1.
Dinukilkan dari
kitab "Ighatsatul Lahfaan min Mashayidil Syithon" (1/69-70)
karangan al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, berikut nukilanya.
" Kebenaran (yang hakiki) ialah yang telah diwariskan oleh jama'ah
pertama dari mulai zamannya Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam serta para
sahabat beliau. Oleh kerana itu, janganlah terpengaruh dengan banyaknya para
ahli bid'ah selepas mereka ".
Berkata Amr bin
Maimun al-Awadi: "Saya menemani sahabat nabi,Mu'adz bin Jabal ra di Yaman,
tidaklah saya berpisah dari beliau sampai saya melihat beliau meninggal di
negeri Syam. Kemudian setelah itu saya menemani orang yang paling faqih di
antara manusia iaitu sahabat nabi, Abdullah bin Mas'ud ra, maka pada suatu
ketika saya pernah mendengar beliau mengatakan: "Wajib atas kamu berpegang
di atas al jama'ah. Sesungguhnya tangan Allah bersama al jama'ah".
Pada kesempatan
yang lain saya juga pernah mendengar beliau mengatakan: "Akan datang
kepada kalian suatu masa para pemimpin yang melewatkan solat dari waktunya. Maka
solatlah kamu sendirian tepat pada waktunya kerana ia adalah wajib bagimu. Setelah
itu solatlah berjama'ah bersama mereka dan itu tercatat sebagai solat sunat kamu".
Maka saya katakan kepada beliau: "Wahai sahabat nabi Muhammad, saya tidak
faham apa yang sedang engkau bicarakan kepada kami? Beliau menjawab: "Apa
itu? Saya katakan: "Engkau (pernah) menyuruhku untuk berpegang erat-erat
kepada jama'ah, lantas sekarang engkau mengatakan ; Solatlah kamu sendirian,
dan dia adalah solat wajib bagimu, lalu solatlah bersama jama'ah sedangkan dia
adalah solat sunat?
Beliau lantas menasihatiku:
"Wahai Amr bin Maimun, sungguh saya telah menyangka bahawa kiranya engkau
adalah orang yang paling faqih di negeri ini. Tahukah kamu apa itu al-Jama'ah?
Jawab saya: "Tidak", beliau berkata: "Sesungguhnya jika
kebanyakan jama'ah (manusia) telah menyilisihi al-Jama'ah itu sendiri, maka
tinggalkan mereka kerana sesungguhnya hakikat al-Jama'ah adalah sesuatu yang
sesuai dengan kebenaran walau pun engkau sendirian".
Dalam riwayat yang
lain, lalu beliau menepuk dadaku sambil berkata: "Celakalah engkau wahai
Amr, sungguh jika kebanyakan manusia (sudah di ambang menyelisihi al-Jama'ah)
maka tinggalkanlah meraka, sesungguhnya al-Jama'ah adalah sesuatu yang sesuai
di atas ketaatan kepada Allah Azza wa jalla".
Nu'aim bin Hamaad
mengatakan: "Maksud perkataan beliau adalah jika manusia telah rosak maka
wajib atas dirimu untuk tetap berpegang teguh dengan al-Jama'ah sebelum
datangnya kerosakan (tersebut) walau pun kamu sendirian, maka dengan itu engkau
tetap dikatakan sedang berada di atas al-Jama'ah.
Ucapan yang semakna
dengan ini juga telah dikatakan oleh Imam al-Baihaqi dan selainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan