Dinukilkan dari
kitab " al-Fawaid "(ms269) karangan Imam Ibnu Qayyim
rahimahullah ta'ala pada, sebuah kata mutiara yang patut kita renungkan.
Berikut nukilannya:
Ada seseorang yang
pernah bertanya kepada Imam Syafi'i, dia mengatakan:
" Wahai Abu Abdillah!
Mana yang lebih baik, seseorang yang diberi kedudukan atau diberi cubaan?
Maka Imam Syafi'i
menjawab:
" Tidak mungkin ada seseorang yang mendapat kedudukan melainkan
setelah mendapat cubaan terlebih dahulu.
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah
memberi cubaan kepada para nabinya.
Allah Ta'ala memberi cubaan pada nabi Nuh,
Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi kita Muhammad shalawatullah wa salaamuhu 'alaihi
'ajmain.
Ketika mereka semua mampu bersabar maka Allah Ta'ala memberi
mereka kedudukan di muka bumi ini.
Janganlah engkau menyangka bahawa seseorang itu diberi kedudukan kalau tidak pernah merasakan sakitnya cubaan hidup ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan