Khamis, 28 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Segala puji bagi Allah yang menjadikan Ramadhan sebagai penghulu segala bulan dan melipat gandakan pahala kebaikan di dalamnya. Shalawat beserta salam senantiasa dicurahkan kepada Nabi Muhammad saw. yang telah diturunkan Al-Qur’an kepadanya sebagai petunjuk, rahmat, nasihat, dan penyembuh bagi manusia.

Alangkah bahagianya kaum muslimin dengan kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, bulan Al-Qur’an, bulan ampunan, bulan kasih sayang, bulan doa, bulan taubat, bulan kesabaran, dan bulan pembebasan dari api neraka. Bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh setiap kaum muslimin.

Bulan yang sebelum kedatangannya, kita sentiasa berdoa kepada Allah: “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” Bulan di mana orang-orang soleh dan para generasi salaf berdoa kepada Allah agar mereka disampaikan ke bulan Ramadhan enam bulan sebelum kedatangannya. Mualla bin al-Fadhl berkata: “Mereka (salaf) selama enam bulan berdoa kepada Allah supaya disampaikan ke bulan Ramadhan, dan berdoa enam bulan selanjutnya agar amalan mereka pada bulan Ramadhan diterima.”

Kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh memohon kepada Allah agar disampaikan ke bulan Ramadhan? Mari kita dengarkan sabda Rasulullah Saw. ketika beliau memberitahu para sahabatnya dengan kedatangan bulan Ramadhan:

"Ketika datang malam pertama dari bulan Ramadhan seluruh syaitan dibelenggu, dan seluruh jin diikat. Semua pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang terbuka. Semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Lalu setiap malam datang seorang yang menyeru: "Wahai orang yang mencari kebaikan kemarilah; wahai orang yang mencari keburukan menyingkirlah. Hanya Allah lah yang bisa menyelamatkan dari api neraka". (H.R.Tirmidzi).

Rasulullah Saw. juga bersabda: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya Allah jadikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaiakan).” (HR. Nasa’i dan Baihaki).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menyebut: “Haditt ini merupakan dasar dan dalil memberi ucapan selamat yang dilakukan kaum muslimin kepada muslimin lainnya dengan kedatangan bulan Ramadhan, Bagaimana seorang mukmin tidak bergembira dengan dibukanya pintu syurga? Bagaimana seorang mukmin tidak bergembira dengan ditutupnya pintu neraka? Bagaimana orang yang berakal tidak bergembira dengan masa di mana syaitan-syaitan dibelenggu?”

Hendaklah kita juga mencontoh para salaf dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar disampaikan ke bulan Ramadhan yang penuh dengan berbagai macam keberkatan dan keutamaan tersebut.

Ramadhan adalah tamu istimewa. Adalah menjadi kewajiban bagi kita sebagai tuan rumah untuk menyambut kedatanganya dengan suka cita dan memuliakannya. Jika ada seorang presiden atau pemimpin negara akan berkunjung ke rumah kita pasti kita akan disibukkan dengan berbagai persiapan untuk menyambutnya. Kita pasti akan mengemaskan dan menghiaskan rumah kita, menyiapkan makanan istimewa dan lain-lain. Ramadhan lebih dari sekadar presiden atau pemimpin tinggi lain atau apa pun saja. Ramadhan adalah anugerah Allah yang luar biasa. Ramadhan adalah kesempatan untuk menyiapkan masa depan kita di dunia dan akhirat; oleh kerananya kita mesti mempersiapkan kehadirannya dengan persiapan yang paling sempurna agar kita mampu meraih gelaran takwa dan mendapat janji Allah iaitu ampunan dan bebas dari api neraka.

Isnin, 25 Julai 2011

Puasa Menjarakkan Diri Dari Neraka.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ صَامَ يَوْماً فِي سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا .


Maksud : Dari Abu Said al khudri ra katanya: Bersabda Rasulullah saw : " Sesiapa yag berpuasa sehari di jalan Allah, Allah swt menjarakkannya jauh dari neraka sebanyak 70 tahun jarak perjalanan.

Pelajaran dari hadith ini:


1. Puasa adalah penyelamat dari bakaran neraka. Kepayahan dan kesukaran yang dilalui oleh seorang yang berpuasa menjadi pencuci fitrah manusia yang membebaskannya dari kotoran dosa di dunia dan azab neraka di akhirat.


2. Jarak 70 tahun perjalanan yang dimaksudkan adalah bayangan kepada jauhnya manusia yang berpuasa dijarakkan dari neraka. Ada riwayat-riwayat lain yang menyebut jarak-jarak lain yang semuanya memberi gambaran jauhnya jarak tersebut;


عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : مَن صَام يومًا في سبيل الله جعل الله بينه وبين النار خَنْدَقًا كما بين السماء والأرض .

رواه الترمذي ، وقال الهيثمي : رواه الطبراني في الصغير والأوسط ، وإسناده حسن . وحسّنه الألباني .


Maksud : Dari Abi Umamah al Bahiliy ra dari Nabi saw bersabda: Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah jadikan untuknya sempadan dengan neraka sejauh langit dan bumi. HR Tirmizi hadith hasan.


عن عقبة بن عامر رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : مَن صَام يومًا في سبيل الله عزّ وَجَلّ بَاعَد الله منه جهنم مسيرة مائة عام .

رواه النسائي ، وحسّنه الألباني .


Maksud : Dari Uqbah ibn Amir ra dari Nabi saw bersabda: Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah swt jauhkannya dari neraka jahanam selama 100 tahun perjalanan.

HR an Nasaie, hadith hasan.


3. Jarak ini juga berkemungkinan berbeza mengikut darjat kesempurnaan niat dan amalan puasa itu sendiri. Begitu juga berbezaan kadar kesukaran dan kepayahan yang ditempuhi dalam menjalani ibadah ini juga menentukan darjat dan nilainya yang tersediri di sisi Allah.


4. Puasa diumpamakan seperti jihad apabila dikaitkan dengan jalan Allah. Justeru ada ulama' menafsirkan kelebihan dalam hadith ini kepada mereka yang berpuasa ketika berjihad. Namun puasa ketika berjihad hanya kepada mereka yang tidak terganggu tugasan jihadnya dengan sebab berpuasa. Ia biasanya boleh dilakukan oleh mereka yang melakukan pengawasan ( ribath ) bukannya ketika perang. Sabda Rasulullah saw kepada para sahabat ketika peristiwa pembukaan kota Mekah :


إنكم قد دنوتم من عدوكم والفطر أقوى لكم . قال أبو سعيد الخدري رضي الله عنه : فكانت رُخْصَة ، فَمِنَّا مَن صام ، ومِنَّا مَن أفطر ، ثم نَزَلْنَا مَنْزِلاً آخر ، فقال : إنكم مُصَبِّحُو عدوكم والفطر أقوى لكم ، فأفطروا ، وكانت عَزْمَة ، فأفطرنا . رواه مسلم .


Maksud : Sesungguhnya kamu menghampiri musuh kamu maka berbuka lebih menguatkan kamu. Abu Said al Khudri berkata : Ia adalah keringanan. Maka di kalangan kami ada yang berpuasa dan ada pula yang telah berbuka. Kemudian kami berhenti rehat di satu persinggahan. Di situ Nabi saw bersabda: Sesungguhnya kamu akan menghadapi musuh di waktu pagi. Berbuka lebih kuat untuk kamu, maka berbukalah kamu semua. Kali ini ialah adalah ketetapan ( bukan lagi keringanan ). Maka kami semua berbuka.

HR Muslim


5. Menurut al Qurtubi : Yang dimaksudkan dengan di jalan Allah ialan ketaatan kepada Allah. Maka maksud lafaz hadith ialah sesiapa yang berpuasa dengan tujuan ketaatan kepada Allah. Ia adalah penegasan kepada kesempurnaan puasa itu pada kesempurnaan niat dan qasadnya.


Isnin, 18 Julai 2011

Ramadhan Gerbang Ke Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ( أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ )

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Hadith riwayat al Bukhari 3:32 dan Muslim ( no. 1079 )

Pelajaran hadith:

1. Ramadhan menjadi bulan pilihan Allah untuk pembersihan diri manusia dari dosa maka kembalilah mereka kepada kemuliaan fitrah sebagimana asal ciptaan. Dinamakan Ramadhan yang bermakna kepanasan atau kebakaran teruk dengan maksud terbakarnya dosa-dosa manusia untuk mereka menjadi suci bersih sebagaimana darjah kepanasan yang tinggi boleh membersihkan emas atau perak dari kotoran dan habuk.

2. Al Qhadi Iyyadh menyebut: Pembukaan pintu-pintu syurga, penutupan pintu-pintu neraka dan pembelengguan syaitan-syaitan ini boleh berlaku secara sebenar ( hakiki ) sebagaimana zahir lafaz hadith. Ia menjadi tanda kedatangan bulan ini dan satu gema kemegahan bagi kebesarannya. Terbelenggunya syaitan ini supaya mereka terhalang dari menyakitkan golongan mukminin dan menganggu mereka.

3. Al Qhadi juga menyebut: Semua ini juga boleh jadi perkara simbolik sebagai bayangan kepada betapa banyaknya pahala ganjaran dan juga keampuan. Syaitan juga kurang tipudaya mereka seolah-olah terbelenggu.

4. Al Qhadhi menyebut lagi: Ada kemungkinan yang dimaksudkan Allah membuka pintu-pintu syurga dengan makna kepelbagaian ibadat dan amal ketaatan yang berlangsung di bulan Ramadhan samada di berpuasa di siang hari atau menghidupkan malamnya. Termasuklah kepelbagaian kerja khairat dan meninggalkan amal maksiat.

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah Keagungan Dalam al Isra' Wa al Mi'raj


1-
Keagungan Allah penguasa langit dan bumi, dunia dan akhirat, syurga dan neraka.

2-
Keagungan alam malaikat sebagai penghuni langit.

3-
Keagungan Rasulullah saw penghulu sekalian para nabi dan rasul.

4-
Keagungan para nabi dan rasul yang dimuliakan Allah semasa hidup dan selepas mati.

5-
Keagungan Solat sebagai syariat terbesar yang paling dikasihi Allah.

6-
Keagungan Baitil Maqdis dan bumi Palestin sebagai pusat dakwah para nabi dan mercu tanda kemuliaan umat Islam.

7-
Keagungan maqam ubudiyyah sebagai lambang kepatuhan yang tiada tandingannya dengan penuh kasih sayang kepada Allah.

8- Keagungan tazkiah ( penyucian ) dalaman dan luaran sebagai langkah pertama menuju ke jalan Allah.