.
" Wahai tuhan kami ! Terimalah ( amalan ) dari kami ini,
sesungguhnya engkaulah engkaulah tuhan yang maha mendengar lagi maha
mengetahui. "
Surah al baqarah : 120.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim yang berpangkat Khalilurrahman ( Kekasih
rapat Allah swt ), imam pembawa obor hanifiyyah ( agama suci ), qudwah ( ikutan
) sekelian ahli tauhid yang disifatkan Allah swt dengan selengkap sifat-sifat
kebaikan.
" Sesungguhnya Ibrahim itu adalah satu umat ( tersendiri )
yang tunduk patuh kepada tuhannya dan tidak pula dia tergolong di kalangan
musyrikin.
Surah an Nahl : 120.
Doa penuh berkat ini mengandungi beberapa tuntutan utama yang menjadi
kepentingan setiap hamba demi kebaikan agama dan dunia. Antaranya;
1-
Memohon dari Allah swt agar
diqabulkan amalan dan perkataaan.
Qabul dalam bahasa arab bermakna
: Mengambil sesuatu dan perkenankannya. Makna Allah swt menqabulkan amalan
ialah Allah swt menerimanya dengan penuh perkenan dan redha dengannya, lalu dia
juga redha dengan pelakunya. Natijahnya Allah swt pasti membalasnya dengan
ganjaran baik yang dijanjinya.
Nabi Ibrahim as menyebut doa ini ketika melaksanakan tugasan besar yang
menjadi asas tertegaknya urusan agama, iaitu membina baitillah al haram, al
kaabah al musyarrafah dengan perintah khusus dari Allah swt.
Al
Imam al Bukhari meriwayatkan: .. Kemudian terfikir Ibrahim lalu dia berkata
kepada isterinya : Aku ingin melihat zuriat tinggalan aku. Baginda as menuju ke
Mekah dan menemui anaknya Ismail as ketika dia sedang memperbaiki anak panahnya
di belakang telaga zamzam. Terus dia berkata: Hai Ismail ! Sebenarnya tuhanmu
memerintahkan ku untuk membina untuknya satu rumah ( baitullah atau kaabah ).
Ismail berkata: Patuhilah tuhanmu. Ibrahim berkata: Sesungguhnya dia
perintahkan aku supaya engkau menolongku. Dia menjawab: Jikan demikian aku
lakukan.
Maka kedua-duanya bangun melakukan kerja. Ibarhim membina sementara
Ismail menghulur batu kepadanya. Sambil itu kedua-duanya berkata :
"
Wahai tuhan kami ! Terimalah ( amalan ) dari kami ini, sesungguhnya engkaulah
engkaulah tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui. "
Justeru itulah Wuhaib ibn Ward apabila menbaca ayat ini ;
" Wahai tuhan kami ! Terimalah ( amalan ) dari kami ini,
sesungguhnya engkaulah engkaulah tuhan yang maha mendengar lagi maha
mengetahui. "
Surah al baqarah : 120.
Dia menangis teresak-esak sambil berkata: " Wahai khalilurrahaman (
kekasih dekat tuhan iaitu Nabi Ibrahim as ) ! Engkau mengangkat tiang-tiang
baitillah, tiba-tiba engkau masih bimbang bahawa dia tidak menerimanya dari
engkau.
2- Wujudnya rasa kebimbangan
bahawa amalan tidak diterima Allah setelah melakukannya secara terbaik menjadi
petanda dia tergolong di kalangan mu'minin yang ikhlas beramal.
Firman Allah swt ;
Bermaksud : Mereka yang sentiasa mempersembahkan apa yang mereka
persembahkan sedang hati mereka kebimbangan bahawasanya mereka pasti kembali
kepada tuhannya. Merekalah golongan yang bersegera dalam kabajikan-kebajikan
sedangkan mereka sentiasa berlumba-lumba ke arahnya.
Surah al Mu'minun : 60.
Hadith berikut menghuraikan ayat ini;
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : سَأَلْت رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ هَذِهِ الْآيَةِ : )) وَاَلَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ ((
قَالَتْ عَائِشَةُ : أَهُمْ الَّذِينَ يَشْرَبُونَ
الْخَمْرَ ، وَيَسْرِقُونَ ؟
قَالَ : لَا ، يَا بِنْتَ
الصِّدِّيقِ أَوْ يَا بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ ، وَلَكِنَّهُمْ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ
وَيَتَصَدَّقُونَ ، وَهُمْ يَخَافُونَ أَلَّا يُقْبَلَ مِنْهُمْ ، أُولَئِكَ
الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ .
Dari Aishah ra, dia bertanyakan Rasulullah saw tentang ayat ini dengan
katanya; " Adakah mereka itu meminum arak atau mencuri ? Baginda saw
menjawab: " Tidak wahai anak perempuan As Siddiq ( Abu Bakar ra ).
Sebelaiknya mereka adalah orang-orang yang sentiasa berpuasa, sentiasa bersolat
dan sentiasa bersedekah. Namun mereka bimbang tidak diterima amalan dari
mereka. Merekalah orang-orang yang bersegera menuju kepada amalan-amalan
kebaikan.
( Hadith riwayat Tirmizi : Sahih ).
Al Hasan al Basari pernah berkata :
إِنَّ الْمُؤْمِنَ جَمَعَ إِحْسَانًا وَشَفَقَةً ،
وَإِنَّ الْمُنَافِقَ جَمَعَ إِسَاءَةً وَأَمْنًا .
Bermaksud:
" Sesungguhnya seorang mu'min itu meghimpunkan amalan baik dan
kebimbangan ( jika tidak diterima ). Sementara munafiq pula menghimpunkan
perlakuan buruk dan perasaan aman ( dari hukuman azab ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan