskan untuk seluruh manusia”. Setiap manusia mencari contoh ideal yang boleh dijadikan tauladan baginya, dan tidak akan ditemukan sejarah yang sempurna meliputi segala aspek kecuali sejarah Rasulullah saw.

Agama manapun yang tidak didasari dengan dua rukun iaitu; hak-hak Allah dan hak-hak manusia, tidak akan mungkin mampu menyelamatkan manusia dan membimbingnya kepada kedamaian, ketentraman dan kebahagian yang sempurna.

Agama-agama sekarang terbagi menjadi dua bahagian:

1. Agama yang tidak disebutkan nama Allah sedikitpun di dalamnya seperti Hindu, Budha dan agama-agama orang china.

2. Orang yang percaya mengenai kewujudan Allah swt, akan tetapi manusia tidak tahu bagaimana berkeyakinan terhadap Tuhannya? Dengan cara apa? Dengan bentuk apa tercapai akidah terhadap Allah swt?

Adapun mengenai hak-hak manusia silakan anda mencarinya pada agama-agama yang lain. Apakah anda menemuinya secara terperinci mengenai kehidupan berkeluarga dan hubungan interaksi sosial, yang ada cuma hubungan politik dan hubungan diplomasi antara negara serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi. Silakan cari di dalam sejarah mana-mana pmemimpin atau tokoh hebat, apakah anda menemukan jawaban atas kedua tonggak tersebut? Pasti anda tidak akan menemukan suatu jawaban dan hasil yang memuaskan kecuali hanya di dalam agama Islam dan pada sejarah hidup Rasulullah saw.


Sirah Dan Hubungkaitnya Dengan Akhlak Rasulullah saw.


Rasulullah saw tidak menghabiskan waktunya dengan hidup berpoya-paoya atau berseronok-seronok dengan orang yang disayanginya atau sahabat-handainya. Sebaliknya, baginda saw menghabiskan umurnya dengan berjuang melawan para musuhnya sehingga akhir umurnya. Baginda saw bertetangga dengan yahudi dan orang-orang munafik. Para yahudi dan munafik tersebut tidak mampu untuk memfitnah Rasulullah saw. yang dapat mencela akhlaknya yang mulia dan sifat kejujurannya, bagaimanapun usaha keras yang mereka lakukan untuk hal tersebut. Penduduk Makkah memberinya gelar yang buruk dan mengganti nama baginda saw dengan nama-nama yang buruk, tetapi mereka tidak boleh melakukan fitnah atau mencela Rasulullah saw yang mampu mencela akhlaknya yang mulia, atau untuk mengotori jiwanya yang bersih, walaupun dengan menggalang usaha keras dengan mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk memusuhinya.

Allah Swt berfirman: “ Sesungguhnya, Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang Zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”.

(QS.al An’aam ayat 33).

Kelima:

Sirah Nabawiyyah mencakupi seluruh aspek kehidupan dengan jelas dan sempurna. Rasulullah saw hidup di antara sahabantya dengan 9 isteri, dan memerintahkan yang hadir untuk menyampaikan kepada yang tidak hadir. Baginda saw bersabda: “ sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat”. (HR. Bukhary, 3274).

Baginda saw tidak melakukan perjalanan sendirian atau menjauh diri dari orang ramai. Para sahabat saling tolong menolong untuk mengambil segala sesuatu dari baginda saw, bahkan beberapa orang dari mereka mengkhususkan diri untuk hal tersebut dengan sentiasa berada di dekat baginda saw seperti Ahlu suffah.

Mereka mencontohi cara berdiri Rasulullah saw, cara duduknya, bagaimana baginda saw tidur, gerak-geriknya, senyumnya, ketawanya, bagaimana cara baginda saw mandi dan wudhunya, bagaimana cara baginda saw makan dan minum dan makanan apa yang baginda saw sukai. Mereka juga menggambarkan tubuh Rasulullah saw yang paling indah sehingga seakan-akan anda melihatnya sehingga mereka menghitung jumlah uban di kepala Rasulullah saw dan di janggutnya.

Inilah sekilas pandang mengenai sejarah hidup Rasulullah saw yang membuat kita kagum mengenai kesempurnaan sejarah hidup baginda saw dan ketelitian para ahli sejarah di dalam menukilkan hal tersebut.

Keenam:

Secara umum sejarah Rasulullah saw tidak melampaui kemampuan manusia biasa. Sejarah hidup baginda saw tidak bersandar kepada hal-hal yang di luar kebiasaan manusia biasa, atau pasal-pasalnya terdiri dari mukjizat-mukjizat yang berada di luar kemampuan manusia biasa sahaja. Bahkan mudah untuk mengenalnya dan mengaplikasikannya serta meneladaninya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan