Jumaat, 26 Februari 2010

Nabi saw dan kaum wanita


Musuh Islam selalu mengatakan bahwa Islam menzalimi golongan wanita. Islam dituduh menindas dan menyekat hak-hak wanita. Sehingga ada yang tergamak berpandangan bahwa Islam menjadikan wanita hanya sebagai pelayan lelaki dan sasaran nafsu semata-mata.

Namun kepalsuan tuduhan ini ternyata dari riwayat-riwayat hadith dari Rasulullah r yang jelas memuliakan wanita dan mengangkat kedudukannya. Nabi saw mengambil kira pandangan mereka dalam perbincangan, berlemah lembut kepada mereka, berlaku adil dalam setiap pendirian, dan memberikan semua haknya yang tidak terbayangkan sebelumnya.

Bangsa arab – secara tabiatnya - sebelum Islam sangat membenci anak perempuan. Mereka menganggap anak perempuan adalah sesuatu yang memalukan. Sehingga sebagian arab jahiliyah terkenal dengan menanam anak-anak perempuan hidup-hidup. al-Qur`an menggambarkan hal itu dalam firman Allah I:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ * يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. * Dia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (QS. an-Nahl:58-59)

Para wanita di masa jahiliyah, apabila suaminya meninggal dunia, diwarisi oleh anak-anak dan keluarga suaminya yang mati. Jika mereka mahu, mereka mengahwinkannya dengan salah seorang dari mereka dan jika mahu mereka menghalangnya dari bernikah hingga ke akhir hayat. Maka Islam membatalkan semua itu dengan hukum yang disyari’atkan oleh Allah I yang merupakan hukum-hukum yang adil, yang meliputi hak-hak perempuan dan laki-laki dalam batasan yang sama.

Sesungguhnya Nabi r telah mengkhabarkan dasar persamaan wanita dan laki-laki dari sisi kemanusiaan. Nabi r bersabda:

إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ

Sesungguh para wanita adalah saudara kandung laki-laki.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Di dalam Islam, tidak ada pertarungan di antara jantina lelaki dan perempuan seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam, tetapi yang ada adalah persaudaraan dan saling melengkapi antara dua jantina ini.

Al-Qur`an menetapkan masalah persamaan dalam iman, amal dan balasan, firman Allah I:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. Al-Ahzaab :35)

Dan firman Allah I:

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

(Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab. (QS. Ghafir:40)

Rasulullah r menceritakan cintanya kepada wanita dalam sabdanya:

حُبِّبَ إِلَيَّ مِنْ دُنْيَاكُمْ النِّسَاءُ وَالطِّيْبُ وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِى الصَّلاَةِ

Dikurniakan kecintaan dalam diriku dari duniaku: wanita dan minyak wangi, dan dijadikan penyejuk mataku di dalam shalat.” (HR. Ahmad dan an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Apabila Nabi r mencintai wanita, bagaimana mungkin baginda berbuat zalim kepadanya? Bagaimana boleh baginda menghinakannya? Dan apa mungkin baginda saw menganiayainya?

Islam menghapuskan adat membenci anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup. Nabi r telah membatalkan perangai jahat itu dan mendorong dalam mendidik para putri dan berbuat baik kepada mereka. Nabi r bersabda:

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا, جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ – وَضَمَّ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

“Barangsiapa yang menanggung dua anak perempuan hingga baligh, nescaya dia datang pada hari kiamat, aku dan dia – baginda menyatukan di antara jari-jarinya.” HR. Muslim.

Ini mengisyaratkan ketinggian kedudukannya dan dekatnya dengan Nabi r, hal itu tidak lain kecuali kerana dia mengurus baik puteri-puterinya dan menjaga mereka hingga mereka mencapai usia baligh dan mukalaf.

Dan Nabi r bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ, أَوْ ثَلَاثُ أَخَوَاتٍ, أَوْ بِنْتَانِ, أَوْ أُخْتَانِ, فَأَحْسَنَ صُحْبَتَهُنَّ, وَاتَّقَى اللهَ فِيهِنَّ, فَلَهُ الجنَّةُ" [رَواهُ الترمِذيُّ وصحَّحه الألبانيُّ].

"Barangsiapa yang mempunyai tiga orang puteri atau dua adik beradik perempuan, atau dua orang puteri, atau dua orang adik beradik perempuan, lalu ia baik dalam memperlakukan mereka dan bertaqwa kepada Allah r pada mereka (dalam mengurus mereka), maka untuknya adalah surga." (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Nabi r memberikan perhatian serius terhadap pendidikan wanita, maka baginda r mengkhaskan untuk mereka satu hari yang mereka berkumpul padanya, maka baginda hadir menemui mereka dan mengajarkan kepada mereka dari sesuatu yang diajarkan Allah I kepadanya r (HR. Muslim).

Dan Nabi r tidak menjadikan perempuan terkurung di dalam rumah seperti dugaan setengah golongan. Bahkan Baginda r membenarkan mereka keluar dari rumah untuk menunaikan keperluan, mengunjungi kaum keluarganya, melawat orang sakit, berjual beli di pasar asalkan disertai sifat malu denga berhijab secara syara'.

Demikian pula baginda saw mengizinkan mereka keluar menuju masjid, bahkan melarang dari lelaki yang menghalangnya. Baginda r bersabda:

"لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ المسَاجِدَ" [رواه أحمد وأبوداود].

"Janganlah kamu menghalangi para wanita darimu pergi ke masjid." HR. Ahmad dan Abu Daud.

Antara pesanan baginda kepada kaum lelaki adalah sabda baginda saw:

اسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

"Berikanlah pesan supaya berbuat baik kepada wanita." Muttafaqun 'alaih.

Ini menuntut agar berbuat baik dalam melayan kaum wanita, menghormati hak-hak mereka, memelihara perasaan mereka dan tidak menyakiti mereka dengan cara apa pun.

Kemegahan Peribadi Nabi SAW



Kelebihan Nabi kita Muhammad r sangat banyak dan pujian untuknya pula berlimpah-limpah. Di antaranya yang dapat disebut di sini adalah ;

  1. Allah I telah memujinya kerana akhlak yang mulia dan sifat yang terpuji. Firman Allah I:

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ.

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (QS. al-Qalam:4)

Dan Nabi saw bersabda:

وَقَالَ r: "إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ" [رواه الطبراني].

" Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak /budi pekerti."

  1. Pujian yang diberikan Allah I kepadanya berupa rahmat dan kasih sayang kepada umatnya dan semua umat manusia, sebagaimana firman Allah I:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat

bagi semesta alam. (QS. ِal-Anbiya':107)

Dan firman-Nya:

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيماً

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (QS. al-Ahzaab43)

Dan firman-Nya:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (QS. Ali Imran:159)

Dan sabda-Nya r:

وَقَوْلِه r: "إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ" [رَواهُ الحاكِمُ وصحَّحهُ الألبَانِيُّ].

Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan.” (HR. Al-Hakim dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani.

  1. Perhatian Allah I kepada baginda sejak kelahirannya, berdasarkan firman Allah I:

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى وَوَجَدَكَ ضَالّاً فَهَدَى وَوَجَدَكَ عَائِلاً فَأَغْنَى

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. * Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu Dia memberikan petunjuk. * Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (QS. adh-Dhuha:6-8).

  1. Kurnian Allah swt kepada Baginda saw dengan kelapangan dada dan ketinggian sebutannya, firman Allah I:

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? * dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, * yang memberatkan belakangmu? * Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. (QS. Insyirayh:1-4)

  1. Beliau sebagai penutup para nabi, firman Allah r:

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. al-Ahzab :40)

Dan beliau r bersabda:

مَثَلِي وَمَثَلُ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِي كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى بَيْتًا فَأَحْسَنَهُ وَأَكْمَلَهُ، إِلَّا مَوْضِعَ لَبِنَةٍ مِنْ زَاوِيَةٍ مِنْ زَوَايَاهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَطُوفُونَ وَيَعْجَبُونَ مِنَ البُنْيَانِ وَيَقُولُونَ: أَلَا وَضَعْتَ هَاهُنَا لَبِنةً، فَيَتِمَّ بُنْيَانُكَ؟ فَكُنْتُ أَنَا اللَّبِنَةَ" [مُتَّفَقٌ عليْهِ].

Perumpamaan aku dan para nabi sebelumku adalah seperti perumpamaan seorang laki-laki yang membangun rumah, maka memperbaikinya dan menyempurnakannya kecuali satu tempat bata dari salah satu sudutnya. Maka manusia berkeliling dan merasa kagum terhadap bangunan itu dan berkata, ‘Andaikan engkau meletakkan di sisi satu bata, maka sempurnalah bangunannya? Maka akulah bata itu.’ (Muttafaqun ‘alaih).

  1. Melebihkannya dari semua nabi: berdasarkan sabda Nabi r:

فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ بِسِتٍّ: أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ، وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ، وَأُحِلّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا، وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْـخَلْقِ كَافَّةً, وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ" [رَواهُ مسْلِم].

Aku diberikan kelebihan dari semua nabi dengan enam perkara: aku diberikan jawami’ alkalim (kalimat singkat, padat makna), aku ditolong dengan rasa (dari musuh), dihalalkan ghanimah untukku, bumi dijadikan suci untukku sebagai alat bersuci dan masjid, dan aku diutus kepada semua makhluk, dan semua nabi ditutup denganku.’ (HR. Muslim).

  1. Sesungguhnya beliau adalah makhluk yang paling bertaqwa dan paling mulia. Nabi r bersabda:

أَنَا مُحمَّدُ بْنُ عَبْدِاللهِ ابْنِ عَبْدِ المطَّلِب؛ إِنَّ اللهَ تَعَالَى خَلَقَ الخَلْقَ، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ، ثُمَّ جَعَلَهُمْ فِرْقَتَيْنِ, فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ فِرْقَةً, ثُمَّ جَعَلَهُمْ قَبَائِلَ، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ قَبِيلَةً، ثُمَّ جَعَلَهُمْ بُيُوتًا، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ بَيْتًا، فَأَنَا خَيْرُكُمْ بَيْتًا، وَخَيْرُكُمْ نَفْسًا" [رواه أحمد وأبوداود وصححه الألباني].

Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib, sesungguhnya telah menciptakan makhluk, lalu menjadikan aku dalam sebaik-baik mereka. Kemudian Dia swt menjadikan mereka dua golongan, maka Dia swt menjadikan aku pada sebaik-baik mereka secara golongan. Kemudian Dia swt menjadikan mereka beberapa kabilah, maka Dia swt menjadikan aku dalam sebaik-baik mereka secara kabilah. Kemudian Dia swt menjadikan mereka beberapa rumah, maka aku adalah sebaik-baik kamu dari sisi rumah dan sebaik-baik kamu dari sisi jiwa.” (HR. Ahmad dan Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

  1. Sesungguhnnya beliau adalah pemilik telaga dan syafaat di hari kiamat. Nabi r bersabda:

أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْـحَوْضِ أَنْتَظِرُكُمْ, لِيُرفَعَ لِي رِجَالٌ مِنْكُمْ، حَتَّى إِذَا عَرَفْتُهُمْ, اخْتُلِجُوا دُونِي، فَأَقُولُ: رَبِّ أَصْحَابِي! فَيُقَالُ: إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ" [رواه البخاري].

“Aku mendahuluimu di atas telaga sambil menunggumu, agar diangkat untukku beberapa orang lelaki darimu sehingga aku mengenal mereka, menyelinap di belakangku. Maka aku berkata, ‘Wahai Rabb, sahabatku, sahabatku.’ Maka dikatakan: sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka perbuat sesudahmu.’ HR. Al-Bukhari.

Baginda saw bersabda:

إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةً قَدْ دَعَا بِهَا، فَاسْتُجِيبَتْ لَهُ, وَإِنِّي قَدْ اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ القِيَامَةِ" [متَّفقٌ عليهِ].

Sesungguhnya untuk setiap nabi ada satu doa yang dia telah berdoa dengannya, lalu telah dikabulkan untuknya. Dan sesungguhnya aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku di hari kiamat.’ (Muttafaqun ‘alaih).

  1. Beliau r adalah pemimpin umat manusia di hari kiamat. Berdasarkan sabdanya r:

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الْـحَمْدِ وَلَا فَخْرَ, وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمَ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ شافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ وَلَا فَخْرَ" [رواه أحمد والتِّرمذيُّ وصحَّحه الألبانِيُّ]

Sesungguhnya aku adalah pemimpin keturunan Adam u dan aku tidak bangga, di tanganku ada bendera pujian dan aku tidak merasa bangga, tidak ada seorang nabi dari sejak zaman nabi Adam as hingga sesudahnya kecuali berada di bawah benderaku, dan aku yang pertama memberi syafaat dan yang pertama diberi syafaat dan aku tidak merasa bangga.” (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

  1. Baginda r adalah orang yang pertama masuk surga: Baginda saw bersabda:

أَنَا أَوَّلُ مَنْ يَقْرَعُ بَابَ الجنَّةِ، فَيَقُولُ الخَازِنُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَأقُولُ: أَنَا مُحَمَّدٌ. فَيَقُولُ: أَقُومُ فأفْتَحُ لَكَ، فَلَمْ أَقُمْ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ، وَلَا أَقُومُ لِأَحَدٍ بَعْدَكَ" [رواهُ مسْلم].

Akulah yang pertama mengetuk pintu surga. Maka penjaga berkata: "Siapakah engkau?" Maka aku menjawab: " Aku adalah Muhammad." Maka dia berkata: " Aku berdiri membuka pintu untukmu, maka aku tidak pernah berdiri untuk seseorang setelah engkau.” (HR. Muslim).

  1. Beliau r adalah ikutan terbaik bagi setiap manusia yang mengharapkan Allah I dan keuntungan dengan mendapatkan syurganya dan selamat dari nerakanya. Sebagaimana firman Allah I :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. al-Ahzab :21)

  1. Ucapan baginda r terhindar dari hawa nafsu, bahkan seluruh ucapannya yang berhubung dengan agama dan syari’at termasuk dalam wahyu yang tidak mengandungi kebatilan sekali-kali. Sebagaimana firman Allah I:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى

" dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. * Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)." (QS. an-Najm:3-4)