Isnin, 11 Jun 2012

Mesej Dakwah Islam Dari Medan Fahl



Al Azdiy mencatatkan bahawa Rom mengutuskan kepada Abu Ubaidah ra sebelum peperangan Fahl supaya dia menghantar kepada mereka seorang yang berwibawa untuk mereka berbincang dengannya. Abu Ubaidah menghantar Muaz ibn Jabal ra. Muaz datang dengan kudanya dan kemudiannya berjalan menuju ke arah mereka.

Tiba-tiba dia mendapati pemimpin-pemimpin Rom duduk di atas permaidani, tilam dan bantal. Apabila menghampiri mereka di berdiri. Ada seorang berkata: Serahkah tungganganmu aku tolong memegangnya. Hampiri pembesar-pembesar dan duduk di majlis mereka. Mereka tidak suka bercakap dengan kamu sambil duduk sedang engkau berdiri. Duduklah bersama mereka.

Muaz berkata kepada penterjemahnya: Nabi kami perintahkan agar tidak berdiri untuk sesiapa di kalangan makhluk Allah. Berdiri kami hanyalah untuk Allah swt ketika solat, ibadat dan berdoa kepadanya. Berdiri aku ini bukannya untuk kamu. Tapi aku berdiri kerana merasa tudak selesa untuk berjalan di hamparan permaidani ini dan duduk di atas bantal yang kamu menikmatinya di atas kesusahan rakyat kamu yang lemah dan penganut agama kamu.

Sebenarnya ia hanya perhiasan dunia dan tipudayanya. Allah swt telah memperlekehkan dunia ini dan menghinanya. Dia melarang dari melampau dan membazir. Maka aku duduk di sini di atas tanah. Kamu cakaplah tentang hajat kamu dari sana. Penterjemah beoleh menjalankan tugasnya antara aku dan kamu. Hendaklah dia memberi faham kepadaku apa yang kamu cakapkan dan fahamkan kamu apa yang aku cakapkan.

Mereka memberitahu penterjemah : Katakan kepadanya sila beritahu kami apa yang kamu mahukan ? Kepada apakah seruan kamu?

Muaz ra menjawab: Sebenarnya perkara pertama yang aku ajakkan kamu ialah kepada Allah swt dengan beriman kepadanya semata-mata, kepada Muhammad saw, sembahyang dengan sembahyang kami, mengadap kiblat kami, bersunnah dengan sunnah kami, memecahkan salib, menjauhi minum arak, makan daging babi.

Jika kamu setuju maka kami sebahagian dari kami dan kami sebahagian dari kamu. Kamu adalah keluarga kami dalam agama. Hak kamu seperti hak kami dan tanggungjawab kamu sama seperti tanggungjawab kami. Jika kamu enggan, maka serahkan jizyah kepada kami setiap tahun dengan kamu tunduk patuh dan kamilah yang menahan kamu dari sebarang gangguan.

Jika kamu tidak boleh menerima dua perkara ini, maka tidak ada sebarang benda dari ciptaan tuhan yang 
kami boleh menerimanya dari kamu. Silalah bertarung secara terbuka dengan kami sehingga Allah membuat keputusannya sesame kita dan dialah sebaik-baik pembuat keputusan.

Apabila Muaz selesai dari bicaranya, mereka berkata : Nampaknya hubungan antara kita ini semakin berjauhan. Ada satu perkara sahaja berbaki yang jika kamu menerimanya maka itulah yang lebih baik untuk kamu dan jika kamu menolaknya maka ia amat buruk untuk kamu. 

Kami serahkan kepada kamu al Balqa' dan semua daerah bersepadanan dengan kamu di kawasan subur Jordan dan sila jauhi dari semua tanah dan bandar kami. Kamu sepatutnya memerangi kerajaan Parsi dan kami bersama dengan kamu memberi bantuan sehingga kamu mengalahkan mereka dan kamu menang melawan mereka.

Muaz menjawab: apa yang kamu tawarkan ini dan kamu memberinya keseluruhannya ke tangan kami, dan jika sekali pun kamu serah semua yang di tangan kamu yang belum kami kuasai dengan kamu menyekat salah satu dari tiga perkara ini ".

Mereka sangat  marah ketika itu dan berkata: Kami mahu mendekati kamu sebaliknya kamu pula menjauhi kami. Pulang kepada kawan-kawan kamu. Demi Allah kami berharap untuk memecahkan kamu di bukit esok.

Muaz menjawab : Adapun bukit maka tidak. Tetapi demi Allah kamu akan perangi kami sehingga ke benteng akhir kami atau kami yang menghalau kamu dari bumi kamu degan hina sedang kamu tunduk rendah.

Muaz pulang berjumpa Abu Ubaidah ra dan memaklumkan kepadanya apa yang mereka mereka perkatakan dan jawapannya kepada mereka.




[1] Peperangan Fahl berlaku pada bulan ZulHijjah tahun 13 H berakhir dengan kekalahan besar tentera Rom.

Dakwah Khalid Kepada Jarajah.




Ibnu Kathir menceritakan: Jarajah, salah seorang pembesar keluar dari barisan tenteranya dan memanggil Khalid ibn al Walid.

Khalid datang dekat dengannya sehingga berlaga tengkuk kuda kedua-duanya. 

Jarajah berkata: 

Hai Khalid ! Beritahuku dengan jujur dan jangan berbohong. Orang merdeka tidak berbohong. Jangan berdolak dalih kerana orang mulia tidak berdolak dalih dengan orang yang mempercayainya kerana Allah. Apakah Allah pernah turunkan kepada Nabinya satu pedang dari langit dan memberikannya kepadamu, maka tidak engkau hunuskan kepada sesiapa melainkan engkan akan tewaskannya.

Khalid menjawab: Tidak.

Dia bertanya : Kenapa engkau dinamaka saifullah ( pedang Allah ) ?

Khalid menjawab : 

Sebenarnya Allah mengutuskan Nabinya saw. Dialah yang berdakwah kepada kami, lalu kami melarikan diri darinya dan tidak mahu menerimanya. 

Tiba-tiba ada sebahagian kami yang mempercayainya dan mengikutnya. Sebahagian kami membohonginya dan menjauhinya. Akulah antara yang membohonginya dan menjauhinya. Tiba-tiba Allah swt mengambil hati dan akal kami sehingga kami mendapat hidayat dan kami berbaiah dengannya. 

Rasulullah saw berkata kepadaku: Engkau adalah satu pedang antara pedang-pedang Allah, Allah swt menghunusnya kepada kaum musyrikin.

Jarajah berkata: Ya Khalid ! Kepada apa kamu dakwahkan?

Dia menjawab: Kepada kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan Muhammad saw pula hamaba dan rasulnya serta bersetuju dengan apa yang dibawanya dari Allah swt.

Jarajah bertanya: Sesiapa yang tidak menerimanya ?

Dia menjawab : Dia dikenakan Jizyah dan kamilah yang mempertahankannya.

Jarajah menjawab: Jika dia tidak membayarnya?

Dia menjawab : Kami isytiharkan peperangan dan memeranginya.

Jarajah bertanya: Maka apa kedudukan orang yang menyahut dan memasuki agama ini hari ini?

Khalid menjawab : Kedudukan kita hanya sama sahaja dalam perkara yang Allah fardukan samada orang mulia atau orang bawahan, orang lama atau orang baru.

Jarajah berkata: Maka orang yang masuk ke dalam agama ini hari ini sama pahala dan habuannya dengan kamu ( yang telah lama ) ?

Khalid menjawab : Ya bahkan lebih baik.

Jarajah berkata: Bagaimana boleh menyamai kamu sedang kamu telah mendahului ?

Khalid menjawab : 

Kami menerima agama ini secara paksaan. Kami baihkan Nabi saw ketika baginda saw masih hidup. Berita langit turun dan dia beritakan perihal kitab kepada kami. Dia juga menunjukkan mu'jizat. 

Memang sepatutnya bagi orang melihat apa yang kami lihat, mendengar apa yang kami demgar untuk Islam dan berbaiah. 

Adapun kamu yang yang tidak melihat apa yang kami lihat, mendengar apa yang kami dengar tentang keajaiban dan hujah kenyataan, maka sesiapa yang masuk ke dalam agama ini dengan benar dan niat ikhlas adlah lebih baik dari kami.    

Jarajah berkata: Demi Allah ! Engkau telah berkata benar dan tidak membohongi kami.

Ketika itu Jarajah membalikkan besi penyangganya dan mendekati Khalid sambil  berkata: Ajarkan saya Islam.

Khalid membawanya ke khemahnya dan menyiramnya sebaldi air dan sembahyang bersamanya dua rakaat.

Kemudian dia keluar bersama Khalid memerangi Rom. Rom melaku satu serangan kuat sehingga tentera Islam terpaksa berundur dari kawasan mereka ke al Muhamiah.

Khalid dan Jarajah ra berperang lasak sehingga Jarajah menemui syahid. Dia hanya sempat solat dua rakaat sahaja iaitulah soalt bersama Khalid.

Sumber : al Bidayah wan Nihayah 7:13. Al Kamil 2:283. 

Membuatkan Diri Dikasihi.



Berakhlak dengan kesopanan dan kemesraan adalah menjadi kemestian buat seseorang pendakwah. Jika ianya benar-benar sempurna di dalam sebuah keperibadian, semestinya dia menjadi tarikan dan mudah diterima. Inilah keperibadian Rasulullah saw yang tersebut di dalam athar :

مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ 

"Sesiapa yang melihatnya sepintas lalu akan merasai kehebatannya. Sesiapa yang bergaul dengannya dengan mengenalinya akan mengasihinya ".

HR al Tirmizi no. 3718 – Dhaif. 

Keinginan untuk disayangi dan dikasihi bertitik tolak dari keinginan agar dakwahnya mudah diterima dan terbukanya hati manusia kepada seruannya. Sebagaimana Abu Hurairah ra yang pernah meminta dari Rasulullah saw :

 ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُحَبِّبَنِي وَأُمِّي إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ ، وَيحَبِّبَهُمْ إِلَيْنَا ، "

" Berdoalah kepada Allah agar saya dan ibu dikasihi oleh hamba-hambanya yang beriman dan juga agar mereka dikasihi oleh kami. "

Rasulullah saw berdoa :

: " اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا وَأُمَّهُ إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ ، وَحَبِّبْهُمْ إِلَيْهِمَا

" Ya Allah ! Kasihkan hambamu ini ( Abu Hurairah dan ibunya ) kepada hamba-hambamu dan jadikan mereka mengasihi hamba-hambamu yang beriman. "

Abu Hurairah ra menceritakan :

فَمَا عَلَى الأَرْضِ مُؤْمِنٌ وَلا مُؤْمِنَةٌ إِلا وَهُوَ يُحِبُّنِي وَأُحِبُهُ

Maka tiada seorang mu'min lelaki dan perempuan melainkan semua mengasihi aku dan aku mengasihinya.

HR Muslim 2491.


Di atas semangat yang sama, datangnya seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah saw sebgaimana hadith berikut  :

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ : أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ, فَقَالَ : يَا 
رَسُولَ اللَّهِ , دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ , وَأَحَبَّنِي النَّاسُ , فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ , وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ " .
Dari Sahl Ibn Sa'ad as Sa'idiy katanya : 

Datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah ! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku lakukan akan dikasihi Allah dan dikasihi oleh manusia ? "

Rasulullah saw menjawab : " Zuhudlah dalam urusan dunia kamu dikasihi Allah. Zuhudlah apa yang di tangan manusia kamu dikasihi mereka. "

HR Ibn Majah no 3310/ 4102 – Sahih.

Nabi saw menjadikan sifat kasih sayang di hati rakyat jelata terhadap pemimpin sebagai petanda kebaikan mereka. Sebaliknya sikap kebencian rakyat sebagai tanda kejahatan mereka.

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخِيَارِ أُمَرَائِكُمْ وَشِرَارِهِمْ خِيَارُهُمْ ؟ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَتَدْعُونَ لَهُمْ وَيَدْعُونَ لَكُمْ ، وَشِرَارُ أُمَرَائِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ " 

Dari Umar ibn al Khattab ra :  Sabda Rasulullah saw :
Mahukah kamu aku beritahu kamu pemimpin kamu yang terbaik dan terburuk ?
Yang terbaik adalah yang kamu menyayangi mereka dan mereka menyayangi kamu. Kamu berdoa untuk kebaikan mereka dan mereka berdoa untuk kebaikan kamu.
Pemimpin yang terburuk pula mereka yang kamu membenci mereka dan mereka pula membenci kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.

HR al Tirmizi no. 1845/2376 Sahih.

Cuma sikap ingin dikasihi ini mestilah kerana Allah supaya ianya kekal ikhlas dan dijauhi dari sifat nifaq dan mengampu. Sabda Rasulullah saw ;

مَنْ كَانَ يُحِبُّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ 

" Dan bahawa dia mengasihi seseorang yang tidaklah dia mengasihinya kecuali kerana Allah ".

HR al Bukhari

Inilah yang menjadi tanda kesempurnaan iman sebagimana hadith Nabi saw;

مَنْ أَحَبَّ للَّهِ وَأَبْغَضَ للَّهِ وَأَعْطَى للَّهِ وَمَنَعَ للَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ

" Sesiapa yang menyayangi kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, menahan kerana Allah, maka dia telah lengkapkan imannya ".

HR Abu Dawud no: 3915/ 4681.

Antara wasilah yang membawa kepada tarikan kasih manusia adalah;

1      *  Sifat kesopanan dan kesantunan.
2   *  Berwajah ceria dan baik pergaulan.
<      *  Berbuat kebajikan dan mendekati golongan bawahan dan fakir miskin.
<  *      Merendah diri dan bersikap belas kepada kaum mu'minin.
<  *      Menyelami perasaan persaudaraan dan menjiwai semangat kemanusian.



 



Khamis, 7 Jun 2012

Mesej Islam Dari Medan al Qadisiyyah.




Ibn Kathir mencatatkan:

Apabila bertembungnya dua bala tentera ( Islam pimpinan Saad ibn Abi Waqqas dan Parsi pimpinan Rustum di medah al Qadisiyyah ) Rustum mengutus utusan kepada Saad supaya dihantar kepadanya seorang yang bijak dan tahu menjawab soalannya. Saad mengirim al Mughirah ibn Syu'bah ra.

Apabila dia tiba, Rustum terus berkata kepadanya: " Kamu jiran kami. Kami telah bersikap baik kepada kamu. Kami menahan diri dari menyakitkan kamu. Pulang ke negeri kamu dan kami tidak akan menghalang kamu datang berniaga ke negeri kami."

Al Mughirah menjawab: Kami bukannya mencari dunia. Keinginan dan tuntutan kami adalah akhirat. Allah swt telah kirimkan seorang utusannya kepada kami dengan membawa pesanan : " Aku serahkan kepada kumpulan ini untuk menguasai setiap orang yang tidak beragama dengan agamaku dan aku menghukum mereka melalui kumpulan ini. Aku tetap memberi jaminan bahawa kemenangan menjadi milik mereka selama mana mereka berikrar dengan perkara ini. Ia adalah agama kebenaran. Tidaklah membencinya kecuali dia pasti dihina. Tidaklah berpegang teguh dengannya kecuali diberi mulia."

Rustum bertanya : Maka apa dia sebenarnya ?

Al Mughirah menjawab : Adapun tiang belakangnya yang tidak menjadi sesuatu melainkan adanya ialah kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Muhammad saw pula adalah rasulullah saw dan memperakui dengan apa yang dibawa dari Allah swt.

Rustum menjawab: Alangkah baiknya perkara ini ! Apa lagi ?

Al Mughirah menjawab :  Membawa keluar hamba-hamba dari penyembahan kepada sesame hamba kepada penyembahan kepada Allah.

Rustum menjawab : Ini baik juga. Apa lagi ?

Dia menjawab : Manusia anak-anak Adam. Mereka semua bersaudara dari satu bapa dan satu ibu.

Rustum menjawab : Baik juga. Adakah jika kami masuk agama kamu, apakah kamu akan kembali dari negeri kami?

Dia menjawab : Semestinya demi Allah. Kami tidak mendekati negeri kami melainkan untuk perniagaan dan apa-apa hajat.

Apabila al Mughirah keluar, Rustum berbincang dengan kumpulannya tentang masuk Islam, namun mereka enggan menerima.

Semoga Allah menghina mereka dan demikian berlakunya.

Ibn Kathir seterusnya mencatat :

Kemudian Saad menghantar seorang lagi utusan dengan permintaan darinya iaitu Rub'i ibn 'Amir.

Mereka bertanya : Apa yang membawa kedatangan kamu ?

Dia menjawab : Allah mengutuskan kami untuk kami membawa keluar sesiapa yang dia pilih dari perhambaan sesama hamba kepada pehmbaan diri kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya. Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah swt.

Mereka bertanya : Apa janji Allah ?

Dia menjawab : Syurga bagi yang mati berperang sesiapa yag enggan dan kemenangan bagi yang masih hidup ".

Rustum berkata : Aku telah dengar ucapan kamu. Apakah kamu boleh tangguhkan urusan ini sehingga kami boleh bertenang dan kamu juga ?

Dia menjawab : Ya. Berapa lama kamu mahu? Sehari atau dua hari ?

Rustum menjawab : Tidak. Sehingga kami menulis surat penasihat-penasihat dan pemimpin-pemimpin kami.

Rub'i berkata : Rasulullah saw tidak mengajar kami untuk menangguhkan musuh ketika bertempur lebih dari tiga hari. Lihatlah urusan engakau dan mereka itu dan pilih salah satu dari tiga ini dalam tempoh diberi.

Rustum bertanya: Adakah engkau ketua mereka?

Rub'i menjawab : Tidak. Tetapi kaum muslimin seperti satu jasad. Orang yang paling rendah dilindungi oleh orang paling atas.

Rustum bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya. 

Katanya: Adakah kamu dapat melihat manusia lebih mulia dan lebih bijak dari kata-kata lelaki ini?

Mereka menjawab : Moga Allah melindungi! Mahukan enggau cenderung kepada agama dia ini dan meninggalkan agama engkau kerana anjing ini. Engkau tidak tengok bajunya?

Rustum menjawab: Celaka kamu. Jangan tengok kepada baju. Tengoklah kepada pendapat, percakapan dan keperibadian. Orang Arab memang bermudah-mudah dalam hal pakaian dan makanan, namun mereka menjaga maruah dan keturunan.

( al Bidayah Wan Nihayah 9:621-623 ).

*      Peperangan al Qadisiyyah berlaku antara tentera Islam dan Parsi pada tahun 15 hijriyyah berakhir dengan kekalahan kepada tentera Parsi.
( Tarikh Khalifah Ibn Khayyat ms131-132 ).



  

Rabu, 6 Jun 2012

al Isra' & al Mi'raj Rawatan Luka Dan Sinar Hari Muka.



1.       Hikmat terbesar peristiwa ini adalah pemulihan semangat dan keazaman Rasulullah saw setelah melalui banyak mehnah dan bencana ujian. Apa yang yang telah berlaku sebelum ini bukanlah petanda bahawa Allah swt membiarkan Nabi saw tanpa bantuan. Sebaliknya ia adalah peraturan dan laluan yang menjadi sunnatullah bersama kekasih-kekasih kesayangannya di sepanjang masa dan di mana jua.  Kesabaran dan ketahanan melewati semua ujian ini adalah bukti istiqamah yang membuahkan kejayaan dan kedudukan yang teristimewa di sisi Allah swt.

2.       Apa yang ingin dipertontonkan kepada baginda saw di malam peristiwa ini adalah petanda awal bahawa masa depan adalah milik Islam. Bumi ini mungkin sempit untuk dirinya, namun langit yang luas terbentang boleh menyambut dengan penuh penghormatan menerima kunjungan baginda saw. Penduduk bumi menyakitinya, namun penduduk langit yang mulia pula menyanjung tinggi dan memuliakannya dengan mengkalungkan baginda saw pangkat dan darjat tertinggi. Menurut Muhammad al Ghazali : Perisitiwa al Isra' dan al Mi'raj berlaku di tengah-tengah tempoh kenabian selama 23 tahun. Maka ia adalah rawatan pemulihan memadamkan luka-luka lama seterusnya menanam benih-benih kejayaan masa depan

3.       Pemilihan Baitul Maqdis sebagai persinggahan perjalanan sebagai bukti kesuciannya. Kiblat nabi-nabi, pusat dakwah dan pemerintahan mereka dan bumi tadahan wahyu umat terdahulu itu menjadi persinggahan Rasulullah saw sebagai bukti kesinabungan dakwah dan perjuangan serta lambang persaudaraan dan pertautan kasih sesama jemaah nabi-nabi as. Maka Baitul Maqdis adalah bumi suci Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman. Inilah yang dibukti oleh para sahabat Nabi saw di zaman Khalifah Umar ra yang Berjaya membebaskan kota al Quds dari kerajaan Romawi dan tentera Sultan Salahuddin al Ayyubi yang membebaskannya dari kuasa tentera salib. Hari ini kota al Quds sekali lagi menuntut pembebasan semula dari kerakusan regim zionis yahudi.    

4.       Baitul Maqdis juga adalah kiblat Bani Israel yang bersikap tidak amanah dalam menjaga wahyu dan risalah. Umat Muhammad saw diingat supaya tidak menjadikan mereka tauladan dalam menerima amanah wahyu dan risalah. Sebaliknya sikap dan sifat buruk mereka melayan urusan agama menjadi batas sempadan untuk dijauhi dalam hal ini. Sengaja Allah swt mengubah kiblat umat akhir zaman dari Baitul Maqdis ke Baitillah al Haram, Mekah bagi membawa perubahan ini dan tanda bertukar tangannya umat pilihan di akhir zaman.

5.       Pemilihan susu berbanding arak sebagai bukti bahawa agama pembawaan Nabi saw adalah jalan kembali kepada fitrah yang merupakan sistem semulajadi yang sangat sesuai dan serasi dengan ciptaan asal manusia. Mana-mana isme atau ajaran baru yang dibawa masuk ke dalam kerangka sistem hidup manusia yang bertentangan dengan ajaran Islam hanya menjanjikan kepincangan dan suasana tidak harmoni. Ia merbahaya kepada cara berfikir manusia seperti bahayanya arak yang merosakkan akal waras manusia.        

6.       Nabi saw dipertemukan dengan rasul-rasul terdahulu di langit tinggi dan dapat melihat bagaimana istimewanya kedudukan mereka selepas kematian. Mereka ini telah berpengalaman melalui apa yang sedang dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam bentuk ujian dunia dan penghinaan penduduknya kepada dakwah mereka. Ia bukti benarnya janji Allah swt untuk menempatkan mereka yang berbakti kepadanya di kedudukan yang teristimewa. Apatah lagi kemuliaan kedudukan yang lebih hebat menanti Rasulullah saw yang menjadi penutup sekalian nabi dan penghulu sekalian rasul.

7.       Hadiah termahal yang dibawa balik oleh Nabi saw dari tuhannya dalam perjalanan ini adalah kefadhuan solat lima waktu. Solat adalah mi'raj kekal untuk seluruh umat Muhammad saw. Jika mi'raj membawa Nabi saw dekat dengan Allah swt maka demikian solat adalah jemputan Allah swt kepada hambanya untuk datang dekat ke hadratnya. Jika Mi'rak adalah hiburan dan ketenangan untuk Nabi saw setelah melalui bermacam aneka ujian dan cabaran, maka demikian setiap mu'min berhak mengecapi hiburan dan ketenagan yang sama ketika melaksanakan amalan solat yang penuh dengan pengembaraan rohani yang menjanjikan ketenangan dan pemandangan roh yang menghiburkan.

8.       Alam langit yang menjadi medan perisitiwa ini adalah antara lambang mu'jizat ciptaan Allah swt yang terbesar. Allah swt yang membawa Nabi saw meneroka alam angkasaraya seolah-olah mencabar dunia akhir zaman yang berlumba-lumba menguasai alam ini. Rupa-rupanya pencapaian sains dan teknologi tamadun manusia mutakhir berbangga dengan kecanggihan peralatan untuk meneroka dan menyahut cabaran aero angkasa. Setinggi dan sejauh mana pun mereka meneroka dan berjaya meninjau, mereka sebenarnya telah didahului dan masih ketinggalan jauh di belakang mu'jizat al Isra' dan al Mi'raj.        

al Isra' dan al Mi'raj Malam Anugerah.





1.       Al Isra' adalah tanda kebesaran Allah swt apabila melakukan perjalanan Nabi saw di satu juzuk malam dari al masjid al haram ke al masjid al aqsa. Sementara al mi'raj pula adalah tambahan anugerah dan kemulian untuk Nabi saw dengan diangkat tinggi dari al masjid al aqsa ke langit tinggi hingga ke langit ke tujuh dan ke sidratul muntaha. 

2.       Menurut Ibn Kathir di dalam al Bidayah wa an Nihayah berlaku pada tahun ke 10 selepas kenabian. Menurut az Zuhri dan Urwah ibn az Zubair, berlakunya perisitiwa ini setahun sebelum hijrah ke Madinah. Menurut Tharhuni di dalam Sahih as Sirah, tarikhnya adalah pada hari Isnin 12 rabi'ul Awwal tahun 10 hijrah.

3.       Mu'jizat Isra' dan mi'raj adalah anugerah penghargaan untuk Rasulullah saw setelah 10 tahun berdakwah di Mekah. Ia juga satu bentuk hiburan dan ketenangan jiwa untuk Rasulullah saw yang dikepung kelaparan bersama Bani Hashim dan Bani al Muttalib, kematian Abu Thalib dan Khadijah, dan dilayan kejam di Thaif dan pulang pulang dengan hinanya ke Mekah.

4.       Peristiwa Isra' ditunjukkan oleh ayat pertama surah al Isra' :

 ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ     ﭙ     ﭚ  ﭛ  ﭜ   ﭝ  ﭞ  ﭟ     ﭠ  ﭡ  ﭣ      ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ  الإسراء: ١


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

5.       Peristiwa al mi'raj pula ada tercatat dalam surah an Najm ;

ﮍ  ﮎ    ﮏ  ﮐ  ﮑ  ﮒ  ﮓ  ﮔ  ﮕ  ﮖ  ﮗ  ﮘ  ﮙ   ﮚ    ﮛ  ﮜ    ﮝ  ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ  ﮢ     ﮣ    ﮤ  ﮥ  ﮦ  ﮧ   ﮨ  ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  النجم: ١٣ – ١٨

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi. Di sisi “Sidratul-Muntaha”;. Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

6.       Peristiwa ini mendapat riwayat terbanyak dalam siri-siri peristiwa sirah nabawiyyah. Dalam Sahih al Bukhari ada 20 riwayat dari 6 orang sahabat. Dalam Sahih Muslim ada 18 riwayat juga dari 7 orang sahabat. ( al Arjun : Muhammad Rasulullah ).

7.       Maka Perisitiwa disepakati oelah sekalian ahli hadith dan sirah, terbukti dari al Quran dan hadith. Maka martabatnya ada qati'iyyul thubut ( berlaku secara pasti tanpa sebarang syak ) dan menjadi ijma' kaum muslimin ia adalah mu'jizat Nabi saw. Natijah mengingkari peristiwa ini adalah sama seperti mengingkari sesuatu yang diketahui dalam urusan agama secara pasti ( dharuri ) iaitu boleh membawa murtad.

8.       Peristiwa ini bermula dengan pembelahan dada Nabi saw dengan turunnya Jibril as dan dibuka atap rumah kediaman Nabi saw di Mekah lalu dibelah dada Nabi saw. Kemudian dia membasuhnya dengan air zamzam. Kemudian dibawa bejana emas yang dipenuhi hikmah dan iman. Dia mengisi itu semua di dalam dada Nabi saw kemudian menutupnya. Kemudian Jibril memegang tangan Nabi saw membawanya ke perjalanan al Isra' dan al Mi'raj.

9.       Nabi saw dibawa menaiki al Buraq iaitu tunggangan putih lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Ia meletak kaki depannya di penghujung pandangan yang dilihatnya. Nabi saw dibawa ke Baitil al Maqdis. Tunggangan ini diikat di ikatan kenderaan nabi-nabi as.

10.   Nabi saw solat dua rakaat kemudian keluar dengan Jibril membawa kepadanya dua bejana berisi arak dan susu. Baginda saw memilih susu. Jibril as berkata: Engkau menepati fitrah. ( al Bukhari dan Muslim ) Menurut riwayat lain Nabi saw menjadi imam kepada Jemaah nabi-nabi as dengan kehadiran Adam as dan nabi-nabi selepasnya. (al Baihaqi di dalam Dalail an Nubuwwah)

11.   Kemudian Nabi saw di bawa ke tingkat-tingkat langit. Di setiap tingkat langit Jibril memohon dibuka dan ditanya : Siapa bersamamu? Jibril menjawab : Muhammad. Lalu diberi penghormatan selamat dating kepadanya. Nabi saw melihat Adam di langit terendah, Isa dan Yahya di langit ke dua, Yusuf di langit ke tiga, Idris di langit ke empat, Harun di langit ke lima, Musa di langit ke enam dan Ibrahim di langit ke tujuh dengan tersandar ke al Bait al Ma'mur.

12.   Nabi saw dibawa sehingga ke sidrah al muntaha. Baginda saw dikurniakan kefardhuan solat 50 waktu sehari semalam. Dalam perjalanan pulang, Musa as bertanya : Apakah yang difardhukan oleh tuhanmu? Apabila diberitahu, Musa memintanya pulang kembali kepada tuhan meminta keringanan. Berulang alik Nabi saw sehinggalah solat menjadi lima waktu dengan ganjarannya tetap 50 kali solat. Musa masih menuntut supaya kembali memohon keringanan sehingga Nabi saw menjawab: " Sungguh aku telah banyak meminta dari tuhanku sehingga aku merasa malu. " Satu suara penyeru berbunyi : " Sebenarnya akau telah putuskan kefardhuanku dan aku telah ringankan untuk hambaku ." ( al Bukhari dan Muslim ).

13.   Nabi saw didatangi Abu Jahl di pagi itu. Dia bertanya: Ada sesuatu ke ? Nabi saw menceritakan perihal al Isra'. Dia berkata: " Apakah engakau setuju jika aku menjemput kaummu datang dan engkau ceritakan apa yang engkau ceritakan kepadaku? Rasulullah saw menjawab : Ya. Mereka kepelikan dengan cerita Nabi saw dan meminta agar Nabi saw membayangkan ciri-ciri Masjid Aqsa. Allah mengangkat masjid itu lalu Nabi dapat membayangkannya sambil melihat masjid di hadapannya. Mereka semua berkata: Adapun bayangannya memang tepat sekali. ( Sahih al Bukhari dan Muslim ).

14.   Adapun Abu Bakr ra ketika diberitahu kepadanya dia percaya tanpa ragu-ragu. Dia berkata: " Demi Allah ! Apa yang yang dikatakannya adalah benar belaka. Apa yang kamu pelikkan ?! Demi Allah, dia sentiasa memberitahu berita yang sampai kepadanya dari langit ke bumi pada satu ketika samada di siang hari atau malam. Ini lebih takjub dari berita ini. Kemudian dia mengadap kepada Nabi saw dan meminta untuk bercerita. Setiap kali Nabi saw menyebut sesuatu dia akan berkata: Engkau benar. Aku saksikan engkau adakah utusan Allah.  Rasulullah saw berkata : Engkau wahai Abu Bakr adalah as siddiq ( yang amat mempercayai ). Hari itu lah dia bergelar as siddiq. ( alHakim dengan sanad sahih ).

        

Huraian Doa Penutup Surah al Baqarah




Bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Surah al Baqarah : 286.

Doa ini mengandungi permohonan hamba agar diperhintungkan amalannya dengan penuh rahmat dan belas kasihan.

 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Maka dipohon agar Allah swt tidak mengambil kira dari hambanya perbuatan salah yang berlaku kerana terlupa atau tersilap. Samada terlupa melakukan yang wajib atau terlupa melakukan yang haram. Begitu juga tersilap atau tersasar dari perkara betul dengan sebab kejahilan dalam syariat. Dalam hadith Nabi saw memberitahu bahawa Allah swt menjawab : Ya . Dalam lafaz lain Allah swt menjawab : Aku telah lakukan.

( Sahih Muslim no. hadith : 125-126 ).

Nabi saw juga bersabda:

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : 

إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ ، وَالنِّسْيَانَ ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ " .


Bermaksud: " Sesungguhnya Allah swt telah menggugurkan dari umatku kesalahan, sifat pelupa dan apa yang mereka lakukan dengan paksaan. "

Hadith riwayat Ibn Majah ( al sunann: 2045 ) dan al Baihaqi ( al Sunan al Kubra : 6/84 ). Dinilai hasan oleh alBani ( Irwa' al Ghalil 1:123 ).    


وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا

Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Maknanya janganlah engkau taklifkan tanggungjawab amalan-amalan yang sukar ditunaikan walaupun kami mampu sebagaimana pernah disyariatkan kepada umat terdahulu yang menjadi bebanan membelenggu mereka.

وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Maknanya janganlah engkau kenakan kami bala dan musibah atau ujian yang kami sendiri tidak termampu menanggungnya.

وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Maknanya ampunlah dosa, kesalahan dan kekurangan antara kami dan engkau. Juga maafkan dosa dan kesilapan kami dengan sesama manusia, janganlah engkau zahirkan atau bongkarkan keaiban dan kelemahan serta kerja-kerja buruk kami. Kasihanilah kami dan naungilah kami dengan rahmat dan belasmu pada masa-masa mendatang. Janganlah pula engkau engkau jatuhkan kami ke dalam dosa-dosa lain pula.

Berdasarkan ayat ini manusia yang berdosa sangat berhajat kepada tiga perkara ini;

1-    Keampunan tuhan apa yang berlaku antaranya dengan tuhannya.
2-    Tertutup dan terlindung kejahatan dan keaiban dirinya dari pengetahuan manusia lain dan janganlah ianya terbongkar.
3-    Terpelihara dirinya dari terjatuh ke dalam dosa seumpamanya apatah lagi yang lebih teruk.  

أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Maknanya engkaulah pemilik, penaung pemberi kemenangan dalam segala urusan. Maka selayaknya dialah yang membantu mengalahkan musus yang menginkari tauhid, mengkufuri agama, menolak kerasulan dan memberi hak pengabdian diri untuk selain engkau. Maka jadikanlah penghujung pertarungan ini menjadi kemenangan milik kaum muslimin samada di dunia atau akhirat.

Sebagaimana doa Nabi saw:

اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ ، وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ ، وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ 

Bermaksud:

" Ya Allah ! Perangilah orang-orang kafir yang membohongi rasul-rasulmu, menyekat manusia dari jalanmu dan turunkan ke atas mereka kemurkaan dan azabmu. "

HR Ahmad ( al Musnad 24:247 ), al Bukhari ( al Adab al Mufrad : 243 ), an Nasaie ( as Sunan al Kubra no:10445 ).