Rabu, 25 Januari 2012

Tahzib Sirah Nabawiyyah - al Imam an Nawawi ( 1 )

Nasab Keturunan.


Muhammad s.a.w Rasululullah bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lua’aiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Hingga di sini sahaja menjadi kesepakatan ulama’. Adapun selepas itu sehingga ke nabi Adam a.s , maka perselisihan pendapat adalah amat besar sehingga ulama’ menyebut: Tiada yang sahih untuk menjadi pegangan dalam perkara ini.

Gelaran dan Nama-Nama.

Gelaran masyhurnya adalah Abu al Qasim. Jibril menggelarnya sebagai Abu Ibrahim. Nama-namanya telalu banyak sebagaimana yang dihimpun oleh Ibnu ‘Asakir. Sebahagian nama-nama ini terdapat dapat hadith Sahih al Bukhari dan Muslim, sementara bakinya dalam sumber hadith lain. Antara nama-nama tersebut ; [1] Muhammad, Ahmad, al Hasyir (penghimpun manusia di bawah panjinya) , al ‘Aaqib (nabi terakhir ), al Maqaffiy (Pejejak nabi-nabi sebelumnya), al Mahi ( Penghapus kekufuran ), Khatam an Nabiyyin (penutup para nabi), Nabi ar rahmah, Nabi al Malhamah ( Nabi pemimpin peperangan ), Nabi at Taubah, al Fatih ( Pembuka atau pemenang ), Thaha, Yasin dan Abdullah.

Imam al Baihaqi berkata: Sebahagian ulama’ menambah lagi dengan nama-nama yang tersebut di dalam al Quran iaitu; Rasul, Nabi, Ummiy ( tidak boleh membaca dan menulis ), Shahid ( Saksi ), Mubashshir (Penyampai berita gembira), Nazir ( Pemberi amaran ), Daiei ila Allah biznihi (Pemnyeru ke jalan Allah dengan perintahNya), Siraj Munir ( Obor yang menerangi ) , Ra’uf ( bersikap lembut ), Rahim ( Penyayang ), Muzakkir ( Pemberi ingatan ), Rahmah, Ni’mah, Hadi ( pembawa petunjuk ).

Sebahagian dari nama-nama ini adalah sifat-sifat yang disebut nama secara majaz ( metafora ). Ibn al ‘Arabi dalam al Ahwazi Syarah Jami’ at Turmuzi berkata: Ada di kalangan ahli sufi menyebut: Allah memiliki 1000 nama, Nabi pula memiliki 1000 nama. Mengulas perkara ini dia berkata: Adapun nama Allah, maka bilangan ini adalah sedikit. Bagi Nabi saw pula, aku hanya menghintungkan nama-nama yang tersebut secara zahir dari hadith-hadith. Bulangan yang aku mengiranya adalah 64 nama. Kemudian dia menyebutnya secara terperinci bersama keterangannya dengan penuh sempurna dan teliti. Kemudian dia berkata: Baginya masih ada nama-nama lain.


Ibunya

Ibu Nabi saw ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’aiy bin Ghalib.


Kelahiran

Dilahirkan di tahun gajah. Ada yang menyebut: 30 tahun selepasnya. Al Hakim Abu Ahmad mnyebut: 40 tahun selepsanya. Ada pula pendapat : 10 tahun selepasnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Namun pendapat sahih yang masyhur baginda saw dilahirkan di tahun gajah. Ibn al Munzir dan Khalifah ibn Khayyath menukilkan ijma’ dalam perkara ini. Mereka juga bersepakat baginda saw dilahirkan pada hari Isnin di bulan Rabi’ul Awwal. Cuma mereka berkhilaf adakah ianya 2, 8, 10, atau12 haribulan? Inilah empat pendapat yang masyhur.


Wafat.

Diwafatkan Rasulullah saw pada waktu dhuha Isnin 12hb Rabiul Awwal tahun 11 hijrah.


Pengkebumian dan Umur.

Baginda saw dikuburkan selepas tergelincirnya matahari ( selepas waktu zohor ). Ada juga yang menyebut pada malam Rabu. Umurnya ketika itu 63 tahun. Ada pula yang mengatakan 65 dan 60 tahun. Pendapat pertama lebih masyhur dan sahih walaupun ketiga-tiganya disebut di dalam riwayat yang sahih. Cara menghimpun ketiga-tiga pendapat ini ialah pendapat 60 tahun bertujuan menggenap angka tanpa menyebut angka kecil. Pendapat 65 tahun pula memasukkan tahun kelahiran dan kewafatan sebagai 2 tahun lengkap. Sementara 63 tahun tidak mengira tahun lahir dan wafat sebgai dua tahun lengkap. Maka pendapat yang sahih adalah 63 tahun sebagaimana umur Abu Bakar, Umar, Ali dan Aishah.

Al hakim Abu Ahmad ( guru al Hakim Abu Abdillah ) menyebut: Dikatakan bahawa baginda saw dilahirkan pada hari Isnin, dilantik menjadi nabi pada hari Isnin, berhijrah dari Mekah pada hari Isnin, masuk Madinah pada hari Isnin. Diriwayatkan juga baginda saw dilahirkan dengan siap berkhatan dan terpotong tali pusat.

Dikafankan Nabi saw dalam tiga helai kain putih, tanpa baju dan serban. Demikian dalam Sahih al Bukhari dan Muslim. Al Hakim Abu Ahmad berkata: Apabila dianggkat Nabi saw dalam kafannya, jenazah Baginda saw diletak di atas katil di tepi lubang kubur. Orang ramai mula masuk secara berkumpulan. Tiada seorang pun yang menjadi Imam. Orang yang pertama solat ialah al Abbas, diikuti oleh Banu Hashim, Muhajirin, Ansar dan akhirnya orang lain. Apabila selesai kaum lelaki, masuk pula kanak-kanak dan diakhiri kaum wanita. Kemudian ditanamlah Rasulullah saw. Mereka yang turun di dalam lubang ialah al Abbas, Ali, al Fahdl dan Qatham bin al Abbas serta Shuqran.Dikatakan Usamah bin Zaid dan Aus bin Khauli juga bersama mereka.

Baginda saw dikebumikan di dalam liang lahad dan disusun di atas liang lahad itu bata-bata. Dikatakan kesemuanya sembilan bata yang kemudiannya ditimbun dengan tanah, ditinggikan sedikit ( sekadar sehasta ) secara rataan dan disirami air di kubur Nabi saw.

Dikatakan al Mughirah juga turun ke kubur, tetapi tidaklah sahih. Kata al Hakim Abu Ahmad : Dikatakan bahawa Abdullah bapa Rasulullah saw meninggal ketika Nabi saw beumur 28 bulan. Ada pula yang menyebut 9 bulan, 6 bulan, 2 bulan dan ada juga yang menyebut baginda saw masih dalam kandungan. Dia meninggal di Madinah. Kata al Waqidi dan penulisnya Muhammad bin Saad : Tidak benar bapa meninggal sedang Nabi saw masih dalam kandungan.

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal ketika baginda saw berumur 8 tahun. Ada yang berpendapat 6 tahun. Dia telah mewasiatkannya kepada Abu Thalib. Ibunya meninggal dunia ketika umur baginda saw 6 tahun. Ada pendapat menyebut 4 tahun. Kematiannya di Abwa’, antara Mekah dan Madinah. Kebangkitan baginda saw sebagai rasul kepada sekelian manusia pula ketika berumur 40 tahun. Ada juga yang menyebut 40 tahun sehari. Baginda tinggal di Mekah selepas kenabian selama 13 tahun. Ada juga yang menyebut 10 tahun dan 15 tahun. Kemudian berhijrah ke Madinah dan bermukim di sana selama 10 tahun tanpa khilaf. Baginda saw tiba di Madinah pada 12 Rabiu’l Awwal . al Hakim menyebut: Sakit baginda saw bermula di rumah Maimunah, pada hari Rabu, 2 hari terakhir di bulan Safar.



[1] Antara sumber nama-nama ini ialah hadith-hadith berikut;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أنا محمد، وأنا أحمد وأنا الماحي الذي يمحو اللهُ به الكفر، وأنا الحاشِرُ الذي يُحشر الناس على قدمي، وأنا العاقِب الذي ليس بعده نبي "، وقد سماه الله رؤوفاً رحيماً متفق عليه.

Bermaksud:

Sabda rasulullah saw: Akulah Muhammad, akulah Ahmad, akulah al Mahi ( Penghapus ) Allah menghapus denganku kekufuran, aklulah al Hasyir ( penghimpun ) dihimpun manausia di atas dua kakiku, akulah al ‘Aqib ( penutup ) yang tiada lagi nabi selepasku. Allah swt telah menamakannya Ra’uf ( bersikap lembut ), Rahim ( Penyayang ) . HR al Bukahri dan Muslim.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يُسمي لنا نفسه أسماء فقال: (أنا محمد، وأنا أحمد،وأنا المقفِّي، ونبي التوبة، ونبي الرحمة)، (المقفِّي: آخر الآنبياء) رواه مسلم.

Bermaksud : Rasulullah saw pernah menamakan dirinya kepada kami beberapa nama. Baginda saw bersabda: akulah Muhammad, akulah Ahmad, akulah al Muqaffi ( penutup dan penjejak nabi-nabi terdahulu ), nabi taubat dan nabi rahmat. HR Muslim.

Jumaat, 2 Disember 2011

Ashura' Hari Memperingati Tersungkurnya Firaun.

Dengan kedatangan bulan Muharram ini, kita mengingat kisah yang selalu diulang-ulang oleh Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci di dalam berbagai surah di dalam Al-Qur’an kerana hikmah dan tujuan yang sangat luhur lagi tinggi:

قال الله تعالى : â وَكُلّا نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ ... ١٢٠á [ هود: 120]

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; QS. Hud: 120.

قال الله تعالى : â نَتۡلُواْ عَلَيۡكَ مِن نَّبَإِ مُوسَىٰ وَفِرۡعَوۡنَ بِٱلۡحَقِّ لِقَوۡم يُؤۡمِنُونَ ٣ á [ القصص: 3]

Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. QS. Al-Qahsash: 3

Fir'aun adalah simbol diktator yang paling buruk, seorang raja dari Mesir. Dia kufur kerana mengingkari Allah Yang Maha Tinggi secara nyata. Diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya:

قال الله تعالى : â فَحَشَرَ فَنَادَى فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى23-24á

[ النازعات: 23-24]

Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya . (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". QS. Al-Nazi’at: 23-24.

قال الله تعالى : â وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَأُ مَا عَلِمۡتُ لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرِي ... ٣٨ á [ القصص: 38]

Dan berkata Firaun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. QS. Al-Qashash: 38.

Dia berbuat aniaya terhadap kaum Bani Israil dan menimpakan kepada mereka siksa yang sangat pedih:

قال الله تعالى : â إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعا يَسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَة مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِۦ نِسَآءَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٤ á [ القصص: 4]

Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. QS. Al-Qashash: 4

Firaun sebenarnya hidup dengan penuh ketakutan. Seorang komandan dari suku Qibthy pernah memberitahukan kepadanya bahawa Ibrahim, kekasih Allah melewati Mesir dan Fir’aun ingin menguasai isterinya, Sarah lalu Allah menyelamatkannya dan menjaga dirinya. Nabi Ibrahim memberitahu bahawa akan terlahir dari keturunannya seorang anak, yang menjadi penghujung perjalanan kekuasaan Fir’aun di negeri Mesir. Kisah ini pada dasarnya terdapat di dalam hadits Shahih bahwa pada saat dia meyakini bahwa kekuasaannya akan berakhir di tangan seorang lelaki dari kalangan Bani Israel. Maka diapun mulai membunuh kaum lelaki yang lahir dari kalangan Bani Israel untuk menyelamatkan posisinya.

Setelah beberapa lama seorang komandannya berkata kepadanya: "Sesungguhnya kaum Bani Israil hidup untuk berkhidmat kepada kita sementara engkau bertindak untuk menghabiskan mereka. Akibatnya tidak ada yang tersisa dari mereka kecuali kaum wanita dan orang-orang tua. Maka biarkanlah mereka satu tahun dan bunuhlah bayi laki-laki yang lahir pada tahun berikutnya. Maka diapun setuju dengan pendapat ini, lalu diapun membunuh bayi laki-laki-laki yang lahir satu tahun dan membiarkan mereka satu tahun selanjutnya agar boleh bekerja untuk dirinya dan kaumnya. Hal ini sebagai ujian dan penjelasan bahwa kewaspadaan tidak akan pernah menyelamatkan seseorang dari ketetapan yang pernah ditetapkan oleh Allah. Nabi Musa Alaihis salam dilahirkan pada tahun dibunuhnya bayi lelaki yang lahir. Maka ibu Nabi Musa sangat bimbang dan takut jika bayinya yang pada usia balighnya kelak akan mendapat wahyu ini akan terbunuh ditangan tentara Fir’aun, dia akan menjadi peminpin umat. Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam berkata tentang Nabi Musa: "Seandainya saudaraku Musa, hidup maka dia tidak memiliki pilihan kecuali harus mengikutiku”. Akan tetapi Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Maha Mengetahui segala perkara hambaNya, Dia tidak pernah lalai dari mereka walau sekejap mata atau yang lebih kecil dari itu dan selalu menjaga serta memelihara mereka. Bayi yang kecil yang masih menyusu ini, yang sangat dibimbangi oleh ibunya kerana ancaman pedang Fir’aun telah mendapat pemeliharaan Allah, sebagaimana penjagaan Allah terhadap para nabi dan rasulNya:

قال الله تعالى : â ...ۚ وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّة مِّنِّي وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِيٓ ٣٩á [طه: 39]

Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku.QS. Thaha: 39.

Allah membukakan hati isteri Fir’aun sebelum pintu benteng dan istana terbuka, anak tersebut besar di dalam didikan orang yang justeru menjadi musuh baginya. Lalu Musa alaihis salam keluar dari istana Fir’aun dengan suatu ujian:

قال الله تعالى : â وَجَآءَ رَجُل مِّنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّ ٱلۡمَلَأَ يَأۡتَمِرُونَ بِكَ لِيَقۡتُلُوكَ فَٱخۡرُجۡ إِنِّي لَكَ مِنَ ٱلنَّٰصِحِينَ ٢٠ á

[ القصص: 20]

Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata: "Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu". QS. Al-Qasas: 20.

Setelah itu dia tumbuh dewasa lalu menikah dengan maskawin menggembala kambing. Pada saat dirinya telah dewasa, sempurna akalnya dan siap mengembang risalah Allah Ta’ala mewahyukan kepadanya. Dan dia didukung oleh saudaranya Harun sebagai pendukung dirinya dalam berdakwah:

قال الله تعالى : â فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٦ أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ١٧ á [الشُّعَرَاءِ: 17-16]

Maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah olehmu: 'Sesungguhnya kami adalah Rasul Tuhan semesta alam. lepaskanlah Bani Israel (pergi) beserta kami'". QS. Al-Syu’ara: 16-17.

Maka Fir’aun terlaknat menyambut mereka dengan sikap mengingkari Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

قال الله تعالى : â قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٣ قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ٢٤ á [الشُّعَرَاءِ:24-23]

"Firaun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?. Musa menjawab: "Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya. (Itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya". QS. Al-Syu’ara: 23-24.

Lalu perdebatan berlangsung alot dan berubah menjadi perdebatan dalam bentuk lain, Fir’uan mengumpulkan para tukang sihirnya agar membuat tipu daya terhadap Musa namun Allah selalu mengawasi mereka:

قال الله تعالى : â وَجَآءَ ٱلسَّحَرَةُ فِرۡعَوۡنَ قَالُوٓاْ إِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ١١٣ قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ لَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ١١٤ á

[الأَعرَافِ: 114-113]

"Dan beberapa ahli sihir itu datang kepada Firaun mengatakan : Apakah sesungguhnya kami akan mendapat upah, jika kamilah yang menang?. Firaun menjawab: "Ya, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang dekat (kepadaku)". QS. Al-A’raf: 113-114.

Mereka adalah para tukang sihir yang ahli:

قال الله تعالى : â قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِمَّآ أَن تُلۡقِيَ وَإِمَّآ أَن نَّكُونَ نَحۡنُ ٱلۡمُلۡقِينَ ١١٥ قَالَ أَلۡقُواْۖ فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ سَحَرُوٓاْ أَعۡيُنَ ٱلنَّاسِ وَٱسۡتَرۡهَبُوهُمۡ وَجَآءُو بِسِحۡرٍ عَظِيمٖ ١١٦ á [الأَعرَافِ: 116-115]

" Ahli-ahli sihir berkata: "Hai Musa, kamukah yang akan melemparkan lebih dahulu, ataukah kami yang akan melemparkan?”. Musa menjawab: "Lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang banyak itu takut, serta mereka mendatangkan sihir yang besar (menakjubkan). QS. Al-A’raf: 115-116.

Namun Fir’aun dan rakyatnya, serta para tukang sihir dan dukun dikagetkan dengan sebuah peristiwa:

قال الله تعالى : â وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَلۡقِ عَصَاكَۖ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ ١١٧ فَوَقَعَ ٱلۡحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١١٨ فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ Arrow_Up1.jpgوَٱنقَلَبُواْ صَٰغِرِينَ ١١٩á [الأَعۡرَافِ:119-117]

Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan. Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina.. QS. Al-A’raf: 117-119.

Walaupun peristiwa yang lebih mengegarkan dan mengejutkan belum memuncak, akan tetapi suasana semakin memanas pada saat seluruh tukang sihir yang didatangkan oleh Fir’aun beriman kepada Allah Azza Wa Jalla:

قال الله تعالى : â وَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ ١٢٠ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٢١ رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ١٢٢á [الأَعۡرَافِ:122-120]

Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud. Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, "(yaitu) Tuhan Musa dan Harun". QS. Al-A’raf: 120-122.

Maka Fir’aunpun mulai mengancam dan menindak mereka:

قال الله تعالى : â لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰف ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ ١٢٤ á [الأَعۡرَافِ: 124]

"Demi, sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu dengan bersilang secara bertimbal balik, kemudian sungguh-sungguh aku akan menyalib kamu semuanya." QS. Al-A’raf: 124.

Dalam waktu yang sangat singkat mereka berubah mengumumkan keimanan mereka secara jujur dan terang-terangan dari kekafiran sambil menantang diktator yang paling jahat di atas permukaan bumi. Penyampaian risalah saling bergantian antara Nabi Musa dan saudaranya, dan tekanan Fir’aun terhadap Musa dan saudaranya berjalan sampai kisah tersebut berakhir dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa alaihis salam agar mereka berjalan pada malam hari dari Mesir dan Fir’aun sangat bingung dengan perkara tersebut. Maka diapun mengirim berita kepada seluruh penjuru Mesir agar rakyat berkumpul. Maka Fir’aunpun mengumpulkan bala tentaranya dan berjalan menuju arah yang dilalui oleh Musa, yaitu laut merah:

قال الله تعالى : â فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ ٦١ á [ الشعراء: 61]

Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: "Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul". QS. Al-Syu’ara: 61.

Lautan dihadapan kita, jika kita melewatinya maka kita akan tenggelam padanya, sementara Fir’aun dan kaumnya berada di belakang kita, jika kita berhenti maka mereka akan menangkap kita. Maka Musa menegaskan dengan lisan seorang mu’min yang yakin dan percaya dengan janji, pertolongan dan rahmat Tuhannya:

قال الله تعالى : â قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ ٦٢ á [ الشعراء: 62]

"Musa menjawab: "Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku". QS. Al-Syu’ara: 62

Pada saat Nabi Musa telah sampai di lautan maka Allah memerintahkan kepadanya untuk memukul laut tersebut dengan tongkatnya, maka lautan tersebut terpecah menjadi dua belas jalan, air berubah mejadi tanah. Maha Suci Allah, di tanganNyalah segala sesuatu dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Lalu pada saat Musa dan kaumnya berjalan melewati laut merah yang telah berubah menjadi tanah, seakan mereka berjalan di atas padang pasir maka Fir’aun pun ikut mengejar melewati jalan yang sama, lalu pada saat mereka telah sampai ditengah lautan Allah memerintahkan agar lautan tersebut kembali seperti keadaannya yang semula, maka laut itupun menghantam Fir’aun dan bala tentaranya sehingga menenggelamkan dan membinasakan mereka semua.

Peristiwa inilah yang kita raikan melalui penghayatan hari Ashura'. Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Selasa, 1 November 2011

Tetap Bersemangat Dalam Menuntut Ilmu Syara’.


قال الله تعالى:
âقُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أولو الألباب
[ الزمر: 9]

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. QS. Al-Zumar: 9

قال الله تعالى: âيَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ [ المجادلة : 11]

“...nescaya Allah Shubhanahu wa ta’alla akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat. Dan Allah Shubhanahu wa ta’alla Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. QS. Al-Mujadilah: 11.

Diriwyatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Mu’awiyah radhiallahu’anhu bahwa Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wa sallam berkata: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah Shubhanahu wa ta’alla suatu kebaikan maka Allah Shubhanahu wa ta’alla akan memberikan kepadanya kepahaman dalam agama”.[1]

Sebagian ahli ilmu berkata: Orang yang tidak diberikan oleh Allah Shubhanahu wa ta’alla kefahaman di dalam agama bererti Allah Shubhanahu wa ta’alla tidak menghendaki kebaikan baginya”.

Diriwayatkan oleh Al-Darimi dengan sanad yang baik dari Abi Darda’ bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad Shalallhu’alaihi wa sallam bersabda:

" Keutamaan orang yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti kelebihan bulan purnama atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi dan para nabi tidak mewariskan uang dinar atau dirham, sesungguhnya mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambilnya maka sungguh dia telah mengambil bahagian yang sangat besar”.[2]

Al-Auza’i berkata:

Manusia yang memliki kemuliaan di tengah masyarakat kami adalah peribadi yang berilmu, dan orang selain mereka tidak ada ertinya”.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimhullah berkata:

Keperluan manusia kepada ilmu lebih besar dari keperluan mereka terhadap makanan dan minuman. Para ulama adalah orang yang tetap komitmen dengan perintah Allah Shubhanahu wa ta’alla hingga hari kiamat.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahihnya dari Mu’awiyah dan Thauban bahwa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku ini yang selalu komited dengan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka orang yang mengacau mereka sehingga datang keputusan Allah Shubhanahu wa ta’alla dan mereka tetap komited atas perkara tersebut”.[3] Di dalam sebuah riwyat disebutkan: Mereka tetap komited pada perintah -Nya”.[4]

Imam Ahmad bin Hambal berkata: Kalau bukan ahli hadith maka aku tidak mengetahui siapakah orang selain mereka?”.

Nabi Muhammad Shalallhu’alaihi wa sallam telah memberitahukan bahwa di akhir zaman kelak ilmu itu akan terangkat, dan kebodohan tersebar dan terangkatnya ilmu ditandai dengan matinya orang yang membawanya.

Diriwayatkan oleh Al-bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash radhiallahu ‘anhuma bahwa Nabi Muhammad Shalallhu’alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya Allah Shubhanahu wa ta’alla tidak akan mencabut ilmu dari manusia dengan mengambilnya secara langsung dari mereka, namun -Dia akan mencabut ilmu itu dengan dicabutnya nyawa para ulama, sehingga apabila orang alim sudah tidak tersisa maka manusia menunjuk pemimpin yang bodoh, dan mereka ditanya tentang suatu masalah maka mereka sesat dan menyesatkan”.[5]



[1] Al-Bukhari no: 3116 dan Muslim no: 1037

[2] HR. Al-Darimi 1/110 no: 342

[3] Shahih Muslim no: 1920 dan shahih Bukhari no: 71

[4] Shahih Bukhari no: 71

[5] [5] Shahih Muslim no: 2673 dan shahih Bukhari no: 100