Tercatat dalam
kitab "Syadzraat dzahab fii akhbaari man dzahab" karangan Ibnul Imaad al-Hanbali (1/336),
ketika mencatatkan biografi Khalifah Harun ar-Rasyid rahimahullah,
berikut nukilannya:
Pada suatu hari
Ibnu Samak pernah masuk ke istana Harun ar-Rasyid, maka ar-Rasyid meminta untuk
dibawakan air minum untuknya.
Berkata Ibnu Samak kepada beliau:
"Wahai amirul
mu'minin! Demi Allah, saya bertanya kepadamu, jika seandainya engkau terhalang dari
meminum air ini, berapa dirhamkah akan engkau bayar?
Beliau menjawab:
"Dengan setengah kerajaanku".
Ibnu Samak bertanya lagi:
" Kalau
seandainya setelah kamu meminumnya lantas tidak boleh keluar dari badanmu,
berapa banyak akan kamu bayar? Beliau menjawab: "Dengan setengah lagi dari
kekuasaanku".
Ibnu Samak lantas mengatakan kepadanya: "Sungguh kerajaanmu
nilainya tidak lebih dari segelas air. Oleh kerana itu tidak selayaknya untuk
saling berlumba-lumba untuk mendapatkanya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan