Rabu, 25 Ogos 2010

Al Quran Cahaya Ilmu Dan Suluhan Ketamadunan.


Ilmu yang berpandukan wahyu Allah swt memiliki ciri-ciri asas yang kuat untuk berperanan penting ke arah pembinaan sebuah tamadun kemanusian yang unggul. Al Quran al karim ada menyingkap beberapa ciri ilmu yang membolehkannya memberi sumbangan dan impak ketamadunan.

Antara yang terpenting ialah peranan ilmu sebagai penyuluh yang memberi sinar cahaya kepada kehidupan bertamadun. Tanpa ilmu, tamadun kemanusiaan berada dalam kegelapan tiada arah panduan. Justeru kedatangan Islam melalui penurunan kitab suci dan perutusan rasul dan nabi adalah membawa simbahan cahaya kepada alam ketamadunan yang sebelumnya dalam kegelapan.

Firman Allah swt :

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖوَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴿257 البقرة: ٢٥٧

Bermaksud : 257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ayat ini menjelaskan bagaimana peranan ilmu yang bersumberkan wahyu Allah swt mampu untuk membawa sinaran cahaya dan menghilangkan kegelapan dari kehidupan. Sebaliknya kekufuran yang tidak bertunjangkan kepada ilmu yang sebenar adalah malapetaka kepada ketamadunan kerana ia mengundang kemunduruan dan kegelapan setelah ianya bercahaya dengan keimanan.

Al Imam at Thabari menghuraikan maksud ayat ini dengan ungkapannya;

فأخبر تعالى ذكره عباده أنه ولي المؤمنين، ومبصرهم حقيقة الإيمان وسبله وشرائعه وحججه، وهاديهم، فموفقهم لأدلته المزيلة عنهم الشكوك، بكشفه عنهم دواعي الكفر، وظلم سواتر عن أبصار القلوب.

Ertinya : Allah memberitahu hamba-hambanya bahawa dialah penaung orang beriman. Dia memperjelaskan kepada mereka hakikat iman, laluan, aturan dan pembuktiannya. Dia membawa petunjuk dan taufik kepada dalil-dalil yang menghilangkan kesangsian dengan membebaskan mereka dari seruan kekufuran dan menghilangkan kegelapan pendinding dari mata hati mereka.

Dalam ayat lain, Allah berfirman;

رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ مُبَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا﴿11 الطلاق: ١١

Bermaksud : 11. (dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah Yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

Ayat ini memperingatkan jasa Rasulullah saw yang membawa ilmu yang jelas kebenarannya. Ilmu inilah yang menyelamatkan umat manusia dari alam kegelapan kepada cahaya dengan hidup yang penuh berbakti kepada pencipta dan ketamdunan manusia. Demikianlah mengikuti jejak Rasulullah adalah seperti berpandukan cahaya yang terang benderang dalam perjalanan penuh kegelapan sebagaiman dipertegaskan dalam ayat berikut;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ ﴿28 الحديد: ٢٨

Bermaksud: 28. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkanNya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam tajuk berkaitan juga Allah berfirman;

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ ﴿15 يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ﴿16 المائدة:15-16

Bermaksud : 15. Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.

16. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

Ayat ini juga membawa mesej yang sama dengan ayat sebelumnya iaitu peranan ilmu yang sebenar membawa obor cahaya menyelamatkan ketamadunan kemanusian dari kegelapan hasil penyelewengan ahli kitab ( Yahudi dan Nasara ) dan memandu arah kehidupan ini kepada jalan yang lurus. Sememangnya penyelewangan dalam lapangan keilmuan oleh ahli kitab terdahulu sentiasa mendapat teguran dan ancaman al Quran. Sebaliknya perutusan Rasulullah saw adalah sinar baru kepada peradaban dan ketamdunan yang diredhai Allah swt.

Seterusnya Allah berfirman:

فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿8﴾التغابن: ٨

Bermaksud : 8. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Ayat ini pula satu arahan wajib supaya menerima ilmu yang benar bersumberkan Allah ( al Quran ) dan Rasulullah saw ( al Sunnah ) kerana ia adalah cahaya yang menerangi jalan kehidupan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا . سورة النساء :174

Bermaksud : 174. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).

Ayat ini pula membawa berita baik kepada umat manusia dengan kedatangan ilmu sebagai panduan dari Allah swt. Ia adalah hujah yang nyata dan pembuktian yang kukuh dari Allah swt dan sifatnya adalah cahaya yang menerangi.

Membawa tujuan sama Allah berfirman:

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗيَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗوَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿35 النور: ٣٥

Bermaksud : 35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini membawa perumpamaan penuh simbolik apabila mengumpamakan simbahan cahaya ilmu dari Allah seperti simbahan cahaya matahari yang juga sebenarnya dari Allah. Manusia yang bijak menghargai ilmu Allah dan memanfaatkannya dengan sebaiknya diumpamakan seperti pohon zaitun di tengah-tengah lembah yang banyak mengambil manfaat dari sinar cahaya matahari di waktu pagi dan petang. Akhirnya buah zaitun ini dapat mengeluarkan minyak yang baik untuk digunakan sebagai bahan bakar di dalam pelita yang menerangi kegelapan malam. Demikian bermaknanya kehadiran ilmu dari Allah sebagaiman bermaknanya kemunculan matahari di waktu siang dan kehadiran cahaya pelita minyak zaitun di waktu malam.

Mengulas mengenai konsep cahaya ilmu di dalam diri orang beriman ini dan sumbangannya kepada kehidupan sejagat, Ibnu al Qayyim menyebut:

وهذا هو النور الذي أودعه في قلبه من معرفته ومحبته والايمان به وذكره وهو نوره الذي أنزله إليهم فأحياهم به وجعلهم يمشون به بين الناس وأصله في قلوبهم ثم تقوى مادته فتتزايد حتى يظهر على وجوههم وجوارحهم وأبدانهم بل ثيابهم ودورهم يبصره من هو من جنسهم

Ertinya: Inilah dia cahaya yang diletakkan Allah di dalam hati orang beriman yang menyebabkan dia mengenali, mengasihi, beriman dan berzikir menyebut Allah. Inilah cahaya yang diturunkan Allah swt kepada manusia sehingga manusia boleh hidup dengannya dan berjalan bersamanya di celah-celah kehidupan manusia. Asal cahaya ini adalah di hati mereka kemudian bahannya menjadi semakin kuat dan bertambah sehingga muncul menyerlah di muka, anggota dan tubuh badan mereka termasuklah pakaian dan kediaman mereka sehingga dapat melihatnya oleh manusia yang seperti mereka jua.

Firman Allah lagi;

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿122﴾الأنعام: ١٢٢

Bermaksud : 132. Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan.

Ayat ini bukan sahaja menyifatkan ilmu itu bukan sahaja cahaya ketamadunan, bahkan juga ianya ibarat nyawa yang memberi nafas kepada jasad yang telah mati. Syeikh Abdul Rahman As Sa'adi menyebut;

{ أَوَمَنْ كَانَ } من قبل هداية الله له { مَيْتًا } في ظلمات الكفر،والجهل، والمعاصي، { فَأَحْيَيْنَاهُ } بنور العلم والإيمان والطاعة، فصار يمشي بين الناس في النور، متبصرا في أموره، مهتديا لسبيله، عارفا للخير مؤثرا له، مجتهدا في تنفيذه في نفسه وغيره، عارفا بالشر مبغضا له، مجتهدا فيتركه وإزالته عن نفسه وعن غيره. أفيستوي هذا بمن هو في الظلمات،ظلمات الجهل والغي، والكفر والمعاصي.

Adakah seseorang yang sebelum menerima hidayat Allah kepadanya seperti dalam keadaan mati kerana berada di dalam kegelapan kufur, jahil dan maksiat yang kemudiannya Allah hidupkannya dengan cahaya ilmu, iman dan ketaatan. Hasilnya dia mampu bergerak dalam kehidupan manusia dengan obor cahayanya. Jelas kepadanya segala urusan, terpimpin arah perjalanannya, dia mengenali kebaikan dan cukup mempengaruhi dirinya serta bersungguh merealisasikannya di dalam diri dan persekitarannnya. Dia juga mengenali keburukan dan membencinya. Sealain bersungguh meninggalkannnya serta menjauhinya dari diri dan persekitarannnya. Adakah sama manusia seperti ini dengan mereka yang berterusan dalam kegelapan kejahilan, kesesatan, kekufuran dan kemaksiatan.

Inilah yang disebutkan bahawa ilmu itu adalah ruh kehidupan. Adanya ilmu bermakna wujudnya kehidupan. Tanpa ilmu, kehidupan ini boleh menempah kematian dan kecelakan sebagaimana yang dipertegaskan dalam ayat berikut ini;

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴿52 الشورى: ٥٢

Bermaksud: 52. Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,

Justeru pemahaman konsep peranan ilmu sebagai cahaya kepada kegelapan dan ruh kepada kehidupan inilah, ulama' Islam mempunyai tasawwur yang jelas dan diungkapakan dalam kata-kata yang penuh bernilai.

Al Imamn Az Zuhri pernah berkata:

نعش العلم ثبات الدين والدنيا ، وذهاب العلم ذهاب ذلك كله

Bermaksud : Tegaknya keilmuan adalah bukti kukuhnya agama dan dunia. Sebaliknya hilangnya ilmu adalah kehilangan itu semua ( agama dan dunia). [i]

Imam Ahmad pula berkata:

الناس أحوج إلى العلم منهم إلى الطعام والشراب لأن الطعام والشراب يحتاج إليه في اليوم مرتين أو ثلاثا والعلم يحتاج إليه كل وقت

Bermaksud: " Manusia lebih berhajat kepada ilmu dari makanan dan minuman. Makanan dan minuman diperlukan dalam seharian sekali atau dua kali sahaja. Sebaliknya ilmu diperlukan sepanjang masa. " [ii]

Cendikiawan Islam juga berpandangan bahawa ilmu adalah faktor terpenting dalam mencapai kemuliaan dan ketinggian darjat, sesuatu yang tidak boleh dicapai hanya dengan kuasa dan harta.

Saidina Umar ra pernah berkata :

" إن الله يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين "

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab ini ( al Quran ) sebahagian manusia dan menjatuhkan dengan sebahgaian yang lain".[iii]

Al Imam as Syafi'I pernah berkata :

من تعلم القرآن عظمت قيمته ، ومن نظر في الفقه نبل قدره ، ومن تعلم اللغة رق طبعه ، ومن تعلم الحساب جزل رأيه ، ومن كتب الحديث قويت حجته ، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه .

Bermaksud: Sesiapa yang mempelajari al Quran, maka megahlah nilaiannya. Seseiapa yang mendalami fiqh akan mulialah darjatnya. Sesiapa yang mempelajari bahasa ( sastera ), lembutlah jiwanya. Sesiapa yang mempelajari ilmu hisab ( matematik ), maka tajamlah fikirannya. Sesiapa yang menulis hadith, kuatlah hujahnya. Namun sesiapa yang tidak memelihara dirinya, tiada guna ilmunya.[iv]

Sufyan at Thauri berkata:

من أراد الدنيا والآخرة فعليه بالعلم .

Bermaksud: Sesiapa yang ingin miliki dunia dan akhirat maka hendaklah dia memiliki ilmu.[v]

Beliau juga ada berkata:

إن هذا الحديث عز ، فمن أراد به الدنيا وجدها ومن أراد به الآخرة وجدها .

Bermaksud: Sesungguhnya hadith ini adalah kemuliaan. Sesiapa yang mahukan dunia dengannya dia akan memperolehinya. Sesiapa yang mahukan akhirat dengannya dia akan memperolehinya.[vi]

Justeru ketamadunan yang sempurna tidak mungkin muncul terpisah dari peranan ilmu yang menjadi nadi penggerak, cahaya penyuluh dan tapak pembangun ke arah kegemilangan hidup manusiawi.


[i] Abdullah ibn al Mubarak al Zuhd hlm.817, Ibn Abdul Barr, Jami' al Ilm wa Fadhlih hlm.1018.

[ii] Ibn Qayyim al Jauziyyah, 1973, I'lam al Muwaqqi'in jld.2 hlm.257 Darul Jail, Beirut.

[iii] Muslim, al jami' as Sahih no hadith : 817 , al Mubarak ibn Muhammad ibn al Athir al Jazari, 1972 )

[iv] Shamsuddin Muhammad ibn muhammad az Zahabiy,1982, Siyar 'aalam an Nubala', Muassah al Risalah,Beirut, jld.10 hlm.24

[v] Ali ibn Hasan al Halabiy,1416h-1997m, Al Ilm Fadhluhu wa Syarafuh, hlm. 222 Majmuatu at Tuhaf, al Riyadh

[vi] Ibid hlm. 222.

Isnin, 23 Ogos 2010

Ramadhan Menjulang Kemenangan Di Medan.

Sememangnya ibadah siang dan malam Ramadhan, jika benar kefahaman dan penghayatannya, amatlah hebat kesan dan pulangannya kepada pembangunan dan keunggulan umat. Ramadhan pertama umat Islam telah terbukti menatijahkan kemenangan di medan Badar. Begitulah juga peristiwa pembukaan daerah besar seperti Yaman, Andalus, Portugal, Perancis, Armenia, Kepulauan Cyprus, negara-negara Balqan dan lainnya juga kejatuhan pemerintah zalim seperti penguasa Tatar yang tersungkur di ‘Ain Jalut dan juga Mukhtar al Thaqafi yang terkenal dengan kerjanya yang merosakkan agama dan mendera agamawan di bumi Iraq, semuanya berlaku ketika kemuncaknya iman umat Islam di bulan Ramadhan.


PERISTIWA BADAR


Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.



ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH


Peristiwa ini berlaku pada 21 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.



PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK


Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.



ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.



PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.



PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)


Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.



PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL


Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.



PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.



TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Rujuk: Ramadhan Tetamu Yang Dirindui.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Puasa Semua Anggota

Adalah menjadi adab terpenting dalam menjalan ibadah berpuasa untuk menjaga semua anggota terutamanya anggota yang paling mudah bertindak iaitu lidah dari pelakuan dosa dan sia-sia.

Asal sandaran adab ini ialah hadith-hadith berikut;

عن أَبي هريرة - رضي الله عنه - ، قَالَ : قَالَ رسولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - :(( إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ ، فَإنْ سَابَّهُ أحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ ، فَلْيَقُلْ : إنِّي صَائِمٌ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari Abi Hurairah ra katanya; Rasulullah saw bersabda : “ Apabila tiba hari berpuasanya seseorang kamu, janganlah dia bercakap lucah dan jangan pula dia membuat bising. Jika ada seseorang yang mengutuknya atau menimbulkan pertengkaran dengannya maka hendaklah dia berkata : “ Sebenarnya aku berpuasa “. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

وعنه ، قَالَ : قَالَ النبيُّ - صلى الله عليه وسلم - : (( مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ في أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ )) رواه البخاري .

Dari Abi Hurairah ra juga ; Rasululullah saw bersabda : “ Sesiapa yang tidak boleh tinggalkan percakapan bohong atau melakukan perlakuan batil, sebenarnya Allah swt tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dia meninggalkan makan dan minumnya. Riwayat al Bukhari.

Al Muhallab menyebut : Hadith ini menjadi bukti bahwa menjadi hukum kepada orang yang berpuasa untuk menahan diri dari perkataan kotor dan bohong sebagaimana dia menahan diri dari makan dan minum. Mereka yang tidak dapat menahan diri dari perlakuan ini, maka sebenarnya puasanya telah berkurang, dia terdedah kepada kemurkaan tuhan dan boleh menjauhkan penerimaan puasanya di sisi Allah swt.

Inilah yang menjadi kefahaman para salaf. Umar ra pernah berkata;

قَالَ عُمَرُ : لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ وَحْدَهُ ، وَلَكِنَّهُ مِنَ الْكَذِبِ وَالْبَاطِلِ وَاللَّغْوِ وَالْحَلِفِ.

“ Bukanlah puasa itu hanya puasa dari makan dan minum semata-mata. Sebenarnya puasa juga menahan diri dari pembohongan, kebatilan, perkara sia-sia dan sumpahan ( bertujuan menipu ).

Jabir ibn Abdullah pula menyebut;

إِذَا صُمْتَ فَلْيَصُمْ سَمْعُكَ وَبَصَرُكَ وَلِسَانُكَ عَنِ الكَذِبَ وَالْمَحَارِمَ وَدَعْ أَذَى الخَاصَّةِ وَلْيَكُنْ عَلَيْكَ وَقَارٌ وَسَكِيْنَةٌ يَوْمَ صِيَامِكَ وَلَا تَجْعَلْ يَوْمَ فِطْرِكَ وَصَوْمِكَ سَوَاءًا. رواه البيهقي شعب الإيمان

“ Apabila engkau berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu dari pembohongan dan perkara-perkara haram. Jauhilah menyakiti golongan tertentu. Hendaklah engkau menjaga kehormatan dan ketenangan pada hari puasa engkau. Jangan jadikan hari berbuka dan berpuasa engkau sama sahaja.

Abu Zarr menyebut;

إذَا صُمْتَ فَتَحَفَّظْ مَا اسْتَطَعْتَ .رواه ابن أبي شيبة والبيهقي

“ Apabila engkau berpuasa maka hendaklah engkau berjaga-jaga setakat mana engkau mampu.”

Mujahid pernah berkata;

خِصْلَتَانِ تُفْسِدَانِ الصَّوْمَ ؛ الغِيْبَةُ وَالكَذِبُ

“ Dua perlakuan boleh merosakkan puasa ; mengumpat dan berbohong. “

Ubaidah al Salmaniy pula berkata;

ِاتَّقُوْا المُفْطِرَيْنِ ؛ اَلْكَذِبَ وَالْغِيْبَةَ

“ Jauhilah dua perkara yang boleh membatalkan puasa; berbohong dan mengumpat “.

Al Imam al Ghazali ( Ihya’ Ulumiddin 1/110 ) membuat satu huraian tentang adab ini. Di bawah tajuk “ Adab berpuasa “ beliau menulis;

Iaitu mengawal anggota dari kerja-kerja dosa,maka tahap kesempurnaannya dicapai melalui 6 perkara;

Pertama : Menunduk pandangan dan menahannya dari terlalu bebas melihat perkara dikutuk dan dibenci syara’. Begitu juga melihat perkara yang boleh mengganggu tumpuan hati atau melalikan dari mengingati Allah.

Ke dua : Menjaga lidah dari kata-kata kosong, mengumpat, mengadu domba, perkataan keji, kekasaran, perbalahan dan perdebatan yang tidak berfaedah. Sebaliknya hendaklah dia mendidik lidahnya agar lebih banyak berdiam. memperbanyakan sebutan (zikir) Allah dan membaca al Quran. Inilah puasa lidah.

Ke tiga : Mencegah telinga dari menumpukan pendengaran kepada perkara yang dibenci syara’. Kerana kaedahnya ialah semua perkara yang haram mempertuturkannya, maka haram jugalah mendengarnya.

Ke empat : Mencegah anggota-anggota lain dari pelakuan dosa dan makruh, terutamanya tangan dan kaki. Perut pula hendaklah dicegah dari perkara syubhat waktu berbuka. Tiada makna jika berpuasa dengan menahan diri dari makanan yang halal kemudian berbuka dengan makanan yang haram. Perumpaan perbuataan ini seperti seorang yang membina satu istana namun kemudiannya meruntuhkan satu kota.

Rasulullah saw pernah bersabda:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ

Maksudnya : “ Berapa ramai mereka yang berpuasa sedangkan tiada faedah dari puasanya selain lapar.[1]

Ada yang berpendapat bahwa yang dimaksudkan ialah seseorang yang berbuka dengan perkara haram. Ada pula pendapat yang dimaksudkan ialah yang menahan diri dari perkara halal tetapi berbuka dengan memakan daging manusia dengan mengumpat sedangkan ianya haram. Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah yang tidak menjaga anggotanya dari perkara haram.

Ke lima : Janganlah seseorang yang berpuasa itu memperbanyakkan pengambilan makanan halal ketika berbuka sehingga penuh perut. Bagaimana boleh diperolehi faedah berpuasa untuk menundukkan musuh Allah swt dan memecahkan syahwat jika seseorang yang berpuasa itu cuba untuk menuntut semula apa yang dia terlepas di siang hari.

Apatah kadang-kadang ditambah lagi dengan kepelbagaian sajian sehingga menjadi perangai mengumpulkan semua jenis makanan sebagai juadah berbuka puasa Ramadhan. Banyak makanan yag tidak dapat dinikmati di bulan lain, tiba-tiba dinikmati di bulan Ramadhan. Menjadi hidangan dalam sebulan Ramadhan dalam kuantiti yang boleh dimakan untuk beberapa bulan yang lain. Sedangkan semua maklum tujuan puasa adalah pengosongan perut bagi memecahkan hawa nafsu supaya jiwa menjadi kuat mengisi sifat ketaqwaan.

Ke enam : Bahawa hatinya selepas berbuka menjadi gementar serba salah antara takut dan harap. Ini kerana kita tidak tahu adakah puasa diterima puasanya untuk digolongkan dalam golongan yang hamper dengan Allah atau ditolak maka dimasukkan di dalam golongan yang dimurkai. Demikianlah yang sepatutnya berlaku di penghujung setiap ibadah yang yang seseorang itu menyelesaikannya.

Kata Ibnu al Jawzi ( at Tabsirah 2/80 ) : “ Puasa ada beberapa adab yang boleh dirumuskan seperti berikut; Menjaga anggota lahir, mengawasi lintasan-lintasan batin, menyambut kehadiran Ramadhan dengan taubat sejujurnya dan keazaman secukupnya, mendahului puasa dengan niat wajib setiap malam, memperbanyakkan diam dari perkataan kotor dan mengumpat kerana tiada puasa bagi yang memakan daging orang lain, menahan pandangan dari perkara haram selain berhati-hati juga dari mengulangi melihat perkara yang halal.“

Ibnu al Qayyim ( al Wabil al Soyyib : 43 ) pula menyebut : “ Orang yang berpuasa ialah seorang yang berpuasa anggotannya dari dosa-dosa, lidahnya dari berbohong, kata-kata kesat dan rekaan, perutnya dari makan dan minum, kemaluannya dari bersetubuh. Kalau dia bercakap, percakapannya tidak melukakan puasanya. Kalau dia bertindak, dia tidak bertindak sesuatu yang merosakkan puasanya. Maka keluarlah semua percakapannya yang berguna dan elok sahaja. Begitu jugalah perbuatannya. Semuanya umpama bauan wangi yang dapat dicium wangiannya oleh sesiapa juga yang dapat duduk bersamanya. Demikianlah mereka yang duduk dengan seorang berpuasa mendapat faedah dengan bergaul dengannya. Mereka akan aman dari rekaan, pembohongan, kejahatan dan kezaliman. Inilah puasa yang sebenar mengikut syariat. Bukan setakat menahan diri dari makan dan minum .. Maka puasa yang sebenar ialah berpuasanya anggota dari dari pelakuan dosa dan puasanya perut dari makan dan minum. Sepertimana makan dan minum boleh merosakkan puasa, demikianlah kerja-kerja dosa boleh merosakkan pahala puasa. Akhirnya puasanya sama seperti tidak berpuasa ” .

Semoga Allah jualah yang memelihara kita dari pelakuan yang merosakkan puasa dan pahala puasa. Dialah sebaik-baik pemelihara dan tuhan yang paling luas belas kasihnya.



[1] Sambungan hadith dalam riwayat Imam Ahmad dalam al Musnad dan al Zuhd ialah;

وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Bermaksud : Berapa ramai orang berqiamullail (menghidupkan malam ) sedangkan tiada faedah dari qiamullailnya selain letih berjaga.

Rabu, 18 Ogos 2010

Solat Tarawih Penyeri Malam Ramadhan

Solat Tarawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

Solat Tarawih sentiasa dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan baginda menggalakkan kaum muslimin supaya mengerjakannya. Begitu juga, para sahabat dan tabi’in selepas baginda. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah. Di dalam hadis soheh, Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa mengerjakan qiyam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


Maksud qiyam Ramadhan di dalam hadis di atas ialah menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah. Menurut ulamak, secara khususnya qiyam Ramadhan terhasil dengan mengerjakan solat Tarawih iaitu solat sunat yang disyari’atkan khusus dalam bulan Ramadhan. Namun secara umumnya segala jenis ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan dengan niat untuk menghidupkan malam-malam itu sama ada ibadah itu berupa solat sunat, bacaan al-Quran, berzikir, menuntut ilmu dan sebagainya, semuanya dapat dianggap sebagai qiyam Ramadhan.

Berapa bilangan rakaat solat Tarawih?

Segolongan ulamak berpendapat; bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;

ما كان رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشر ركعة
“Rasululllah s.a.w. tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jumhur ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal berpandangan; bilangan rakaat solat Terawih ialah 20 rakaat tidak termasuk witir. Mereka berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan lainnya dengan isnad yang soheh dari sahabat yang bernama as-Saib bin Yazid r.a. (السائب بن يزيد) yang menceritakan;

كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة
“Umat Islam pada zaman Umar menunaikan solat Tarawih di bulan Ramadhan 20 rakaat”.

Begitu juga, Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ dari Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمان عمر بن الخطاب بثلاث وعشرين ركعة

“Orang ramai menunaikan solat Tarawih pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir)”.
Bagi Imam Malik; solat Terawih ialah 36 rakaat tidak termasuk witir. Beliau berhujjah dengan amalan penduduk Madinah. Berkata Imam Nafi’; “Aku mendapati orang ramai menghidupkan malam Ramadhan dengan (mengerjakan solat) 39 rakaat, mereka berwitir dengan tiga rakaat darinya”.
Jadi dalam mengerjakan solat Tarawih ini terdapat keluasan bagi umat Islam. Mereka boleh memilih sama ada ingin mengerjakan 11 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w., atau 23 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh kaum muslimin di zaman Umar r.a. atau mengerjakan 39 rakaat sebagaimana amalan penduduk Madinah.

Berkata Syeikh Mahmud Khattab as-Subki dalam kitabnya ad-Din al-Khalis; “Beramal sebagaimana yang dikerjakan pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakar r.a. dan awal pemerintahan Umar r.a. adalah lebih utama dan lebih baik iaitu dikerjakan solat Tarawih sebanyak lapan atau sepuluh rakaat tidak termasuk witir. Yang afdhal berikutnya ialah menunaikannya sebanyak dua puluh rakaat sebagaimana yang diamalkan di hujung pemerintahan Umar r.a. dan pada zaman pemerintahan Usman dan Ali r.a.. Qiyam Ramadhan (yakni solat Terawih) adalah ibadah yang digalakkan (yakni sunat) dan tidak terdapat nas dari Syarak yang membataskan bilangan rakaatnya. Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda;

عليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديِّين الراشدين تمسكوا بها وعضُّوا عليها بالنَّواجذ
“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafak yang mendapat petunjuk (selepasku). Berpegang lah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu…”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Abi Najih al-‘Irbadh bin Sariyah r.a.)

Mana lebih baik, melakukannya bersendirian atau berjamaah?

Jumhur ulamak berpandangan; menunaikan solat Tarawih di Masjid secara berjamaah adalah lebih baik dari mengerjakannya di rumah sendirian kerana solat secara berjamaah adalah salah satu dari syi’ar Islam sebagaimana solat hari raya dan juga kerana banyak pahalanya di mana ia melebihi dari solat sendirian sebanyak 27 darjat.


Para zaman Nabi s.a.w., para sahabat baginda mengerjakannya secara berjamaah di Masjid. Malah Nabi s.a.w. juga turut berjamaah bersama mereka walaupun diperingkat awalnya sahaja iaitu selama tiga malam. Sama halnya pada zaman Khulafak ar-Rasyidin iaitu solat Tarawih dikerjakan berjamaah di masjid.

Imam Muslim meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- خَرَجَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، فَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَتَحَدَّثُونَ بِذَلِكَ، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فِي اللَّيْلَةِ الثَّانِيَةِ، فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَذْكُرُونَ ذَلِك، فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ، فَخَرَجَ فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فَطَفِقَ رِجَالٌ مِنْهُمْ يَقُولُونَ: الصَّلاَة، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الْفَجْرِ.فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقَبْلَ عَلَى النَّاسِ، ثُمَّ تَشَهَّدَ، فَقَالَ: "أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ شَأْنُكُمُ اللَّيْلَةَ، وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ صَلاَةُ اللَّيْلِ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا

“Rasulullah s.a.w. keluar pada satu malam (di bulan Ramadhan) ke masjid, lalu menunaikan solat (yakni solat qiyam Ramadhan atau Tarawih). Beberapa lelaki (yang kebetulan berada di dalam masjid) ikut sama bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai bercakap-cakap tentang hal itu menyebabkan lebih ramai yang berkumpul di masjid (pada malam kedua). Rasulullah s.a.w. keluar pada malam kedua (untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai menyebut-nyebut lagi hal itu, menyebabkan semakin ramai yang datang ke masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w, keluar lagi (pada malam ketiga untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. Pada malam ke empat, (semakin ramai yang datang) sehingga masjid menjadi sempit sehingga tidak dapat menampung orang ramai. Namun pada malam ke empat itu Rasulullah tidak keluar. Walaupun beberapa lelaki melaungkan “as-Solah!”, baginda tetap tidak keluar. Sehinggalah (apabila menjelang subuh) barulah baginda keluar untuk menunaikan solat subuh. Selesai mengerjakan solat subuh, baginda mengadap orang ramai dan berucap kepada mereka; ‘Sesungguhnya aku mengetahui keadaan kamu malam tadi. Namun (aku sengaja tidak keluar untuk mengerjakan solat bersama kamu kerana) aku bimbang akan difardhukan ke atas kamu solat malam, lalu kamu tidak mampu mengerjakannya’”. (Riwayat Imam Muslim)
Sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki berpendapat; mengerjakan solat Tarawih di rumah adalah lebih baik kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

صلوا أيها الناس في بيوتكم؛ فإن أفضل الصلاة صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة
“Tunaikanlah solat wahai sekelian manusia di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling baik ialah solat yang dikerjakan oleh seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Tsabit r.a.)

Sebahagian ulamak yang lain pula membuat perincian bagi masalah ini untuk menghimpun antara hadis-hadis di atas di mana menurut mereka; jika sekiranya seorang muslim itu penghafal al-Quran dan tidak ada sebarang gangguan (di rumah) yang akan menghalangnya dari solat tarawih serta ia tidak rasa khuatir akan lumpuh solat di Masjid tanpa kehadirannya, maka baginya solat di rumah adalah lebih utama. Namun jika dikhutiri perkara-perkara tersebut berlaku, maka solat di Masjid adalah lebih utama.

Bacaan di dalam solat Tarawih

Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat terawih, begitu juga di di dalam solat-solat yang lain sama ada solat fardhu atau sunat. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
أفضل الصلاة طول القنوت
“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya” (HR Imam Ahmad dan Muslim dari Jabir r.a.).
Maksud lama berdiri itu ialah; memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat kerana tempat bacaan al-Quran di dalam solat ialah ketika kita berdiri (sebelum ruku’).

Namun jika kita menjadi imam hendaklah mengambil kira keadaan makmum di belakang kita. Janganlah keterlaluan memanjangkan bacaan hingga menyusahkan makmum di belakang kerana ada di antara mereka yang dhaif, tua, sakit, sibuk dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah dipendekkan bacaan sesuai dengan keadaan makmum itu.

Sabda Nabi s.a.w.;
إذا صلى أحدكم للناس فليخفف؛ فإن فيهم الضعيف والسقيم والكبير، وإذا صلى أحدكم لنفسه فليطول ما شاء
“Jika seseorang dari kamu menunaikan solat dengan orang ramai (yakni menjadi imam kepada mereka), hendaklah ia meringankan solatnya kerana di kalangan mereka itu ada yang dhaif/lemah, sakit dan tua. Tetapi jika ia menunaikan solat seorang diri, maka perpanjangkanlah solatnya mengikut yang ia kehendaki” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Sumber : http://zahidyusof.blogspot.com/

Selasa, 17 Ogos 2010

Malam Ramadhan: Hukum dan Pengisian

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA V

(SURAH AL BAQARAH 187)

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (187 )

[187] Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

1. Sebab turun ayat.

Imam Ahmad, Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim

عن عبد الله بن كعب بن مالك عن أبيه . قال : كان الناس في رمضان إذا صام الرجل فنام حرّم عليه الطعام والشراب والنساء حتى يفطر من الغد فرجع عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - من عند النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة وقد سمر عنده ، فأراد امرأته فقالت إني قد نمت ، فقال ما نمت ثم واقعها ، وصنع كعب مثل ذلك . فغدا عمر بن الخطاب إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأخبره فنزلت .

Dari Abdullah ibn Kaab ibn Malik dari bapanya, dia berkata: “ Dulunya orang ramai dalam Ramadhan apabila seseorang itu berpuasa lalu, jika dia tertidur maka menjadi haram kepadanya makan, minum dan isteri ( berjimak ) sehingga dia berbuka semula keesokannya. Tiba-tiba Umar ibn al Khattab ra pulang dari menemui Rasulullah saw pada suatu malam kerana berjaga malam di sana. Lalu beliau ingin ( meyetubuhi ) isterinya, tiba-tiba isterinya berkata : Sebenarnya aku telah tertidur. Umar berkata: Engkau belum tidur. Kemudian dia menyetubuhinya. Kaab juga melakukan perkara yang sama. Pagi esoknya Umar ibn al Khattab menemui Rasulullah saw dan memberitahunya, lalu turunlah ayat ini.

Imam al Bukhari pula meriwayatkan;

عن البراء قال : كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم إذا كان الرجل صائما فحضر الإِفطار فنام قبل أن يفطر لم يأكل ليلته ولا يومه حتى يمسي . وإن قيس بن صرمة الأنصاري كان صائما وفي رواية : كان يعمل في النخيل بالنهار وكان صائما . فلما حضر الإِفطار أتى امرأته فقال لها : أعندك طعام؟ قالت : لا ، ولكن أنطلق فأطلب لك وكان يومه يعمل ، فغلبته عيناه فجاءته امرأته فما رأته قالت : خيبة لك . فلما انتصف النهار غشى عليه ، فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فنزلت هذه الآية { أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصيام الرفث إلى نِسَآئِكُمْ } ففرحوا فرحاً شديداً ، ونزلت { وَكُلُواْ واشربوا حتى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الخيط الأبيض مِنَ الخيط الأسود مِنَ الفجر } .

Dari al Barra’ katanya : “ Dulunya sahabat Nabi saw apabila seseorang itu berpuasa apabila tiba masuk waktu berbuka sedang dia tertidur sebelum berbuka, dia tidak dibolehkan makan pada malam itu dan siang keesokannya sehinggalah masuk waktu malam pula. Qais ibn Shormah al Ansoriy telah berpuasa – dalam satu riwayat menyebut – Dia bekerja di kebun kurma di waktu siang sedanh dia berpuasa. Apabila masuk waktu berbuka, dia mendatangi isterinya lalu berkata padanya: “ Adakah awak ada makanan?” Dia menjawab : “Tidak, tapi saya akan keluar mencari makanan untuk engkau ”. sedangkan dia seharian bekerja, lalu dia tertidur keletihan. Apabila isterinya pulang dan melihatnya beliau berkata: “ Kesiannya awak! “. Bila tengahari esoknya, dia telah pengsan. Dia menceritakannya kepada Rasulullah saw, tiba-tiba turunlah ayat ini;

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ

“ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”

Maka mereka semua sangat bergembira. Kemudia turun lagi ayat;

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ

“ dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.”

2. Makna ayat secara umum.

Hadith-hadith yang menjelaskan sebab nuzul ayat ini membayangkan bahawa umat Islam di peringkat awal puasa, mereka berpuasa sehingga terbenamnya matahari. Apabila terbenamnya matahari, dihalalkan mereka makan, minum dan bersetubuh selama mana mereka belum tidur. Jika mereka tertidur, walaupun sebelum berbuka maka mereka hendak menahan diri dengan berpuasa sehingga keesokannya. Maknanya puasa mereka bermula dengan tidur bukannya terbit fajar. Mereka telah menghadapi kepayahan yang teruk. Ada di kalangan sahabat yang melanggar peraturan ini kerana tidak dapat menahan diri. Maka ayat ini memberi kelonggaran dan mengangkat kepayahan yang dihadapi mereka. Umat Islam diizinkan makan, minum dan bersetubuh sepanjang malam-malam Ramadhan. Ketelajuran sebahagian sahabat juga dimaafkan dan diampun tuhan.

Menurut Imam al Razi, Jumhur ulama’ berpendapat bahawa ayat ini menasakhkan apa yang difardhukan di peringkat awal syariat puasa iaitu seorang yang berpuasa apabila telah tidur maka tidak harus baginya makan, minum dan bersetubuh sehinggalah dia berbuka keesokannya.

Sementara sebahagian ulama’ pula berpendapat tiada nasakh dan mansukh dalam ayat ini. Cuma Allah swt memberi panduan apa yang dihalalkan di malam hari bulan Ramadhan iaitu makan, minum dan bersetubuh sehinggalah terbitnya waktu fajar. Sebelum itu, para sahabat seolah-olah merasa bersalah untuk melakukan semua itu di malam-malam Ramadhan kerana menyangka bahwa ini adalah pelengkap kepada puasa mereka di siang hari walaupun terpaksa menghadapi kesulitan dengan sebab demikian. Maka ayat ini menjelaskan bahwa ini semua halal dan bukannya kesalahan. Allah swt tidak pernah mensyariatkan sesuatu yang mendatangkan kepayahan dan kesukaran.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pendapat ini menjelaskan satu bentuk rahmat Allah swt kepada hamba-hambanya dalam menetapkan syariat dan hukum.

Allah swt juga memerintahkan – secara galakan dan keharusan tanpa mewajibkan - supaya mereka menyetubuhi isteri mereka bagi tujuan meramaikan bilangan kaum muslimin, menjaga diri dari perkara yang haram selain dari melepaskan nafsu syahwat dengan cara yang dihalalkan. Cuma Allah swt melarang dari bersetubuh bagi mereka yang sedang melaksanakan ibadat i'tikaf kerana ianya membatalkan i'tikaf dan merosakkannnya.

Akhirnya setelah mana Allah swt menyebut semua hukum hakam ini, Allah menjelaskan bahwa hukum hakam ini mestilah dihormati dan tidak harus bagi seseorang muslim melampauinya atau mencerobohnya kerana ia adakah batasan dan sempadan yang ditetapkan Allah swt. Maka sesiapa yang mematuhi hukum-hakam ini dan melaksanakannya, selayaknya dia tergolong di kalangan golongan muttaqin.

3. Masa berakhirnya berpuasa.

Sepakat ulama’ bahawa masa berpuasa berakhir dengan tenggelamnya matahari kerana Allah swt berfirman ;

ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ

“ Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) “

إذا أَقْبَلَ اللَّيْلُ من هَاهُنَا وأَدْبَرَ النهار من هَاهُنَا وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ.

أخرجه أحمد والبخارى ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائى عن عمر .

Maksudnya : “Apabila tibanya waktu malamnya dari arah ini, dan berlalunya siang dari arah ini maka boleh seseorang yang berpuasa itu berbuka” . Riwayat Ahmad, alBukhari,Muslim, Abu Dawud, al Turmuzi dan al Nasaie dari Umar.

4. Hukum bersetubuh di bulan Ramadhan.

Firman Allah ;

فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ

“Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu;”

Potongan ayat ini jelas memberi izin kepada pasangan suami isteri untuk melakukan persetubuhan pada malam Ramadhan sebagaimana harusnya makan dan minum. Adapun di siang hari Ramadhan, persetubuhan adalah perkara yang perkara haram yang sangat ditegah dan merupakan satu dosa besar yang merupakan satu-satunya tegahan yang diwajibkan qadha’ dan kaffarah apabila melakukannya.

Hukum ini berdasarkan hadith berikut;

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - : قال : «بينما نَحْنُ جُلُوس عندَ النبيِّ -صلى الله عليه وسلم- ، إِذْ جاء رجل ، فقال : يا رسولَ الله هَلَكتُ ، قال : مالَكَ ؟ قال : وقعتُ على امرأتي وأنا صائم ، فقال رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- : هل تجد رَقَبَة تُعتقها ؟ قال : لا، قال : فهل تستطيع أن تصومَ شهرين متتابعين ؟ قال : لا ، قال : هل تجد إطعام ستين مسكينا ؟ قال: لا، قال: اجلس ، قال : فمكث النبيُّ -صلى الله عليه وسلم- ، فبينا نحن على ذلك أُتِيَ النبيُّ -صلى الله عليه وسلم- بِعَرَق فيه تمر ، والعَرَق : المِكْتَلُ الضخم - قال : أين السائل ؟ قال : أنا، قال : خذ هذا فتصدَّقْ به ، فقال الرَّجُلُ : أعلى أفْقَر مني يا رسول الله ؟ فوالله ما بين لابَتَيْها - يريد : الحَرَّتين - أَهلُ بيت أَفقرُ من أهل بيتي، فضحك النبيُّ -صلى الله عليه وسلم- حتى بَدَتْ أنيابُهُ ، ثم قال : أطْعِمْهُ أهلكَ». أخرجه البخاري، ومسلم.

Dari Abi Hurairah ra katanya: “ Kami sedang duduk di sisi Nabi saw tiba-tiba datang seorang lelaki lalu berkata: “ Wahai Rasulullah saw ! saya telah rosak. Baginda bersabda : Apa halnya dengan engkau ini? Katanya : “ Aku bersetubuh dengan isteriku sedangkan aku berpuasa”. Lalu Rasulullah saw bersabda: “ Adakah engkau ada seorang hamba untuk dibebaskan (dimerdekakan)? Katanya: “ Tidak “. Rasulullah saw bersabda: :” Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut? Katanya : “ Tidak ”. Rasulullah saw bersabda: “ Adakah engkau mampu member makan 60 orang miskin?” Katanya: “ Tidak “. Rasulullah saw bersabda: “ Sila duduk “. Maka Nabi saw duduk menunggu. Sedang kami begitu tiba-tiba dibawa kepada Nabi saw satu timbangan yang berat dari tamar. Baginda saw bersabda : “ Mana lelaki yang bertanya tadi? Katanya : “Saya”. Baginda saw bersabda : “ Ambillah ini dan bersedekah dengannya. Kata lelaki tadi: “ Kepada mereka yang lebih faqir dari sayakah wahai Rasulullah? Demi Allah, tiada di antara dua batu hitam ini ( sempadan Madinah ) satu keluarga pun yang lebih faqir dari keluarga aku”. Baginda saw ketawa sehingga nampak gigi taringnya kemudian bersabda : “ Berilah makan keluarga mu “. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Hadith ini menunjukkan bahawa persetubuhan yang dilakukan di bulan Ramadhan oleh seorang yang mukallaf secara sengaja tanpa uzur adalah suatu dosa besar kerana Nabi saw memperakui kata-kata lelaki yang datang mengadu iaitu “ aku telah rosak “ . Puasanya pada hari itu terbatal, dia wajib mengqadha’nya dan hendaklah dia bertaubat secara bersungguh-sungguh. Dia juga dikenakan kaffarah ( hukuman penghapus dosa ) iaitu ; membebaskan seorang hamba, jika tidak berupaya atau tidak mendapatinya maka hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia memberi makan kepada 60 orang miskin.

Kata Imam nawawi : Telah bersepakat umat bahawa haram bersetubuh pada qubul atau dubur kepada orang yang berpuasa membatal puasa berdasar ayat al Quran dan hadith-hadith sahih kerana ia bertentangan dengan puasa dan membatalkannya samada keluar air mani atau tidak.

5. Ibadah I’tikaf

Firman Allah;

وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ

“ janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid “.

Potongan ayat ini menjadi dalil sandaran kepada satu syariat ibadah yang besar di bulan Ramadhan khasnya iaitu ibadah i'tikaf.

I’tikaf bermakna “ duduk atau tinggal di masjid dengan niat ibadah dari seseorang tertentu dengan sifat tertentu.”

I’tikaf adalah amalan sunat menurut kesepakatan para ulama’ tidak menjadi wajib kecuali dengan nazar. Galakan melaksanakannya sangat dipertegaskan pada 10 terakhir dalam bulan Ramadhan.

عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قَالَ : كَانَ رسولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - يَعْتَكِفُ العَشْرَ الأوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ . متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari Ibn Umar ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada 10 terakhir dalam bulan Ramadhan. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

وعن عائشة رَضِيَ اللهُ عنها : أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الأوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ ، حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ تَعَالَى ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ . متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari Aishah ra, bahawa Rasulullah saw adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada 10 terakhir dalam bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda saw. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan ibadah ini selepas pemergian baginda saw. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

وعن أَبي هريرة - رضي الله عنه - ، قَالَ : كَانَ النبيُّ - صلى الله عليه وسلم - يَعْتَكِفُ في كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ العَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْماً . رواه البخاري Dari Abi Hurairah ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada setiap bulan Ramadhan selama 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda saw diwafatkan, baginda beriktikaf selama 20 hari. Riwayat al Bukhari.

Imam al Zuhri berkata: “ Pelik sungguh perihal kaum muslimin! Mereka boleh meninggalkan amalan i’tikaf sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di Madinah sehingga baginda saw wafat.

Imam Malik pula menyebut: “ Aku telah membuat pemerhatian terhadap perkara i'tikaf dan riwayat-riwayat yang datang mengenainya. Aku pelik bagaimana kaum muslimin boleh meninggalkannya sedang Nabi saw tidak pernah meninggalkannya.”

Ibnu al Qayyim menghuraikan maksud sebenar amalan i'tikaf dalam catatan berikut :

وشرع لهم الاعتكاف الذي مقصوده وروحه عكوف القلب على الله تعالى وجمعيته عليه والخلوة به والانقطاع عن الاشتغال بالخلق والاشتغال به وحده سبحانه ، بحيث يصير ذكره وحبه والاقبال عليه في محل هموم القلب وخطراته فيستولى عليها بدَلها ، ويصير الهم كله به ، والخطرات كلها بذكره، والتفكير في تحصيل مراضيه وما يُقرِّب منه ، فيصير أنسه بالله بدلاً عن أنسه بالخلق ، فيُعِدُّه بذلك لأنسه به يوم الوحشة فى القبور حين لا أنيس له، ولا ما يفرح به سواه ،فهذا مقصود الاعتكاف الأعظم .

“ Allah swt mensyariatkan i'tikaf dengan tujuan dan semangatnya ialah supaya tumpuan,fokus,hala tujuan, penyendirian dan segala kegembelingan hati hanya kepada Allah swt. Akhirnya segala ingatan, kecintaan dan tumpuan hanya kepada Allah swt semata-mata dan menguasai segala perkara yang menjadi kesibukan dan lintasan bicara hati. Natijahnya, tumpuan hati dan lintasannya hanya kepada Allah swt dengan mengingatinya sentiasa dan berfikir ke arah perkara-perkara yang mengundang keredhaannya dan berpotensi mendekatkan diri kepadanya. Perasaannya pun senang dan selesa mendampingi Allah swt sebagai ganti mendampingi makhluq. Ini menjadi bekalan yang sangat baik untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan kesunyian dan kebosanan di dalam kubur ketika tiada lagi teman untuk bermesra dan berdamping. Maka bagi mereka yang berbekalkan amal i'tikaf, tiada lagi kesunyian dan kebosanan ini kerana mereka telah terbiasa dengan membahagiakan diri bertemankan Allah swt sebagai tempat berdamping. Inilah yang menjadi tujuan terbesar i'tikaf.

6. Petunjuk ayat.

1. Keharusan makan, minum dan bersetubuh pada waktu malam di bulan Ramadhan bermula tenggelamnya matahari sehingga munculnya waktu fajar.

2. Keterangan mengenai tempoh masa berpuasa iaitu munculnya fajar sadik sehingga tenggelamnya matahari di sebelah barat waktu petang.

3. Penjelasan mengenai perkara yang dikehendaki supaya ditahan oleh diri seorang yang berpuasa iaitu makan,minum dan bersetubuh.

4. Pengsyariatan ibadah i'tikaf terutamanya di bulan Ramadhan. Seorang yang sedang beri’tikaf tidak dihalalkan kepadanya untuk menyetubuhi isterinya sehingga tamatnya tempoh yang dia berazam untuk melaksanakan i'tikaf.

5. Tujuan Allah membuat aturan syariat dan menetapkan batas sempadan ialah untuk ianya dipelihara dan dihormati sebagai bukti ketaqwaan hati kepada Allah swt.