Menyedari
bahawa siapa pun yang bernama manusia mempunyai kelemahan, maka sudah saatnya
kita merenungi diri untuk sentiasa minta ampunan dan bertaubat kepada Allah subhanahu
wa ta'ala.
Rasulullah
bersabda: Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam
sehari lebih dari 70 kali.(HR Bukhori).
Sebelum
kita membahas tentang taubat, penting bagi kita untuk mengetahui apa itu dosa.
Dosa adalah segala sesuatu yang dilahirkan akibat melakukan pelanggaran
terhadap perintah-perintah atau larangan Allah. Orang yang melakukan dosa bererti
telah bermaksiat. Maksiat dibahagi secara umum
menjadi dua, iaitu kecil dan besar.
· Dosa
kecil adalah dosa-dosa yang tidak mengakibatkan hukuman di dunia dan tidak ada
ancaman khusus di akhirat.
· Dosa
besar menurut Ibnu Abbas adalah setiap dosa yang ketika menyebutkannya, Allah mengakhirinya
dengan kata neraka, kemurkaan, laknat atau azab.
Taubat
secara bahasa mempunyai erti kembali. Dalam syara` pula adalah kembalinya
seorang hamba kepada Allah dengan meminta ampun atas segala dosa-dosa yang
telah dia lakukan dengan janji yang sungguh sungguh untuk tidak mengulangi
perbuatan dosa tersebut di waktu yang akan datang. Kemudian menggantinya
perbuatan dosa tersebut dengan menjalankan amal-amal soleh yang boleh menambah
mendekatkan dirinya kepada Allah.
al-Kalbi – rahimahullah –
mengatakan tentang taubat: “ mengucapkan istighfar dengan mulut, penyesalan
dengan hati, meninggalkan dosa dengan anggota badan, serta bertekad untuk tidak
kembali berbuat dosa.
Bilakah patut bertaubat?
Taubat dari dosa harus dilaksakan
segera dan tidak boleh ditunda-tunda. Penundaan bertaubat merupakan indikasi
ketidak seriusan seseorang dalam bertaubat. Di samping itu penundaan dari
taubat sangat membahayakan jiwa seseorang, boleh jadi dia meninggal denga tiba
–tiba sebelum dia sempat untuk bertaubat. Inilah kenapa Allah dalam surat Ali
Imran 133 Allah berfirman:
قال الله تعالى: ﴿وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ
مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ
وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ١٣٣﴾ [سورة آل عمران: 133]
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa.
(Ali Imran:133).
Kita perhatikan dalam ayat ini,
Allah menggunakan kata ( وَسَارِعُوا ) yang ertinya bersegera, kemudian kata (مَغْفِرَةٍ) menggunakan kata yang bersifat umum belum jelas. Ini
memberikan salah satu isyarat bagi kita, bahwa kita semua diperintahkan untuk
bersegera, bercepat-cepat mencari sebuah keampunan yang mana belum tentu kita dapat
kerana boleh jadi kita lebih dahulu dipanggil Allah sebelum sempat bertaubat
dan mendapatkan ampun dari Allah. Pada hakikatnya semuanya yang ada di dunia
ini, termasuk hidup mati kita adalah milik Allah, oleh itu empat ayat sebelum
ayat ini, ayat ke 129 dijelaskan bahawa:
قال
الله تعالى: ) وَلِلَّهِ مَا فِي
ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن
يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ١٢٩ ((سورة
آل عمران : 129)
Kepunyaan Allah jualah apa
yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia
kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
(Ali Imran:129)
Dalam ayat lain Allah,
menjelaskan bahwa taubat seseorang akan diterima oleh Allah subhanahuwata`ala,
adalah taubatnya orang yang bersegera bertaubat, dan tidak bertangguh, kerana sikap
bertangguh-tangguh itu bermakna tidak bersungguh.
Dalam surah an-Nisa` : 17
قال الله تعالى: )إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ
عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٖ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن
قَرِيبٖ فَأُوْلَٰٓئِكَ
يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا( [سورة
النساء: 17]
Sesungguhnya taubat di sisi
Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran
kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah
yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( An Nisaa’:17(.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa
maksud dari kata ( يَتُوبُونَ
مِنْ قَرِيبٍ ; kemudian
mereka bertaubat dengan
segera), adalah sebelum seseorang dalam keadan sakit atau sebelum meninggal.
Taubat yang selayaknya dilakukan seorang hamba Allah yang ikhlas adalah
dengan taubat taubat nasuha iaitu taubat yang sungguh-sungguh. Ada tiga
syarat untuk taubat nasuha iaitu:
Pertama:
menyesali secara serius kesalahan masa lalu, ada perasaan bersalah, bahkan
merasa jejek dan kotor ketika
mengingati masa lalu yang buruk.
Kedua:
Berhenti secara total saat ini dari semua
perbuatan buruk yang bertentangan dengan agama.
Ketiga: Meniatkan dengan sungguh-sungguh
(komitmen yang serius) untuk tidak kembali ke masa lalu yang buruk.
Namun, apabila dosa atau kesalahan
tersebut berhubungan dengan hak-hak manusia maka, selain tiga syarat tersebut,
harus ditambah syarat keempat.
Iaitu meminta maaf atau minta redha
(halal) di atas dosa-dosa dengan manusia (orang yang bersangkutan) atau
membayar gantirugi atau memulangkan barang yang telah diambil itu.
Dengan demikian inti dari taubat nasuha
adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas
dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya
lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan
tersebut terhadap bani Adam ( sesama
manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya.
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah penyesalan
itu taubat ?”, “Ya”, kata Rasulullah
(H.R. Ibnu Majah).
Amr bin Ala pernah mengatakan: “Taubat Nasuha adalah apabila kamu
membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya ”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan