Sabtu, 14 Julai 2012

Ahad, 8 Julai 2012

Puasa Besar




Puasa hati dan seluruh angggota dari segala yang diharamkan Allah swt samada niat, perkataan, perbuatan, amalan, akhlak tanpa batasan waktu samada siang atau malam, bahkan sepanjang umur.

Puasa ini bermula dari waktu baligh sehinggalah saat kematiaan. Saat berbukanya adalah selepas kebangkitan semula dengan tegukan air kauthar dan hati ikan jerung. Kemudian kekallah dia di syurga menikmati apa yang tidak pernah terlihat di mata, terdengar di telinga dan terlintas di hati.

Rahmat Allahllah yang menjadi puasa kecil – seperti puasa Ramadhan – sebagai wasilah dan tangga ke arah puasa besar ini yang merupakan perlakuan menyeluruh bagi segala perintah tuhan dan meninggalkan larangannya.

( Syeikh Muhammad al Tuwaijiri : Mukhtasar al Fiqh Islami Fi Dhaw al Kitab was Sunnah ms610 ). 

Sabtu, 7 Julai 2012

Peperangan Shaqhab Pada Hari Pertama Ramadhan 802H




Peperangan ini dipimpin oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rhm menentang tentera Tatar dan berlangsung selama dua hari iaitu hari pertama dan kedua Ramadhan pada tahun 802H. Ianya berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tentera islam.

Ibn Kathir mencatatkan : Ibn Taimiyyah memberi perangsang kepada Sultan supaya berperang dan memberi khabar gembira dengan janji kemenagan. Di bersumpah dengan nama Allah dan menyebut insha Allah secara tahqiq (kepastian) bukan ta'liq (bersyarat). Beliau juga berfatwa supaya tentera islam berbuka sepanjang peperangan dan dia sendiri berbuka.

Bahkan dia berjalan mengelilingi kawasan ketua-ketua pasukan dan pemimpin-peminpin, lalu mengambil makan yang ada pada mereka dan memakannya sedikit untuk memberi pelajaran agar berbuka supaya mendapat kekuatan. Itu lebih afdhal dan orang ramai semunya makanlah.  
Al Bidayah wan Nihayah (18/26). 

Ahad, 1 Julai 2012

Tegahan Berpuasa Pada Hari Syak ( 30 Sya'ban ).

عن عَمَّارٌ بن ياسر رضي الله عنه قال  : " مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ ، فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "


Ammar Ibnu Yasir R
adiyallaahu 'anhu berkata: Barangsiapa berpuasa pada hari yang meragukan, maka dia telah derhaka kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad) Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.

Hadith mu'allaq ( tergantung sanad ) di dalam riwayat Bukhari. Lima imam hadith lain menilainya maushul ( bersambung sanad ) , sedang Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban menilainya sebagai hadith shahih.

Pedoman hadith :
  1. Hadith ini adalah dalil haramnya berpuasa pada hari syak, iaitu hari ke 30 bulan Syaaban.
  2. Dinamakan hari syak kerana anak bulan tidak kenampakan pada hari itu dengan sebab mendungnya awan atau seumpamanya maka tidak jelas adakah hari itu termasuk Ramadhan atau masih dalam bulan Sya'ban.
  3. Beribadat tanpa mengikut syariat Allah swt adalah menderhakau Rasulullah saw dan ibadat itu batal dan tertolak. 

Hukum Berpuasa Sebelum Ramadhan.



عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang telah biasa berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa."

Muttafaq Alaihi.



Pedoman hadith :




1.   Hadith ini adalah dalil bahawa berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan niat ihtiayath ( berwaspada ) dengan masuknya Ramadahan adalah perbuatan haram.


2.   Larangan ini kerana syara' telah menetapkan bahawa petanda masuknua Ramadhan adalah melihat anak bulan. Maka perbuatan berpuasa secara berwaspada mendahului bulan Ramadhan adalah melanggari nas ini.


3.    Sebahagian ulama' berpendapat larangan berpuasa ini bermula selepas separuh Sya'ban iaitu dari 16 Sya'ban berdalilkan hadith Abu Hurairah RA : " Apabila Sya'ban telah tiba separuhnya, maka jangan lagi kamu berpuasa ".


HR Abu Dawud, at Turmuzi dan Ibn Majah.


4.  Berdasarkan hadith tersebut ada yang berpendapat makruh berpuasa selepas separuh Sya'ban dan haram sebelumya sehari dan dua hari.


5.   Pendapat yang kuat adalah harus puasa selepas separuh Sya'ban kerana hadith tersebut adalah dhaif sementara puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan adalah haram berdasarkan hadith ini.


6.  Pengeculian hukum haram berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan ini hanya kepada mereka yang telah terbiasa melakukan amalan puasa dan berbetulan harinya dengan penghujung Sya'ban, maka puasa tetap diharuskan baginya.    

Isnin, 11 Jun 2012

Mesej Dakwah Islam Dari Medan Fahl



Al Azdiy mencatatkan bahawa Rom mengutuskan kepada Abu Ubaidah ra sebelum peperangan Fahl supaya dia menghantar kepada mereka seorang yang berwibawa untuk mereka berbincang dengannya. Abu Ubaidah menghantar Muaz ibn Jabal ra. Muaz datang dengan kudanya dan kemudiannya berjalan menuju ke arah mereka.

Tiba-tiba dia mendapati pemimpin-pemimpin Rom duduk di atas permaidani, tilam dan bantal. Apabila menghampiri mereka di berdiri. Ada seorang berkata: Serahkah tungganganmu aku tolong memegangnya. Hampiri pembesar-pembesar dan duduk di majlis mereka. Mereka tidak suka bercakap dengan kamu sambil duduk sedang engkau berdiri. Duduklah bersama mereka.

Muaz berkata kepada penterjemahnya: Nabi kami perintahkan agar tidak berdiri untuk sesiapa di kalangan makhluk Allah. Berdiri kami hanyalah untuk Allah swt ketika solat, ibadat dan berdoa kepadanya. Berdiri aku ini bukannya untuk kamu. Tapi aku berdiri kerana merasa tudak selesa untuk berjalan di hamparan permaidani ini dan duduk di atas bantal yang kamu menikmatinya di atas kesusahan rakyat kamu yang lemah dan penganut agama kamu.

Sebenarnya ia hanya perhiasan dunia dan tipudayanya. Allah swt telah memperlekehkan dunia ini dan menghinanya. Dia melarang dari melampau dan membazir. Maka aku duduk di sini di atas tanah. Kamu cakaplah tentang hajat kamu dari sana. Penterjemah beoleh menjalankan tugasnya antara aku dan kamu. Hendaklah dia memberi faham kepadaku apa yang kamu cakapkan dan fahamkan kamu apa yang aku cakapkan.

Mereka memberitahu penterjemah : Katakan kepadanya sila beritahu kami apa yang kamu mahukan ? Kepada apakah seruan kamu?

Muaz ra menjawab: Sebenarnya perkara pertama yang aku ajakkan kamu ialah kepada Allah swt dengan beriman kepadanya semata-mata, kepada Muhammad saw, sembahyang dengan sembahyang kami, mengadap kiblat kami, bersunnah dengan sunnah kami, memecahkan salib, menjauhi minum arak, makan daging babi.

Jika kamu setuju maka kami sebahagian dari kami dan kami sebahagian dari kamu. Kamu adalah keluarga kami dalam agama. Hak kamu seperti hak kami dan tanggungjawab kamu sama seperti tanggungjawab kami. Jika kamu enggan, maka serahkan jizyah kepada kami setiap tahun dengan kamu tunduk patuh dan kamilah yang menahan kamu dari sebarang gangguan.

Jika kamu tidak boleh menerima dua perkara ini, maka tidak ada sebarang benda dari ciptaan tuhan yang 
kami boleh menerimanya dari kamu. Silalah bertarung secara terbuka dengan kami sehingga Allah membuat keputusannya sesame kita dan dialah sebaik-baik pembuat keputusan.

Apabila Muaz selesai dari bicaranya, mereka berkata : Nampaknya hubungan antara kita ini semakin berjauhan. Ada satu perkara sahaja berbaki yang jika kamu menerimanya maka itulah yang lebih baik untuk kamu dan jika kamu menolaknya maka ia amat buruk untuk kamu. 

Kami serahkan kepada kamu al Balqa' dan semua daerah bersepadanan dengan kamu di kawasan subur Jordan dan sila jauhi dari semua tanah dan bandar kami. Kamu sepatutnya memerangi kerajaan Parsi dan kami bersama dengan kamu memberi bantuan sehingga kamu mengalahkan mereka dan kamu menang melawan mereka.

Muaz menjawab: apa yang kamu tawarkan ini dan kamu memberinya keseluruhannya ke tangan kami, dan jika sekali pun kamu serah semua yang di tangan kamu yang belum kami kuasai dengan kamu menyekat salah satu dari tiga perkara ini ".

Mereka sangat  marah ketika itu dan berkata: Kami mahu mendekati kamu sebaliknya kamu pula menjauhi kami. Pulang kepada kawan-kawan kamu. Demi Allah kami berharap untuk memecahkan kamu di bukit esok.

Muaz menjawab : Adapun bukit maka tidak. Tetapi demi Allah kamu akan perangi kami sehingga ke benteng akhir kami atau kami yang menghalau kamu dari bumi kamu degan hina sedang kamu tunduk rendah.

Muaz pulang berjumpa Abu Ubaidah ra dan memaklumkan kepadanya apa yang mereka mereka perkatakan dan jawapannya kepada mereka.




[1] Peperangan Fahl berlaku pada bulan ZulHijjah tahun 13 H berakhir dengan kekalahan besar tentera Rom.

Dakwah Khalid Kepada Jarajah.




Ibnu Kathir menceritakan: Jarajah, salah seorang pembesar keluar dari barisan tenteranya dan memanggil Khalid ibn al Walid.

Khalid datang dekat dengannya sehingga berlaga tengkuk kuda kedua-duanya. 

Jarajah berkata: 

Hai Khalid ! Beritahuku dengan jujur dan jangan berbohong. Orang merdeka tidak berbohong. Jangan berdolak dalih kerana orang mulia tidak berdolak dalih dengan orang yang mempercayainya kerana Allah. Apakah Allah pernah turunkan kepada Nabinya satu pedang dari langit dan memberikannya kepadamu, maka tidak engkau hunuskan kepada sesiapa melainkan engkan akan tewaskannya.

Khalid menjawab: Tidak.

Dia bertanya : Kenapa engkau dinamaka saifullah ( pedang Allah ) ?

Khalid menjawab : 

Sebenarnya Allah mengutuskan Nabinya saw. Dialah yang berdakwah kepada kami, lalu kami melarikan diri darinya dan tidak mahu menerimanya. 

Tiba-tiba ada sebahagian kami yang mempercayainya dan mengikutnya. Sebahagian kami membohonginya dan menjauhinya. Akulah antara yang membohonginya dan menjauhinya. Tiba-tiba Allah swt mengambil hati dan akal kami sehingga kami mendapat hidayat dan kami berbaiah dengannya. 

Rasulullah saw berkata kepadaku: Engkau adalah satu pedang antara pedang-pedang Allah, Allah swt menghunusnya kepada kaum musyrikin.

Jarajah berkata: Ya Khalid ! Kepada apa kamu dakwahkan?

Dia menjawab: Kepada kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan Muhammad saw pula hamaba dan rasulnya serta bersetuju dengan apa yang dibawanya dari Allah swt.

Jarajah bertanya: Sesiapa yang tidak menerimanya ?

Dia menjawab : Dia dikenakan Jizyah dan kamilah yang mempertahankannya.

Jarajah menjawab: Jika dia tidak membayarnya?

Dia menjawab : Kami isytiharkan peperangan dan memeranginya.

Jarajah bertanya: Maka apa kedudukan orang yang menyahut dan memasuki agama ini hari ini?

Khalid menjawab : Kedudukan kita hanya sama sahaja dalam perkara yang Allah fardukan samada orang mulia atau orang bawahan, orang lama atau orang baru.

Jarajah berkata: Maka orang yang masuk ke dalam agama ini hari ini sama pahala dan habuannya dengan kamu ( yang telah lama ) ?

Khalid menjawab : Ya bahkan lebih baik.

Jarajah berkata: Bagaimana boleh menyamai kamu sedang kamu telah mendahului ?

Khalid menjawab : 

Kami menerima agama ini secara paksaan. Kami baihkan Nabi saw ketika baginda saw masih hidup. Berita langit turun dan dia beritakan perihal kitab kepada kami. Dia juga menunjukkan mu'jizat. 

Memang sepatutnya bagi orang melihat apa yang kami lihat, mendengar apa yang kami demgar untuk Islam dan berbaiah. 

Adapun kamu yang yang tidak melihat apa yang kami lihat, mendengar apa yang kami dengar tentang keajaiban dan hujah kenyataan, maka sesiapa yang masuk ke dalam agama ini dengan benar dan niat ikhlas adlah lebih baik dari kami.    

Jarajah berkata: Demi Allah ! Engkau telah berkata benar dan tidak membohongi kami.

Ketika itu Jarajah membalikkan besi penyangganya dan mendekati Khalid sambil  berkata: Ajarkan saya Islam.

Khalid membawanya ke khemahnya dan menyiramnya sebaldi air dan sembahyang bersamanya dua rakaat.

Kemudian dia keluar bersama Khalid memerangi Rom. Rom melaku satu serangan kuat sehingga tentera Islam terpaksa berundur dari kawasan mereka ke al Muhamiah.

Khalid dan Jarajah ra berperang lasak sehingga Jarajah menemui syahid. Dia hanya sempat solat dua rakaat sahaja iaitulah soalt bersama Khalid.

Sumber : al Bidayah wan Nihayah 7:13. Al Kamil 2:283.