Khamis, 2 Februari 2012

Tahzib Sirah Nabawiyyah - al Imam an Nawawi ( 4 ).

Mu’jizat.

Rasulullah saw memiliki terlalu banyak mu’jizat dan petanda kenabian yang jelas nyata sehingga sampai beribu dan semuanya masyhur. Mu’jizat ini juga semakin banyak dan bertambah ( dengan berlakunya apa yang diberitakan atau dijanjikan Nabi saw ).

1. al Quran, satu mu’jizat yang nyata, hujah yang kukuh, tidak dimasuki sebarang kebatilan dari depan mahupun belakang, anugerah penurunan dari tuhan yang maha bijaksana lagi terpuji. Ia telah terbukti mendatangkan kelemahan kepada para sasterawan arab di zaman puncak seni satera mereka sehingga tiada terdaya untuk mendatangkan surah seumpamanya, sekalipun setelah meminta bantuan dari semua makhluk.

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Maksudnya: “ Katakanlah jika bersepakat manusia dan jin untuk mendatangkan seumpama al Quran, mereka tidak mampu membawa datang seumpanya walaupun sebahagian mereka saling membantu sesame mereka. “ Surah al Isra’ : 88.

Demikianlah al Quran terus mencabar mereka walaupun mereka berhimpun, berkamhiran tinggi dalam sastera dan kuat permusuhan mereka dengan al Quran.

Mu’jizat selain al Quran, terlalu banyak untuk dihintung seperti;

2. Terbelahnya bulan.

3. Mengalir keluar air dari celah jarinya.

4. Bertambah banyaknya air dan makanan.

5. Bertasihnya makanan.

6. Menangisnya pelepah tamar.

7. Batu memberi salam.

8. Kaki kambing yang diracun bercakap.

9. Pokok berjalan ke arah Nabi saw.

10. Dua pokok yang berjauhan tiba-tiba berdekatan dan kemudian berjauhan semula.

11. Kambing biri-biri yang sudah tidak hamil tiba-tiba mengeluarkan susu dengan banyaknya.

12. Baginda saw mengembalikan mata Qatadah bin annu’man ke tempatnya setelah tecabut dalam gengaman tangannya.

13. Baginda saw meludah di mata Ali ra yang sakit maka sembuh serta merta.

14. Baginda saw menggosok kaki Abdullah bin ‘Atik maka sembuh ketika itu juga.

15. Dalam perang Badar, Nabi saw menunjukkan tempat rebah terbunuhnya tentera musuh dan ia sungguh berlaku tanpa berganjak sedikit pun dari tempat yang ditentukan nabi saw.

16. Baginda saw memberitakan bahawa baginda saw sendiri akan membunuh Ubai bin Khalaf.

17. Nabi saw juga memberitakan sebahagian kaumnya yang akan keluar berjihad melalui lautan ( pasukan tentera laut ) yang mana Ummu Haram adalah salah seorang mereka, maka demikianlah benar-benar terjadi.

18. Nabi saw memberita berita gembira bahawa umatnya akan tersebar ke seluruh pelusuk timur dan barat.

19. Harta kekayaan di khazanah istana Kisra akan digunakan oleh umatnya sebagai infaq di jalan Allah,

20. Baginda saw bimbang dengan umatnya yang akan terdedah kepada kemewahan dunia,

21. Khazanah Rum dan Parsi akan menjadi milik umat Islam.

22. Suraqah bin Malik akan dipakaikan dengan gelang Kisra.

23. Cucunya, al Hasan bin Ali ra akan mendamaikan di antara dua kumpulan besar di kalangan kaum muslimin.

24. Saad bin Abi Waqqas pula akan akan hidup sehingga sebahagian mendapat manfaat darinya dan sebahagian lain pula terganggu.

25. Kematian an-Najashi dimaklumlkan baginda saw pada hari itu juga sedangkan beliau mati di Habshah.

26. Berita kematian al Aswad al ‘Anasi dimaklumkan pada malam dia dibunuh sedang dia di Yaman.

27. Bangsa Turki yang mata mereka kecil, hidung mereka kecil, pendek dan lurus.

28. Berita akan dibukanya Yaman, Sham dan Iraq.

29. Makluman bahawa kaum muslimin akan membentuk tiga pasukan perang; di Sham, di Yaman dan Iraq.

30. Kaum muslimin akan membuka Mesir, di suatu daerah yang dinamakan al Qeerat. Mereka diberi pesanan oleh Nabi saw supaya melayan baik mereka kerana mereka ada tanggungjawab tanggungan ( jaminan ) dan tali persaudaraan.

31. Juga berita kedatangan Uwais al Qarni bersama rombongan penduduk Yaman bertemu para sahabat ra. Dia ada penyakit kusta kemudian pulih kecuali sebesar duit dirham. Dia juga datang sekali lagi di zaman Umar ra.

32. Seterusnya berita sekumpulan umatnya akan berkekalan di atas kebenaran.

33. Manusia semakin ramai tetapi Ansar semakin sedikit.

34. Manusia akan terus bertanya sehingga mereka bertanya : “ Allah ini pencipta segala sesuatu, siapa pula yang mencipta Allah ? “.

35. Ruwaifi’ Bin Thabit akan hidup panjang.

36. ‘Ammar Bin Yasir akan dibunuh oleh sekumpulan pelampau ( penceroboh ).

37. Umat ini akan berpecah belah dan berlaku peperangan sesama mereka.

38. Keluarnya api dari bumi Hijaz.

Contoh mu’jizat Nabi saw terlalu banyak. Semuanya berlaku sepertimana yang diberitahu Rasulullah saw secara jelas nyata. Seperti sabdanya kepada Thabit bin Qais: “ Kamu akan hidup terpuji dan mati sabgai seorang syahid “ . Maka hiduplah dia sebagai seorang yang disanjung terpuji dan dia terbunuh syahid di medan Yamamah. Kepada Uthman bin Affan ra baginda bersabda “ Bala yang memeritkan bakal menimpanya “. Kepada seorang yang berjuang sengit di medan perang, tiba-tiba Nabi saw bersabda: “ Dia ini ahli neraka.” Dia ini didapati membunuh diri sendiri.

Apabila Wabishah bin Maabad ra datang ingin bertanyakan tentang kebajikan dan kerja dosa, tiba-tiba Nabi saw bertanya kepadanya: Adakah datang kerana ingin bertanyakan tentang kebajikan dan kerja dosa?. Nabi saw pernah mengarahkan Ali, az Zubair dan al Miqdad: “ Pergilah kamu semua ke Raudhah Khah, di sana ada seorang perempuan di dalam kotak di atas binatang tungangan kerana dia membawa sepucuk surat”. Mereka benar-benar menemui perempuan sebegitu, cuma dia menafikan bersamanya surat sehingga dia dipaksa dan akhirnya mengeluarkannya dari ikatan rambutnya.

Nabi saw pernah memberitahu Abu Hurairah ra ketika syaitan datang mencuri tamar : “ Dia pasti akan kembali “. Dia benar-benar datang kembali. Pernah juga dia memberitahu isteri-isterinya: “ Yang mana tangannya lebih panjang ( suka bersedekah dan berkebajikan ) , dialah yang paling cepat mengikutiku ( selepas kewafatanku ) ”. Maka demikian terjadi. (berlaku kepada Zainab Binti Jahsy ). Begitu juga sabda saw kepada Abdullah bi Salam : Engkau tetap di dalam Islam sehingga mati ”.

Baginda saw berdoa untuk Anas supaya banyak hartanya, ramai anaknya dan panjang umurnya. Demikianlah terjadi apabila Anas berumur lebih 100 tahun, menjadi ansar terkaya, anak lelakinya yang sudah di kuburan sebelum kedatangan al Hajjaj ialah 120 orang tidak termasuk yang lain lagi seperti yang direkodkan oleh Imam al Bukhari dan lainnya. Nabi saw juga berdoa supaya Allah menguatkan Islam melalui Umar bin al Khattab atau Abu Jahal. Maka Allah swt memperteguhkan agama Islam melalui Umar ra.

Nabi saw berdoa ke Suarqah Bin Malik, maka kudanya terpelusuk ke dalam tanah yang keras ( bukan tempat lembut berpasir ) dan kaki-kakinya tengelam di dalam tanah sehingga dia memohon supaya diberi aman dan agar Nabi saw berdoa untuk kebaikannya. Nabi Saw juga pernah berdoa untuk Ali ra supaya dia tidak terasa panas dan sejuk, maka dia tidak merasa kepanasan atau kesejukan. Juga baginda saw berdoa untuk Huzaifah ra agar tidak kesejukan di malam dia diutus merisik berita tentera al Ahzab, maka dia tidak kesejukan sehingga selamat pulang. Baginda saw berdoa supaya Abdullah Bin Abbas menjadi seorang yang faqih dalam agama, maka demikian akhirnya dia menjadi seorang yang faqih.

Nabi saw berdoa supaya Utbah Bin Abu Jahal dihukum Allah dengan serangan anjingnya, maka dia terbunuh dimakan singa di al Zarqa’. Nabi saw berdoa supaya diturunkan hujan ketika penduduk Mekah meminta demikian, sedangkan ketika itu tidak ada sedikitpun awan di langit, maka turunlah hujan sehingga ke jumaat seterusnya. Mereka pula datang supaya dihentikan maka sekali lagi Nabi saw berdoa sehingga mereka boleh berjalan di bawah terik matahari. Baginda bedoa agar diberkati untuk Abu Talhah dan Ummu Sulaim pada malam keduanya maka demikianlah terjadi. Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan Abdullah. Abdullah ada Sembilan anak lelaki kesemuanya ulama’.

Baginda saw juga berdoa supaya islamnya ibu Abu Hurairah. Apabila Abu Hurairah pulang ke rumah, dia dapati ibunya telah mandi dan menganut Islam. Pernah baginda saw berdoa agar dipanjangkan umur Ummi Qais Binti Mihshan adik beradik Ukashah sehingga dikatakan : “ kami tidak pernah tahu seorang perempuan yang dipanjangkan umur seperti umur Ummu Qais sebagaimana diriwayatkan oleh Imam an Nasaie dalam bab memandikan mayat.

Nabi saw melontar segenggam tanah ke arah tentera kuffar di dalam peperangan Hunain sambil bersabda : “ Buruklah wajah-wajah ( kuffar )”. Maka Allah kalahkan tentera kuffar dengan mata mereka dipenuhi tanah. Sebagaimana yang pernah berlaku ketika Nabi saw boleh keluar dari rumah dengan selamatnya sedangkan lebih 100 orang kafir Quraish menunggu untuk melakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Nabi saw meletak tanah di atas kepala mereka dan berlalu tanpa mereka melihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan