Isnin, 20 Februari 2012

Keunikan Sirah Rasulullah saw

Pertama:

Sirah hidup baginda saw tersebar dan tercatat tanpa sedikitpun ada sesuatu yang tersembunyi tentang baginda saw. Ulama islam tidak membiarkan satu bab pun dari bab-bab mengenai sejarah hidup Rasulullah saw dalam perjalanan sejarah kecuali mereka telah menyusunnya dalam suatu susunan tersendiri. Hal ini meliputi semua yang berkaitan tentang Rasulullah saw. Sehingga seorang muslim yang membaca sejarah Rasulullah saw. seolah-seolah sezaman dengan baginda saw dan menyaksikannya kerana lengkap dan jelasnya mengenai sejarah baginda saw.

Kita akan mendapatkan penjelasan mengenai hal ini ketika berbicara mengenai sumber-sumber sejarah Rasulullah saw. Cukup anda mengetahui, bahawa jumlah kitab mengenai Sejarah Rasulullah saw dalam bahasa Urdu sahaja melebihi dari seribu kitab, dan jumlah kitab dalam berbahasa Eropah pada masa yang sama melebihi 1300 kitab. Hal ini pada abad ke 13.

Kedua:

Istimewanya sejarah hidup baginda saw apabila ia dinukil atau dicatat dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab, setelah dibuat penelitian dengan cermat begitu juga perbandingan untuk lebih menguatkan proses pengambilan sejarah sehingga jelas terungkap yang benar dan yang silap dari sejarah tersebut. Disimpulkan di sini bahawa sejarah yang paling benar yang dinukilkan kepada kita adalah sejarah hidup Rasulullah saw. yang mulia.

Ketiga:

Risalah Rasulullah saw adalah umum, universal bagi seluruh makhluk, dan tetap kekal sepanjang zaman. Sejarah baginda saw adalah tauladan bagi seluruh manusia. Baginda saw menyamakan hak antara raja dan rakyat biasa, orang dewasa mahupun yang masih kecil boleh mengambil manfaat dari sejarah baginda saw. Mereka semua di dalam agama Allah swt adalah sama.

Keempat:

Risalah yang universal dan rukun dakwah yang kukuh. Baginda saw bersabda: “Nabi (sebelum Muhammad saw) hanya diutuskan kepada kaumnya sahaja. Sementara aku diutuskan untuk seluruh manusia”. Setiap manusia mencari contoh ideal yang boleh dijadikan tauladan baginya, dan tidak akan ditemukan sejarah yang sempurna meliputi segala aspek kecuali sejarah Rasulullah saw.

Agama manapun yang tidak didasari dengan dua rukun iaitu; hak-hak Allah dan hak-hak manusia, tidak akan mungkin mampu menyelamatkan manusia dan membimbingnya kepada kedamaian, ketentraman dan kebahagian yang sempurna.

Agama-agama sekarang terbagi menjadi dua bahagian:

1. Agama yang tidak disebutkan nama Allah sedikitpun di dalamnya seperti Hindu, Budha dan agama-agama orang china.

2. Orang yang percaya mengenai kewujudan Allah swt, akan tetapi manusia tidak tahu bagaimana berkeyakinan terhadap Tuhannya? Dengan cara apa? Dengan bentuk apa tercapai akidah terhadap Allah swt?

Adapun mengenai hak-hak manusia silakan anda mencarinya pada agama-agama yang lain. Apakah anda menemuinya secara terperinci mengenai kehidupan berkeluarga dan hubungan interaksi sosial, yang ada cuma hubungan politik dan hubungan diplomasi antara negara serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi. Silakan cari di dalam sejarah mana-mana pmemimpin atau tokoh hebat, apakah anda menemukan jawaban atas kedua tonggak tersebut? Pasti anda tidak akan menemukan suatu jawaban dan hasil yang memuaskan kecuali hanya di dalam agama Islam dan pada sejarah hidup Rasulullah saw.


Sirah Dan Hubungkaitnya Dengan Akhlak Rasulullah saw.


Rasulullah saw tidak menghabiskan waktunya dengan hidup berpoya-paoya atau berseronok-seronok dengan orang yang disayanginya atau sahabat-handainya. Sebaliknya, baginda saw menghabiskan umurnya dengan berjuang melawan para musuhnya sehingga akhir umurnya. Baginda saw bertetangga dengan yahudi dan orang-orang munafik. Para yahudi dan munafik tersebut tidak mampu untuk memfitnah Rasulullah saw. yang dapat mencela akhlaknya yang mulia dan sifat kejujurannya, bagaimanapun usaha keras yang mereka lakukan untuk hal tersebut. Penduduk Makkah memberinya gelar yang buruk dan mengganti nama baginda saw dengan nama-nama yang buruk, tetapi mereka tidak boleh melakukan fitnah atau mencela Rasulullah saw yang mampu mencela akhlaknya yang mulia, atau untuk mengotori jiwanya yang bersih, walaupun dengan menggalang usaha keras dengan mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk memusuhinya.

Allah Swt berfirman: “ Sesungguhnya, Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang Zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”.

(QS.al An’aam ayat 33).

Kelima:

Sirah Nabawiyyah mencakupi seluruh aspek kehidupan dengan jelas dan sempurna. Rasulullah saw hidup di antara sahabantya dengan 9 isteri, dan memerintahkan yang hadir untuk menyampaikan kepada yang tidak hadir. Baginda saw bersabda: “ sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat”. (HR. Bukhary, 3274).

Baginda saw tidak melakukan perjalanan sendirian atau menjauh diri dari orang ramai. Para sahabat saling tolong menolong untuk mengambil segala sesuatu dari baginda saw, bahkan beberapa orang dari mereka mengkhususkan diri untuk hal tersebut dengan sentiasa berada di dekat baginda saw seperti Ahlu suffah.

Mereka mencontohi cara berdiri Rasulullah saw, cara duduknya, bagaimana baginda saw tidur, gerak-geriknya, senyumnya, ketawanya, bagaimana cara baginda saw mandi dan wudhunya, bagaimana cara baginda saw makan dan minum dan makanan apa yang baginda saw sukai. Mereka juga menggambarkan tubuh Rasulullah saw yang paling indah sehingga seakan-akan anda melihatnya sehingga mereka menghitung jumlah uban di kepala Rasulullah saw dan di janggutnya.

Inilah sekilas pandang mengenai sejarah hidup Rasulullah saw yang membuat kita kagum mengenai kesempurnaan sejarah hidup baginda saw dan ketelitian para ahli sejarah di dalam menukilkan hal tersebut.

Keenam:

Secara umum sejarah Rasulullah saw tidak melampaui kemampuan manusia biasa. Sejarah hidup baginda saw tidak bersandar kepada hal-hal yang di luar kebiasaan manusia biasa, atau pasal-pasalnya terdiri dari mukjizat-mukjizat yang berada di luar kemampuan manusia biasa sahaja. Bahkan mudah untuk mengenalnya dan mengaplikasikannya serta meneladaninya.

Ahad, 19 Februari 2012

Tafsir Surah Al Falaq

Di antara surah Al-Qur’an yang sering terdengar pada telinga kita dan penting untuk direnungi dan difikirkan adalah surah Al-Falaq:

قال تعالى: ]قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . مِن شَرِّ مَا خَلَقَ . وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ . وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ . وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ [

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhlukNya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada ikatan-ikatan, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia berdengki".

(QS. Al-Falaq: 1-5)

Diriwyatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahihnya dari Aisyah radhiallahu anha :

Bahwa sesungguhnya apabila Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam terkena suatu penyakit maka beliau membaca Al-Mu’awwidzat untuk dirinya, lalu meniup padanya. Pada saat baginda saw sakit teruk maka akulah yang membacakan Mu’awwidzat lalu meniupkannya pada tangannya guna mengharap keberkatannya”.[1]

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab shahihnya dari Aisyah radhiallahu anha;

Bahawa apabila Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam hendak berbaring pada tempat tidurnya pada setiap malamnya maka baginda saw mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu meniupnya dan membaca:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ dan قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ dan قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Lalu baginda saw mengusap dengannya bahagian tubuh yang mampu diusapnya dimulai dari bahagian kepala dan wajah, lalu bahagian depan dari badan. Hal itu baginda saw lakukan selama tiga kali”.[2]

Diriwyatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Uqbah bin Amir berkata:

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Tidakkah engkau mengetahui beberapa ayat yang diturunkan kepadaku pada malam hari yang tidak ada ayat yang diturunkan sepertinya?.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ dan قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ [3]

Tafsir:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ

Aku berlindung dan berpegang kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh, dan maknanya mencakupi lebih luas dari makna waktu subuh. Sebab kata “الْفَلَقِ” bermakna segala sesuatu yang dibelah oleh Allah baik waktu pagi dengan menyinsingkannya atau membelah butiran dan biji-bijian dengan menumbuhkannya, sebgaiamana firman Allah Subahanahu Wa Ta’ala:

قال تعالى: ] إِنَّ اللّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى [

Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji

buah-buahan.

(QS. Al-An’am: 95)

قال تعالى: ]فَالِقُ الإِصْبَاحِ [

“Dia menyingsingkan pagi”. QS. Al-An’am: 96.

قال تعالى: ] مِن شَرِّ مَا خَلَق [َ

Ertinya dari kejahatan semua makhluk bahkan kejahatan diri, sebab hawa nafsu memerintahkan kepada yang buruk.

Disebutkan di dalam sebuah hadith: kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa kami. Dan kalimat “dari kejahatan makhluk -Nya”, mencakupi kejahatan syaitan, manusia dan jin serta bintang-binatang dan lain-lain.

قال تعالى: ] وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ [

“Al-Gasiq” makananya adalah malam, dikatakan pula maknanya adalah bulan, dan yang benar adalah maknanya secara umum yang mencakupi apa yang telah disebutkan di atas. Adapun kata tersebut dimaknai dengan kata malam berdasarkan pada firman Allah:

قال تعالى: ] أَقِمِ الصَّلاَةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ [

Dirikanlah salat dari sesudah mata hari tergelincir sampai gelap malam.

(QS. Al-Isro’: 78)

Pada waktu malam banyak bintang buas yang keluar, oleh kerana itulah dianjurkan berlindung dari kejahatan yang terjadi pada waktu malam.

Adapun memaknai kata “Al-Ghasiq” dengan maksud bulan, didasarkan pada hadith riwayat Al-Turmudzi di dalam kitab sunannya dari Aisyah;

Bahwa Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam melihat ke arah bulan dan bersabda: Berlindunglah kepada Allah dari kejahatan bulan ini, sebab inilah yang sebut dengan ghasiq. Sebab kekuasaannya terjadi pada waktu malam. Apabila malam telah masuk maka hari menjadi gelap gelita. Begitu juga dengan bulan saat memancarkan cahayanya maka terjadi saat kegelapan tiba dan hal itu tidak akan terjadi kecuali pada waktu malam.

قال تعالى: ] وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ [

Kerana itulah adalah para tukang sihir yang mengikat tali dan yang lainnya. Mereka meniup pada ikatan-ikatan tersebut sambil membaca jampi-jampi yang menyebut nama-nama syaitan pada setiap ikatan, kemudian kembali meniupnya lalu mengikatnya lalu kembali meniup mentera padanya, dan dengan jiwanya yang kotor tersebut berniat untuk menyihir seseorang sehingga terkesan buruk bagi orang yang terkena sihir.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan dengan lafaz “Al-Naffatsat” bentuk jamak untuk wanita tidak menggunakan bentuk jamak laki-laki yaitu kata Al-Naffatsin sebab biasanya yang banyak menggunakan sihir jenis ini adalah para wanita, oleh kerana itulah Allah Subahanahu Wa Ta’ala berfirman:

[ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ] .

Kerana boleh juga bererti jiwa-jiwa yang menghembus, dan penafsiran dengan makna ini mencakup lelaki dan wanita.

Diriwyatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahihnya dari Aisyah radhiallahu anha berkata:

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam telah disihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq bernama Lubaib bin Al-A’sham. Aisyah berkata bahkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam merasa berbuat sesuatu padahal baginda saw tidak melakukannya, sehingga pada suatu saat beliau berdo’a dan terus berdo’a baginda saw bersabda: Wahai Aisyah apakah engkau mengetahui bahawa Allah telah memberikan jawapan terhadap perkara yang aku minta jawapannya?.

Aku telah didatangi oleh dua orang lelaki salah seorang dari mereka duduk di sisi kepalaku dan yang lain di sisi kakiku. Lelaki yang berada di sisi kepalaku berkata kepada lelaki yang berada di sisi kakiku atau lelaki yang berada di sisi kakiku berkata kepada lelaki yang berada di sisi kepalaku: Penyakit apa yang dirasakan oleh lelaki ini?.

Lelaki yang lain menjawab: Dia sedang terkena sihir. Jawabnya. Lelaki itu bertanya kembali: Siapakah yang menyihirnya?. Yang lain menjawab: Lubaid bin Al-A’sham. Lelaki itu kembali bertanya: Pada apakah dia terkena sihir? dengan menggunakan sebuah sisir dan rambut. Dan dia berkata: dan menggunakan kuncup bunga kurma jantan. Dia bertanya kembali: Di manakah dia?. Lelaki yang lain berkata: “Pada sumur Arwan”.

Aisyah berkata: Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersama para sahabat baginda saw kemudian bersabda:

Wahai, demi Allah airnya seakan air dari campuran pacar (warna merah), dan kurma yang tumbuh padanya seakan kepala syaitan”.

Aku berkata: Wahai Rasulullah apakah engkau tidak membakarnya?. Baginda saw bersabda: Tidak, sebab Allah telah menyembuhkan diriku dan aku benci mengungkit keburukan di tengah masayarakat. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengambil sihir tersebut lalu ditimbunnya”.[4]

Firman Allah Subahanahu Wa Ta’ala:

] وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ [

Al-Hasid (orang yang dengki) adalah orang yang tidak suka nikmat Allah berada pada orang lain, engkau akan mendapatkan orang yang terjangkiti penyakit ini, dengan tanda-tanda dia akan merasa tidak senang jika dia melihat nikmat Allah Subahanahu Wa Ta’ala berada pada seseorang baik berupa harta, jawatan, ilmu dan yang lainnya dan dengan hal itu dia akan menjadi orang yang dengki.

Hasad ada dua macam: Jenis hasad di mana seseorang benci melihat nikmat Allah Subahanahu Wa Ta’ala berada pada seseorang namun dia tidak bertindak yang membahayakan orang yang didengkinya. Kedengkiannya menjadikannya bimbang dan bingung kerana nikmat yang diberikan oleh Allah Subahanahu Wa Ta’ala kepada orang lain. Bencana yang paling besar adalah kesan negatif orang yang dengki pada saat dia dengki.

Oleh kerana itu, Allah Subahanahu Wa Ta’ala berfirman:

حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ.

Di antara kesan negatif orang yang dengki saat dia dengki adalah penyakit ain yang boleh mengenai orang yang dia iri padanya. Sebab hal itu biasanya tidak muncul kecuali dari orang yang memiliki tabiat yang buruk dan berjiwa busuk.

Dan penyakit ain ini, seperti yang disebutkan di dalam hadits yang shahih di dalam riwayat Muslim dari Ibnu Abbas bahwa Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Ain itu benar adanya, seandainya ada sesuatu yang mendahului qodar maka sungguh penyakit ainlah yang pasti mendahuluinya”.[5]

Diriwayatkan oleh Ibnu Adi di dalam kitab Al-Kamil dari Jabir bahwa Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya penyakit ain ini sungguh menjadi penyebab seseorang masuk ke dalam kubur dan menyebabkan unta dimasak di dalam kawah ”.[6]

Al-Munawi berkata: maksudnya adalah boleh menyebabkan dirinya terbunuh sehingga menjadikan dirinya masuk ke dalam kubur dan menyebabkan unta dimasukkan ke dalam kawah, maksudnya adalah jika unta tersebut terkena oleh penyakit ain, atau dengan sebab penyakit ain tersebut unta itu hampir mati yang akhirnya mendorong pemiliknya untuk menyembelihnya dan memasaknya di dalam kawah.

Hal ini bererti ain adalah penyakit yang menyebabkan kematian. Maka seharusnya bagi orang yang menjadi sumber penyakit ain untuk segera menanggulangi ain tersebut dengan mengucapkan kata-kata yang menjunjung ketinggian Allah dan kata-kata ini menjadi ruqyah bagi penyakit ain tersebut”.[7]

Diriwyatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Sa’’id Al-Khudri bahwa Jibril mendatangi Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dan berkata:

Wahai Muhammad sepertinya engkau merasakan suatu penyakit?. Maka baginda saw bersabda: Benar maka Jibril meruqyah baginda saw dengan membaca:

(( بسم الله أرقيك من كل شيئ يؤذيك ومن شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك، بسم الله أرقيك ))

Dengan Nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu dan dari keburukan setiap jiwa dan ain yang dengki. Allah yang memberikan kesembuhan bagimu dengan nama Allah aku meruqyahmu”.[8]

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman malam apabila telah gelap gelita, wanita-wanita yang menghembus pada ikat-ikatan dan orang yang dengki apabila dia dengki, sebab bencana yang ditimbulkan oleh tiga hal ini bersifat samar. Maka hendaklah bagi orang yang beriman untuk menggantungkan hatinya hanya kepada Allah subhanahu wata’alla, menyerahkan segala urusannya kepada Allah subhanahu wata’alla dan bertawakkal kepada -Nya, serta mempergunakan wirid-wirid yang syar’I untuk menjaga dirinya dari kejahatan para tukang sihir, orang–orang yang dengki dan selain mereka.[9]



[1] Al-Bukhari no: 5016 Muslim no: 2192

[2] Al-Bukhari no: 5017

[3] Muslim: 814

[4] Shahih Muslim: 2189 dan shahih Bukhari: 3268

[5] Muslim: 2188

[6] Al-Kamil fidhuafa’ir rijal: 6/408 dan syekh Nasiruddin Al-Albani berkata: hadish hasan. Lihat Shahihul Jami’us Shagir 2/761 no: 4144

[7] Faidhaul Qadir: 397

[8] HR. Muslim no: 2186

[9] Lihat tafsir Juz Amma, karangan syekh Al-Utsaimin rahimhullah halaman 302-304.