Ahad, 6 Februari 2011

Mukjizat Kesantunan Rasulullah SAW

Sifat Penyantun Dan Pemaaaf Nabi saw

)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((

الأعراف: ١٩٩

Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang jahil." Surah al a'raf : 199.

Kisah Islamnya Pendeta Yahudi.

Abdullah ibn Salam menceritakan : Sesungguhnya apabila Allah swt ingin memberi hidayat kepada Zaid ibn Sa'nah ( seorang alim besar yahudi ), dia berkata: Bahawasanya tiada lagi tanda-tanda kenabiaan yang tidak dikenali apabila aku melihat wajah Nabi saw kecuali dua; penyantunnya yang mendahului kebodohannya dan tidak bertambah sikap kebodohan terhadapnya melainkan dia semakin penyantun. Maka mulalah aku bergaul dengan baginda saw agar aku mengetahui di mana sifat penyantun dan kebodohannya.

Beliau menceritakan: Rasulullah saw keluar dari biliknya pada suatu hari bersamanya Ali ibn Abi Thalib. Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki di atas tunggangan seperti seorang badawi. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perkampungan bani si anu telah menganut Islam. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka menganut Islam pasti akan datang kepada mereka rezeki yang melimpah ruah. Tetapi kemarau, kekeringan dan kepayahan hidup telah menimpa mereka sekarang. Sesungguhnya aku bimbang mereka keluar Islam kerana tamak sebagaimana mereka menganut Islam kerana tamak. Jika engkau berpendapat untuk menghantar sedikit bantuan kepada mereka.

Beliau mencerita lagi: Maka Nabi melihat kepada lelaki sebelahnya, aku agak itulah Ali. Ali berkata: Tiada apa-apa lagi yang berbaki wahai Rasulullah saw. Kata Zaid ibn Sa'nah: Aku mendekatinya dan berkata: Wahai Muhammad, Mahukah engkau jika aku membeli darimu tamar dengan kadar dimaklumi dari kebun bani si anu sehingga tempoh tertentu. Baginda saw bersabda: Tidak wahai si yahudi, namun aku boleh menjualnya kepada engkau tamar yang dimaklumi sehingga tempoh tertentu tanpa menamakan kebun siapa. Aku berkata : Ya. Aku menenyerahkan kepada baginda 80 mithqal emas sebagai bayaran. Nabi saw menyerahkan emas itu kepada lelaki badawi tadi dan bersabda: Cepat menuju kepada mereka dan selamatkan mereka.

Kata Zaid ibn Sa'nah : Apabila tempoh serahan jualan hampir tiba iaitu dua atau tiga hari, rasulullah saw keluar menziarahi jenazah seorang dari ansar. Bersama baginda adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman dalam sekumpulan sahabatnya. Selesai bersolat ke atas jenazah dan mendekati satu tembok untuk duduk di situ, aku mendatanginya dan memegang pengikat baju dan kainnya. Aku melihatnya dengan wajah marah. Aku berkata: Adakah engaku mahu menunaikan hakku wahai Muhammad. Demi Allah, aku tidak kenali kamu wahai keluarga Abdul Muttalib melainkan golongan yang menangguh-nangguhkan. Sesungguhnya aku berpengetahuan dalam hal ini dalam pergaulan dengan kamu.

Dia menceritakan: Umar melihat kepadaku dengan dua biji matanya mengelilingi wajahku seperti bintang yang mengelilingi orbitnya. Kemudian merenungku dengan hujung matanya: " Wahai musuh Allah, adakah engkau berkata kepada rasululah saw apa yang telah aku dengar, dan melakukan apa yang aku telah lihat. Demi tuhan yang mengutusnya dengan kebenaran, jika tidak kerana bimbangkan kehilangan sesuatu, pasti aku memenggal kepalamu dengan pedangku. Rasululullah saw melihat Umar dengan tenang dan tersenyum berkata: " Aku dan dia lebih berhajat sesuatu yang lain dari engkau wahai Umar. Engkau suruhlah aku baik dalam menunaikan hak dan engkau suruhlah dia supaya baik dalam menuntut hak. Pergi wahai Umar tunaikan haknya dan tambahlah 20 cupak lagi ganti tempat engkau menakutkannya.

Kata Zaid: Aku pergi bersama Umar dan dia tunaikan hakku dan ditambahnya 20 cupak tamar. Aku bertanya: Apa makna tambahan ini? Dia berkata: Rasulullauh saw yang perintahkan aku supaya aku menambah ini kerana aku telah menakut-nakutkan engkau. Aku berkata: Adakan engkau kenali aku wahai Umar? Katanya: Tidak. Aku berkata: Akulah Zaid ibn Sa'nah. Katanya: Pendita besar itu? Jawabku: Ya, pendita besar. Umar berkata: Apa yang membuatkan engkau ucapkan apa yang telah engkau ucapkan, lakukan apa yang engkau lakukan kepada Rasulullah saw? Aku menjawab: hai Umar, Semua tanda-tanda kenabian aku telah kenali sejak aku melihat wajah Rasulullah saw kecuali dua perkara yang aku belum mengujinya; penyantunnya yang mendahului kebodohannya, dan tidaklah bertambah melampau sikap bodoh diperlakukan kepadanya melainkan bertambah jualah sifat penyantunya. Sekarang aku telah mengujinya. Maka aku bersaksikan engkaubahawa aku redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, dan separuh hartaku – sedang akulah antara manusia paling kaya – adalah sedekah untuk umat Muhammad saw. Kata Umar: atau kepada sebahagian mereka kerana engkau tidak mampu meliputi semua mereka. Kata Zaid: atau sebahagian mereka.

Pulanglah Umar dan zaid kepada Rasulullah saw dan Zaid berkata: Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Muhammad saw adalah hambaNya dan rasulNya. Dia beriman kepadanya dan mengikutnya dan menghadiri banyak peperangan bersama Rasulullah saw. [1]

Kesantunan Umar.

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas ra katanya: Uyainah ibn Husain ibn Huzaifah datang singgah di rumah anak saudaranya al Hurr ibn Qais. Dia adalah seorang yang didekati oleh Umar yang memang menjadikan ahli Quran sebagai ahli majlis mesyuarat baginda samada tua mahupun pemuda. Kata Uyainah kepada anak saudaranya itu: Bawa aku berjumpa Umar dan mohon izin darinya bagi pihakku. Kata Ibnu Abbas ra: al Hurr ibn Qais meminta izin untuk Uyainah dan dia diterima oleh Umar. Apabila dia masuk dia berkata: Hai Ibn al Khattab, demi Allah engakau tidak memberi kepada kamu harta yang banyak dan tidak berhukum kepada kami secara adil. Marahlah Umar ra sehingga Umar inggin bertindak kepadanya. Al Hurr berkata: Wahai Amirul Mu'minin, Allah berfirman :

)) خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ((الأعراف: ١٩٩

Maksudnya : " Ambillah sifat kemaafan, perintahlah perkara yang baik, dan berpalinglah dari orang-orang jahil." Surah al a'raf : 199.

Sesungguhnya orang ini termasuk orang-orang jahil. Katanya Ibnu Abbas ra: Demi Allah, Umar terpaku disitu apabila dibacakan kepadanya ayat ini. Sememangnya dia seorang yang berdiri di sisi kitab Allsh ta'ala. [2]



[1] ِAbu Nu'aim, Dala'il Nubiwawah ms 23-24, Ibn Hajar al isobah 1/547 Ibn Hajar berkata: Jalan hadith ini juga diriwayatkan oleh at Thabari, Ibn Hibban, al Hakim dan Abu al Syeikh. Perawi-perawi sanad ini semuanya dipercayai ( thiqat ).

[2] Sahih al Bukhari, Kitab at Tafsir no:4642 8/304.

Sabtu, 5 Februari 2011

Cinta Jalan Ke Syurga

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَقُولُ فِي رَجُلٍ أَحَبَّ قَوْمًا وَلَمْ يَلْحَقْ بِهِمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Abdullah ibn Mas'ud RA berkata: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW : Apa yang engkau katakan pada seorang yang kasihkan suatu kaum tetapi dia tidak berupaya untuk menyertai mereka? Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu bersama dengan orang yang dia telah kasihi.

Hadith riwayat al Bukhari no 6168,6169 ( 8/39 ) dan Muslim no. 2640,2641 ( 4/2034 ).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَتَى السَّاعَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا مِنْ كَثِيرِ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Dari Anas ibn Malik RA bahawa seorang lelaki datang bertanya Nabi SAW : Bilakah Qiamat wahai Rasulullah SAW ? Baginda bersabda: Apakah yang telah engkau persiapkan untuknya ? Kata lelaki tadi: Tiadalah aku persiapkan untuknya dengan banyak sembahyang, puasa atau sedekah. Cuma aku kasihkan Allah. Rasulullah SAW bersabda: Engkau bersama dengan yang engkau kasihi.

Al Bukhari no. 6171 ( 8/40 ) dan Muslim no. 1239 ( 4/2032 )

Dalam salah satu riwayat Muslim, Anas berkata:

فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم فإنك مع من أحببت قال أنس فأنا أحب الله ورسوله وأبا بكر وعمر فأرجو أن أكون معهم وإن لم أعمل بأعمالهم

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau kasihi ". Maka aku kasihkan Allah SWT dab RasulNya SAW, Abu Bakar dan Umar. Maka semoga aku akan bersama dengan mereka sekalipun aku tidaklah beramal seperti amalan mereka.

Pengajaran hadith:

1- Hadith ini menjadi pedoman kepada manusia dalam memandu perasaan kasih dan cinta mereka. Keimanan sebenar yang sebati dalam jiwa seseorang menjadikan kecintaan dan kecenderungan kasihnya hanya untuk dan kerana Allah dan RasulNya.

Sementara sesama manusia pula maka kecintaan dan kasih sayang pula adalah untuk mereka yang taatkan Allah dan rasulNya di kalangan mereka yang beriman. Ia menjadi bukti kemanisan dan kelazatan Iman. Dalam hadith lain rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَنَسِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Bermaksud: Dari Anas dari Nabi SAW sabdaNya: Tiga pekerti jika ada dalam diri seseorang maka dia telah mengecapi kemanisan Iman; Bahawa Allah dan RasulNya lebih dikasihinya dari yang lain. Dia kasihkan seseorang tiada sebab lain kecuali kerana Allah saw. Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia bencikan jika dicampak ke neraka.

Riwayat al Bukhari no. 16 ( 1/12 ) dan Muslim no. 43 ( 1/66 ).

2- Justeru itu, persoalan kasih sayang dan kecintaan amat berkait dengan akidah iman. Iman yang benar kepada Allah dan Rasul sama sekali tidak menumpahkan perasaan kasih kepada musuh-musuh Allah dan Rasul. Allah swt berfirman ;

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ المجادلة: ٢٢

Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah al Mujadilah : 22 ).

Sementara hadith pula menegaskan ;

عن البراء بن عازب قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أَوْثَقُ عُرَى الإِيْمَانِ الحُبُّ فِي اللهِ وَالبُغْضُ فِي اللهِ .

Dari al barra' ibn' Azib katanya: Bersabda Rasulullah saw : " Sekuat-kuat tali simpulan iman ialah kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah.

Riwayat al Thayalisi ( 783 ), Ibn Abi Syaibah 11/41, Ahmad 30/488. Hadith hasan lighairih.

3- Para sahabat Nabi adalah generasi contoh yang meletakkan kecintaan tertinggi untuk Allah dan Rasul melebihi segala kecintaan lain. Ayat 22 surah al Mujadilah di atas dikatakan turun menyanjung sebahagian para sahabat muhajirin yang berperang di medan Badar menentang kaum kerabat sendiri. Abu Ubaidah al Jarrah membunuh bapanya sendiri, Abu Bakar as Siddiq hampir membunuh anaknya Abdul Rahman, Mus'ab ibn Umair membunuh saudara kandungnya Ubaid ibn Umair, Umar al Khattab yang membunuh saudara kerabatnya, termasuklah Hamzah, Ali dan Ubaidah ibn al harith yang masing-masing membunuh Utbah, Shaibah dan al Walid ibn Utbah. ( Tafsir Ibn Kathir 8 / 53 ). Tindakan mereka ini adalah atas dorongan cintakan Allah dan Rasulullah SAW yang mengatasi segala kecintaan mereka kepada keluarga dan sanak saudara.

4- Para Sahabat RA juga adalah manusia yang paling gembira dengan perkhabaran bahawa kecintaan mereka kepada Rasulullah melayakkan mereka untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Ini dapat difahami dari ungkapan Anas menggambarkan kegembiraan sahabat menerima berita itu.

فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم فإنك مع من أحببت

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau kasihi ".

عائشة قالت : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله إنك لأحب إلي من نفسي وإنك لأحب إلي من ولدي وإني لأكون في البيت فأذكرك فما أصبر حتى آتي فأنظر إليك وإذا ذكرت موتي وموتك عرفت انك إذا دخلت الجنة رفعت مع النبيين وأني إذا دخلت الجنة خشيت أن لا أراك فلم يرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم شيئا حتى نزل جبريل بهذه الآية (( ومن يطع الله والرسول فأولئك مع الذين أنعم الله عليهم )) الآية

Dari Aishah RA katanya: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah ! Engkaulah yang lebih aku kasihi dari diriku. Engkaulah yang lebih aku kasihi dari anakku. Sehingga bila aku berada di rumah, aku teringatkan engkau lalu aku datang melihatkan engkau. Namun apabila aku ingatkan kematianku, aku telah ketahui bahawa apabila engau memasuki syurga, engkau akan diangkat tinggi bersama para nabi-nabi. Sesungguhnya aku bimbang apabila aku memasuki syurga, maka aku tidak lagi dapat melihat engkau. Maka Nabi SAW tidak membalas apa-apa jawapan sehinggalah Jibril datang membawa ayat ini;

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقًا النساء: ٦٩

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Surah an Nisa':69 ).

Hadith riwayat al maqdisi, at tabharani, Ibn Mardawaih. Kata al Haithami: Perawi sanadnya semua perawi Sahih al Bukhari kecuali Abdullah ibn Imran al Abidi dia pula thiqah. Al Maqdisi pula berkata: Aku tidak Nampak sebarang kecatatn pada sanadnya. ( Tafsir Ibn Kathir 2/310, al Durr al manthur 4/529 ).

5- Meletakkan kasih sayang dan kecintaan kepada yang lain dari Allah swt sehingga setanding denganNya apatah lagi melebihiNya adalah sikap syirik yang bertentangan dengan akidah iman dan tauhid. Inilah yang menjadi kefahaman ayat 165 surah al baqarah;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ البقرة: ١٦٥

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

6- Kesilapan dalam meletak tempat tumpahnya kasih dan cinta di dunia ini adalah besar padahnya di akhirat. Kuasa, harta dan pangkat yang menjadi tumpuan kasih sayang dan kesetian di dunia ini akhirnya menjadi sia-sia, bahkan penyesalan terbesar di hadapan Allah swt.

Firman Allah swt:

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

البقرة: ١٦٦ - ١٦٧

ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.

7- Tali persahabatan dan hubungan baik sesama manusia adalah lambang wujudnya perasaan kasih dan kecenderungan hati. Maka ia termasuk dalam urusan yang semestinya diasaskan taqwa kepada Allah supaya ianya mendapat keredhaan Allah dan dikira amal soleh yang berterusan ganjarannya. Maka kasih sayang yang dijalinkan bukan sahaja menjalinkan talin persahabatan sesama manusia, bahkan meraih kasih sayang Allah SWT.

عن أَبي إدريس الخولاني رحمه الله ، قَالَ :دخَلْتُ مَسْجِدَ دِمَشْقَ ، فَإذَا فَتَىً بَرَّاق الثَّنَايَا وَإِذَا النَّاسُ مَعَهُ ، فَإِذَا اخْتَلَفُوا في شَيْءٍ ، أَسْنَدُوهُ إِلَيْه ، وَصَدَرُوا عَنْ رَأيِهِ ، فَسَأَلْتُ عَنْهُ ، فَقيلَ : هَذَا مُعَاذُ بْنُ جَبَل - رضي الله عنه - . فَلَمَّا كَانَ مِنَ الغَدِ ، هَجَّرْتُ ، فَوَجَدْتُهُ قَدْ سَبَقَنِي بالتَّهْجِيرِ ، ووَجَدْتُهُ يُصَلِّي ، فانْتَظَرتُهُ حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، ثُمَّ جِئْتُهُ مِنْ قِبَلِ وَجْهِهِ ، فَسَلَّمْتُ عَلَيهِ ، ثُمَّ قُلْتُ : وَاللهِ إنّي لأَحِبُّكَ لِله ، فَقَالَ : آلله ؟ فَقُلْتُ : اللهِ ، فَقَالَ : آللهِ ؟ فَقُلْتُ : اللهِ ، فَأخَذَنِي بِحَبْوَةِ رِدَائِي ، فجبذني إِلَيْهِ ، فَقَالَ : أبْشِرْ ! فإنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ الله - صلى الله عليه وسلم - ، يقول : (( قَالَ الله تَعَالَى : وَجَبَتْ مَحَبَّتي لِلْمُتَحابين فيَّ ، وَالمُتَجَالِسينَ فيَّ ، وَالمُتَزَاوِرِينَ فيَّ ، وَالمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ )) حديث صحيح رواه مالك في الموطأ بإسناده الصحيح .

Dari Abi Idris al Khaulani katanya: Aku masuk ke masjid Damshiq, tiba-tiba aku melihat seorang anak muda yang cerah ceria seperti kerlipan kilat. Ramai orang bersama-samanya. Apabila mereka berselisih pendapat, mereka serahkan penyelesaiannya kepada lelaki itu. Mereka keluar dengan pendapatnya. Aku bertanyakan tentangnya. Dikatakan bahawa itulah Muaz ibn Jabal. Bila tiba keesokannya, aku keluar awal pagi ke masjid. Tiba-tiba dia datang lebih awal. Aku dapati dia sedang sembahyang. Maka aku tunggu sehingga dia menghabiskan sembahyangnya. Kemudian aku mendatanginya dari arah mukanya. Aku member salam kepadanya. Kemudian aku berkata: Demi Allah, aku menyukai engkau kerana Allah. Lalu dia bertanya: Adakah kerana Allah? Aku berkata: Allah. Dia bertanya lagi: Adakah kerana Allah? Aku berkata: Allah. Dia memegang bajuku dan menarikku kepadanya. Dia berkatanya: " Bergembiralah. Sebenarnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Semestinya memperolehi kasih sayangku bagi mereka yang berkasih sayang keranaku, yang duduk bermajlis keranaku, yang saling menziarahi keranaku dan yang saling berkorban keranaku. "

Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al Muwatta'.

( Riyadhus Shalihin 1/244 ).

Khamis, 27 Januari 2011

Terpeliharanya Maruah Orang Beriman Di Dunia Dan Akhirat.

عَنْ صَفْوَانَ بْنِ مُحْرِزٍ الْمَازِنِيِّ، قَالَ: بَيْنَمَا أَنَا أَمْشِي مَعَ ابْنِ عُمَرَ ( آخِذٌ بِيَدِهِ إِذْ عَرَضَ رَجُلٌ فَقَالَ: كَيْفَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ فِي النَّجْوَى؟ فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ((إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ، فَيَقُولُ: أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فَيَقُولُ: نَعَمْ أَيْ رَبِّ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ: سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ، فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ، وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الْأَشْهَادُ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ )). رواه أحمد والبخاري ومسلم .

Maksudnya: Dari Sofwan ibn Muhriz katanya: Sedang aku berjalan dengan Ibn Umar dengan memegang tangannya, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan berkata: Bagaimana engkau dengar Rasulullah SAW bersabda mengenai bisikan? Ibn Umar menjawab: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah swt menghampirkan orang mu'min lalu diletaknya di bawah lindungannya dan menutupnya. Dia berfirman: Adakah engkau tahu dosa sekian ? Lalu dia menjawab: Ya wahai tuhanku. Sehingga dia mengakui dengan dosa-dosanya dan dia berpendapat bahawa dia akan binasa, Allah berfirman kepadanya: Aku telah menutup dosa-dosa engkau ini di dunia, dan akun mengampuninya untukmu hari ini. Lalu diserah catatan amal baiknya. Sebaliknya, orang kafir dan golongan munafik maka saksi-saksi berkata: Merekalah orang-orang yang telah berbohong kepada tuhan mereka. Ketahuilah bahawa laknat Allah jaulah kepada orang-orang zalim.

Hadith riwayat Ahmad ( 5179, 5562 ), al Bukhari ( 2661 ), Muslim ( 4972 ), Ibn Majah ( 179 ).

Keterangan Hadith:

1. Hadith ini membawa petunjuk jelas kelebihan orang beriman berbanding orang kafir dan munafik dalam menerima layanan Allah swt di hari akhirat. Golongan yang beriman dipelihara oleh Allah dari mendapat malu dan dijatuhkan maruah di hadapan khalayak manusia ketika perhintungan amal. Sebaliknya orang kafir dan munafik dimalukan dengan cara yang paling hina apabila didedahkan kesalahan dan pembohongan mereka di hadapan manusia yang berkumpul di Mahsyar.

2. Dosa orang beriman boleh diampun Allah kerana mereka tidak menghalalkan maksiat dan menyesal dengan ketelanjuran. Sebaliknya orang kafir dan munafik tidak beriman dengan hukum dosa dan pahala, taat dan maksiat. Maka mereka melakukan dosa dengan menghalalkannya dan melakukan maksiat tanpa sebarang perasaan bersalah apatah lagi ingin menyesal atas kesalahannya.

Firman Allah;

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (١٣٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (١٣٦)

آل عمران: ١٣٥ - ١٣٦

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-sebaik balasan (bagi) orang-orang yang beramal (soleh).

Surah al Imran : 135-136.

3. Di antara anugerah dan pemberian Allah yang paling berharga kepada hambanya yang beriman ialah apabila dia menutup keaiban dan kelemahan mereka. Di antara nama Allah ialah as Sittir atau as Sattar yang bermaksud tuhan yang sentiasa menutup kesalahan dan ketelajuran hambanya. Dalam sebuah hadith, Nabi SAW bersabda:

إنّ اللّه- عزّ وجلّ- حليم حييّ ستّير يحبّ الحياء والسّتر

Bermaksud: Sesungguhnya Allah azz wa jalla itu maha penyantun, maha pemalu dan maha penutup ( dosa hamba ). Dia sukakan sifat pemalu dan menutup kesalahan.

Hadith riwayat an Nasaie ( 1/200 ), Abu Dawud ( 412 ), al Bazzar dan at Thabarani. Menurut al Albani hadith ini Sahih ( as Silsilah as Sahihah : 3387 2/758 ).

4. Justeru kita dituntut memohon kepada Allah swt supaya kesalahan dan ketelanjuran kita ditutup oleh Allah swt mengikut sunnah Nabi SAW yang tidak pernah meninggalkan doa ini;

اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَتِي ،( أو عَوْرَاتِي ) وَآمِنْ رَوْعَاتِي

Bermaksud: Ya Allah ! Sembunyikanlah keaibanku dan amankanlah perasaan takutku.[1]

Riwayat Abu Dawud ( Sunan Abi Dawud no. 5074 ) dan dihukum sahih ole al Albani ( Sahih Sunan Abi Dawud no. 4239 )

5. Dosa manusia yang beriman diampun selama mana empunya dosa tersebut merasa malu dengan keterlanjurannya lalu tidak mendedahnya. Apabila hilang perasaan malu dan mula mendedahkan kesalahannya, maka ketika itu Allah tidak lagi memberi ampun kepadanya. Ini berdasarkan hadith;

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: سمعتُ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- يقول : «كل أمتي معافى إِلا المجاهرون ، وإن من المجاهرة - وفي أخرى وإن من الإجهار - أن يعمل الرجل بالليل عملا ، ثم يُصبح وقد ستره الله. فيقول: يا فلان، عَمِلْتُ البارحة كذا وكذا. وقد بات يستره ربه فَيُصْبِحُ يَكْشِف سِتْر الله عنه». أخرجه البخاري ، ومسلم.

Dari Abu Hurairah RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap umatku mendapat kemaafan kecuali orang yang berterang-terangan ( dengan dosanya) . Sesungguhnya termasuk di dalam berterang-terangan itu apabila seseorang itu melakukan satu kerja ( dosa ), kemudian dia di waktu paginya Allah sembunyikan dosanya tiba-tiba dia bercakap-cakap : aku semalamnya melakukan sekian-sekian perbuatan ( dosa ). Sedang Allah SWT telah menutup kesalahannya di malam itu, tiba-tiba dia di waktu paginya telah mendedah kesalahan yang telah ditutup Allah SWT.

Riwayat al Bukhari ( 10/405,406 ) kitab al adab, Muslim ( no. 2990 ) kitab al Zuhd. Rujuk: Jamie al Usul Fi ahdith Rasul ( 11/743 ).

6. Hadith ini juga menjelaskan lagi maksud kemestian menjaga kehormatan maruah orang yang beriman sebagaimana yang pernah menjadi pesanan selamat tinggal Nabi SAW di dalam khutbat hajjatul wida' :

فَإنَّ دِمَاءكُمْ وَأمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عليكم حَرَامٌ ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا في بَلَدِكُمْ هَذَا في شَهْرِكُمْ هَذَا

Maksudnya : Maka sesungguhnya darah, harta benda dan maruah kamu ada kehormatannya ( haram dicerobohi ) sebagaimana adanya kehormatan pada hari kamu ini, negeri kamu ini dan bulan kamu ini.

Hadith riwayat al Bukhari ( no.4406 5/224 ) dan Muslim ( no. 1679/29 5/108 ).

البخاري 5/224 ( 4406 ) ، ومسلم 5/108 ( 1679 ) ( 29 ) .


[1] Doa nabawi ini selengkap ialah:

عن ابْن عُمَرَ قَالَ : لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَعُ هَؤُلاَءِ الدَّعَوَاتِ حِينَ يُمْسِى وَحِينَ يُصْبِحُ « اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَتِى ». وَقَالَ عُثْمَانُ « عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى ». قَالَ أَبُو دَاوُدَ قَالَ وَكِيعٌ يَعْنِى الْخَسْفَ.

Dari Ibn Umar ra katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW meninggalkan doa-doa ini ketika pagi dan petang. Ya Allah ! Sesungguhnya aku memohon darimu kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah ! Aku memohon darimu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah ! Tutuplah keaibanku dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah ! Peliharakanlah daku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagungan engkau supaya tidak terbunuh dari bawahku. Kata Waki' : maksudnya tengelam ke bumi.

Isnin, 8 November 2010

SEPULUH HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH: MUSIM IBADAT PENUH BERKAT

Segala puji hanya bagi Allah SWT, salawat dan salam kepada baginda Rasulullah SAW, dan aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.. Amma Ba’du:

Sesungguhnya Allah Jalla Wa Ala yang telah menciptakan seluruh makhluk telah menganugerahkan sebahagian makhluk atas makhluk lainnya dan Dia telah memberi keistimewaan tertentu untuk sebahagian makhlukNya tersebut.

قال الله تعالى : ﴿ وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاء وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ(القصص:68)

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia). (QS. Al-Qoshos: 68).

Di antara tempoh masa yang memiliki nilai fadhilah yang besar adalah sepuluh awal bulan dzulhijjah.

قال الله تعالى : ﴿ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Bersumpah dengan sesuatu yang membawa bayangan kepentingan dan keagungan perkara tersebut tersebut. Ibnu Abbas, Al-Zubair, Mujahid dan ulama salaf serta khalaf lainnya berkata: Sesungguhnya dia adalah sepuluh awal bulan zulhijjah”, Ibnu Kathir rahimhulla berkata: itulah yang benarnya”.[1]

قال الله تعالى : ﴿ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (QS. Al-Hajj: 28).

Ibnu Abbas berkata: Hari-hari yang ditentukan adalah “sepuluh hari pertama dari dzul hijjah”.[2]

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahu bahawa hari-hari itu adalah hari-hari yang paling mulia dan amal-amal shaleh yang dikerjakan pada waktu-waktu itu adalah amal shaleh yang lebih tinggi nilainya dibanding dengan amal-amal shaleh yang dikerjakan pada masa yang lain.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan dan Al-Turmudzi dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Tidaklah ada suatu hari di mana amal-amal shaleh padanya lebih dicintai oleh Allah selain dari hari-hari sepuluh pertama bulan Dzul Hijjah ini”. Para shahabat bertanya: Tidak juga berjihad di jalan Allah wahai Rasulullah?. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: Tidak juga berjihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah dengan diri dan hartanya lalu dia tidak membawa kembali sedikitpun dari harta dan jiwa yang telah dibawanya”.[3]

Diriwyatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahwa shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amal-amalan yang lebih dicintainya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan dzulhijjah, maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir dan tahmid”.[4]

Pada sepuluh hari pertama ini terjadi hari Arafah, hari kurban dan hari Al-Qorr, dan dia adalah hari-hari yang paling mulia di sisi Allah. Diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam kitab sunannya dari Abdullah bin Farth bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Tidak ada hari di mana Allah paling banyak membebaskan hamba-hamba -Nya dari api neraka padanya melebihi hari Arafah kemudian hari Al-Qorr”.[5] ([6])

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Aisyah radhiallahu anha bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Tidak ada suatu haripun di mana Allah paling banyak membebaskan hamba -Nya dari api padanya melebihi hari Arafah, sesungguhnya Dia mendekat, kemudian berbangga-bangga di hadapan para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apakah yang doikehendaki oleh mereka ini?.[7]

Maka hari-hari itu adalah hari-hari pengampunan dan pembebasan dari api neraka dan puasa pada hari-hari itu akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun. Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Turmudzi dari Abi Qotadah bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Berpuasa pada hari Arafah, sungguh aku mengharapkan bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa selama satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya”.[8]

Ibnu Hajar berkata: Yang jelas bahwa pada saat itu terkumpul ibadah-ibadah yang besar seperti shalat, puasa, shadaqah dan haji dan hal itu tidak terjadi pada masa-masa yang lainnya[9].

Ibnu Rajab berkata: Pada saat Allah Subhanhu Wa Ta’ala menghunjamkan di dalam diri para hamba -Nya yang beriman dan merasa rindu untuk menyaksikan rumah Allah, yaitu tanah haram, dan tidak setiap orang mampu menyaksikannya secara langsung pada setiap tahunnya maka Dia mewajibkan bagi orang yang mampu berhaji untuk menunaikannya sekali saja dalam umurnya. Dia menjadikan hari-hari yang sepuluh ini sebagai masa-masa yang dilalui secara bersama oleh orang-orang yang datang berkunjung kepadanya dan yang tinggal (di daerahnya masing-masing). Maka barangsiapa yang tidak mampu berhaji pada setiap tahunnya dia diberikan kesempatan untuk menjalankan amal ibadah pada sepuluh bulan Dzul Hijjah di tempat tinggalnya dan amal itu lebih baik daripada berjihad”.[10]

Tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama tentang keutamaan sepuluh pertama bulan Dzulhijjah terhadap bulan-bulan lainnya didasarkan pada kekuatan dalil-dalil yang menjelaskan hal tersebut. Perbezaan hanya pada malam hari masa-masa tersebut. Dikatakan bahwa malam-malam bulan ramadhan lebih utama. Di antara ulama yang menguatkan pendapat ini adalah Ibnul Qayyim. Dia berkata: Dengan adanya perincian ini maka kesamaran masalah (yang menimbulkan perbedaan) akan hilang. Dan dia menegaskan bahwa malam-malam bulan ramadhan dimuliakan karena adanya lailtul qadar dan dia adalah termasuk maktu-waktu malam, dan sepuluh hari pertama bulan Dzul Hijjah diutamakan karena siang harinya, sebab padanya terdapat hari kurban, hari Arofah dan hari tarwiyah”.[11]

Hendaklah orang yang diberikan taufiq oleh Allah SWT untuk mengetahui keutamaan hari-hari ini dan mereka yang Allah berikannya umur yang panjang untuk berusaha semaksima mungkin menjalankan amal shaleh yang banyak yang hanya beberapa hari saja lalu hari-hari itu. Para ulama salafus shaleh bersungguh-sungguh menjalankan ibadah padanya seperti Sa’id bin Musayyab yang bersungguh-sungguh menjalankan ibadah padanya sehingga seakan dirinya tidak mampu menjalankannya.

Di antara amal shaleh yang disyari’atkan pada sepuluh hari bulan Zulhijjah ini adalah: Berhaji ke baitullah. Dan ini adalah amal ibadah dan taqarrub yang paling baik.

قال الله تعالى : ﴿ وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta”.( QS. Ali Imron: 97)

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shaihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa”.[12]

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam kitab shahihnya dari Abi Sa’id Al-khudri radhiallahu anhu berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah Subahanahu Wa Ta’ala berfirman: Sesungguhnya seorang hamba yang telah Aku sihatkan jasmaninya, telah Aku luaskan rezekinya di dalam kehidupannya, dan berlalu lima tahun sementara dirinya tidak datang kepada -Ku maka sungguh dia adalah orang yang terhalangi”.[13]

Di antara amal yang dianjurkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah berpuasa.

قال الله تعالى : ﴿ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾

Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (QS. Al-Baqarah: 184)

Allah Subahanhu Wa Ta’ala menegaskan di dalam firman -Nya tentang orang yang bersegera menuju kebaikan baik dari kalangan pria atau wanita:

قال الله تعالى : ﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴾

Lelaki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. Al-Ahzab: 35)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun”.[14]

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Sa’d radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya di dalam surga tersebut terdapat satu pintu yang disebut dengan pintu Al-Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat, dan tidak akan dimasuki oleh seorangpun selain mereka yang berpuasa, diseru: Manakah orang-orang yang berpuasa?. Maka merekapun bangun, dan tidak ada seorangpun akan masuk melalui pintu tersebut selain mereka, dan apabila pintunya telah ditutup maka tidak ada seorangpun yang akan masuk setelahnya dari pintu tersebut”.[15]

Di antara amal yang dianjurkan pada sepuluh pertama bulan Dzulhijjah adalah bersedekah.

قال الله تعالى : ﴿ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ﴾

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (QS. Al-Baqarah: 274)

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah radhillahu nahu bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Harta yang telah disedekahkan tidak akan pernah berkurang”.[16]

Diriwayatkan oleh Al-Turmudzi di dalam kitab sunannya dari Muadz bin Jabal radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Sedekah itu akan memadamkan (menghapuskan) kesalahan sebagaimana air memadamkan api”.[17]

Di antara amal yang dianjurkan pada sepuluh pertama bulan Dzulhijjah adalah berzikir kepada Allah.

قال الله تعالى : ﴿ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴾

(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. Ali Imron: 191)

قال الله تعالى : ﴿ الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴾

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. Al-Ro’du: 28)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Aku seperti apa yang dipersangkakan hambaKu, dan Aku bersamanya pada saat dia mengingat-Ku. Jika dia mengingatKu pada dirinya maka Akupun mengingatnya pada diriKu, dan jika dia mengingat DiriKu pada sebuah kumpulan maka Akupun mengingatnya pada kumpulan yang lebih baik dari mereka”.[18]

Ibnul Qayyim rahimhullah berkata: Seandainya zikir itu tidak memiliki menfaat apapun kecuali ini maka hal itu telah cukup sebagai sebuah keutamaan dan kemuliaan”.[19]

Zikir secara umum dan khususnya dengan cara bertakbir adalah bagian dari syi’ar Islam yang dianjurkan pada hari-hari ini.

قال الله تعالى : ﴿ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ ﴾

dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan". (QS. Al-Haj: 28)

Telah disebutkan di dalam hadits sebelumnya: maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir dan tahmid”.[20]

Ibnu Umar dan Abi Hurairah radhiallahu anhuma keluar menuju pasar pada hari-hari sepuluh ini sambil bertakbir dan masyarkat yang lainpun ikut bertakbir dengan takbir mereka berdua.[21]

Generasi salaf sangat perihatin dalam menghidupkan syi’ar sepuluh hari pertama bulan zulhijjah ini, dan lafaz takbir yang dianjurkan adalah:

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Dan banyak lagi pintu-pintu kebaikan agung lainnya yang telah dibukakan oleh Allah bagi para hamba-hamba -Nya.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, salawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad dan kepada keluarga, shahabat serta seluruh pengikut beliau.



[1] Tafsir Ibnu Kathir berkata: 4/505

[2] Sahih Bukhari halaman: 193

[3] Sahih Bukhari: no: 969 dan Sunan Turmuzi no: 757 dan ini adalah lafaznya

[4] Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadits ini berkata: Haditا sahih

[5] Hari Al-Qorr adalah hari tanggal sebelas bulan Dul Hijjah

[6] Abu Dawud: no: 1765

[7] Sahih Muslim: no: 749 dan lafaznya adalah lafaz Muslim.

[8] Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749

[9] Fathul Bari: 2/460

[10] Latha'iful Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hambali: halaman: 310

[11] Zadul Ma’ad: 1/57

[12] Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16

[13] Ibnu Hibban 9/16 no: 3703

[14] Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153

[15] Al-Bukhari no: 1896 dan Muslim: 1152

[16] HR. Muslim: no: 2588

[17] HR. Turmudzi no: 2616

[18] Al-Bukhari no: 7405 dan Muslim no: 2675

[19] Al-Wabilus Shayyib min al kalim at thayyib halaman: 71

[20] Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih

[21] Sahih Bukhari halaman: 193