Kuda, Binatang Kenderaan dan Senjata.
Nabi saw memiliki beberapa ekor kuda. Kuda pertama Nabi saw ialah as Sakb, seekor kuda yang ada bulu putih di dahi dan tiga kaki kecuali kaki depan kanannya. Iaitu kuda pertama yang digunakan baginda saw untuk berperang. Kuda lain bernama Sabhah yang pernah digunakan untuk berlumba dan terbukti ia mendahului. Juga seekor kuda yang bernama al Murtajiz yang dibeli dari seorang badawi yang diberi perakuan oleh Khuzaimah Bin Thabit.
Sahl Bin Sa’ad ra berkata: Nabi saw memiliki 3 kuda; Lizaz, al Zhorib dan al Luhaif atau al Nuhaif. Lizaz adalah hadiah dari al Muqaiqis, al Luhaif adalah hadiah dari Rabi’ah Bin Abi al Bara’ dan al Zhorib adalah hadiah dari Farwah Bin ‘Amr al Juzami.
Baginda saw juga memiliki seekor kuda yang dinamakan al Ward yang dihadiahkan oleh Tamim al Dariy, kemudiannya Nabi saw menghadiahkannya kepada Umar ra, kemudian diberi Umar kepada seorang lelaki, kemudian didapati ia dijual.
Baginda saw ada memiliki seekor baghal ( kacukan kuda dan keldai ) bernama Doldol, ditunggangnya semasa bermusafir. Baghal ini masih hidup selepas wafat Nabi saw sehingga umur tua dan tiada gigi lagi sehinggakan bijirin gandum makanannya terpaksa dikisar dan akhirnya mati di Yanbu’. Diriwayatkan did ala Tarikh Dimashq bahawa dia masih hidup sehingga di zaman khilafah Ali yang menunggangnya ketika beliau memerangi khawarij.
Unta baginda saw pula bernama al ‘adhba’ yang juga dinamakan al Jada’ dan al Qaswa’. Muhammad Bin Ibrahim al Taimiy dan lainnya berpendapat bahawa ianya adalah tiga nama bagi unta yang sama. Ada juga pendapat menyebut ia adalah tiga unta berlainan. Baginda saw juga memiliki seekor keldai bernama ‘Ufair yang mati ketika haji selamat tinggal. Pernah dalam satu masa Rasulullah saw memiliki 20 ekor unta bersusu dan 100 ekor kambing biri-biri.
Senjatanya pula ialah 3 tombak, 3 pemanah, 3 pedang antaranya Zul Faqar yang diambil dari rampasan perang peperangan Badar. Ia jugalah pedang yang dilihat di dalamnya sebelum peperangan Uhud.[1] Antara Senjatanya juga ialah 2 besi baju besi dan penyangga, anak panah keras dari kayu, bendera hitam segi empat dari kulit harimau betina dan satu bendera kecil berwarna putih. Ada pula berkata warnanya hitam.
[1] Nabi saw melihat di dalam mimpinya bahawa baginda saw menghayung pedang Zulfaqar lalu terputus dadanya. Mimpi ini ditafsirkan dengan gugur syahidnya para sahabat baginda saw dalam peperangan Uhud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan