Sabtu, 27 Februari 2010

Ibadah Nabi صلى الله عليه وسلم


Nabi r banyak melakukan ibadah, samada solat, puasa, zikir, doa, dan berbagai macam ibadah lainnya. Apabila baginda r beramal, baginda memeliharanya dan melazimi secara berterusan. Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata: " Apabila Rasulullah r ketinggalan solat malam kerana sakit atau kerana sebab yang lainnya, baginda solat di siang harinya sebanyak dua belas rakaat. (HR. Muslim).

Nabi r tidak pernah meninggalkan solat malam, dan baginda r melaksanakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kakinya. Maka tatkala hal itu ditanyakan kepadanya, baginda r bersabda:

أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُوْنَ عَبْدًا شَكُوْرًا

"Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?' (Muttafaqun 'alaih).

Dari Huzaifah bin al-Yaman t, dia berkata:

صلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ r ذَاتَ ليلةٍ ، فافتتَحَ البقرَةَ، فقلْتُ: يرْكَعُ عِنْد المائةِ. ثُمَّ مَضَى. فقلْتُ: يُصلِّي بِها في ركْعَةٍ، فمضَى ، ثم افتتَح النِّسَاء فقرَأَها، ثُمَّ افتَتح آلَ عِمْرَانَ فقرأَهَا، يَقْرأُ مُتَرسِّلاً[1]؛ إِذا مرَّ بآيةٍ فِيها تسبيحٌ سبَّح، وَإِذَا مرَّ بسؤالٍ سَألَ، وَإِذَا مرَّ بتعوُّذٍ تعوَّذَ، ثُمَّ ركعَ فجعَل يقولُ: "سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ" فَكان رُكوعُه نَحوًا مِنْ قِيامِه ، ثُمَّ قال: "سَمِعَ اللهُ لِـمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا لَكَ الـحَمْدُ" ، ثُمَّ قامَ قِيامًا طَوِيلاً قَرِيبًا مما رَكَعَ ، ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ: "سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى" فَكَانَ سُجودُه قَريبًا مِنْ قِيامِهِ" [رواهُ مسْلِم].

" Pada suatu hari, aku solat bersama Nabi r. Maka baginda memulai dengan membaca surah al-Baqarah. Aku berkata: Baginda ruku' setelah seratus ayat. Kemudian baginda meneruskan. Maka aku berkata: Baginda solat dengannya dalam satu rakaat. Kemudian baginda meneruskan, kemudian memulai surah an-Nisaa`, lalu terus membacanya. Kemudian baginda r memulai surah Ali Imran, maka baginda membacanya. Baginda membacanya secara perlahan lagi penuh tartil. Apabila melewati ayat yang mengandung tasbih, baginda membaca tasbih. Apabila melewati ayat permintaan, baginda meminta. Apabila melewat ayat perlindungan, baginda mohon berlindung. Kemudian baginda ruku', sambil membaca: " Maha suci tuhanku Yang Maha Agung." Maka ruku'nya seperti berdirinya. Kemudian dia r membaca: " Allah I mendengar orang yang memujinya, wahai tuhan kami, hanya bagiMu lah pujian." Kemudian dia berdiri yang lama, hampir seperti ruku'nya. Kemudian dia r sujud dan membaca: "Maha suci tuhanku Yang Maha Tinggi." Maka sujudnya hampir sama dengan berdirinya.' HR. Muslim.

Nabi r selalu memelihara solat sunnah sepuluh rakaat saat jika tidak bermusafir, iaitu ; dua rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah magrib, dua rakaat setelah isya' di rumahnya, dan dua rakaat sebelum solat fajar.

Baginda sangat menjaga solat sunnah fajar melebihi semua solat sunat yang lainnya. Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat ini dan juga solat witir. Tidak pernah meninggalkannya samada ketika musafir atau bermukim. Tiada riwayat bahawa baginda r melaksanakan sunnah rawatib selainnya.

Kadang-kadang baginda r melaksanakan empat rakaat sebelum zuhur, dan baginda juga pernah berdiri satu malam membaca satu ayat dan mengulang-ulanginya hingga subuh.

Baginda selalu menjaga puasa hari Isnin dan Khamis. (HR. at-Tirmidzi dan dia menghukumkannya hasan).

Baginda saw bersabda:

"تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الإِثْنَيْنِ وَالْـخَمِيسِ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعَرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ" [رَواه الترمذِيُّ وحسَّنه].

"Amal ibadah dibentangkan di hari Isnin dan Khamis, maka aku ingin dibentangkan amal ibadahku ketika aku sedang puasa.' (HR at-Tirmidzi dan ia menghasankannya).

Nabi r berpuasa tiga hari setiap bulan. Dari Mu'adzah al-'Adawiyah, sesungguhnya ia bertanya kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anha: 'Apakah Rasulullah r puasa tiga hari setiap bulan? Ia menjawab, 'Ya.' Ia bertanya, 'Baginda puasa pada bulan apa? Ia menjawab, 'Baginda tidak perduli di bulan apapun tetap berpuasa (tiga hari).' (HR. Muslim).

Dari Ibnu Abbas t, ia berkata:

"كَانَ رَسُولُ اللهِ r لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ البِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ" [رَواهُ النِّسائِيُّ وحسَّنه النوويُّ].

'Rasulullah r tidak berbuka di hari-hari putih, ketika musafir atau tidak." HR. an-Nasa`i dan dihasankan oleh an-Nawawi.

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata: " Rasulullah r tidak pernah puasa yang lebih banyak dari pada puasa di bulan Sya'ban. Sesungguhnya puasa di bulan Sya'ban semuanya." Dalam satu riwayat: "Baginda puasa bulan Sya'ban kecuali sedikit."

Adapun ibadah zikir, sesungguhnya lisan Rasulullah r tidak pernah putus dari zikir kepada Allah I. Baginda selalu berzikir kepada Allah I setiap saat. Apabila berpaling dari solatnya, baginda istighfar sebanyak tiga kali dan membaca:

اللهُمَّ أَنْتَ السَّلامُ وَمِنْكَ السَّلامُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ" [رَوَاهُ مُسْلِم].

"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemberi Keselamatan, darimu datangnya keselamatan, Maha tinggi Engkau wahai Yang memiliki keagungan dan memberikan kemuliaan." (HR. Muslim).

Apabila selesai solat dan sudah memberi salam, baginda membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الملْكُ، وَلَهُ الـحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِـمَا أَعْطَيْتَ ، وَلَا مُعْطِيَ لما مَنَعْتَ ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].

"Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah I, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak da yang berkuasa mencegah bagi sesuatu yang Engkau berikan, dan tidak ada yang berkuasa memberi bagi sesuatu yang engkau halangi, dan orang yang kaya tidak boleh memberikan manfaat kepada yang mempunyai kekayaan dari-Mu.'

Nabi r membaca di dalam ruku' dan sujudnya:

"سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الملَائِكَةِ وَالرُّوحِ" [رَوَاهُ مسْلِم].

"Yang Maha Suci, Rabb para malaikat dan ruh (Jibril u)." HR. Muslim.

Dari Anas t, dia berkata: " Kebanyakan doa Nabi r adalah:

"اللهُمَّ آتِنا فِي الدُّنيَا حَسَنةً, وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ" [متفقٌ علَيْه].

"Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksaan neraka." Muttafaqun 'alaih.

Nabi r memperbanyak istighfar (meminta ampun). Dari Ibnu Umar t, dia berkata: " Kami menghitung bagi Rasulullah r dalam satu majlis sejumlah seratus kali ucapan:

"رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَليَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ"

"Wahai tuhan, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi dan ia berkata: "Hasan Shahih."

Baginda r melarang sifat ghuluw (berlebihan) dan memberi ingatan dari memaksakan diri dalam ibadah, baginda bersabda:

عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيْقُوْنَ ، فَوَاللهِ لاَيَمَلُّ اللهُُ حَتَّى تَمَلُّوا، وَكَانَ أَحَبُّ الدِّيْنِ إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

"Lakukanlah amalan sekadar batas kemampuanmu. Demi Allah, Allah I tidak pernah bosan (dalam menerima dan memberi pahala) sebaliknya kamulah yang akan merasa bosan (dalam ibadah). Agama yang paling disukai kepada-Nya adalah yang dilakukan secara berterusan oleh pelakunya." Muttafaqun 'alaih.

[1] مترسلاً: مرتلاً متمهلاً.

Jumaat, 26 Februari 2010

Nabi saw dan Keharmonian Rumahtangga


Nafkah.

Nabi r mendorong para suami agar memberikan nafkah yang sempurna terhadap isteri mereka. Nabi r bersabda:

إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا، حَتَّى مَا تَجْعَلُهُ فِي فِيّ امْرَأَتِكَ" [متفقٌ عليْهِ].

"Sesungguhnya engkau tidak memberikan nafkah yang engkau mengharapkan ridha Allah I dengannya, melainkan engkau diberikan pahala atasnya, sehingga apapun yang engkau berikan di perut istrimu." (Muttafaqun 'alaih).

Bahkan Nabi r meletakkan nafkah terhadap keluarga merupakan nafkah paling utama yang dikeluarkan seseorang. Nabi r bersabda:

أَفْضَلُ دِيْنَارٍ: دِيْنَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى عِيَالِهِ

"Dinar (wang) yang paling utama adalah: dinar yang dibelanjakan seseorang untuk keluarganya." (HR. Muslim).

Dan Nabi r bersabda:

إِنًّ الرَّجُلَ إِذَا سَقَى امْرَأَتَهُ مِنَ الْمَاءِ أُجِرَ

"Sesungguhnya apabila seseorang memberi minuman kepada isterinya nescaya dia diberi pahala." HR. Ahmad dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani.

al-'Irbadh bin Sariyah t apabila mendengar hadith ini, dia segera mencari air, kemudian datang kepada isterinya dan memberinya minum, dan dia menceritakan kepadanya tentang hadith yang telah didengarinya dari Rasulullah r.

Demikianlah Rasulullah r mengajarkan kepada para sahabatnya supaya berbuat baik kepada wanita (isteri), mencurah cinta dan kasih sayang kepada mereka, menyalurkankan segala bentuk kebaikan dan memberikan nafkah kepada mereka dengan sempurna.

Pergaulan.

Nabi r menyatakan bahawa baik dalam pergaulan bersama isteri adalah bukti kebijaksanaan seorang lelaki dan kemuliaan sifatnya. Nabi r bersabda:

خِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik darimu terhadap isterinya." (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi).

Nabi r melarang laki-laki memarahi isterinya atau membencinya. Nabi r bersabda:

لاَيَفْرَكُ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً, إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

"Janganlah mukmin lelaki marah terhadap mukmin perempuan, jika dia membenci darinya satu budi pekerti, dia senang darinya sifat yang lain." HR. Muslim.

Demikianlah Nabi r menyuruh lelaki agar mencari faktor positif dan akhlak terpuji pada perempuan dan melupakan kesalahan dan sisi negatif, kerana sesungguhnya mencari-cari akhlak tidak baik dan terlalu memberi perhatian yang berlebihan terhadap posisi negatif hanya mengundang kebencian di antara pasangan suami isteri.

Nabi r juga melarang memukul wanita, baginda saw bersabda:

لاَتَضْرِبُوْا إِمَاءَ اللهِ

"Janganlah kamu memukul hamba-hamba perempuan Allah (kaum wanita)."HR. Abu Daud.

Justeru baginda r juga memberi amaran dan ancaman kepada orang yang menyakiti wanita, baginda saw bersabda:

اللهُمَّ إِنِّي أُحَرِّجُ حَقَّ الضَّعِيفَيْنِ: الْيَتِيْمِ وَالمرْأَةِ" [رَواه أَحْمدُ وابْن مَاجهْ]

"Ya Allah, sesungguhnya aku merasa berdosa terhadap hak dua yang lemah: anak yatim dan wanita." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Maksudnya adalah bahawa orang yang berbuat zalim terhadap dua golongan yang lemah ini, nescaya Allah I menghukumnya kerana mustajabnya pengaduan nabi saw di atas. Dia dianggap berdosa dan bakal berhadapan hukuman di dunia dan akhirat.

Menjaga Maruah.

Nabi r melarang laki-laki membuka rahsia para isteri, sebagaimana para isteri dilarang menyebarkan rahsia suami mereka. Nabi r bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلُ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

"Sesungguhnya manusia paling jahat di sisi Allah I di hari kiamat adalah laki-laki yang membuka rahasia kepada isterinya dan ia (isetri) membuka rahasia kepadanya, kemudian dia (suami) menyebarkan/membuka rahsianya." (HR. Muslim).

Di antara sifat Nabi r memuliakan wanita bahwa baginda r melarang para suami dari berburuk sangka terhadap para isteri dan mencari-cari kesalahan mereka. Dari Jabir t, ia berkata,

نَهَى رَسُولُ اللهِ r أَنْ يَطْرُقَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ لَيْلاً؛ يَتَخَوَّنُهُمْ، أَوْ يَلْتَمِسُ عَثَرَاتِهِمْ" [مُتفق عليه].

'Rasulullah r melarang lelaki mengetuk pintu rumah isteri di malam hari, mengintai atau mencari kesalahan mereka.' Muttafaqun 'alaih.

Menyantuni Isteri

Adapun budi pekerti Rasulullah r bersama isteri-isterinya, sungguh merupakan puncak sifat lemah lembut dan kasih sayang. Dari al-Aswad, dia berkata: " Aku bertanya kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anha, Apakah yang diperbuat Rasulullah r terhadap keluarganya?" Dia menjawab:

كَانَ فِي مِهنةِ أَهلِه – أَيْ يُساعِدُها فِي مِهنَتِها – فَإِذَا حَضرتِ الصَّلاةُ, قَامَ إِلى الصَّلاةِ [رواه البخاري].

'Baginda saw membantu pekerjaan isterinya, maka apabila telah tiba waktu shalat, baginda berdiri menuju shalat.' HR. Al-Bukhari.

Nabi r menyenangkan isteri-isterinya dengan lembut dan manis baginda saw dalam berbicara terhadap mereka dengan kata-kata sejuk yang menyenangkan hati.

Di antaranya adalah sabda Nabi r kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anha:

"Sesungguhnya aku mengetahui marah dan tenangnya engkau." Dia bertanya: " Bagaimana engkau mengetahui hal itu, wahai Rasulullah r? Baginda saw menjawab: " Sesungguhnya apabila engkau senang, engkau berkata: " Bahkan demi tuhan Muhammad. Dan jika engkau marah, engkau berkata: " Tidak, demi tuhan Ibrahim." Maka 'Aishah berkata: " Benar, demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan kecuali namamu." (Muttafaqun 'alaih). Maksudnya, sesungguhnya cinta kepadamu di dalam hatiku selalu, tidak pernah berubah.


Menariknya, Nabi
r tidak pernah melupakan isteri pertamanya Khadijah radhiyallahu 'anha hingga setelah kematiannya. Dari Anas t, ia berkata: " Apabila Rasulullah r diberi hadiah, beliau bersabda:

اذْهَبُوا بِهَا إِلَى فُلَانَةٍ، فَإِنَّها كَانَتْ صَدِيقَةً لخَدِيجَةَ" [رَواهُ الطَّبرانيُّ]

"Bawalah hadiah ini kepada fulanah ( si anu ), sesungguhnya dia adalah teman Khadijah." (HR. Ath-Thabrani).

Maka inilah penghormatan Nabi r kepada kaum wanita. Maka di manakah pula kamu dari akhlak-akhlak mulia ini, wahai para penyeru kebebasan wanita ?!