Ahad, 20 Mei 2012

Rabbaniyah Dalam Siasah Dan Kepimpinan.


Siasah adalah menguruskan kepentingan awam demi memelihara kemaslahatan mereka. Kepimpinan pula adalah wasilah siasah dalam semua peringkat dan institusi. Siasah dan kepimpinan menurut Islam adalah satu implementasi dari kefahaman yang benar dari cahaya ilmu al Quran dan as Sunnah dalam menguruskan kehidupan manusia sejagat.

Al Imam at Thabari mempunyai pandangan yang bernas ketika menafsirkan ayat 79 surah aly Imran yang membawa metod yang sebenar dalam pengambilan dan penyampaian ilmu kitab. 
Iaitu firman Allah;


مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ 


Bermaksud : 

" Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin, kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. "
Surah aly Imran : 79.

Rabbaniyyin menurut Iman at Thabari ialah :

Mereka yang menguruskan manusia sesuai dengan kemaslahatan mereka. Justeru, seseorang alim yang mendalami kefahamannya dan memiliki kebijaksanaan adalah golongan pembawa kemaslahatan ( muslih ) kepada umat manusia, melalui ilmu dan ajaran yang baik serta dakwah pemulihan yang dilakukannya. Dia semestinya seorang yang berhikmah dan bertaqwa kepada Allah.

Begitu juga seorang pemerintah yang menguruskan kepentingan masyarakat awam di atas minhaj ( landasan ) yang dianjurkan oleh konsep keadilan dan islah ( reformasi ) dengan memandu umat manusia mencapai kejayaan dan pulangan keuntungan untuk agama dan dunia mereka, manfaat cepat dan lambat mereka.

Golongan ini semua layak bergelar rabbaniyyun. Justeru rabbaniyyun adalah toggak masyarakat manusiawi dalam kefahaman yang betul terhadap ajaran Islam dan kepimpinan yang bijaksana dalam meperturunkan ilmu yang betul ke medan sebenar. 

Maka rabbaniyyun lebih hebat dari ulama dan pendeta ( ahbar ), sebagaimana kata Mujahid, kerana rabbani bukan sahaja penghimpun ilmu dan fiqh, namun juga berpandangan tajam mengenai siasah dan tadbir dalam menguruskan hal ehwal rakyat demi maslahat dunia dan agama. 

( at Thabari, Jamiul Bayan: 6/543-544 ).


Sabtu, 19 Mei 2012

Pengkhianat Akan Tetap Dijatuhkan



Dikisahkan dalam kitab "Qashashul Arab" ( 3/80 ) yang diriwayatkan dari jalur Amr bin Hafs budak suruhan al-Amin, bahawasanya dia pernah berkata:

" Pada suatu ketika saya masuk ke ruangan Muhammad bin al-Amin pada pertengahan malam. Saya antara orang dekatnya yang boleh masuk ke ruangannya bila-bila saja saya inginkan. Tidak mungkin seorangpun dari para pelayan lainnya yang boleh masuk kepadanya.  Saya mendapati beliau sedang menunduk sambil merenung sedangkan pelita kecil berada di hadapanya. Saya ucapkan salam, namun beliau tidak menjawabnya. Dari situ saya mengetahui yang dirinya sedang berfikir tentang urusannya. Saya pun tetap berada pada tempat saya berdiri sampai malam jauh meninggalkan kami.

Tidak lama kemudian beliau mengangkat kepalanya, lalu berkata kepada saya: " Tolong panggilkan Khuzaimah bin Khaazim". Saya pun berpaling pergi ke tempatnya Khuzaimah bin Khazim lalu membawanya mengadap beliau. Maka saya dapati mereka berdua berada dalam satu perbincangan yang berat sehingga berlalu malam dan menjelang pagi.

Di antara perbincangannya, saya mendengar Khuzaimah berkata: " Demi Allah, wahai Amirul Mu'minin saya bertanya kepadamu, adakah engkau senang kalau dikatakan sebagai khalifah pertama yang mengingkari janji pada zamannya, meleraikan ikatan yang telah kukuh, memandang rendah orang-orang yang berada di sekelilingnya serta menolak gagasan dari khalifah yang sebelumnya".

Beliau menjawab: " Diamlah, celakalah bapamu. Sesungguhnya  Abdullah bin Khazim lebih bagus pendapatnya dari pada pendapatmu, lebih sempurna di dalam menilai,  yang mana dia mengumpulkan solusinya sebelum memberi kata putus ".

Kemudian pada keesokan harinya beliau mengumpulkan para pegawainya. Lalu mengungkapkan kepada mereka satu persatu apa yang menjadi keinginannya. Namun mereka enggan untuk mematuhinya, hanya sedikit saja yang masih sanggup. Sampailah perkara tersebut kepada Khuzaimah bin Khaazim. Mereka pun meminta pendapatnya di dalam masalah tersebut. 

Lantas dia pun datang menghadap kepada khalifah lalu berkata kepadanya: "Wahai Amirul Mu'minin! Tidak ada orang yang tertawa kepada orang-orang yang mendustakanmu. Orang  yang jujur tidak akan menipumu. Jangan sekali-sekali membawa para pegawai sehingga terpaksa melepaskan ba'iahnya. 

Jangan bebani mereka supaya melanggar perjanjian sehingga terpaksa melanggar sumpah dan ba'iahnya kepadamu. (Ketahuilah) Sesungguhnya seorang pengkhianat itu akan ditinggalkan sedangkan orang yang melanggar janji pasti akan dibenci". 

Khamis, 17 Mei 2012

Harga sebuah kerajaan tidak lebih dari segelas air



Tercatat dalam kitab "Syadzraat dzahab fii akhbaari man dzahab"  karangan Ibnul Imaad al-Hanbali (1/336), ketika mencatatkan biografi Khalifah Harun ar-Rasyid rahimahullah, berikut nukilannya:

Pada suatu hari Ibnu Samak pernah masuk ke istana Harun ar-Rasyid, maka ar-Rasyid meminta untuk dibawakan air minum untuknya. 

Berkata Ibnu Samak kepada beliau: 

"Wahai amirul mu'minin! Demi Allah, saya bertanya kepadamu, jika seandainya engkau terhalang dari meminum air ini, berapa dirhamkah akan engkau bayar? 

Beliau menjawab: "Dengan setengah kerajaanku". 

Ibnu Samak bertanya lagi: 

" Kalau seandainya setelah kamu meminumnya lantas tidak boleh keluar dari badanmu, berapa banyak akan kamu bayar? Beliau menjawab: "Dengan setengah lagi dari kekuasaanku". 

Ibnu Samak lantas mengatakan kepadanya: "Sungguh kerajaanmu nilainya tidak lebih dari segelas air. Oleh kerana itu tidak selayaknya untuk saling berlumba-lumba untuk mendapatkanya".
  

Al-Jama'ah (kesatuan) harus selari dengan ketaatan kepada Allah Ta'ala


1.     
Dinukilkan dari kitab "Ighatsatul Lahfaan min Mashayidil Syithon" (1/69-70) karangan al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, berikut nukilanya.

" Kebenaran (yang hakiki) ialah yang telah diwariskan oleh jama'ah pertama dari mulai zamannya Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam serta para sahabat beliau. Oleh kerana itu, janganlah terpengaruh dengan banyaknya para ahli bid'ah selepas mereka ".

Berkata Amr bin Maimun al-Awadi: "Saya menemani sahabat nabi,Mu'adz bin Jabal ra di Yaman, tidaklah saya berpisah dari beliau sampai saya melihat beliau meninggal di negeri Syam. Kemudian setelah itu saya menemani orang yang paling faqih di antara manusia iaitu sahabat nabi, Abdullah bin Mas'ud ra, maka pada suatu ketika saya pernah mendengar beliau mengatakan: "Wajib atas kamu berpegang di atas al jama'ah. Sesungguhnya tangan Allah bersama al jama'ah".

Pada kesempatan yang lain saya juga pernah mendengar beliau mengatakan: "Akan datang kepada kalian suatu masa para pemimpin yang melewatkan solat dari waktunya. Maka solatlah kamu sendirian tepat pada waktunya kerana ia adalah wajib bagimu. Setelah itu solatlah berjama'ah bersama mereka dan itu tercatat sebagai solat sunat kamu". 

Maka saya katakan kepada beliau: "Wahai sahabat nabi Muhammad, saya tidak faham apa yang sedang engkau bicarakan kepada kami? Beliau menjawab: "Apa itu? Saya katakan: "Engkau (pernah) menyuruhku untuk berpegang erat-erat kepada jama'ah, lantas sekarang engkau mengatakan ; Solatlah kamu sendirian, dan dia adalah solat wajib bagimu, lalu solatlah bersama jama'ah sedangkan dia adalah solat sunat?

Beliau lantas menasihatiku: "Wahai Amr bin Maimun, sungguh saya telah menyangka bahawa kiranya engkau adalah orang yang paling faqih di negeri ini. Tahukah kamu apa itu al-Jama'ah? Jawab saya: "Tidak", beliau berkata: "Sesungguhnya jika kebanyakan jama'ah (manusia) telah menyilisihi al-Jama'ah itu sendiri, maka tinggalkan mereka kerana sesungguhnya hakikat al-Jama'ah adalah sesuatu yang sesuai dengan kebenaran walau pun engkau sendirian".

Dalam riwayat yang lain, lalu beliau menepuk dadaku sambil berkata: "Celakalah engkau wahai Amr, sungguh jika kebanyakan manusia (sudah di ambang menyelisihi al-Jama'ah) maka tinggalkanlah meraka, sesungguhnya al-Jama'ah adalah sesuatu yang sesuai di atas ketaatan kepada Allah Azza wa jalla".

Nu'aim bin Hamaad mengatakan: "Maksud perkataan beliau adalah jika manusia telah rosak maka wajib atas dirimu untuk tetap berpegang teguh dengan al-Jama'ah sebelum datangnya kerosakan (tersebut) walau pun kamu sendirian, maka dengan itu engkau tetap dikatakan sedang berada di atas al-Jama'ah. 

Ucapan yang semakna dengan ini juga telah dikatakan oleh Imam al-Baihaqi dan selainnya.

Rabu, 16 Mei 2012

Ujian Sebelum Diberi Kedudukan.


Dinukilkan dari kitab " al-Fawaid "(ms269) karangan Imam Ibnu Qayyim rahimahullah ta'ala pada, sebuah kata mutiara yang patut kita renungkan. 

Berikut nukilannya:

Ada seseorang yang pernah bertanya kepada Imam Syafi'i, dia mengatakan: 

" Wahai Abu Abdillah! Mana yang lebih baik, seseorang yang diberi kedudukan atau diberi cubaan?

Maka Imam Syafi'i menjawab: 

" Tidak mungkin ada seseorang yang mendapat kedudukan melainkan setelah mendapat cubaan terlebih dahulu. 
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memberi cubaan kepada para nabinya. 

Allah Ta'ala memberi cubaan pada nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi kita Muhammad shalawatullah wa salaamuhu 'alaihi 'ajmain

Ketika mereka semua mampu bersabar maka Allah Ta'ala memberi mereka kedudukan di muka bumi ini.

Janganlah engkau menyangka bahawa seseorang itu diberi kedudukan kalau tidak pernah merasakan sakitnya cubaan hidup ". 

Rabu, 2 Mei 2012

Ucapan Salam Bukti Keindahan Islam



Salam merupakan ucapan bagi kaum muslimin dan yang paling sempurna iaitu mengucapkan secara penuh "Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" dan kandungan ucapan salam ini di penuhi dengan doa keselamatan, rahmat dan barakah bagi sesama muslim.
Salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah yang indah, manakala ucapan salam adalah merupakan keindahan di antara keindahan-keindahan Islam. Ia termasuk hak seorang muslim kepada saudaranya sesama muslim apabila berjumpa, baik pada orang yang dikenali atau orang yang tidak dikenali olehnya, samada orang besar atau kecil, kaya atau miskin, mulia atau rendah, semua sama saja berhak mendapat ucapan salam ketika berjumpa.
Ucapan salam terkandung di dalamnya sikap tawadhu seorang muslim di mana dirinya tidak merasa sombong pada orang lain. Oleh kerana itu dikatakan " Sesiapa yang mahu memulai ucapan salam kepada manusia, maka dirinya telah berlepas diri dari sikap sombong ".[1] Manusia yang paling pemurah adalah yang memulai salam di antara mereka, sedangkan orang yang paling kedekut adalah orang yang kedekut mengucapkan salam.
Menyebarkan salam merupakan sebab terjalinnya rasa saling sayang dan mencintai di antara kaum muslimin yang mewajibkan padanya keimanan yang akan memasukan dirinya ke dalam syurga dan selamat dari seksa neraka. Hal itu sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا، ألا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم)) (رواه مسلم)
"Tidaklah kamu boleh masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidaklah kamu dikatakan telah beriman sampai kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu kamu suatu perkara yang jika kamu melakukannya akan menjadikan kamu saling mencintai, iaitu sebarkanlah salam sesama kamu". HR Muslim
Bagi seseorang muslim yang diberi salam, maka wajib atas dirinya untuk menjawabnya dengan ucapan yang seumpama atau yang lebih baik darinya. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:
قال الله تعالى: { وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَةٍ فَحَيُّوا بِأَحسَنَ مِنهَآ أَو رُدُّوهَآ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَىءٍ حَسِيبَاً }   ( سورة النساء : 86)
"Apabila kamu diberi ucapan penghormatan (salam) dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa) ". Surah an-Nisaa': 86.

Inilah salam penghormatan bagi kaum muslimin yang di bawa oleh agam Islam, Allah Ta'ala berfirman:
قال الله تعالى: {   تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً }   ( سورة النور : 61)
"Salam yang telah ditetapkan dari sisi Allah, yang telah diberkati lagi baik..".  QS an-Nuur: 61.
Berbeza dengan salam orang yahudi dan nasrani, kerana salam orang-orang yahudi hanya dengan mengisyaratkan jari sementara salamnya orang-orang nasrani dengan isyarat  telapak tangan. Kita telah dilarang untuk mengikuti serta menyerupai mereka. Begitu juga tidak boleh memulai salam kepada mereka.
Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس منا من تشبه بغيرنا لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى، فإن تسليم اليهود الإشارة بالأكف)) (رواه ترميذي والطبراني)
"Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai selain kami (orang bukan islam). Janganlah kamu menyerupai orang-orang yahudi dan nasrani, sesungguhnya salamnya orang-orang yahudi adalah dengan mengisyaratkan telapak tangan".
HR Tirmidzi dan ath-Thabrani.

Baginda saw juga bersabda:
"Janganlah kamu memulai salam bersama orang-orang yahudi dan nasrani".
HR Muslim.

Baginda Shalallahu 'alaihi wa sallam menegaskan dalam sabdanya:
"Barangsiapa yang menyerupai sebuah kaum maka dia seperti mereka".
HR Ahmad, Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hiban.

Larangan tersebut kerana nama Allah Ta'ala adalah salam dan dariNya sahajalah salam (keselamatan) itu diberikan hanya kepada para hambaNya yang muslim.
Ucapan salam adalah salam penghormatan bagi kaum muslimin ketika di dunia dan di akhirat nanti, yang dijelaskan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya:
قال الله تعالى: {  تَحِيَّتُهُمۡ يَوۡمَ يَلۡقَوۡنَهُۥ سَلَٰمٞۚ وَأَعَدَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَرِيمٗا ٤٤ }   ( سورة الأحزاب : 44)
"Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya Ialah: Salam, dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka". 
QS al-Ahzab: 44.

Dalam ayat yang lain di jelaskan:
قال الله تعالى: {  لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا ٢٥ إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا ٢٦ }   ( سورة الوَاقِعَةِ : 26-25)
"Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam".
 QS al-Waqi'ah: 25-26.

Demikianlah indahnya Islam sebagai agama yang penuh dengan kesejahteraan dan keselamatan, juga agama yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan. Ya Allah Engkaulah Salam, kepadaMu kembali keselamatan itu, maka hidupkanlah kami dengan keselamatan serta selamatkan kami dari segala yang ganguan dan bala bencana dan masukkan kami ke syurgamu, darussalam.



[1] . Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman.

Taubat : Kemuliaan Anak Adam


Menyedari bahawa siapa pun yang bernama manusia mempunyai kelemahan, maka sudah saatnya kita merenungi diri untuk sentiasa minta ampunan dan bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta'ala.
Rasulullah bersabda: Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.(HR Bukhori).
Sebelum kita membahas tentang taubat, penting bagi kita untuk mengetahui apa itu dosa. Dosa adalah segala sesuatu yang dilahirkan akibat melakukan pelanggaran terhadap perintah-perintah atau larangan Allah. Orang yang melakukan dosa bererti telah bermaksiat. Maksiat dibahagi secara umum  menjadi dua, iaitu kecil dan besar.
·        Dosa kecil adalah dosa-dosa yang tidak mengakibatkan hukuman di dunia dan tidak ada ancaman khusus di akhirat.
·        Dosa besar menurut Ibnu Abbas adalah setiap dosa yang ketika menyebutkannya, Allah mengakhirinya dengan kata neraka, kemurkaan, laknat atau azab.  

Taubat secara bahasa mempunyai erti kembali. Dalam syara` pula adalah kembalinya seorang hamba kepada Allah dengan meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan dengan janji yang sungguh sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut di waktu yang akan datang. Kemudian menggantinya perbuatan dosa tersebut dengan menjalankan amal-amal soleh yang boleh menambah mendekatkan dirinya kepada Allah.
al-Kalbi – rahimahullah – mengatakan tentang taubat: “ mengucapkan istighfar dengan mulut, penyesalan dengan hati, meninggalkan dosa dengan anggota badan, serta bertekad untuk tidak kembali berbuat dosa.
Bilakah patut bertaubat?
Taubat dari dosa harus dilaksakan segera dan tidak boleh ditunda-tunda. Penundaan bertaubat merupakan indikasi ketidak seriusan seseorang dalam bertaubat. Di samping itu penundaan dari taubat sangat membahayakan jiwa seseorang, boleh jadi dia meninggal denga tiba –tiba sebelum dia sempat untuk bertaubat. Inilah kenapa Allah dalam surat Ali Imran 133 Allah berfirman: 
قال الله تعالى: ﴿وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ١٣٣ [سورة آل عمران: 133]
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.

(Ali Imran:133).
Kita perhatikan dalam ayat ini, Allah menggunakan kata ( وَسَارِعُوا ) yang ertinya bersegera, kemudian kata (مَغْفِرَةٍ) menggunakan kata yang bersifat umum belum jelas. Ini memberikan salah satu isyarat bagi kita, bahwa kita semua diperintahkan untuk bersegera, bercepat-cepat mencari sebuah keampunan yang mana belum tentu kita dapat kerana boleh jadi kita lebih dahulu dipanggil Allah sebelum sempat bertaubat dan mendapatkan ampun dari Allah. Pada hakikatnya semuanya yang ada di dunia ini, termasuk hidup mati kita adalah milik Allah, oleh itu empat ayat sebelum ayat ini, ayat ke 129 dijelaskan bahawa:
قال الله تعالى: ) وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ١٢٩  ((سورة آل عمران : 129)
Kepunyaan Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali Imran:129)

Dalam ayat lain Allah, menjelaskan bahwa taubat seseorang akan diterima oleh Allah subhanahuwata`ala, adalah taubatnya orang yang bersegera bertaubat, dan tidak bertangguh, kerana sikap bertangguh-tangguh itu bermakna tidak bersungguh.
 Dalam surah an-Nisa` : 17
قال الله تعالى: )إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٖ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٖ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا( [سورة النساء: 17]
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( An Nisaa’:17(.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa maksud dari kata (  يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ ; kemudian mereka bertaubat dengan segera), adalah sebelum seseorang dalam keadan sakit atau sebelum  meninggal.
Taubat yang selayaknya dilakukan seorang hamba Allah yang ikhlas adalah dengan taubat taubat nasuha iaitu taubat yang sungguh-sungguh. Ada tiga syarat untuk taubat nasuha iaitu:
Pertama: menyesali secara serius kesalahan masa lalu, ada perasaan bersalah, bahkan merasa jejek dan kotor ketika mengingati masa lalu yang buruk.
Kedua: Berhenti secara total saat ini  dari semua perbuatan buruk yang bertentangan dengan agama.
Ketiga: Meniatkan dengan sungguh-sungguh (komitmen yang serius) untuk tidak kembali ke masa lalu yang buruk.
Namun, apabila dosa atau kesalahan tersebut berhubungan dengan hak-hak manusia maka, selain tiga syarat tersebut, harus ditambah syarat keempat.
Iaitu meminta maaf atau minta redha (halal) di atas dosa-dosa dengan manusia (orang yang bersangkutan) atau membayar gantirugi atau memulangkan barang yang telah diambil itu.
Dengan demikian inti dari taubat nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam ( sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya.
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah penyesalan itu taubat ?”, “Ya”, kata Rasulullah
(H.R. Ibnu Majah).
Amr bin Ala pernah mengatakan: “Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya ”.