Isnin, 18 Julai 2011

Ramadhan Gerbang Ke Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ( أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ )

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Hadith riwayat al Bukhari 3:32 dan Muslim ( no. 1079 )

Pelajaran hadith:

1. Ramadhan menjadi bulan pilihan Allah untuk pembersihan diri manusia dari dosa maka kembalilah mereka kepada kemuliaan fitrah sebagimana asal ciptaan. Dinamakan Ramadhan yang bermakna kepanasan atau kebakaran teruk dengan maksud terbakarnya dosa-dosa manusia untuk mereka menjadi suci bersih sebagaimana darjah kepanasan yang tinggi boleh membersihkan emas atau perak dari kotoran dan habuk.

2. Al Qhadi Iyyadh menyebut: Pembukaan pintu-pintu syurga, penutupan pintu-pintu neraka dan pembelengguan syaitan-syaitan ini boleh berlaku secara sebenar ( hakiki ) sebagaimana zahir lafaz hadith. Ia menjadi tanda kedatangan bulan ini dan satu gema kemegahan bagi kebesarannya. Terbelenggunya syaitan ini supaya mereka terhalang dari menyakitkan golongan mukminin dan menganggu mereka.

3. Al Qhadi juga menyebut: Semua ini juga boleh jadi perkara simbolik sebagai bayangan kepada betapa banyaknya pahala ganjaran dan juga keampuan. Syaitan juga kurang tipudaya mereka seolah-olah terbelenggu.

4. Al Qhadhi menyebut lagi: Ada kemungkinan yang dimaksudkan Allah membuka pintu-pintu syurga dengan makna kepelbagaian ibadat dan amal ketaatan yang berlangsung di bulan Ramadhan samada di berpuasa di siang hari atau menghidupkan malamnya. Termasuklah kepelbagaian kerja khairat dan meninggalkan amal maksiat.

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah Keagungan Dalam al Isra' Wa al Mi'raj


1-
Keagungan Allah penguasa langit dan bumi, dunia dan akhirat, syurga dan neraka.

2-
Keagungan alam malaikat sebagai penghuni langit.

3-
Keagungan Rasulullah saw penghulu sekalian para nabi dan rasul.

4-
Keagungan para nabi dan rasul yang dimuliakan Allah semasa hidup dan selepas mati.

5-
Keagungan Solat sebagai syariat terbesar yang paling dikasihi Allah.

6-
Keagungan Baitil Maqdis dan bumi Palestin sebagai pusat dakwah para nabi dan mercu tanda kemuliaan umat Islam.

7-
Keagungan maqam ubudiyyah sebagai lambang kepatuhan yang tiada tandingannya dengan penuh kasih sayang kepada Allah.

8- Keagungan tazkiah ( penyucian ) dalaman dan luaran sebagai langkah pertama menuju ke jalan Allah.

Hadith Sahih Mengenai Isra' Dan Mi'raj

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ
قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ
فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا } ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ
ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا
فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ
قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى
قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً
قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ " .

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.

Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.

Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran.

Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.



Isnin, 6 Jun 2011

Rajab Bulan Haram

ذكر الإمام أبو جعفر الطبري في تفسيره عن قتادة أنه قال: "إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئةً ووِزْرًا، من الظلم فيما سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيمًا، ولكن الله يعظِّم من أمره ما شاء".

Qatadah berkata: Kezaliman ( maksiat ) dalam bulan haram lebih besar salah dam dosanya dari kezaliman dalam bulan lain. Walaupun kezaliman tetap besar dalam semua keadaan, tetapi Allah membesarkan apa yang dikehendaki dalam urusannya. @ Tafsir at Thabari

أبو بكر البلخي : شهر رجب شهر للزرع , وشعبان شهر السقي للزرع , و رمضان شهر حصاده

Abu Bakr al Balakhi :Rajab bulan menanam,Sya'ban bulan menyiram tanaman, Ramadhan bulan menuai (memungut hasil).

وعنه قال : مَثَلُ رجب مثل الريح , ومثل شعبان مثلُ الغيم , ومثل رمضان مثل المطر

Dia juga berkata: Rajab seumpama angin, Sya'ban seumpama awan, Ramadhan seumpama hujan.

وقال بعضهم : السنة مثل الشجرة , وشهر رجب أيام توريقها , وشعبان أيام تفريعها , ورمضان أيام قطفها والمؤمنون قِطافُها .

Kata ulama' : Tahun umpama pohon, rajab musim berdaun, sya'ban musim berbuah, Ramadhan musim mengutip buah. Orang mu'min lah yang mengutipnya.

Ahad, 6 Februari 2011

Mukjizat Kesantunan Rasulullah SAW

Sifat Penyantun Dan Pemaaaf Nabi saw

)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((

الأعراف: ١٩٩

Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang jahil." Surah al a'raf : 199.

Kisah Islamnya Pendeta Yahudi.

Abdullah ibn Salam menceritakan : Sesungguhnya apabila Allah swt ingin memberi hidayat kepada Zaid ibn Sa'nah ( seorang alim besar yahudi ), dia berkata: Bahawasanya tiada lagi tanda-tanda kenabiaan yang tidak dikenali apabila aku melihat wajah Nabi saw kecuali dua; penyantunnya yang mendahului kebodohannya dan tidak bertambah sikap kebodohan terhadapnya melainkan dia semakin penyantun. Maka mulalah aku bergaul dengan baginda saw agar aku mengetahui di mana sifat penyantun dan kebodohannya.

Beliau menceritakan: Rasulullah saw keluar dari biliknya pada suatu hari bersamanya Ali ibn Abi Thalib. Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki di atas tunggangan seperti seorang badawi. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perkampungan bani si anu telah menganut Islam. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka menganut Islam pasti akan datang kepada mereka rezeki yang melimpah ruah. Tetapi kemarau, kekeringan dan kepayahan hidup telah menimpa mereka sekarang. Sesungguhnya aku bimbang mereka keluar Islam kerana tamak sebagaimana mereka menganut Islam kerana tamak. Jika engkau berpendapat untuk menghantar sedikit bantuan kepada mereka.

Beliau mencerita lagi: Maka Nabi melihat kepada lelaki sebelahnya, aku agak itulah Ali. Ali berkata: Tiada apa-apa lagi yang berbaki wahai Rasulullah saw. Kata Zaid ibn Sa'nah: Aku mendekatinya dan berkata: Wahai Muhammad, Mahukah engkau jika aku membeli darimu tamar dengan kadar dimaklumi dari kebun bani si anu sehingga tempoh tertentu. Baginda saw bersabda: Tidak wahai si yahudi, namun aku boleh menjualnya kepada engkau tamar yang dimaklumi sehingga tempoh tertentu tanpa menamakan kebun siapa. Aku berkata : Ya. Aku menenyerahkan kepada baginda 80 mithqal emas sebagai bayaran. Nabi saw menyerahkan emas itu kepada lelaki badawi tadi dan bersabda: Cepat menuju kepada mereka dan selamatkan mereka.

Kata Zaid ibn Sa'nah : Apabila tempoh serahan jualan hampir tiba iaitu dua atau tiga hari, rasulullah saw keluar menziarahi jenazah seorang dari ansar. Bersama baginda adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman dalam sekumpulan sahabatnya. Selesai bersolat ke atas jenazah dan mendekati satu tembok untuk duduk di situ, aku mendatanginya dan memegang pengikat baju dan kainnya. Aku melihatnya dengan wajah marah. Aku berkata: Adakah engaku mahu menunaikan hakku wahai Muhammad. Demi Allah, aku tidak kenali kamu wahai keluarga Abdul Muttalib melainkan golongan yang menangguh-nangguhkan. Sesungguhnya aku berpengetahuan dalam hal ini dalam pergaulan dengan kamu.

Dia menceritakan: Umar melihat kepadaku dengan dua biji matanya mengelilingi wajahku seperti bintang yang mengelilingi orbitnya. Kemudian merenungku dengan hujung matanya: " Wahai musuh Allah, adakah engkau berkata kepada rasululah saw apa yang telah aku dengar, dan melakukan apa yang aku telah lihat. Demi tuhan yang mengutusnya dengan kebenaran, jika tidak kerana bimbangkan kehilangan sesuatu, pasti aku memenggal kepalamu dengan pedangku. Rasululullah saw melihat Umar dengan tenang dan tersenyum berkata: " Aku dan dia lebih berhajat sesuatu yang lain dari engkau wahai Umar. Engkau suruhlah aku baik dalam menunaikan hak dan engkau suruhlah dia supaya baik dalam menuntut hak. Pergi wahai Umar tunaikan haknya dan tambahlah 20 cupak lagi ganti tempat engkau menakutkannya.

Kata Zaid: Aku pergi bersama Umar dan dia tunaikan hakku dan ditambahnya 20 cupak tamar. Aku bertanya: Apa makna tambahan ini? Dia berkata: Rasulullauh saw yang perintahkan aku supaya aku menambah ini kerana aku telah menakut-nakutkan engkau. Aku berkata: Adakan engkau kenali aku wahai Umar? Katanya: Tidak. Aku berkata: Akulah Zaid ibn Sa'nah. Katanya: Pendita besar itu? Jawabku: Ya, pendita besar. Umar berkata: Apa yang membuatkan engkau ucapkan apa yang telah engkau ucapkan, lakukan apa yang engkau lakukan kepada Rasulullah saw? Aku menjawab: hai Umar, Semua tanda-tanda kenabian aku telah kenali sejak aku melihat wajah Rasulullah saw kecuali dua perkara yang aku belum mengujinya; penyantunnya yang mendahului kebodohannya, dan tidaklah bertambah melampau sikap bodoh diperlakukan kepadanya melainkan bertambah jualah sifat penyantunya. Sekarang aku telah mengujinya. Maka aku bersaksikan engkaubahawa aku redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, dan separuh hartaku – sedang akulah antara manusia paling kaya – adalah sedekah untuk umat Muhammad saw. Kata Umar: atau kepada sebahagian mereka kerana engkau tidak mampu meliputi semua mereka. Kata Zaid: atau sebahagian mereka.

Pulanglah Umar dan zaid kepada Rasulullah saw dan Zaid berkata: Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Muhammad saw adalah hambaNya dan rasulNya. Dia beriman kepadanya dan mengikutnya dan menghadiri banyak peperangan bersama Rasulullah saw. [1]

Kesantunan Umar.

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas ra katanya: Uyainah ibn Husain ibn Huzaifah datang singgah di rumah anak saudaranya al Hurr ibn Qais. Dia adalah seorang yang didekati oleh Umar yang memang menjadikan ahli Quran sebagai ahli majlis mesyuarat baginda samada tua mahupun pemuda. Kata Uyainah kepada anak saudaranya itu: Bawa aku berjumpa Umar dan mohon izin darinya bagi pihakku. Kata Ibnu Abbas ra: al Hurr ibn Qais meminta izin untuk Uyainah dan dia diterima oleh Umar. Apabila dia masuk dia berkata: Hai Ibn al Khattab, demi Allah engakau tidak memberi kepada kamu harta yang banyak dan tidak berhukum kepada kami secara adil. Marahlah Umar ra sehingga Umar inggin bertindak kepadanya. Al Hurr berkata: Wahai Amirul Mu'minin, Allah berfirman :

)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((الأعراف: ١٩٩

Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang-orang jahil." Surah al a'raf : 199.

Sesungguhnya orang ini termasuk orang-orang jahil. Katanya Ibnu Abbas ra: Demi Allah, Umar terpaku disitu apabila dibacakan kepadanya ayat ini. Sememangnya dia seorang yang berdiri di sisi kitab Allsh ta'ala. [2]



[1] ِAbu Nu'aim, Dala'il Nubiwawah ms 23-24, Ibn Hajar al isobah 1/547 Ibn Hajar berkata: Jalan hadith ini juga diriwayatkan oleh at Thabari, Ibn Hibban, al Hakim dan Abu al Syeikh. Perawi-perawi sanad ini semuanya dipercayai ( thiqat ).

[2] Sahih al Bukhari, Kitab at Tafsir no:4642 8/304.

Sabtu, 5 Februari 2011

Cinta Jalan Ke Syurga

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَقُولُ فِي رَجُلٍ أَحَبَّ قَوْمًا وَلَمْ يَلْحَقْ بِهِمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Abdullah ibn Mas'ud RA berkata: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW : Apa yang engkau katakan pada seorang yang kasihkan suatu kaum tetapi dia tidak berupaya untuk menyertai mereka? Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu bersama dengan orang yang dia telah kasihi.

Hadith riwayat al Bukhari no 6168,6169 ( 8/39 ) dan Muslim no. 2640,2641 ( 4/2034 ).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَتَى السَّاعَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا مِنْ كَثِيرِ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Dari Anas ibn Malik RA bahawa seorang lelaki datang bertanya Nabi SAW : Bilakah Qiamat wahai Rasulullah SAW ? Baginda bersabda: Apakah yang telah engkau persiapkan untuknya ? Kata lelaki tadi: Tiadalah aku persiapkan untuknya dengan banyak sembahyang, puasa atau sedekah. Cuma aku kasihkan Allah. Rasulullah SAW bersabda: Engkau bersama dengan yang engkau kasihi.

Al Bukhari no. 6171 ( 8/40 ) dan Muslim no. 1239 ( 4/2032 )

Dalam salah satu riwayat Muslim, Anas berkata:

فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم فإنك مع من أحببت قال أنس فأنا أحب الله ورسوله وأبا بكر وعمر فأرجو أن أكون معهم وإن لم أعمل بأعمالهم

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau kasihi ". Maka aku kasihkan Allah SWT dab RasulNya SAW, Abu Bakar dan Umar. Maka semoga aku akan bersama dengan mereka sekalipun aku tidaklah beramal seperti amalan mereka.

Pengajaran hadith:

1- Hadith ini menjadi pedoman kepada manusia dalam memandu perasaan kasih dan cinta mereka. Keimanan sebenar yang sebati dalam jiwa seseorang menjadikan kecintaan dan kecenderungan kasihnya hanya untuk dan kerana Allah dan RasulNya.

Sementara sesama manusia pula maka kecintaan dan kasih sayang pula adalah untuk mereka yang taatkan Allah dan rasulNya di kalangan mereka yang beriman. Ia menjadi bukti kemanisan dan kelazatan Iman. Dalam hadith lain rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَنَسِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Bermaksud: Dari Anas dari Nabi SAW sabdaNya: Tiga pekerti jika ada dalam diri seseorang maka dia telah mengecapi kemanisan Iman; Bahawa Allah dan RasulNya lebih dikasihinya dari yang lain. Dia kasihkan seseorang tiada sebab lain kecuali kerana Allah saw. Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia bencikan jika dicampak ke neraka.

Riwayat al Bukhari no. 16 ( 1/12 ) dan Muslim no. 43 ( 1/66 ).

2- Justeru itu, persoalan kasih sayang dan kecintaan amat berkait dengan akidah iman. Iman yang benar kepada Allah dan Rasul sama sekali tidak menumpahkan perasaan kasih kepada musuh-musuh Allah dan Rasul. Allah swt berfirman ;

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ المجادلة: ٢٢

Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah al Mujadilah : 22 ).

Sementara hadith pula menegaskan ;

عن البراء بن عازب قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أَوْثَقُ عُرَى الإِيْمَانِ الحُبُّ فِي اللهِ وَالبُغْضُ فِي اللهِ .

Dari al barra' ibn' Azib katanya: Bersabda Rasulullah saw : " Sekuat-kuat tali simpulan iman ialah kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah.

Riwayat al Thayalisi ( 783 ), Ibn Abi Syaibah 11/41, Ahmad 30/488. Hadith hasan lighairih.

3- Para sahabat Nabi adalah generasi contoh yang meletakkan kecintaan tertinggi untuk Allah dan Rasul melebihi segala kecintaan lain. Ayat 22 surah al Mujadilah di atas dikatakan turun menyanjung sebahagian para sahabat muhajirin yang berperang di medan Badar menentang kaum kerabat sendiri. Abu Ubaidah al Jarrah membunuh bapanya sendiri, Abu Bakar as Siddiq hampir membunuh anaknya Abdul Rahman, Mus'ab ibn Umair membunuh saudara kandungnya Ubaid ibn Umair, Umar al Khattab yang membunuh saudara kerabatnya, termasuklah Hamzah, Ali dan Ubaidah ibn al harith yang masing-masing membunuh Utbah, Shaibah dan al Walid ibn Utbah. ( Tafsir Ibn Kathir 8 / 53 ). Tindakan mereka ini adalah atas dorongan cintakan Allah dan Rasulullah SAW yang mengatasi segala kecintaan mereka kepada keluarga dan sanak saudara.

4- Para Sahabat RA juga adalah manusia yang paling gembira dengan perkhabaran bahawa kecintaan mereka kepada Rasulullah melayakkan mereka untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Ini dapat difahami dari ungkapan Anas menggambarkan kegembiraan sahabat menerima berita itu.

فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم فإنك مع من أحببت

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau kasihi ".

عائشة قالت : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله إنك لأحب إلي من نفسي وإنك لأحب إلي من ولدي وإني لأكون في البيت فأذكرك فما أصبر حتى آتي فأنظر إليك وإذا ذكرت موتي وموتك عرفت انك إذا دخلت الجنة رفعت مع النبيين وأني إذا دخلت الجنة خشيت أن لا أراك فلم يرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم شيئا حتى نزل جبريل بهذه الآية (( ومن يطع الله والرسول فأولئك مع الذين أنعم الله عليهم )) الآية

Dari Aishah RA katanya: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah ! Engkaulah yang lebih aku kasihi dari diriku. Engkaulah yang lebih aku kasihi dari anakku. Sehingga bila aku berada di rumah, aku teringatkan engkau lalu aku datang melihatkan engkau. Namun apabila aku ingatkan kematianku, aku telah ketahui bahawa apabila engau memasuki syurga, engkau akan diangkat tinggi bersama para nabi-nabi. Sesungguhnya aku bimbang apabila aku memasuki syurga, maka aku tidak lagi dapat melihat engkau. Maka Nabi SAW tidak membalas apa-apa jawapan sehinggalah Jibril datang membawa ayat ini;

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقًا النساء: ٦٩

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Surah an Nisa':69 ).

Hadith riwayat al maqdisi, at tabharani, Ibn Mardawaih. Kata al Haithami: Perawi sanadnya semua perawi Sahih al Bukhari kecuali Abdullah ibn Imran al Abidi dia pula thiqah. Al Maqdisi pula berkata: Aku tidak Nampak sebarang kecatatn pada sanadnya. ( Tafsir Ibn Kathir 2/310, al Durr al manthur 4/529 ).

5- Meletakkan kasih sayang dan kecintaan kepada yang lain dari Allah swt sehingga setanding denganNya apatah lagi melebihiNya adalah sikap syirik yang bertentangan dengan akidah iman dan tauhid. Inilah yang menjadi kefahaman ayat 165 surah al baqarah;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ البقرة: ١٦٥

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

6- Kesilapan dalam meletak tempat tumpahnya kasih dan cinta di dunia ini adalah besar padahnya di akhirat. Kuasa, harta dan pangkat yang menjadi tumpuan kasih sayang dan kesetian di dunia ini akhirnya menjadi sia-sia, bahkan penyesalan terbesar di hadapan Allah swt.

Firman Allah swt:

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

البقرة: ١٦٦ - ١٦٧

ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.

7- Tali persahabatan dan hubungan baik sesama manusia adalah lambang wujudnya perasaan kasih dan kecenderungan hati. Maka ia termasuk dalam urusan yang semestinya diasaskan taqwa kepada Allah supaya ianya mendapat keredhaan Allah dan dikira amal soleh yang berterusan ganjarannya. Maka kasih sayang yang dijalinkan bukan sahaja menjalinkan talin persahabatan sesama manusia, bahkan meraih kasih sayang Allah SWT.

عن أَبي إدريس الخولاني رحمه الله ، قَالَ :دخَلْتُ مَسْجِدَ دِمَشْقَ ، فَإذَا فَتَىً بَرَّاق الثَّنَايَا وَإِذَا النَّاسُ مَعَهُ ، فَإِذَا اخْتَلَفُوا في شَيْءٍ ، أَسْنَدُوهُ إِلَيْه ، وَصَدَرُوا عَنْ رَأيِهِ ، فَسَأَلْتُ عَنْهُ ، فَقيلَ : هَذَا مُعَاذُ بْنُ جَبَل - رضي الله عنه - . فَلَمَّا كَانَ مِنَ الغَدِ ، هَجَّرْتُ ، فَوَجَدْتُهُ قَدْ سَبَقَنِي بالتَّهْجِيرِ ، ووَجَدْتُهُ يُصَلِّي ، فانْتَظَرتُهُ حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، ثُمَّ جِئْتُهُ مِنْ قِبَلِ وَجْهِهِ ، فَسَلَّمْتُ عَلَيهِ ، ثُمَّ قُلْتُ : وَاللهِ إنّي لأَحِبُّكَ لِله ، فَقَالَ : آلله ؟ فَقُلْتُ : اللهِ ، فَقَالَ : آللهِ ؟ فَقُلْتُ : اللهِ ، فَأخَذَنِي بِحَبْوَةِ رِدَائِي ، فجبذني إِلَيْهِ ، فَقَالَ : أبْشِرْ ! فإنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ الله - صلى الله عليه وسلم - ، يقول : (( قَالَ الله تَعَالَى : وَجَبَتْ مَحَبَّتي لِلْمُتَحابين فيَّ ، وَالمُتَجَالِسينَ فيَّ ، وَالمُتَزَاوِرِينَ فيَّ ، وَالمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ )) حديث صحيح رواه مالك في الموطأ بإسناده الصحيح .

Dari Abi Idris al Khaulani katanya: Aku masuk ke masjid Damshiq, tiba-tiba aku melihat seorang anak muda yang cerah ceria seperti kerlipan kilat. Ramai orang bersama-samanya. Apabila mereka berselisih pendapat, mereka serahkan penyelesaiannya kepada lelaki itu. Mereka keluar dengan pendapatnya. Aku bertanyakan tentangnya. Dikatakan bahawa itulah Muaz ibn Jabal. Bila tiba keesokannya, aku keluar awal pagi ke masjid. Tiba-tiba dia datang lebih awal. Aku dapati dia sedang sembahyang. Maka aku tunggu sehingga dia menghabiskan sembahyangnya. Kemudian aku mendatanginya dari arah mukanya. Aku member salam kepadanya. Kemudian aku berkata: Demi Allah, aku menyukai engkau kerana Allah. Lalu dia bertanya: Adakah kerana Allah? Aku berkata: Allah. Dia bertanya lagi: Adakah kerana Allah? Aku berkata: Allah. Dia memegang bajuku dan menarikku kepadanya. Dia berkatanya: " Bergembiralah. Sebenarnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Semestinya memperolehi kasih sayangku bagi mereka yang berkasih sayang keranaku, yang duduk bermajlis keranaku, yang saling menziarahi keranaku dan yang saling berkorban keranaku. "

Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al Muwatta'.

( Riyadhus Shalihin 1/244 ).