Isnin, 5 April 2010

al-Imam as-Syafei رحمة الله عليه

Oleh: Ustaz Mohd Aizam Mas'od

Dikenali sebagai pengasas mazhab yang menjadi ikutan di beberapa negara Arab dan Asia Tenggara. Ilmunya yang luas dan sifat waraknya merupakan catatan emas dalam lembaran sejarah Islam. Segala yang terpancar daripada kalbu dan pemikirannya, merupakan milik umat untuk diteguk dan dinikmati bersama.

Beliau yang dimaksudkan adalah al-Imam as-Syafie rahimahullah. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada bulan ini bulan Rejab tahun 150 H bersamaan 767 Masehi di Ghazzah, sebuah kampung yang terletak di Palestin,. Beliau meninggal dunia pula di Mesir pada malam Jumaat dan dikebumikan selepas Asar pada 2hb. Juga pada bulan Rejab tahun 204H, sewaktu berusia 54 tahun. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Ayahnya meninggal dunia, ketika Imam Syafie masih di dalam kandungan ibunya.

Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: diceritakan daripada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, lalu berkata Imam Ahmad: Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.

Semasa muda Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Huzail selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Huzail terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Huzail, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruahmu. Alangkah baiknya jikalau engkau belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Barangsiapa yg dikehendaki Allah menjadi baik maka dia akan diberi faham dalam masalah agama”.

Ketika berumur 9 tahun Imam Syafie telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat jawatan pengetua ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi merantau belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, kemudian ke Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau berhijrah pula ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan. Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Imam Syafie seorang tekun di dalam menimba ilmu pengetahuan dan beliau benar-benar telah cuba mempraktikkan firman Allah di dalam al-Qur’an: al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات والله بما تعملون بصير

“Allah telah mengangkat ke beberapa darjat bagi orang-orang yang beriman dan mencari ilmu, bahwasanya Allah mengetahui apa2 yang kamu kerjakan”.

Tentang ketaatan beliau di dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membahagikan malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur. Benarlah firman Allah di dalam al-Qur’an (Fathir:28):

إنما يخشى الله من عباده العلماء إن الله عزيز غفور

Sesungguhnya yang takutkan Allah dikalangan hamba2nya ialah para alim ulama yang benar, sesungguhnya Allah maha mulia lagi maha pengampun

Walaupun sehebat mana pun Imam Syafei beliau juga tidak lari untuk diuji oleh Allah dengan ujian-ujian dunia, bagi menilai sejauh manakah keimanan beliau terhadap Allah,Rasul dan agamanya. Terdapat satu kisah ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa kpd Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi pengetua di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang dengki dan akhirnya memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang murka terhadap kaum Syiah, kerana didapati golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu taasub kpd keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Sehinggalah datang pada satu hari, surat baginda Khalifah dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Gabenor negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Yang paling penting utk ditangkap adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Disebabkan perbuatan fitnah, Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut menyenaraikan Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak menyebut “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati tuanku sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda menjadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

Imam Syafie berkata: “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan tuanku dengan baik selagimana saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikianlah jawapan Imam Syafie dengan penuh keberanian. Baginda Harun ar Rasyid pun menundukan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau kerana lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu yg hebat itu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi. Benarlah kata2 pujangga Arab yang mengatakan:

العالم إذا خاف الله أهابه من كل شيء, والعالم إذا لم يخف الله خاف من كل شيء

“Org Alim, apabila dia takutkan Allah, maka semua yg wujud akan merasakan kehebatan dan menyeganinya, tetapi seorang alim apabila tidak takutkan Allah, dia sendiri pula yang akan takut kepada apa jua yang wujud”.

Demikianlah kisah seorang tokoh Islam yang tidak sepatutnya kita lupakan, kerana sememangnya kita tidak boleh lepas untuk mensyukuri beliau, kerana kebanyakan masalah-masalah agama yang kita hadapi dan kita amalkan pada hari ini adalah melalui perantaraan beliau sebagai memahami apa yg terkandung di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, oleh itu marilah kita mengenang semula jasa-jasa al-Imam as-Syafei rahimullah dan mengikuti jejak langkah beliau di dalam mempertahankan agama Islam ini…sesungguhnya Mazhab Syafei tidak akan wujud sekiranya tidak wujud dia yg bernama Muhammad bin Idris as-Syafei rahimahullah.

Sabtu, 3 April 2010

" Ikhtilat " Oleh Syeikh At Tharifiy : Buku Terlaris Di Saudi Arabia

Lebih 10,000 naskhah terjual di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh. Lebih 30,000 teredar di Mesir dan tidak terhintung pula mereka yang memuat turun naskhah pdf melalui internet membuktikan sambutan luar biasa terhadap buku ini. Keistimewaannya ialah pada tajuk isu perbincangan, gaya bahasa dan persembahan penulisan. Pengarangnya pula memang seorang tokoh sarjana Islam yang telah banyak hasil penerbitan yang bermutu tinggi dan berjaya memenuhi kepuasan pembaca.

Isu ikhtilat ( percampuran antara lelaki dan perempuan ) bermula dari institusi pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi hingga ke lokasi awam sememangnya menjadi isu hangat terutama di Saudi Arabia. Sistem sosial dan pendidikan yang masih terpelihara menurut laras syariat dan adat mulia arab menjadikan Saudi Arabia mungkin satu-satunya negara yang masih berjaya merealisasikan sistem pemisahan tempat antara lelaki dan perempuan sebaik mungkin dan mendapat penerimaan baik dari masyarakat ramai.

Namun akhir-akhir ini terdapat usaha keras untuk meruntuhkan syariat dan budaya ini melaui pena media cetak dan forum media elektronik. Di atas nama kebebasan bersuara dan berfikiran terbuka, golongan liberal arab membuat satu desakan kuat untuk menggalakkan pergaulan bebas antara jantina dengan hujah-hujah ketamaduan dan kemajuan. Yang menariknya ada pula hujah-hujah yang bertunjangkan alasan agama dan menggunakan nama agamawan untuk menyokong idea ini. Sehinggakan ada pandangan liberalisme arab yang mempertikai istilah ikhtilat adakah ianya ada asas dalam ajaran agama atau hanyalah rekaan ulama' jumud.

Perdebatan semakin hangat apabila mengheret beberapa nama besar ulama' Saudi ke dada-dada akhbar dengan menjadikan mereka sebagai kambing hitam (arab panggil kambing korban ) dengan memburuk-burukkan mereka dengan labelan sebagai benteng mempertahankan kemunduran dan kebekuan. Kemuncaknya isu ini apabila terpinggirnya seorang anggota kanan Jawatankuasa ulama besar Saudi, Dr Saad Syatri dari menduduki jawatankuasa itu yang berperanan penting menasihati hala tuju kerajaan.

Sudah panjang perbincangan isu ini sama pro atau kontra. Namu buku Syeikh Abdul Aziz At Thoraifi ada daya pemikat tersendiri. Pembentangannya yang menarik, bahasanya yang mudah, kemantapan hujah pengarang terutama ketika menolak kekeliruan dan salah faham adalah antara unsur menarik buku ini. Tanpa mengulas panjang, pembaca dipelawa mendapatkan buku yang tiada hak cipta terpelihara ini. Silakan;

http://sub3.rofof.com/03dikqu1/Alekhtelat.html

Isnin, 29 Mac 2010

Cermin Diri Di Hadapan Al Quran

Imam al Ajiriy dalam kitabnya Akhlak Hamalah al Quran berkata:

المؤمن العاقل إذا تلا القرآن استعرضه ،فكان كالمرآة يرى بها ما حسن من فعله وما قبح ، فما خوفه به مولاه من عقابه خافه، وما رغب فيه مولاه رغب فيه ورجاه، فمن كانت هذه صفته أو ما قاربها- فقد تلاه حق تلاوته، وكان له القرآن شاهدا وشفيعا، وأنيسا وحرزا ونفع نفسه ، وأهله ، وعاد على والديه وولده كل خير في الدنيا والآخرة

" Seorang mu'min yang cerdik apabila membaca al quran, dia akan pamerkan dirinya di hadapan al quran. Seperti seseorang di hadapan cermin. Dia dapat melihat apa yang elok dan apa buruk tentang dirinya. Apabila Allah menakutkannya dengan hukuman dia menjadi takut. Apabila Allah memberi galakan dan pengharapan dia merasa tertarik dan menjadi berharap. Sesiapa yang boleh bersifat demikian maka dia telah membaca al quran sepenuh bacaan. Al quran baginya adalah saksi dan pembantu, teman dan benteng. Al quran benar-benar mendatangkan manfaat untuk diri dan keluarganya, membawa pulangan untuk ibubapa dan anak-anaknya dengan segala kebaikan dunia dan akhirat."

Mungkin ungkapan ini membantu kita menunaikan satu tanggungjawab terbesar kita kepada al Quran iaitu tadabbur ( meneliti dan memikir untuk memahami kandungannya ).

Firman Allah ;

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Sad : 29

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيراً

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Surah an Nisa' : 82

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad : 24

Khamis, 11 Mac 2010

Kesetiaan Nabi SAW

Islam adalah agama yang menganjurkan umatnya supaya menunaikan janji, menghormati perjanjian, memenuhi kehendak persefahaman dan menjaga tuntutan kesepakatan. Semua ini disimpulkan dari Firman Allah I:

âيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ á [المائدة: 1]

" Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu." (QS. al-Maidah :1)

Dan firman Allah I:

â وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاًá [الإسراء: 34].

" dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.(disoal siasat)" (QS. al-Israa`:34)

Firman-Nya seterusnya memuji mereka sifat setia orang yang beriman ulul albab:

â tالَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَلاَ يِنقُضُونَ الْمِيثَاقَ á [الرعد: 20].

(iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian, (QS. ar-Ra'd :20)

Nabi r bersabda:

مَنْ كَانَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ قَوْمٍ عَهْدٌ؛ فَلَا يَحُلَّنَّ عُقْدَةً وَلَا يَشُدَّهَا حَتَّى يَمْضِيَ أَمَدُهُ، أَوْ يَنْبِذَ إلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ"

"Dan barangsiapa yang ada perjanjian dengan sesebuah perkumpulan, maka janganlah dia melepaskan ikatan dan jangan pula mengikatnya sehingga berlalu masanya, atau memberi makluman kepada mereka supaya sama-sama maklum." (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Ketika datang kepada Nabi r dua orang utusan Musailamah al-Kadzdzab (si pembohong besar), keduanya berbicara, Nabi r bersabda:

"لَوْلَا أَنَّ الرُّسَلَ لَا تُقْتَلُ, لضَرَبْتُ أَعْنَاقَكُمَا" فَجَرت سنتُه أَلا يُقْتَل رَسُولٌ". [رواه أبوداود].

"Jikalau tidak (ada aturan) bahawa para utusan tidak boleh dibunuh nescaya aku penggal leher kamu berdua.'

Maka berlangsunglah sunnah (peraturan islam) bahawa utusan tidak boleh dibunuh. (HR. Abu Daud).

Di antara contoh bahwa Nabi r sangat memenuhi janji bersama orang kafir, kisah yang diriwayatkan dalam kisah perjanjian Hudaibiyah. Dalam perdamaian yang ditetapkan Nabi r bersama utusan Quraisy, Suhail bin 'Amr. Dan di antara kandungan perjanjian ini bahwa lelaki yang datang kepada Nabi r dari kaum Quraisy di masa perjanjian ini, dia r mengembalikannya kepada kaum Quraisy, sekali pun dia seorang muslim.

Saat mereka menulis kandungan perjanjian ini, tiba-tiba datang Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam ikatannya. Dia keluar dari kawasan bawah kota Makkah sehingga melemparkan dirinya di tengah kaum muslimin. Suhail berkata: "Wahai Muhammad, ini permulaan aku meminta kepadamu agar mengembalikannya kepadaku." Nabi r bersabda: " Sesungguhnya kita belum membatalkan kitab (perjanjian)." Dia berkata: "Kalau begitu aku tidak membuat perjanjian kepadamu untuk selamanya." Nabi r bersabda: "Maka laksanakanlah untukku." Diaa berkata: " Aku tidak akan melaksanakannya untukmu." Nabi r bersabda: "Bahkan, lakukanlah." Dia menjawab: " Aku tidak melakukan."

Maka Abu Jandal berteriak dengan suara tinggi:" 'Wahai sekalian kaum muslimin, apakah aku dikembalikan kepada kaum musyrikin yang mengujiku dalam agamaku. Sesungguh aku datang sebagai seorang muslim." Rasulullah r bersabda: "Wahai Abu Jandal, sabar dan berharaplah pahala, sesungguhnya Allah I akan menjadikan untukmu dan orang-orang lemah yang bersamamu kelapangan dan jalan keluar. Sesungguhnya kita telah membuat perjanjian antara kita dan kaum Quraisy. Kita telah menyerahkan perkara ini kepada mereka, dan mereka juga telah menyerahkannya kepada kita janji Allah I. Maka kita tidak boleh melanggar janji dengan mereka." (HR. al-Bukhari).

Demikian juga Abu Bashir, dia seorang lelaki dari bani Tsaqib sekutu kaum Quraisy. Dia lari menuju kepada Nabi r. Lalu kaum Quraisy mengutus dua orang untuk mencarinya. Maka Nabi r pun mengembalikannya berdasarkan kesepakatan perjanjian Hudaibiyah. Dalam peristiwa ini merupakan bukti bahwa Nabi r menepati janji, menghormati perjanjian dan kesepakatan, sekali pun nampak secara zahirnya merupakan kezaliman terhadap kaum muslimin.

Di antara bukti kesungguhan Nabi r terhadap perjanjian dengan orang-orang kafir, cerita yang diriwayatkan oleh al-Bara`. Sesungguhnya ketika Nabi r ingin melaksanakan umrah, bginda saw mengutus kepada penduduk Makkah meminta izin kepada mereka agar boleh masuk kota Makkah. Maka mereka memberikan syarat bahawa baginda r tidak boleh menetap lebih dari tiga hari, tidak memasukinya kecuali dengan pedang disarungnya, dan tidak berdakwah kepada seseorang dari mereka.

Da berkata: " Maka Ali bin Abi Thalib t menulis perjanjian di antara mereka, maka dia menulis: " Inilah yang diputuskan oleh Muhammad utusan Allah ". Mereka berkata: " Jika kami mengetahui bahawa engkau adalah seorang utusan Allah, tentu kami tidak menghalang mu dan kami pasti mengikutimu. Akan tetapi tulislah: " Inilah yang diputuskan oleh Muhammad bin Abdullah ". Maka Rasulullah r bersabda : Aku –demi Allah- adalah Muhammad anak Abdullah, dan Aku –demi Allah- adalah utusan Allah." Maka baginda r bersabda kepada Ali t: " Padamlah perkataan 'Rasulullah' '. Ali t berkata: " Demi Allah, aku tidak akan menghapusnya."

Beliau r bersabda: " Tunjukkanlah kepadaku. " Dia pun menunjukkannya kepada baginda r. Maka Nabi r memadamnya dengan tangannya r. Maka tatkala baginda saw masuk (kota Makkah) dan telah berlalu beberapa hari, mereka berkata: " Suruhlah tuan mu (Rasulullah r), supaya dia berangkat pulang." Ali t menyebutkan hal itu kepada Rasulullah r, maka baginda bersabda: 'Ya.' Maka beliau berangkat pulang. (muttafaqun 'alaih). Dalam kisah ini terbukti Nabi r menepati janjinya terhadap mereka.

Dan baginda r bersabda memberikan ancaman terhadap sifat menipu dan tidak menepati janji:

"مَنْ أَمَّنَ رَجُلاً عَلَى نَفْسِهِ فَقَتَلَهُ، فَأَنَا بريءٌ مِنَ القَاتِلِ, وَإِنْ كَانَ المقْتُولُ كَافِرًا" [رواه النسائي وصححه الألباني].

"Barangsiapa yang memberikan jaminan keamanan kepada seorang laki-laki, lalu dia membunuhnya, maka aku berlepas diri dari yang membunuh, sekalipun yang dibunuh adalah orang kafir." (HR. an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Baginda r juga bersabda:

مَا نَقَضَ قَوْمٌ العَهْدَ إِلَّا كَانَ الْقَتْلُ بَيْنَهُمْ" [رواه الحاكم وصححه على شرط مسلم وصححه الألباني].

"Tidaklah suatu kaum membatalkan perjanjian kecuali (akan terjadi) peperangan di antara mereka. (HR. al-Hakim dan ia menshahihkannya, dan dishahihkan pula oleh Syaikh al-Albani).

Nabi r berlindung (kepada Allah I) dari sifat khianat, lawan dari sifat menepati janji, baginda berdo'a:

"... وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الخِيَانَةِ فَإِنَّها بِئْسَتِ البِطَانَةُ" [رواه أبوداود والنسائي وحسنه الألباني].

"…dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat khiyanat, sesungguhnya ia adalah sejahat-jahat teman rapat." (HR. Abu Daud dan an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Nabi r mengharamkan perbuatan menipu dan berkhianat, baginda saw bersabda:

"لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ القِيَامَةِ يُعْرَفُ بِهِ" [متفق عليه].

"Bagi setiap penipu itu ada bendera yang dikenali di hari kiamat." (Muttafaqun 'alaih).

Baginda saw menegaskan bahawa baginda r tidak membatalkan perjanjian. Baginda saw bersabda:

إِنِّي لَا أَخِيْسُ بِالْعَهْدِ" [رواه أحمد وأبوداود وصححه الألباني].

"Sesungguhnya aku tidak mengurangi dari perjanjian yang telah dibuat." HR. Ahmad dan Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani.

Sabtu, 6 Mac 2010

Keadilan Nabi صلى الله عليه وسلم

Islam datang dengan keadilan yang sejati sebagaimana kenyataan dalam firman Allah I:â إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى [النحل: 90.

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl :90)

Dan firmanNya:

â وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى á [المائدة: 8].

"Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana bersikap adil itu lebih dekat kepada taqwa." (QS. al-Maidah :8)

Di antara gambaran keadilan Nabi r yang sama-rata, kisah seorang perempuan mulia dari Bani Makhzum yang mencuri. Kes perempuan ini menarik perhatian kaum Quraisy dan mereka ingin mencari orang tengah yang boleh menjadi perantaraan dengan Rasulullah r untuk menghindarkan hukuman had darinya.

Maka mereka berkata: "Siapakah yang boleh bercakap dengan Rasulullah r dalam kes ini ?" Mereka berkata: " Tidak ada yang berani melakukannya kecuali Usamah bin Zaid t yang dicintai Rasulullah r." Maka perempuan itu dibawa ke hadapan Rasulullah r, lalu Usamah bin Zaid t bercakap tentang perempuan itu kepada Rasulullah r.

Maka berubahlah raut wajah Rasulullah r dan bersabda:

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟

"Apakah engkau memberi syafaat dalam satu had dari hudud Allah I?

Usamah t berkata: " Mohonlah ampun untukku, wahai Rasulullah." Maka tatkala di waktu isya', Rasulullah r berdiri memberikan pidato. Lalu baginda r memuji Allah I sebagaimana mestinya, kemudian bersabda:

"أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّما أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَهَا" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].

"Amma ba'du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahwa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya." Muttafaqun 'alaih.

Inilah keadilan Nabi r yang tidak membezakan di antara orang yang mulia dan hina, atau di antara yang kaya dan miskin, atau di antara pemerintah dan rakyat. Semuanya berada di dalam timbangan kebenaran dan keadilan sama rata.

Di antara kisah keadilan baginda saw, kisah an-Nu'man bin Basyir t yang berkata: Ayahku memberikan satu pemberian kepadaku, lalu ibunya Umrah binti Rawahah radhiyallahu 'anha berkata: " Aku tidak redha sehingga Rasulullah r bersaksi ". Maka dia datang kepada Rasulullah r seraya berkata: " Sesungguhnya aku memberikan satu pemberian kepada anakku dari Umrah bin Rawahah t, lalu dia menyuruhku agar mempersaksikan kepada engkau, wahai Rasulullah". Rasulullah r bersabda: " Apakah engkau memberikan seperti ini kepada semua anakmu? " Dia menjawab: "Tidak." Beliau r bersabda:

فاتَّقُوا اللهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ

" Bertaqwalah kepada Allah I dan berlaku adillah di antara anak-anakmu." Maka Basyir t pulang dan menarik balik pemberiannya.' Muttafaqun 'alaih.

Dalam satu riwayat, dia berkata: " Apakah engkau mempunyai anak selain dia?" Dia menjawab: "Ya." Beliau r bersabda: "Apakah engkau memberikan semuanya seperti ini?" Dia t menjawab: "Tidak." Beliau r bersabda: "Maka aku tidak mahu bersaksi di atas kezaliman." Muttafaqun 'alaih.

Zulkhuwaishirah at-Tamimi datang saat Nabi r membahagi harta, lalu berkata: " Berlaku adillah, wahai Rasulullah! Maka Rasulullah r bersabda:

"وَيْلَكَ! وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ إِذَا لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ" . متفقٌ عَلَيْهِ

"Celakalah engkau, siapakah yang adil apabila aku tidak adil ? Sesungguh aku rugi dan sia-sia jikalau aku tidak berlaku adil." Muttafaqun 'alaih.

Bagindalah r yang Allah I memberikan kurnia kepadanya, member petunjuk kepdanya, dan memberikan amanah wahyu kepadanya. Bagaimana mungkin dia tidak adil? Sedangkan bagindalah yang bersabda:

"إِنَّ المقْسِطِينَ عِنْدَ اللهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وُلّوا" [رَوَاهُ مُسْلِم].

"Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah I berada di atas minbar dari cahaya, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga mereka, dan apa yang mereka diberi kuasa." HR. Muslim.

Adapun keadilan sesama semua isteri, sesungguhnya Nabi r melaksanakannya dengan cara yang sebenarnya. Baginda r membahagikan di antara mereka apa yang dia r mampu samada berupa tempat tinggal, nafkah hidup dan selainnya dengan keadilan yang sempurna samada saat musafir atau bermuqim. Baginda menginap di sisi setiap isteri satu malam. memberi nafkah apa yang ada di tangannya dengan pembagian yang sama rata. Baginda menyediakan bagi setiap orang satu bilik. Apabila baginda saw ingin bermusafir, baginda r mencabut undian di antara mereka, setiap orang pada gilirannya.

Tatkala baginda r ingin menetap di rumah Aisyah radhiyallahu 'anha semasa teruknya sakit baginda saw, mereka mengizinkan baginda r agar menetap saat sakit di rumah Aisyah. Maka baginda r tinggal di rumahnya hingga wafat. Walaupun telah berlaku adil seperti itu, baginda masih meminta uzur kepada Allah I sambil berkata:

اللهُمَّ هَذَا قَسَمِي فِيمَا أَمْلِكُ، فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ" [رواه أبوداود والترمذيُّ].

"Ya Allah, inilah pembahagian yang mampu aku lakukan, maka janganlah Engkau mencelaku pada sesuatu yang Engkau miliki dan aku pula tidak memiliki." HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Nabi r memberikan peringatan keras terhadap sikap cenderung kepada salah seorang isteri dengan mengurangi hak yang lain. Nabi r bersabda:

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ, فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا، جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ" [رواه مسلم].

"Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang dari keduanya, nescaya dia datang pada hari kiamat sedangkan sebelah tubuhnya condong." HR. Muslim.