Maksud : Wahai tuhan kami, ampunilah untuk kami. Juga untuk
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman. Janganlan engkau jadikan
di dalam hati kami perasaan dendam untuk orang yang beriman. Wahai tuhan kami,
engkaulah maha pemaaf lagi pengasih.
( Surah al Hasyr : 10 ).
Doa ini diajarkan oleh al Quran sendiri untuk umat Islam yang datang selepas
sahabat dan tabiin sebagai bukti kejujuran dan ketulusan iman mereka. Iman yang
benar semestinya membenihkan rasa persaudaraan dan kasih sayang untuk saudara
seislamnya terutama mereka telah berjasa menyampaikan Islam dan menyambung mata
rantai Islam sehingga sampai kepadanya.
Para sahabat, para tabiin dan salafussoleh tedahulu telah membuktikan kebaktian
dan kejujuran mereka bersama iman dan islam. Meraka meninggal dunia dalam
isiqamah dan berpegang teguh kepada tali agama. Inilah kelebihan mereka, iaitu
kelebihan mendahului kita dengan iman dan istiqamah. Maka umat yang dating selepas
mereka menjadikan mereka sebagai ikutan dan tauladan untuk meneruskan
kesinabungan hidup beragama.
Allamah Ibn Saadi berkata: " Doa ini merangkumi semua kaum musliminb
terdahulu sejak zaman sahabat dan semua generasi sebelum kedatangannya. Inilah antaran
kelebihan iman. Semua kaum mu'minin berguna dan bermanfaat antara sesama
mereka, juga berdoa kebaikan sesama mereka lantaran mereka bersekutu dan
bersatu di atas prisip iman.
Ikatan iman inilah yang mengikat persaudaraan sesama mereka yang
membuahkan semangat kasih sayang dan akhirnya memohon doa untuk kebaikan
bersama. Justeru antara kandungan doa ini ialah membuang perasaan dendam
kesumat dari hati yang mana jika ianya menghilang, maka lawannyalah yang tetap
kekal iaitu kasih sayang dan semangat inginkan kebaikan sesame mereka."
Doa ini menghimpun antara dua kesejahteraan iaitu kesejahteraan hati dan
kesejahteraan lidah terhadap kaum muslimin terutama mereka yang telah pergi di
kalangan generasi awal Islam. Abu Muzaffar al Samaani berkata: Doa ini bukti
saranan supaya berdoa rahmat untuk para salaf ( generasi salaf ), berdoa untuk
kebaikan mereka, menjauhi perkataan yang tidak baik mengenai mengenai mereka.
Ini semua menjadi petanda kaum mu'minin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan