Allah swt yang menyuruh kita bersabar sebenarnya telah menyediakan jalan yang membawa kita boleh memiliki sifat sabar. Demikianlah peraturan alam yang menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya. Jika diambil ubat yang betul dengan cara yang betul, pasti kita menemui penawarnya.
Sabar, sekalipun berat untuk ditanggung jiwa namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Rawatan Islamnya seperti biasa adalah gabungan ilmu dan amal. Asas ilmu dalam hal ini iaitu menyedari bahawa setiap yang disuruh Allah swt itu pasti ada kebaikan, manfaat, kesempurnaan dan kebahagian. Perkara yang dilarang pula pasti ada kejahatan, mudarat dan kekurangan. Asas ilmu ini cukup efektif dalam rawatan ini terutama jika disokong oleh semangat tinggi, keazaman jitu dan jati diri harga kemanusiaan yang mulia.
Hakikat sabar adalah “ kejayaan kehendak akal dan agama mengalahkan kehendak hawa nafsu.”
Maka memiliki sifat sabar bermula dengan mengekang kekuasaan dan kerakusan hawa nafsu. Berikut beberapa langkah berkesan ke arah itu;
1. Mengurangkan kadar pengambilan makanan atau terus berpuasa.
2. Mengawal pandangan mata dari perkara haram dan syahwat.
3. Menjauhi hiburan haram sebaiknya hiburkanlah diri dengan perkara halal.
4. Memikirkan kerosakan dunia dari melepaskan kemarahan tanpa sabar.
5. Membayangkan buruknya rupa melayan kehendak jahat tanpa kekangan sabar ini.
Langkah seterusnya ialah memperteguhkan penguasaan akal dan agama di dalam diri.
Berikut langkah-langkahnya;
1- Mengagungkan Allh swt yang sentiasa melihat, mendengar dan memerhati tingkah laku kita.
2- Kasihkan Allah swt yang dibuktikan dengan mematuhi dan menjunjung mulia segala perintahnya.
3- Mengenang nikmat dan ihsan Allah yang patut disyukuri.
4- Beringat dengan murka dan hukuman Allah swt yang tidak terdaya untuk ditahan.
5- Ingatkan penyesalan yang bakal menimpa dengan sebab maksiat iaitu kehilangan dan kerugiang terlepasnya kebaikan dunia dan akhirat.
6- Sedarilah bahawa mengalahkan syaitan dan menundukkan hawa nafsu adalah suatu kemanisan dan keseronokan yang luar biasa.
7- Kenanglah gantian yang dijanjikan Allah swt dengan sebab meninggalkan maksiat. Allah swt bakal gantikan maksiat yang ditinggal dengan kelazatan yang jauh lebih hebat.
8- Carilah kelebihan dan keistimewaan untuk bersama Allah swt yang disebut dalam firmanNya;
â ¨bÎ) ©!$# yìtB šúïÎŽÉ9»¢Á9$# á [الأنفال: 46]
“Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang bersabar ”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan