بسم الله الرحمن الرحيم * الحمد لله رب العالمين * والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين *
Sabtu, 6 November 2010
Persoalan Wudhu', Hadiah Fatihah dan Anak Angkat
Jumaat, 5 November 2010
Amalan-amalan yang disyari’atkan pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah
1. Solat
Disunnahkan untuk bersegera dalam melakukan solat-solat fardhu dan memperbanyak solat-solat sunnah kerana solat adalah ibadah yang paling utama bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri dengan tuhannya.
Diriwayatkan dari Thauban -radhiyallahu ‘anhu- beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
عليك بكثرة السجود لله فإنك لا تسجد سجدة إلا رفعك إليه بها درجة، وحط عنك بها خطيئه
Hadits ini berlaku umum pada setiap waktu.
2. Puasa
Puasa termasuk amal soleh. Dari Hunaidah bin Khalid dari isterinya, dari isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata,
كان رسول الله يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر
Berkata Imam An-Nawawi tentang puasa pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah, bahwa puasa tersebut sangat dianjurkan.
3. Bertakbir, bertahlil, dan bertahmid
Sebagaimana dalam hadits Ibnu Umar yang terdahulu : “Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.”
Berkata Imam Al Bukhari -Rahimahullah-, “Ibnu Umar dan Abu Hurairah -Radhiyallahu ‘anhuma- keluar ke pasar, sambil mengumandangkan takbir, lalu orang-orang pun mengikuti takbirnya”. Beliau juga berkata, “Umar bertakbir di dalam khemahnya di Mina, hingga dapat didengar oleh orang-orang di masjid. Mereka pun mengikutinya, demikian juga orang-orang di pasar turut bertakbir. Hingga Mina dipenuhi oleh gema takbir”
Ibnu Umar bertakbir pada waktu itu di Mina setelah selesai solat, di atas hamparannya, di dalam khemahnya, di majlisnya dan ketika berjalan. Disunnahkan untuk mengangkat suara takbir sebagaimana yang dilakukan Umar, Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
Maka marilah kita menghidupkan sunnah yang hampir dilupakan ini hingga di kalangan para ahli kebajikan pun hampir-hampir lupa melakukannya berbeza halnya dengan orang-orang soleh terdahulu.
4. Puasa hari Arafah
Puasa hari arafah ditekankan untuk dilakukan oleh orang yang tidak menunaikan haji, sebagaimana hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hari Arafah, bahwa beliau berkata:
أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
“Aku berharap Allah akan melebur dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” (HR. Muslim)
5. Keutamaan hari raya korban
Sebahagian besar kaum muslimin lalai dari hari yang agung ini. Padahal sebahagian besar ulama’ berpendapat bahwa hari tersebut merupakan hari yang paling mulia secara mutlak termasuk hari Arafah sekalipun. Berkata Ibnu Qayyim -Rahimahullah- “Sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Yaum Nahr (hari raya korban), ia merupakan hari haji akbar”.
Sebagaimana dalam Sunan Abu Daud, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sesungguhnya hari yang paling agung di sisi Allah adalah Yaum Nahr, kemudian hari Qor”
Hari Qor adalah hari bermalam di Mina, iaitu hari ke sebelas bulan Dzulhijjah.
Ada pula yang berpendapat hari Arafah lebih utama kerana puasa pada hari tersebut dapat menghapus dosa selama dua tahun, tidak ada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka dari hari Arafah, dan Allah mendekat kepada hamba-hamba-Nya. Kemudian Allah berbangga kepada para malaikat dengan banyaknya orang-orang yang wukuf.
Keutamaan Sepuluh Hari Pertama bulan Dzulhijjah
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, salawat dan salam kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarganya dan para shahabatnya. Amma Ba’du.
Diantara keutamaan dan kebaikan yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah Allah jadikan bagi hamba-hamba-Nya yang solih suatu masa yang mereka berlumba-lumba untuk memperbanyak amal soleh. Di antara musim yang paling agung ini adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah.
Diantara dalil-dalil dari kitab dan sunnah adalah:
1. Firman Allah :
وَالْفَجْرِ ﴿1﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿2﴾
Demi fajar, dan malam yang sepuluh (QS. Al Fajr:1-2)
Berkata Ibnu Kathir, “Yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah sepuluh hari dzulhijjah”.
2. Firman Allah,
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“…Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan” (QS. Al Hajj: 28)
Berkata Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma: “(yang dimaksud adalah) sepuluh hari dzulhijjah”.
3. Hadits yang diriwayatkan Ibnu Abbas -Radhiyallahu ‘anhuma- dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ما العمل في أيام أفضل من هذه العشر" قالوا: وَلاَ الْجِهَادُ؟ قال: "ولا الْجِهَادُ إِلاَّ رجلٌ خَرَج يُخَاطِرُ بِنَفْسِه وَمالِه فلمْ يرْجِعْ بِشيء
“Tidak ada hari di mana amal solih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari pertama pada bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya: “tidak juga jihad fi sabilillah?”. Beliau menjawab: “Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang pergi (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun” (HR. Bukhari).
4. Hadits Ibnu Umar - Radhiyallahu ‘anhuma -, ia berkata,
“Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari pertama ini. Maka pada hari-hari itu perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid” (HR. Ath Thabrany dalam kitab Al Mu’jam Al Kabir)
5. Sa’id bin Jubair -Rahimahullah- ( periwayat hadith Ibnu Abbas diatas), apabila memasuki sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah) dia sangat bersungguh-sungguh dalam beribadah (sampai batas akhir kemampuannya). (Diriwayatkan oleh Ad Daarimi dengan sanad yang hasan).
6. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Baari berkata: “Sebab nyata keistimewaan sepuluh hari pertama Dzulhijjah adalah kerana pada waktu tersebut berkumpul induk ibadah-ibadah yang agung iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Hal ini tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.”
7. Para muhaqqiq dari kalangan ahlul ilmi berkata, “Sepuluh hari pertama pada bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang paling utama, dan sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan adalah malam-malam yang paling utama”.
Rabu, 3 November 2010
Adab Nabawi: Memberi Maaf dan Berlapang Dada
عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : (( مَا خُيِّرَ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَالَمْ يَكُنْ إِثماً فَإِنْ كَانَ إثماً كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ للهِ صلى الله عليه وسلم لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ بِهَا(( رواه البخاري
11. Dari Aisyah t bahwasanya ia berkata: “Tidaklah Rasul e diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda saw mengambil yang paling mudah selama mana bukan dosa. Jika ianya berdosa maka baginda saw adalah manusia yang paling jauh dari dosa. Dan tidaklah Rasulullah e membalas dendam melainkan jika kehormatan Allah dirosakkan maka baginda saw membalaskannya kerana Allah” (HR Bukhari)[1]
Perawi Hadith:
‘Aisyah binti Abi Bakar As Siddiq –t-, isteri Rasul e, seorang ahli fikah, ilmuan unggul dan perawi banyak hadith.
Makna Secara Umum:
Dalam hadith tersebut menunjukkan akan kemudahan dan kelapangan Islam dan menunjukkan bahawa tidaklah Nabi e diberikan pilihan antara dua perkara dari perkara dunia melainkan baginda ambil yang termudah dan hal itu selama yang termudah tersebut tidak ada unsur dosa maka saat itu baginda saw memilih yang benar.
Baginda e tidak pernah membalas dendam untuk membela dirinya sendiri. Baginda saw pernah memaafkan seorang badwi yang kurang ajar mengangkat suara kepada beliau dan terhadap orang lain yang menarik kain serbannya sehingga membekas di tengkoknya. Ini memberikan petunjuk untuk memberi maaf kecuali dalam hak-hak Allah Ta’ala.
Tuntunan-Tuntunan:
1. Penjelasan bahwa Islam itu agama yang mudah dan toleran selama hal itu tidak berdosa
2. Memaafkan dan berlapang dada merupakan faktor saling bersatu dan bersaudara antara kaum muslimin.
3. Mencontohi Rasul e dalam hal pemberiaan maaf, toleransi dan kesabaran baginda saw.
1. Seorang muslim yang memaafkan dan berlapang dada mendapatkan pahala besar dari Allah Azza wa Jalla
2. Memaafkan dan berlapang dada bukan kerana lemah atau tak mampu melainkan semata-mata kerana mencari pahala
3. Mendiamkan kemungkaran bukan termasuk sifat pemaaf dan toleransi.
Ahad, 24 Oktober 2010
Surah at-Takathur: Teguran Terhadap Kelekaan.
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿1﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿2﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿3﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿4﴾كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿5﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿6﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿7﴾ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ ﴿8﴾
1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu, 2. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur. 3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui. 5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, 6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. 8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).[1]
Firman Allah swt:
(Bermegah-megahan telah melalaikan kamu)
Ibnu Kathir berkata: Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia, kenikmatan yang ada padanya dan kemegahannya telah menyibukkan kamu dari berusaha mencari bekal di akhirat. Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada dalam liang kubur dan menjadi penghuninya.[2]
Dari Muthrif dari bapanya dari Abdullah bin Syikhir ra berkata: Aku mendatangi Nabi saw dan beliau sedang membaca:
Beliau bersabda: Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku, maka Allah berkata kepadanya: Wahai anak Adam apakah engkau memiliki dari hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu habiskan, atau apa yang telah engkau pakai lalu menjadi buruk dan apa yang telah engkau sedekahkan lalu diberikan balasan dengannya. Pada sebuah riwayat disebutkan: Dan apa-apa yang harta jagaan itu maka ia pergi dan meninggalkannya untuk orang lain”.[3]
Dan firman Allah yang mengatakan:
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿2﴾
(Sampai kamu masuk ke dalam kubur).
Ibnul Qayyim berkata: Perjalanan hidup manusia akan melewati alam kubur selepas kematian. Manusia tidak tinggal selamanya dan menetap di dalam kubur. Manusia (di alam kubur) sebagai orang yang datang menziarahinya, sama orang yang datang mengunjungi sebuah tempat lalu pergi beranjak darinya, sebagaimana keberadaan mereka di dunia sebagai pengunjung, bukannya menetap di dalamnya. Tempat menetap adalah surga atau neraka”.[4]
Firman Allah swt:
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿3﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿4﴾
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui.
Maksudnya adalah janganlah memperbanyak harta tersebut melalaikanmu dari mentaati Allah, dan kamu pasti akan mengetahui akibat kelalaian kerana berlumba-lumba dalam mengumpulkan dunia. Kalimah yang sama diulang-ulangi untuk memperkuatkan penegasan.
Namun Ibnu al-Qayyim berkata: Dikatakan pengulangan di atas bukanlah sebuah penegasan, akan tetapi pengetahuan yang pertama pada saat seseorang melihat kematian secara nyata ketika maut dating menjemput, sementara pengetahuan yang kedua pada saat seseorang dimasukkan ke dalam kubur. Ini adalah pendapat Al-Hasan dan Muqotil, serta diriwayatkan oleh Atha' dari Ibnu Abbas.[5]
Firman Allah swt:
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿5﴾
(Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin).
Maksudnya seandainya engkau mengetahui apa yang akan terjadi di hadapan kamu dengan pengetahuan yang sebenar nescaya tidak mungkin bagi kamu dilalaikan oleh bermegah-megah mengejar dunia ini. Justeru kamu akan berlumba-lumba dalam beramal soleh, namun kerana kamu tidak mengetahui dengan pengetahuan yang sebenarnya akhirnya kalian terjerumus ke dalam keadaan sekarang ini.
Firman Allah swt:
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿6﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿7﴾
6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin.
Ini adalah sumpah dari Allah Ta’ala bahwa para hambaNya baik yang beriman dan yang kafir akan menyaksikan api neraka dengan mata kepala mereka sendiri. Kemudian Allah mempertegas realiti tersebut dengan menyatakan berita tersebut pasti terjadi, dan mereka akan melihat neraka dengan sebenarnya sehingga saat itulah mereka benar-benar yakin dengannya dan tidak meragukannya lagi. Akan tetapi Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman dari kepedihan siksanya dan Allah swt menjadikan orang-orng beriman melihat neraka tersebut agar mereka mengetahui kurnia Allah yang telah menyelamatkan mereka dari azab neraka. Allah swt berfirman:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا ﴿71﴾ ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا ﴿72﴾
71. Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. 72. Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. QS. Maryam: 71-72
Firman Allah:
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ ﴿8﴾
Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
Maksudnya Allah akan bertanya kamu pada hari kiamat tentang nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya, seperti rasa aman, kesihatan, pendengaran dan penglihatan, makanan dan minuman. Apakah kamu telah mensyukurinya dan menunaikan hak Allah padanya, dan tidak menjadikan kenikmatan tersebut sebagai punca untuk bermaksiat kepada Allah atau kamu terpedaya dengan nikmat tersebut dan tidak mensyukurinya sehingga Allah mengazab kamu dengannya.
Dari Abu Hurairah ra berkata: suatu hari atau suatu malam Rasulullah saw keluar menuju suatu tempat, dan tiba-tiba beliau bertemu dengan Abu Bakar dan Umar, lalu beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu keluar dari rumah pada saat seperti ini. Mereka berdua menjawab: Kami keluar kerana lapar wahai Rasulullah. Maka Rasulullah saw bersabda: Demi yang jiwaku berada di tanganNya sesungguhnya aku keluar dengan sebab yang sama, marilah kita pergi bersama. Maka merekapun bangkit pergi bersama Rasulullah saw mendatangi rumah seorang dari kaum Anshar. Namun dia tidak berada di dalam rumahnya, lalu pada saat isterinya melihat kedatangan Nabi saw bersama sahabatnya dia berkata: Selamat datang. Rasulullah saw berkata kepadanya: Di manakah si fulan?. “Dia pergi mencarikan kita air bersih”. kata si isteri itu. Tiba-tiba sahabat dari Anshar yang ditunggu-tunngu itu pun datang, lalu dia melihat Rasulullah saw dan kedua sahabat beliau sedang bertamu di rumahnya lalu dia berkata: “Al-Hamdulillah, pada hari ini tidak seorangpun yang mendapatkan tamu yang lebih mulia dari tamuku. Perawi berkata: Maka diapun datang membawakan untuk mereka setangkai kurma yang di dalamnya terdapat kurma yang masak dan ada yang muda. Lalu sahabat Anshar tadi mempelawa: Makanlah ini, lalu tuan rumah itu mengambil pisau (untuk menyembelih kambing). Maka Rasulullah saw bersabda: “Berikanlah kita kambing yang sudah tidak diperah susunya”. Maka dia menyemblih kambing tersebut dan merekapun makan dagingnya, kemudian mereka minum, pada saat mereka sudah kenyang dan dahaga telah hilang, maka Rasulullah saw berkata kepada Abu Bakar dan Umar ra: Demi yang jiwaku berada di tanganNya, kamu pasti akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat. Kamu keluar dari rumah dalam keadaan lapar lalu tidak pulang kembali kecuali setelah mendapatkan nikmat ini”.[6]
Imam Nawawi berkata menjelaskan hadith ini: Pertanyaan tentang nikmat di sini maksudnya adalah pertanyaan yang bersifat penghitungan terhadap nikmat dan pemberitahuan akan besarnya kurnia, menampakkan sifat kedermawanan dan sempurnanya pemberian Allah, bukan pertanyaan untuk mencela, mengecam dan menghisab.[7]
Adapun terhadap orang-orang kafir maka pertanyaan tersebut sebagai celaan, kecaman dan penghitungan nikmat Allah atas mereka. Dari Abi Barzah Al Aslami ra bahwa Nabi saw bersabda: Tidak akan melangkah kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia akan ditanya tentang umurnya pada apakah dia habiskan, tentang ilmunya apakah yang diperbuatnya dengan ilmu tersebut, tentang hartanya dari manakah dia dapatkan dan kemanakah disalurkan dan tentang badannya pada apakah dipergunakan”.[8]
Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala akan berkata kepada hambaNya pada hari kiamat: Tidakkah aku telah memuliakanmu dan menjadikanmu sebagai peminpin atas orang lain? tidakkah aku menikahkanmu dan menundukkan bagimu kuda dan unta sebagai kemudahan hidup dan membiarkanmu hidup sebagai peminpin dan memanfaatkan segala kemudagan hidup”. Maka hamba tersebut mengatakan: Benar!, lalu Allah kembali bertanya kepadanya: Apakah engkau pernah berfikir bahwa engkau akan menghadap kepada diriKu ?. Hamba tersebut menjawab; Tidak!, Maka Allah kembali bertanya kepadanya: Sungguh Aku melupaknmu sebagaimana engkau melupakan Aku”.[9]
Dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah terhadap seorang hamba, yaitu dia akan ditanya tidakkah aku telah menjadikan badamu sihat dan menjadikan kamu kenyang dengan air yang dingin”.[10]
Ibnul Qayyim berkata: Sungguh dia adalah surah Al-Qur’an yang sangat agung, nasihat dan peringatan yang sangat tepat, kalimat yang yang terdapat dalam kalam tersebut sangat kuat dalam mengarahkan seseorang untuk memberi tumpuan kepada akhirat dan hidup zuhud di dunia dengan kalimat yang begitu singkat, perkataan yang mudah dan susunan kalam yang indah. Sungguh benar Zat maha tinggilah yang berbicara dengan kalam tersebut dan RasulNya telah menyampaikannya sebagai wahyu”.[11]
[1] Surah Al-Takathur: 1-8
[2] Tafsir Ibnu Katsir: 4/44
[3] Sahih Muslim: 4/2273 no: 2958
[4] Tafsir Ibnul Qayyim: halaman: 513
[5] Tafsir Ibnul Qayyim: halaman: 515
[6] Shahih Muslim: 3/1609 no: 2938
[7] Syarh an-Nawawi: 5/214
[8] Sunan Turmudzi: 4/612 no: 2416 dan dia berkata: hadith hasan shahih.
[9] Sebahagian dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahihnya: 4/2279 no: 2968
[10] Al Mustadrak, alhakim: 4/154 no:7203 disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab silsilah ash-shihah: 2/76 no:539
[11] Al-Tafsir al-Qayyim: halaman: 523
Ahad, 17 Oktober 2010
Aqad Nikah Di Masjid ?
Pertanyaan: Ada satu hadits yang berbunyi:
قال رسول الله e : (أَعْلِنُوْا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوْهُ فِى الْمَسْجِدِ وَاضْرِبُوْا عَلَيْهِ بِالدفِّ)
Rasulullah salallahu’alaihi wassalam bersabda: "Umumkanlah pernikahan ini, jadikanlah ia di masjid dan pukullah rebana."
Hadits ini membuat para pemuda di negara kami menjadi tertanya-tanya tentang hukum nikah di masjid, apakah sunnah atau bid'ah?
Kami ingin mengetahui status hadith ini, terutama sekali kalimah "jadikanlah ia di masjid," apakah melaksanakan aqad nikah di masjid termasuk sunnah atau bid'ah? Kami ingin mengetahui nama-nama kitab dan sanad dalam mentakhrij hadits ini.
At-Tirmidzi mengatakan ia adalah hadits hasan, kami mengharapkan pandangan dalam hal ini sehingga jelas hukumnya bagi orang ramai kerana mereka melaksanakan majlis perkahwinan di masjid-masjid dan menganggapnya sebagai salah satu sunnah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.
Jawapan:
Pertama, hadits ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan sanadnya, dia berkata: 'Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani', ia berkata: 'Yazid bin Harun menceritakan kepada kami, ia berkata: 'Isa bin Maimun al-Anshari menceritakan kepada kami, dari al-Qasim bin Muhammad, dari Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata: 'Rasulullah shalallahu’alahi wasallam bersabda:
قال رسول الله e : (أَعْلِنُوْا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوْهُ فِى الْمَسْجِدِ وَاضْرِبُوْا عَلَيْهِ بِالدفِّ)
"Umumkanlah pernikahan ini, jadikanlah di masjid dan pukullah rebana."[1]
Kemudian dia berkata: 'Ini adalah hadits hasan gharib dalam bab ini. Isa bin Maimun al-Anshari dha'if dalam hadits dan Isa bin Maimun yang meriwayatkan tafsir dari Ibnu Abi Najih adalah thiqah. Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan dalam sanadnya adalah Khalid bin Ilyas, dan ia hadith munkar.
Kedua, syari'at sangat menganjurkan untuk mengumumkan pernikahan. Adapun melaksanakan aqad nikah di dalam masjid maka bukan termasuk sunnah, dan hadith yang disebutkan bukan merupakan hujjah, bahkan ia adalah hadits dha'if karena dha'ifnya Isa bin Maimun al-Anshari dan Khalid bin Iyas.
Wabillahit taufiq, semoga shalawat dan salam tetap tercurah kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.
Fatawa Lajnah Daimah Kerajaan Saudi (18/112).
[1] HR. At-Tirmidzi (1089), al-Baihaqi dalam al-Kubra 14476. sebagian mereka berpendapat bahwa ia adalah hadits hasan dengan syahid-syahidnya. Lihat: al-Maqashid al-Hasanah 1/125 (129), dan Kasyful Khafa 1/162 (422).