Sabtu, 1 Oktober 2011

Amalan-Amalan Berpahala Seperti Solat Malam

"Qiyamul lail" (solat malam) mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah -azzawajalla-. Ia adalah solat yang paling utama setelah solat "fardu" (wajib). Keistimewaannya tidak hanya menghapus dosa, tetapi juga mencegah pengamalnya terjatuh ke dalam dosa. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili -radiallahu'anhu- dari Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bahwa beliau bersabda,

[عليكم بقيام الليل، فإنه دأب الصالحين قبلكم، وقربة إلى ربكم، ومكفرة للسيئات، ومنهاة للإثم]

رواه الترمذي وابن خزيمة والحاكم وصححه الألباني

“Hendaklah kamu melaksanakan solat malam, kerana solat malam adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, pendekat kepada Tuhan kamu, penghapus kejelekan dan pencegah berbuatan dosa.”[1]

Dahulu para Salafusshalih -rahimahumullah- tidak melalaikan solat malam. Ketika Thâwus Ibn Kaisân[2]rahimahullah - hendak menemui seseorang menjelang subuh, dikatakan kepadanya bahawa orang itu masih tidur. Thâwus berkata, “Aku tidak menyangka bahwa ada orang yang tidur menjelang subuh.[3]

Sesungguhnya di antara rahmat Allah -azzawajalla- kepada hamba-hamba-Nya, Dia berikan kepada kita amalan-amalan mudah yang pahalanya menyamai pahala solat malam. Siapa yang luput melakukan solat malam atau lemah melaksanakannya, janganlah melewatkan amalan-amalan tersebut agar berat timbangan amalnya. Ini bukanlah ajakan untuk meninggalkan solat malam, "Salafusshalih" -rahimahumullah- (generasi terdahulu kita) tidak memahami seperti itu, mereka giat dalam setiap medan kebaikan.

Nabi -shalallahu alaihi wasallam- telah menunjukkan kepada para sahabatnya yang mulia beberapa amalan-amalan mudah bagi siapa yang tidak dapat memaksa dirinya melakukan solat malam. Motivasi dari Nabi -shalallahu alaihi wasallam- agar berbuat banyak kebaikan sehingga banyak pula pahala kebaikannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili -radiallahu'anhu-, katanya, "Rasul -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ من هاله الليل أن يكابده أو بخل بالمال أن ينفقه أو جبن عن العدو أن يقاتله فليكثر من سبحان الله وبحمده فإنها أحب إلى الله من جبل ذهب ينفقه في سبيل الله عز وجل ] رواه الطبراني في الكبير (7795)، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: صحيح لغيره (1541).

“Siapa yang dicegah oleh istirahat malamnya untuk melakukan ibadah atau kebakhilannya terhadap harta untuk berinfak atau ketakutannya kepada musuh untuk memeranginya, hendaknya memperbanyak mengucap: "subhanallah wa bi hamdihi" (Maha Suci Allah dan dengan segala pujian milik-Nya). Kerana yang demikian itu lebih disukai oleh Allah dari gunung emas yang diinfakkan di jalan-Nya -azzawajalla-.” [4]

Hadis-hadis yang dipaparkan ini sebetulnya adalah amal-amal yang pahalanya seperti pahala solat malam. Rasul kita saw menunjukkannya kepada kita untuk menambah kebaikan-kebaikan kita dan memberatkan timbangan kita. Marilah kita amalkan. Di antara yang terpenting:

1. Melaksanakan solat Isya dan Fajar berjamaah.

Utsman ibn ‘Affan -radiallahu'anhu- berkata, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ ] رواه الإمام مالك (371) ، وأحمد الفتح الرباني- (5/168) ، ومسلم (656) ، والترمذي (221) ، وأبو داود واللفظ له (555) ، والدارمي (1224) .

'Siapa yang solat Isya berjamaah maka seperti solat setengah malam dan siapa yang solat Isya dan Fajar berjamaah maka seperti solat semalam suntuk.”[5]

2. Melaksanakan solat empat rakaat sebelum solat Zuhur.

Dari Abi Shalih -rahimahullah-[6] bahwa Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ يَعْدِلْنَ بِصَلاَةِ السَّحَرِ ] رواه ابن أبي شيبة في مصنفه (5940) ، وحسنه الألباني في السلسلة الصحيحة (1431) .

“Empat rakaat sebelum Zuhur menyamai solat menjelang subuh.”[7]

Di antara keistimewaan empat rakaat ini dibukakan pintu-pintu langit, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari -radiallahu'anhu- bahwa Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ أربع قبل الظهر تفتح لهن أبواب السماء ] رواه أبو داود (3128) ، والترمذي في الشمائل ، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: حسن لغيره (585)

“Solat empat rakaat sebelum Zuhur dibukakan dengannya pintu-pintu langit.”[8]

Kerananya Nabi -shalallahu alaihi wasallam- konsisten melaksanakannya. Jika terluput kerana ada kepentingan yang tiba-tiba, beliau menggantinya dengan dilaksanakan setelah solat fardu, tidak meninggalkannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah -radiallahu'anha-, beliau berkata:

“Dahulu Nabi -shalallahu alaihi wasallam- jika belum melaksanakan solat empat rakaat sebelum Zuhur beliau laksanakan setelahnya.”[9]

Dalam riwayat lain ‘Aisyah berkata,

“Dahulu jika Nabi terluput melaksanakan empat rakaat sebelum Zuhur beliau laksanakan setelah Zuhur.”[10]

Abu ‘Isa at-Tirmidzi –rahimahullah- berkata,

Hadis (di atas) menunjukkan disyariatkannya menjaga pelaksanaan solat-solat sunnah sebelum fardu. Waktunya lapang sampai berakhir waktu solat fardu. Yang demikian kerana, jika waktunya usai bersama usainya pelaksanaan solat fardu tentu pelaksanaan setelahnya menjadi "qadha" (pengganti) sehingga mestinya dilakukan sebelum solat sunnah bakda Zuhur. Namun dari Hadis yang ini, jelas bahawa beliau melaksanakannya setelah solat sunnah dua rakaat selepas Zuhur. Pengertian yang seperti itu disebutkan oleh al-'Irâqi dan mengatakan, 'Inilah yang benar menurut Madzhab Syafi'iah.[11]

3. Melaksanakan solat tarawih bersama imam sampai selesai.

Abu Dzar al-Ghifari -radiallahu'anhu- berkata,

"Kami berpuasa bersama Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- pada bulan Ramadhan. Beliau tidak solat malam bersama kami hingga tersisa tujuh hari. Waktu itu beliau solat bersama kami sampai sepertiga malam. Pada sisa hari yang ke enam beliau tidak solat bersama kami. Pada sisa hari yang ke lima beliau solat bersama kami sampai tengah malam. Aku pun bertanya,

“Wahai Rasulullah, sudilah kiranya mengimami kami solat semalam penuh!”

Rasul bersabda:

[ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (5/11) ، وأبو داود واللفظ له (1375) ، والترمذي (806) ، والنسائي (1364) ، وابن ماجه (1327) ، وصححه الألباني في صحيح الجامع (1615) .

'Sesungguhnya seorang yang solat (tarawih) bersama imam sampai selesai dicatat baginya pahala solat semalam suntuk.” [12]

Ini merupakan keistimewaan bulan Ramadhan dari bulan-bulan lain. Mengenai hal ini Nabi -shalallahu alaihi wasallam- telah bersabda,

[ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (9/220) ، والبخاري (37) ، ومسلم (759) ، والترمذي (808) ، والنسائي (1602) ، وأبو داود (1371) .

“Siapa yang menegakkan solat malam pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan berharap pahala, diampuni baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”[13]

Demikian juga halnya dengan Lailatul Qadr. Mendirikan solat pada malam itu keutamaannya seperti solat seribu bulan, sebagaimana firman Allah -azzawajalla-,

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari pada seribu bulan.”(QS.al-Qodr:3)

4. Membaca seratus ayat al-Quran pada malam hari

Tamim ad-Dari berkata, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ قَرَأَ بِمِئَةِ آيَةٍ فِي لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ ] رواه الإمام أحمد واللفظ له الفتح الرباني- (18/11) ، والدارمي (3450) وصححه الألباني في صحيح الجامع (6468)

'Barang siapa membaca seratus ayat al-Quran pada malam hari dicatat baginya "qunut" (berdoa) malam suntuk.”[14]

Jika terlewatkan membacanya pada malam hari, gantilah pada waktu antara solat fajar sampai solat Zuhur. Sebagaimana yang diriwayatkan Umar ibn Khattab -radiallahu'anhu-, katanya, "Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda:

[ مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاةِ الْفَجْرِ وَصَلاةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (18/29) ، ومسلم واللفظ له (747) ، والترمذي (581) ، والنسائي (1790) ، وأبو داود (1313) ، وابن ماجه (1343) ، والدارمي (1477).

“Siapa yang tertidur dari "hizb"nya (membaca zikir, doa dan al-Quran) pada suatu malam atau sesuatu darinya, hendaknya dibaca setelah solat Fajar dan Zuhur. Dicatatkan baginya seperti membaca pada malam hari.” [15]

Al Mubarakfuri -rahimahullah- berkata berkaitan dengan Hadis Umar ibn Khattab -radiallahu'anhu- ini:

"Hadis tersebut menunjukkan disyari’atkannya membaca wirid pada malam hari dan disyari’atkan menggantinya jika terlewatkan kerana tertidur atau berbagai halangan. Barang siapa mengerjakannya di antara solat Fajar sampai solat Zuhur maka seperti yang mengerjakannya pada malam hari. Dari 'Aisyah dalam riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan selain keduanya bahwa jika Nabi -shalallahu alaihi wasallam- terluput melaksanakan solat malam kerana tertidur atau sakit, beliau menggantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat."[16]

Semoga Hadis ini mendorong kita selalu membaca wirid harian khususnya dari al Quran pada malam hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat pada malam hari agar tidak tercatat sebagai orang yang lalai.

Telah diriwayatkan dari ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Ash -radiallahu'anhuma- katanya, "Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ من قام بعشر آيات لم يُكتب من الغافلين ومن قام بمئة آية كُتب من القانتين ومن قام بألف آية كُتب من المقنطرين ]

رواه أبو داود اللفظ له (1398) ، وابن حبان (2572) ، وابن خزيمة (1144) ، والدارمي (3444) ، والحاكم (2041) ، وقال الألباني في صحيح الترغيب والترهيب: حسن صحيح (639)

“Siapa yang membaca sepuluh ayat al-Quran tidak dicatat sebagai orang yang lalai. Siapa yang membaca seratus ayat dicatat sebagai orang yang taat dan siapa yang membaca seribu ayat dicatat sebagai almuqantarin[17].” [18]

5. Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah pada malam hari.

Abi Mas’ud -radiallahu'anhu- berkata, "Nabi -shalallahu alaihi wasallam- bersabda,

[ مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ ] رواه الإمام أحمد الفتح الرباني- (18/99) ، والبخاري واللفظ له (5010) ، ومسلم (807) ، والترمذي (2881) ، وأبو داود (1397) ، وابن ماجه (1369) ، والدارمي (1487).

“Barang siapa membaca dua ayat akhir surat al-Baqarah pada malam hari maka keduanya telah mencukupkannya.” [19]

An-Nawawi -rahimahullah- berkata,

"Ada yang mengatakan bahwa makna Hadis: mencukupkannya dari 'qiyamul lail’ (melakukan solat malam)’. ada juga yang mengatakan, perlindungan dari gangguan syaitan. Yang lain mengatakan, melindunginya dari keburukan". Semua makna ini berkemungkinan betul.[20]

Ibnu Hajar -rahimahullah- menguatkan pendapat ini dengan mengatakan: "Atas dasar inilah aku katakan, 'Boleh memaksudkan semua makna yang telah disebutkan tadi –wallahu a’lam-.

Makna pertama dengan jelas disebutkan dari jalan periwayatan ‘Ashim dari ‘Alqamah dari Abi Mas’ud secara tersambung:

[ مَنْ قَرَأَ خَاتِمَة الْبَقَرَة أَجْزَأَتْ عَنْهُ قِيَام لَيْلَة ] فتح الباري بشرح صحيح البخاري لابن حجر العسقلاني (8/673 ح 5010)

“Siapa yang membaca ayat penutup surat al-Baqarah, sudah cukup menggantikan 'qiyamul lail' (solat malam).” [21]

Membaca dua ayat tersebut merupakan sesuatu yang mudah sekali, kerana kebanyakan orang menghafalnya –segala puji bagi Allah-.



[1] HR. aT-Tirmidzi no.3549, ibnu Khuzaimah no.1135, al-Hakim no.1156 dan al-Albani berkata dalam Shahih at-Targib wa at-Tarhib: hasan li gairihi.

[2] Seorang ulama al-Quran dari generasi tabi’in.

[3] Lihat kitab Hilyatul Auliya wa Thabaqotul Ashfia` oleh Abu Nu’aim IV/6.

[4] HR. at-Thabarani dalam al-Kabir (7795) al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: shahih li ghairihi

[5] HR. al-Imam Malik no.371, Ahmad al-Fathu ar-Rabani IV/168, Muslim no.656, at-Tirmidzi no.221, Abu Daud dan lafadznya no.555 dan ad-Darimi no.1224.

[6] Hadits ini marfu' mursal.

[7] HR.Ibnu Abi Saibah dalam Mushannafah no.5940 al-Albani menghasankannya dalam as-Silsilah as-Shahihah no.1431.

[8] HR. Abu Daud no.3128, at-Tirmidzi dalam asy-Syamail, al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: hasan li ghairihi no.585

[9] HR.at-Tirmidzi no.426, al-Albani menghasankannya dalam Shahih at-Tirmidzi no.350

[10] HR. al-Baihaqi, al-Albani menghasankannya dalam Shahih al-Jami’ (426)

[11] Jami' at-Tirmidzi oleh Ibnu 'Isa at-Tirmidzi.

[12] HR. al-Imam Ahmad, lihat al-Fathu ar-Rabbani IV/11. Abu Dawud dan ini lafadznya no.1375. At-Tirmidzi no.806. An-Nasai no.1364. Ibnu Maajah no.1327. Disahihkan oelh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ no.1615.

[13] HR. al-Imam Ahmad al-Fathu ar-Rabbani IX/220. Al-Bukhari no.37. Muslim no.759. At-Tirmidzi no.808. An-Nasai no.1602. dan Abu Dawud no.1371.

[14] HR. Ahmad dan ini lafadznya. Lihat al-Fathu ar-Rabbani XVII/11. Ad-Darimi no.3450 dan al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’ no.6468.

[15] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu ar-Rabbani- XVIII/29, Muslim dan ini lafadznya no.747, at-Tirmidzi no.581, an-Nasai no.1790, Abu Dawud no.1313, Ibnu Majah no.1343 dan ad-Darimi no.1477.

[16] Tuhfah al-Ahwadzi Syarh Jami’ at-Tirmidzi karya al-Mubarakfuri III/185 no.581.

[17] Yang memiliki segunung kebaikan.

[18] HR. Abu Dawud dan ini lafadznya no.1398, Ibnu Hibban no.2572, Ibnu Khuzaimah no.1144, ad-Darimi no.3444, al-Hakim no.2041 dan al-Albani mengomentari dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: hasan shahih no.639.

[19] HR. al-Imam Ahmad –al-Fathu Rabbani- XVIII/99, al-Bukhari dan ini lafadznya no.5010, Muslim no.807, at-Tirmidzi no.2881, Abu Dawud no.1397, Ibnu Majah no.1369 dan ad-Darimi no.1487.

[20] Shahih Muslim Syarh an-Nawawi VI/340 no.807.

[21] Fathul Bâri Syarh Shahih al-Bukhari karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani XIII/673 no.5010.

Jumaat, 23 September 2011

Zikir Selepas Solat Fardhu Dari Sumber Sunnnah

1/أستغفر الله (ثلاثا) (مسلم)

2/اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام.(مسلم)

3/لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللهم لا مانع لما أعطيت، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.(متفق عليه)

4/ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ».(مسلم)

5/« رَبِّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ »(مسلم)

6/ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ »(أبو داود)

7/« اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ».(مسلم)

8/اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.(البخاري وتقييدها بالصلاة عند الترمذي)

9/ ثم يسبح ويحمد ويكبر، وله أربع صفات:

الأولى:عند البخاري

سبحان الله (عشر مرات)

الحمد لله (عشر مرات)

الله أكبر (عشر مرات)

الثانية: (عند النسائي)

سبحان الله(خمس وعشرون مرة)

الحمد لله ( خمس وعشرون مرة )

الله أكبر ( خمس وعشرون مرة )

لا إله إلا الله ( خمس وعشرون مرة )

الثالثة : ( عند البخاري )

سبحان الله ( ثلاث وثلاثون مرة )

الحمد لله ( ثلاث وثلاثون مرة )

الله أكبر ( أربع وثلاثون مرة )

الرابعة : (عند البخاري)

سبحان الله ( ثلاث وثلاثون)

الحمد لله ( ثلاث وثلاثون)

الله أكبر ( ثلاث وثلاثون )

لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير(مرة )

10/ آية الكرسي لنسائي في عمل اليوم والليلة)

11/ المعوذات ( الفلق والناس) أخرجه أصحاب السنن وأحمد في المسند


Khamis, 22 September 2011

Zikir-Zikir Pagi Dan Petang Dari Sumber Sunnah


أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
رضيتُ باللهِ رباً,وبالإسلامِ ديناً, وبمُحمدٍ نبياً

حسبِي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو ربٌّ العرش العظيم

يا حيُّ يا قيوم برحمْتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلنِي إلَى نفسي طرفةَ عْين

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت أَبُوءُ لك بنعمتك علي ، وأَبُوءُ بذنبي فاغفر لي, فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

اللهم عالم الغيب والشهادة فاطر السموات والأرض، ربَّ كل شيء ومليكه، أشهد أن لا إله إلا أنت، أعوذ بك من شر نفسي ومن شر الشيطان وشركه

وأن أقترف على نفسي سُوءاً، أو أجُرَّهُ إلى مسلم

أَصبحنا وأصبح )أمسَينا وأَمسى (المُلك لله والحْمد لله، لا إله إلا الله وحدهُ لا شَريك له، له المُلك وله الحْمد وهو على كل شيء قدير، ربي أسألك خير ما في هذا اليوم (هذه الليلة) وخير ما بعده (ما بعدها). وأعوذُ بك من شر ما في هذا اليوم (هذه اللَّيلَة) وشر ما بعده (ما بعدها

ربي أعوذ بك من الكسل وسُوء الكِبر، ربي أعوذ بك من عذاب في النار وعذاب في القبر

اللهم بك أصبحنا، وبك أمسينا، وبك نحيا، وبك نموت، وإليك النشور.

وإذا أمسى قال اللهم بك أمسينا وبك أصبحنا، وبك نَحيا وبك نموت، وإليك المصير

أصبحنا ( أمسينا ) على فطرة الإسلام وعلى كلمة الإخلاص وعلى دين نبينا محمد وعلى ملة أبينا إبراهيم حنيفاً مسلماً وما كان من المشركين

اللهم إني أسألك العافية في الدنيا والآخرة، اللهم إني أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي , ومالي، اللهم استرعوراتِي، وآمن روعاتِي، اللهم احفظنِي من بيْن يدي، ومن خلفي وعن يَمينِي، وعن شِمالِي، ومن فوقِي، وأعوذ بعظمتك أن أُغْتَال من تَحتِي

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحْمد، وهو على كل شيء قدير.

سبحان الله وبحمده 100) مرة "(

سبحان الله وبحمده، عدد خَلْقِهِ، ورضا نفسه، وزِنَةَ عرشه، ومِدَادِ كلماته 3 مرات

أستغفر الله وأتوب إليه (70 ) مرة ، أو : (100) مرة .

Isnin, 12 September 2011

FENOMENA CELA-MENCELA SESAMA AHLUSSUNNAH DAN SOLUSINYA

Oleh: Syeikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr





Pada masa sekarang ini, ada sebagian ahlussunnah yang sibuk menyerang ahlussunnah lainnya dengan berbagai celaan dan tahdzir. Hal tersebut tentu mengakibatkan perpecahan, perselisihan dan sikap saling tidak akur.


Padahal mereka saling cinta mencintai dan saling berkasih sayang, serta bersatu padu dalam barisan yang kukuh untuk menghadapi para ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu yang menyelisihi ahlussunnah.



Adanya Fenomena di atas disebabkan dua situasi:

Pertama.
Ada sebahagian ahlussunnah pada masa sekarang ini yang menyibukkan diri mencari-cari kesalahan ahlussunnah lainnya dan mendiskusikan kesalahan tersebut, baik yang terdapat di dalam tulisan mahupun kaset-kaset. Kemudian dengan bekal kesalahan-kesalahan tersebut mereka melakukan tahdzir terhadap ahlussunnah yang menurut mereka melakukan kesalahan.

Salah satu sebab mereka melakukan tahdzir adalah kerana ada Ahlussunnah lain yang bekerjasama dengan salah satu yayasan yang bergerak dalam bidang keagamaan untuk mengadakan ceramah-ceramah atau seminar-seminar keagamaan. Padahal Syaikh abdul Aziz bin Baz dan Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah memberikan ceramah kepada pengurus yayasan keagamaan tersebut melalui telefon. Kerjasama Ahlussunnah lain dengan yayasan tersebut sebenarnya sudah dinyatakan boleh oleh dua ulama besar itu dengan fatwa.

Oleh kerana itu, hendaknya mereka membuat semakan terhadap diri mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan dan mencela pendapat orang lain; apalagi tindakan ahlussunnah lain tadi bersumber dari fatwa ulama besar. Anjuran introspeksi diri seperti ini pernah disampaikan oleh sebagian Sahabat Rasulullah setelah dilangsungkannya perjanjian Hudaibiyah. Sebagian sahabat ada yang berkata, “Wahai Manusia, hendaklah kalian mahu introspeksi diri agar tidak menggunakan akal kalian dalam masalah agama.”

Amat disayangkan, padahal mereka yang dicela itu telah banyak membantu masyarakat, baik melalui pelajaran-pelajaran yang disampaikan, karya-karya tulis, mahupun khutbah-khutbahnya. Mereka ditahdzir hanya dikeranakan tidak membicarakan tentang si Fulan atau jamaah tertentu. Sayang sekali memang, fenomena cela mencela dan tahdzir ini telah merebak cepat ke negara-negara Arab. Ada di antara mereka yang terkena musibah ini yang memiliki keilmuan yang luas dan memiliki usaha yang keras dalam menampakkan, menyebarkan dan menyeru kepada Sunnah. Tidak diragukan lagi bahwa tahdzir terhadap mereka telah menghalangi jalan bagi para penuntut ilmu dan orang-orang yang hendak mengambil manfaat dari mereka, baik dari sisi ilmu mahupun ahlak.

Kedua.
Ada sebagian Ahlussunnah yang apabila melihat kesalahan Ahlussunnah lain, maka mereka menulis bantahannya, lalu pihak yang dibantah membalas bantahan tersebut dengan bantahan yang serupa. Pada akhirnya kedua belah pihak sibuk membaca tulisan-tulisan pihak lawan atau mendengarkan kaset-kaset, yang lama mahupun yang baru, dalam rangka mencari kesalahan dan kelemahan lawannya, padahal boleh jadi kesalahan-kesalahan tadi hanya disebabkan kerana terpeleset lidah. Semua itu mereka kerjakan secara perorangan atau secara berkelompok. Kemudian tiap-tiap pihak berusaha untuk memperbanyak pendukung yang membelanya dan merendahkan pihak lawannya. Kemudian para pendukung di tiap pihak berusaha keras membela pendapat pihak yang didukungnya dan mencela pendapat pihak lawannya. Merekapun memaksa setiap orang yang mereka temui untuk mempunyai sikap yang jelas terhadap orang-orang yang berada di pihak lawan.

Apabila orang tersebut tidak mahu menunjukkan sikapnya secara jelas, maka dia pun dianggap masuk sebagai kelompok ahli bid’ah seperti kelompok lawannya. Sikap tersebut biasanya diikuti dengan sikap tidak akur satu pihak dengan pihak lainnya. Tindakan kedua belah pihak serupa dengan itu merupakan pangkal muncul dan tersebarnya konflik pada skala yang lebih luas. Dan keadaan bertambah parah, kerana pendukung masing-masing kelompok menyebarkan celaan-celaan tersebut di jaringan internet, sehingga para pemuda ahlussunnah di berbagai negeri, bahkan lintas benua menjadi sibuk mengikuti perkembangan di website masing-masing pihak. Berita yang disebarkan oleh masing-masing pihak hanyalah berita-berita qila wa qala saja, tidak jelas sumbernya, dan tidak mendatangkan kebaikan sedikit pun, bahkan hanya akan membawa kerusakan dan perpecahan. Sikap yang dilakukan para pendukung masing-masing pihak seperti orang yang bolak balik di papan pengumuman untuk mengetahui berita terbaru yang ditempel. Mereka juga tidak ubahnya seperti supporter olahraga yang saling menyemangati kelompoknya. Permusuhan, kekacauan dan perselisihan sesama mereka merupakan akibat dari dihasilkan sikap-sikap seperti itu.



Solusi Permasalahan Ini


Ada Beberapa Solusi Yang Boleh Diketengahkan Dalam Permaslahan Ini.

Pertama.

Berkaitan dengan cela mencela dan tahdzir perlu diperhatikan beberapa perkara sebagai berikut:

[1] Orang-orang yang sibuk mencela ulama dan para penuntut ilmu hendaknya takut kepada Allah subhanahu wa Ta’ala dengan tindakkannya tersebut. Mereka hendaknya lebih menyibukkan diri memperhatikan kelemahan dirinya sendiri agar boleh terbebas dari kelemahan orang lain. Mereka hendaknya berusaha menjaga kekalnya kebaikan yang dia miliki. Janganlah mereka mengurangi amal kebaikan mereka walaupun sedikit, yaitu dengan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang yang dia cela. Hal itu kerana mereka lebih membutuhkan kebaikan tersebut dibanding yang lain pada hari dimana harta dan anak-anak takkan berguna kecuali orang yang datang kepada Allah Ta’ala dengan hati yang selamat.

[2] Hendaknya mereka berhenti melakukan cela-mencela dan tahdzir, lalu menyibukkan diri memperdalami ilmu yang bermanfaat; bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu agar boleh manfaat dari ilmu tersebut dan menyampaikannya kepada orang lain yang membutuhkannya. Hendaknya mereka menyibukkan diri dengan kegiatan keilmuan, baik dengan belajar mengajar, berdakwah atau menulis.

Semua itu jelas lebih membawa kebaikan. Jika mereka melakukan tindakan-tindakan yang baik seperti itu, tentu mereka dikatakan sebagai orang-orang yang membangun. Jadi, janganlah mereka sibuk mencela sesama ahlussunnah, baik yang ulama mahupun penuntut ilmu, kerana hal itu akan menutup jalan bagi orang-orang yang mendapatkan manfaat keilmuan dari mereka. Perbuatan-perbuatan seperti itu adalah temasuk perbuatan-perbuatan yang merusak. Orang-orang yang sibuk dengan tindakan cela-mencela seperti itu, setelah mereka meninggal tidak meninggalkan bekas ilmu yang bermanfaat, dan manusia tidak merasa kehilangan para ulama yang ilmunya bermanfaat bagi mereka, bahkan sebaliknya, dengan kematian mereka manusia merasa selamat dari keburukan.

[3] Para penuntut ilmu dari kalangan ahlussunnah hendaknya menyibukkan diri dengan kegiatan keilmuan seperti membaca buku-buku yang bermanfaat, mendengarkan kaset-kaset ceramah para ulama ahlussunnah seperti Syaikh bin Baz, Syaikh Ibnu Utsiamin, daripada sibuk menelefon fulan atau si Fulan bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang Fulan atau Fulan?” atau “Bagaimana komentarmu tentang pernyataan Fulan terhadap si Fulan dan tanggapan si Fulan terhadap si Fulan?”

[4] Berkaitan dengan pertanyaan tentang orang-orang yang sibuk dalam bidang keilmuan, mereka boleh dimintai fatwa atau tidak, selayaknya hal tersebut ditanyakan kepada pimpinan Lembaga Fatwa di Riyadh. Dan siapa yang mengetahui keadaan mereka, hendaknya mahu melayangkan surat kepada pimpinan Lembaga Fatwa yang berisi penjelasan tentang keadaan mereka untuk dijadikan bahan pertimbangan. Hal itu dimaksudkan agar sumber penilaian cacat seseorang dan tahdzir, apabila memang harus dikeluarkan, maka yang mengeluarkan adalah lembaga yang berwibawa dalam masalah fatwa dan berwenang menjelaskan tentang siapa-siapa yang dapat diambil ilmunya dan dimintai fatwa. Tidak diragukan lagi bahwa lembaga yang dijadikan sebagai rujukan fatwa dalam berbagai permasalahan, juga selayaknya dijadikan sebagai sumber rujukan untuk mengetahui siapa yang boleh dimintai fatwa dan diambil ilmunya. Hendaknya janganlah seseorang menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan dalam perkara yang sangat penting ini, kerana sesungguhnya termasuk tanda bagusnya keislaman seseorang adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya.

Kedua.
Berkaitan dengan cara membantah orang yang melakukan kekeliruan pendapat perlu diperhatikan beberapa perkara sebagai berikut:

[1] Hendaknya bantahan tersebut dilakukan dengan penuh keramahan dan kelemah-lembutan disertai keinginan yang kuat untuk menyelamatkan orang yang salah tersebut dari kesalahannya, apabila kesalahannya jelas terlihat. Selayaknya seseorang yang hendak membantah pendapat orang lain merujuk bagaimana cara Syeikh bin Baz tatkala melakukan bantahan, untuk kemudian diterapkannya.

[2] Apabila kesalahan orang yang dibantah tadi masih samar, mungkin benar atau mungkin juga salah, maka selayaknya masalah tersebut dikembalikan kepada pimpinan Lembaga Fatwa untuk diberi keputusan hukumnya. Adapun apabila kesalahannya jelas, maka wajib bagi orang yang dibantah tersebut untuk meninggalkannya. Kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik dari pada tetap tenggelam dalam kebatilan.

[3] Apabila seseorang telah membantah orang lain, maka berarti dia telah menunaikan kewajiban dirinya, maka hendaknya dia tidak menyibukkan diri mengikuti gerak-gerik orang yang dibantah. Sebaliknya, dia selayaknya menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat, baik bagi dirinya mahupun orang lain. Begitulah sikap yang dicontohkan oleh Syaikh bin Baz.

[4] Seorang penuntut ilmu tidak diperbolehkan mengajak orang lain serta memaksanya untuk memilih si Fulan (yang dibantah) atau ikut dia (yang membantah); apabila sepakat dengannya maka dia selamat; namun apabila tidak sepakat maka di bid’ahkan dan diboikotnya.

Tidak boleh seorang pun menisbatkan fenomena tabdi’ (pembid’ahan) dan hajr (pemboikotan) yang kacau seperti ini sebagai manhaj Ahlussunnah. Dan siapapun tidak diperbolehkan menggelari orang yang tidak menempuh jalan yang ngawur ini sebagai orang yang tidak bermanhaj salaf. Boikot (hajr) yang dilakukan dalam manhaj Ahlussunnah adalah boikot yang memberikan manfaat bagi orang yang diboikot, seperti boikot seorang bapak pada anaknya, Syaikh kepada muridnya, dan boikot dari pihak yang memiliki kedudukan dan derajat yang lebih tinggi kepada orang-orang yang menjadi bawahannya. Boikot-boikot seperti itu akan memberikan manfaat bagi orang yang diboikot. Namun apabila boikot itu bersumber dari dari seorang penuntut ilmu kepada penuntut ilmu yang lain, lebih-lebih pada perkara yang tidak selayaknya seseorang diboikot, maka boikot seperti itu tidak manfaat sedikit pun bagi orang yang diboikot, tetapi malah akan menimbulkan permusuhan, saling membelakangi dan saling menghalangi.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam kitab Majmu’ Fatawa (III/413-414) ketika beliau berbicara tentang Yazid bin Mu’awiyah. Beliau berkata, “Pendapat yang benar adalah pendapat yang dikemukakan oleh para imam, yaitu bahwa Yazid bin Mu’awiyah tidak perlu dicintai secara khusus, namun juga tidak boleh dilaknat. Meskipun dia seorang yang fasiq atau zalim, mudah-mudahan Allah mengampuni orang yang fasiq dan zalim, terlebih lagi dia telah melakukan kebaikan yang besar.


Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah pernah bersabda.

“Pasukan pertama yang memerangi tentara Constantinople akan diampuni dosa-dosanya.”

Dan pasukan pertama yang memerangi tentara Constantinople dipimpin oleh Yazid bin Mu’awiyah, dan Abu Ayyub Al-Anshari ikut dalam pasukan tersebut. Oleh kerana itu, selayaknya kita bersikap adil dalam permasalahan tersebut. Kita tidak boleh mencela Yazid bin Mu’awiyah dan memata-matai seseorang dalam bersikap terhadapnya, kerana sikap seperti itu adalah bid’ah yang bertentangan dengan manhaj Ahlussunnah Wal Jama’ah.

Dalam kitab yang sama (III/415), beliau juga berkata, “Sikap seperti itu juga akan memecah belah umat Islam. Disamping itu, sikap itu tidak diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.”

Beliau juga berkata dalam kitab yang sama (XX/164), “Tidak boleh seorang pun menjadikan orang lain sebagai tokoh yang harus diikuti dan sebagai standard dalam berteman atau bermusuhan selain Rasulullah saw. Tidak diperkenankan pula seseorang menjadikan sebuah tanda aras untuk berteman dan bermusuhan selain perkataan Allah dan Rasul-Nya serta ijma’ kaum muslimin. Cara-cara seperti ini adalah termasuk perbuatan ahli bid’ah. Para ahli bid’ah biasa menjadikan figure atau sebuah perkataan sebagai tolak ukur. Mereka berteman ataupun bermusuhan dengan dasar perkataan atau figure tersebut. Akhirnya hanya memecah-belah umat Islam.

Para pendidik tidak boleh mengkotak-kotakkan umat Islam, dan melakukan perbuatan yang hanya akan menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka. Bahkan yang seharusnya dilakukan adalah saling menolong atas dasar kebaikan dan takwa, sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala;

“Dan Tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” [QS. Al-Maidah: 2]

Al-Hafizh Ibnu Rajab ketika menjelaskan hadis: Beliau berkata, “Termasuk tanda bagusnya keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tak berguna baginya.”

Dalam kitab Jami’ Al ‘Ulum wa Al ‘Hikam (I/288), beliau berkata, “Hadis ini merupakan landasan penting dalam masalah adab. Imam Abu Amru bin Ash Shalah menceritakan bahwa Abu Muhammad bin abu Zaid, salah seorang imam Madzhab Malik pada zamannya, pernah berkata: “Adanya berbagai macam adab kebaikan bercabang dari empat hadist, iaitu hadis Rasulullah:

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah Ta’ala dan hari akhirat hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau (kalau tidak boleh) lebih baik diam.”

Juga hadis: “Salah satu ciri baiknya keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.”


Juga hadis Rasulullah yang mengandung wasiatnya yang singkat:“Jangan marah,”

Kemudian yang terakhir hadis: “Seorang mukmin mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”

Saya berkata : Betapa perlunya para penuntut ilmu dengan adab-adab di atas kerana adab-adab tersebut jelas akan mendatangkan kebaikan dan manfaat bagi diri mereka sendiri dan orang lain. Para penuntut ilmu juga perlu menjauhi sikap dan kata-kata yang kasar yang hanya akan membuahkan permusuhan, perpecahan, saling membenci dan mencerai-beraikan persatuan.

Menjadi kewajiban bagi setiap penuntut ilmu untuk menasehati dirinya sendiri agar berhenti mengikuti tulisan-tulisan di internet yang memuat komentar kedua belah pihak dalam masalah ini. Hendaknya mereka memanfaatkan dan memperhatikan website yang lebih bermanfaat seperti website milik Syaikh Abdul Aziz bin Baz yang berisi telaah pembahasan-pembahasan ilmiah keagamaan dan fatwa-fatwa beliau yang sampai sekarang telah mencapai dua puluh satu jilid. Website lain yang lebih bermanfaat untuk mereka lihat adalah website Fatwa Lajnah Daimah yang sampai kini telah mencapai dua puluh jilid; begitu pula website Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin yang berisi telaah kitab-kitab dan fatwa-fatwanya yang banyak dan luas.


[Disalin dari buku Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir & Hajr, Penulis Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al’Abbad Al-Badr]

Isnin, 5 September 2011

KONSEP IMAN DAN KUFUR

[1]. Iman adalah ucapan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang. Iman adalah suara hati dan ucapan lisan serta amalan hati, perbuatan lisan dan anggota badan. Ucapan hati, iaitu keyakinan dan kepercayaannya. Adapun ucapan lisan, iaitu pernyataannya, sedangkan amalan hati, iaitu kepatuhan, keikhlasan, ketaatan, kecintaan dan keinginannya kepada segala amal soleh. Adapun perbuatan anggota badan, iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.


[2]. Barangsiapa yang menyatakan bahwa amal perbuatan tidak termasuk iman maka dia adalah seorang murji'. Barangsiapa yang memasukkan dalam iman sesuatu yang tidak termasuk di dalamnya maka dia adalah seorang mubtadi' (orang yang melakukan bid'ah).

[3]. Barangsiapa tidak bersedia mengucapkan dua kalimah syahadat maka dia tidak berhak memperolehi sebutan sebagai orang yang beriman. Dia juga tidak dihukumi sebagai orang yang beriman, baik di dunia maupun di akhirat.

[4]. Islam dan iman adalah dua sebutan dalam agama. Di antara keduanya terdapat pengertian umum dan pengertian khusus. Ahlul Qiblah disebut sebagai kaum muslimin.

[5]. Pelaku dosa besar tidak keluar dari keimanannya. Di dunia tetap beriman tetapi kurang imannya, sedangkan di akhirat dia berada di bawah kehendak Allah. Jika Allah mengkehendaki akan diampuni dan jika mengkehendaki sebaliknya maka dia akan disiksa sesuai dengan keadilanNya. Orang-orang yang mempunyai tauhid tempat kembalinya adalah syurga. Sekalipun ada di antara mereka yang disiksa terlebih dulu tetapi tidak ada seorang pun dari mereka yang kekal di dalam neraka.


[6]. Tidak boleh menyatakan pasti bahwa si fulan termasuk ahli surga atau neraka, kecuali terhadap seseorang yang telah dinyatakan oleh nas demikian.


[7]. Kufur dalam bahasa agama ada dua macam. Pertama, kufur akbar, iaitu kufur yang menyebabkan seseorang keluar dari agama. Kedua, kufur ashghar, iaitu kufur yang tidak menyebabkan seseorang keluar dari agama. Kufur macam ini terkadang disebut juga dengan kufur 'amali.


[8]. Takfir (pernyataan atau penghukuman terhadap seseorang bahwa dia menjadi kafir) termasuk hukum agama yang acuannya adalah Kitab dan Sunnah. Kerana itu kita tidak boleh takfir kepada seorang muslim kerana suatu ucapan atau perbuatan bila tidak ada dalil syar'i yang menyatakan demikian. Suatu ucapan atau perbuatan yang dinyatakan sebagai kafir tidak mesti pelakunya pun menjadi kafir, kecuali bila syarat-syaratnya terpenuhi dan tidak ada hal-hal yang menghalanginya. Takfir termasuk hukum paling serius. Kerana itu kita harus hati-hati dan waspada dalam mentakfirkan seorang muslim.

[Sumber: buku Mujmal Ushul Ahlis Sunnah wal Jama'ah fi Al 'Aqidah oleh Dr. Nashir bin Abdul Karim Al 'Aql,]


_________
[1]. Ahlul Qiblah adalah orang yang mengaku beragama Islam, melakukan solat seperti kaum muslimin, menghadap ke kiblat dan memakan sesembelihan mereka, sekalipun termasuk orang yang menuruti hawa nafsunya atau berbuat dosa, selama tidak mendustakan ajaran yang dibawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam.